Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, July 1, 2011

KakChikSeroja buat saya nak ulang siar N3 nih.

Ni N3 pasal selipar bertarikh 6 May 2009.


Selipar Jepun vs Kasut Tumit Tinggi


Selipar Jepun ini fesyen nya tidak berubah,
Masih bertali dua dari getah terbuang.
Berbeza sekali....
Kasut tumit tinggi gaya terkini,
Dari kulit asli luar negeri,
Cantik dan mewah.

Aku berdiri di lemari sepatu
Memerhatikan kaum mu tersusun rapi
Kemas dan terjaga.
Ku pilih warna dan jenama untuk
ku sarung ke tempat kerja,
sesuai dengan acara,
kena dengan busana.

Sedangkan...
Selipar getah ku
Basah bermandikan hujan di balkoni
Kadang berjemur panas seharian
di luar pintu belakang
atau di bawah kerusi kereta
tenggelam bersama sampah lama
Tidak perlu di hiraukan
Pencuri tidak mau pandang,
Tikus tidak sudi membuat sarang.

Selipar itu berbakti hanya bila
kasut kulit bertumit tinggi,
dan berjenama Italy,
mula menggigit kaki.
Bila lenguh bertumit tinggi runcing,
Kaki merayu untuk dilepaskan.
Tidak sabar untuk pulang menyapa
selipar getah yang setia .
Sebelah letak nya di tangga,
sebelah lagi sudah di campak bibik
sewaktu menghalau kucing liar..
dan semalam di gilis tayar kereta suami
pun selipar tetap utuh, tidak apa apa

Wah....Lega sekali kaki bebas bernafas
bergerak bebas di luar penjara kasut yang mewah.
Aduh....Nikmatnya berselipar getah,
lebih selesa begini....

Harga selipar getah ini,
Paling paling RM10 sahaja
Kenapa aku sanggup membayar
30 kali ganda untuk rimas dan lengguh,
Bukan sepasang dua tapi segala jenama kasut
sedangkan selipar getah ku perlukan
hanya satu.
Sebagai penawar sakit
yang dihadiahkan oleh sepasang kasut kulit yang baru.

Hina sungguh sepasang selipar getah....
Di cari hanya bila diperlukan.

Sedihnya menjadi selipar getah
Sedihnya menjadi selipar getah.

22 comments:

ajumohit said...

hehehhe betul tu kak...selipar jepun jugak sedap disarung

ibundo said...

hani, selipar jepun ni mana2 pun orang akan cari. Tapi kan, cer ko pakai selipar jepun dengan baju kebaya ke, kurung ke, agak2 ngam tak haha..
kok tak pun cer pergi ngajar pakai selipar jepun kehkeh..

salam jumaat. lupa pulak nak bagi salam.

Ann Huda (Ate) said...

Tapi Ate lebih rela jadi selipar getah dari sepasang kasut kulit tumit tinggi, kerana Ate tak mau 'menggigit org'. Jenuh nanti nak menjawab di akhirat. Kalau jadi selipar getah bole bermanfaat kepada manusia, kerana Rasulullah telah berpesan "sebaik2 kamu adalah yg bermanfaat kepada org lain." Biarlah tidak di hargai oleh manusia yang penting Allah tahu dan Dia Maha Adil.

Acik Erna said...

assalam hani..acik dari muda sampai ketua..memang tak pandai pakai kasut tumit tinggi.
anak2 pernh bertnya..bila tengok mak kawan2 dia berkasut tumit tinggi.

Cik Ina Do do Cheng said...

cik ina lebih selesa pakai sandal atau selipar kat opis. kasut tumit tinggi sakit kaki.

MulutPayau said...

mmng suka pakai kasut tinggi supaya nmpak lebih tinggi...kaki sakit tak pe..asalkan nmpak brgaya...hehehe....

Cikli said...

selipar jepun betul daripada kayu, macam terompah.
kalau orang ambik, kita tahu sebab bunyi

Piasara said...

"saya pun sama ngan akak2 kat atas tu..tak suka pakai kasut tumit tinggi..skrg ni ya sbb gemuk,dulu2 pun ms berat bdn baru 48 pun tak suka jugak..tambah2 sy tak keja hebat yg memerlukn sy bertumit tinggi..hari kawin dulu beli sepasang..pakai lah 2-3 kali jer..pastu kasut tu dah hanyut dek banjir umah mertua...dulu2 sy suka sandal yg cantik2 fesyen dia..skrg ni asal boleh dn selesa dah..pasar mlm sepasang sepuluh jaa.."

Zaitun said...

Kak Zai dari dulu suka berkasut tinggi sebab tak cukup ketinggian tapi tahun lepas kaki tersandung kat tembok apalagi tergoleklah lepas tu anak tak bagi pakai kasut yang bertumit tinggi lagi dah.

hani@debumelukut said...

aju..kalau aju perhatikan gambar akak kat tengah bandar Paris, cuba tgok kaki akak tu...selipar jepun dikkk..

hani@debumelukut said...

ibundo, hehehe camna ek kalau pergi sekolah berselipar jepun? kena halau dgn gb kot.

hani@debumelukut said...

Ate, samalah dgn akak ni.

hani@debumelukut said...

Acikerna, hani suka beli tapi bila nak pakai duk pakai yg selesa.

hani@debumelukut said...

cikina, hani pun macam tu ..pakai kasut lawa2 sampai sekolah tukar kasut bata yg selesa

hani@debumelukut said...

MP, biar seksa asal bergaya..luculah awak nih.

hani@debumelukut said...

Cikli, yg orang jepun pakai tu? nak jalan pun payah tu..

hani@debumelukut said...

Pia, akak pun setakat sakit2 tumit ni kasut/selipar asal yg selesa..tak cantik tak per

hani@debumelukut said...

Zaiton, tergolek tu patah tak tumit kasut tu?

gadisBunga said...

kalau budak upsr buat karangan tajuk 'aku sepasang selipar jepun' stail cenggini...kompem dapat A punye lah!

secangkir madu merah said...

saya ambil wudhu' pakai selipar plastik juga yg katanya dari Jepun itu...

maiyah said...

assalam..

sy x pkai selipar nnti asyik tnggl je.. kekadang x pkai ksut pkai stokin je, ada excuse hehe

bonda_tie said...

saya sayang selipar getah saya. dah setahun saya pakai... masih elok lg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...