Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, July 24, 2011

Tokey, saya mau sepasang yg berlainan saiz boleh.? Kiri saiz 39 kanan size 38 k...


Selipar kecik sebelah ke kaki besar sebelah?
Semalam anak belikan saya sepasang selipar yang selesa di pakai.
Dia tahu saya sakit tumit dan perlukan supportive shoes/slippers.
Rasa nak pakai jam tu jugak tapi frust amat sangat.
Hanya sebelah saja muat sedangkan itu dah memang saiz saya.
Kenapa ek?
Silap selipar ke silap kaki?
Kalau tukar size besar nanti yg sebelah lagi jadi terlalu longgar pulak.
Akhir2 ni setiap kali saya dapat kasut baru mesti jadi macam ni.
Problem.
Hmmm..kalau dah masuk era 'expired' ni ada ada saja lah.

12 comments:

IMANSHAH said...

kena tempah ni selipar

Kunang-Kunang said...

Akak pun pernah kena gitu. Agaknya kaki tu bengkak sikit, tapi kita tak perasan.

Akak sekarang nak beli selipar, akak ukur ikut kaki yang besar tu. Yang sebelah longgarlah sikit, nak buat macam manakan.

Acik Erna said...

hani..kasut apa yang boleh hilang kan sakit tumit tu..nak jugak cari..selama ni..acik guna yang tulis 5 zones tu je..tapi bangun pagi ataupun banyak berjalan dan berdiri sakit jugak..

MulutPayau said...

Assalamualaikum Kak Hani..

Bila baca ntry akak...Mp senyum sndiri..apa taknya,Mp prnah beli slipar saiz berbeza krna kaki mmbngkak...tapi nasib baik tokey kdai tu tak perasan...tukar saiz senyap2...lepas tu mulalah fikir...siannya tokey kdai tu..tntu slipar tu laku sbb saiznya tak sama..

AZANI said...

kak hani

saya tak pasti..tapi kaki bengkak?
kalau bengkak mungkin masaalah pinggang...minta jauh...cek lah kak...

Cikli said...

tiada yg sempurna kecuali Dia

Hanis MY said...

hanis pun pernah macam tu jugak.. kasut rasa sebelah muat2 sebelah longgar sikit, tp mmg kaki kita salah satu kanan atau kiri rasanya besar sikit... kadang design tu tak sesuai... tension jugak dibuatnya kan...

ibundo said...

hehe sebijik macam kaki hasben kpah. besar sebelah. dia selalu beli kasut saiz yang besar supaya muat dengan kaki kanan. kaki yang kiri kenalah longgar..

tempah je..

gedek! said...

Alaaa.... jangan la guna pekataan expired...

sedih la pulak...

azieazah said...

Sebenarnya memang kaki kita besar sebelah, kan? cuma bezanya tidak begitu ketara.

Saya pun sekali sekala ada masalah tumit. Sebab tu kena pakai kasut tumit rendah saja. Tak leh pakai yang plastik or getah biasa, kena guna yg mehai skit... Tapi takpa, berbaloi.

Apapun, seliper Jopun jugak yang sedap!

Nak Balik Kampung Pun Nak “Bergadoh”...?

Cik Ina Do do Cheng said...

cikgu samalah kita , memang sixe kiri ngan kanan tak sama.jangan risau cik ina pun sama. hari tu pakai kasut anak dia sama size ngan cik ina, sebelah boleh masuk, sebelah lagi tak boleh. dia ketawakan cik ina.

munna said...

MUNNA PUN PERASAN KAKI BESAR SEBELAH... TAPI TAK KETARA SGT BEZA DIA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...