Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Monday, September 29, 2008
Masjid baru
Sunday, September 28, 2008
Kita
Semalam tengok cerita cina kat Asrto Kirana
Pasal pertembungan dua generasi
Saling tak memahami
Saling tak menyayangi
Itu lah kita sebenarnya
selalu merasakan yang kita sentiasa betul
orang tua kita dengan pengalaman yang telah basi
tidak lagi kita ambil peduli
Begitu juga dengan anak anak yang
menawarkan pandangan percuma
Kita merasakan pandangan itu
mentah dan belum cukup masa
untuk dipetik
Yang betul hanya kita
mencorakkan masa depan mereka
ikut suka hati kita atas dasar bahagia
Tapi pernahkah kita bertanya
bahagiakah mereka sebenarnya
atau pura pura bahagia untuk
membahagiakan kita???
( Buat teman teman yang masih belum bergelar yatim piatu dan yang sudah menjadi ayah ibu...)
Hari minggu selepas subuh
Niat nak tido smpai separuh pagi
Pusing kiri, pusing kanan
mata pejam otak ligat
pakaian kotor penuh berbakul
pinggan mangkuk lemas di singki
penyapu memanggil manggil
perabut sarat debu
rumput di laman subur tanpa baja..
bantal terasa panas
sesekali mata melirik pada jam
hampir tujuh pagi
awal lagi
pejam dan cuba tutup pandangan
tutup pendengaran
deru enjin lori memunggah sampah
turut mengheret aku dari katil
bergegas keluarkan sampah yang terkumpul
cebisan harta yang tidak diperlukan
satu hari nanti kaftan koyak yang ku pakai ini
turut menjadi sampah terbuang
atau pengesat kaki...
pintu bilik ku kuak..
dengkur roommate membuatkn aku iri
sedapnya tidor bila otak bebas dari jadual kerja
tapi aku yang beberapa kali mencuba
untuk menyambung mimpi
tidak pernah berjaya
Saturday, September 27, 2008
Bila nak balik ni..???
Eh, org kolumpur..bila nak balik ni..tu dah melaut orang kat rantau panjang tu...tak nak join the crowd ke..selalu nye awak lah yang paling rajin bab libatkan diri dalam kesibukan orang membeli belah ni..Dik, yang kat rumah ni pun tak habis habis duk sebut nama awak laa..bukan apa, banyak kerja yang dah dikhaskan untuk awak..Cam biasa, bab mengemas ni kan awak lah pakar nye...Anis dan iffah menanti awak dengan tak sabar sabar nih..tau aje lah, bunga api dah beli, tunggu green light dari awak je lah.Walaubagaimana pun, Kak long harap Jiji dan keluarga, Chekna dan keluarga,Wani dan keluarga,Kie dan makdik berhati hati memandu dan semoga kepulangan membawa kebahagiaan dan keberkatan.Tak lupa juga utk Zae dan keluarga,Ida dan keluarga, N.Din dan keluarga dan Elyn dan keluarga semoga dapat bertemu di hari Raya nanti...Kepulangan kamu semua dinantikan..ops! untuk Zura, Jae n Eyo yg x dapat balik tu, sabar2 lah yer..Don't worry, nnti lepas raya Kak Long akan kirimkan apa2 yang patut untuk kalian semua...
Friday, September 26, 2008
Homesick
Tomorrow my son is coming back for the 'Aidilfitri'. In fact everybody who has somebody back home is coming back to the arms of the love ones..It is nice to have a place to go back to. A place called home. No matter how bad our home is to the eyes of others, but home is where the heart belongs..The familiar smell, the air, the sound and the memories hold up the place together. Home for me is where I grew up, got my early education and learnt by my mistakes..those were the days..not to say that everything was like icing on the cake...there were hard times, there were broken hearts and hatred too..Memories are made of these things...So make this 'Aidilfitri' special by coming back home...Look at the memories that we left behind. Don't you feel like choking with tears every time you see the same old guava tree that you used to climb or watching those worn out furniture being put in the far corner of the house..those once upon a time settee that your mum won't even let you come closed to it let alone sat on it as in those days settees were meant for the comfort of the guest only. Remember the pinch your mum gave you right in front of everyone whenever you crossed your limits?One thing for sure, those strict upbringings make me what I am today. Anyway, welcome back son. I don't care whether you are going to break all the furniture or bring the house down..by all means.Just promise me you will be here whenever the 'Syawal' creeps in and together we will paint memories for you to pass on to your children.......'Salam Aidilfitri' everybody.May God bless all of you.
Thursday, September 25, 2008
Cuti lagi...
Wednesday, September 24, 2008
Anak Merdeka
It's 5 am and I am still munching and savouring the last minutes snacks before the Imsak creeps in. I'm at the KFC outlet somewhere in the outskirt of Kota Bharu. The Sahur seems to be the 'must eat' time for the kids. They are getting sick of waking up as early as 4.30 and having to eat the same thing over and over again.That is why I bring them here just to spice up the 'Sahur' moments. We are not alone, there are quite a number of people here now..People like me, dragging their heavy eyelids kids along and end up eating more than they should because the kids choose to sleep at the table rather than enjoying the suppose to be the 'Finger licking good' chicken. Yesterday we were at the Mamak Restaurant and the Roti Canai proves to be an eye opener...So kids, better hurry up coz mummy is not going to be here all morning. Tell me, where and what shall we eat for the next 7 more Sahurs? I'm totaly blank. Remember those old days when we were young, our parents used to wake us up for Sahur and the choice that we had were eating whatever was on the table or starved till the breaking of fast. Bet that was easier. Children today are too pampered and it is us the parents that mould them to be that way and should take the blame...So why grumble???
Tuesday, September 23, 2008
Bonus lagi...
Hari ni gaji...yes! yes! yes! Kite punya lah excited, jam 4 pagi dah terpacak kat depan teller BSN. Masa tu kite bangun nak pegi 7eleven, nak beli roti buat sahur..sekali teringat pasal janji gomen nak bagi bonus hari ni..apalagi tak cukup kaki kite bergegas ke teller.Mula tu takut gak, maklumla awal pagi ni segalanya tak mustahil.pontianak ke, pocong ke,ape ke...Kite ni memang dah terkenal seentaro dunia bab penakut nih..itu tak termasuk mat2 rempit ke,penyamun ke..hai..ikut hati kita kensel je lah niat nak mendahului orang lain ambik bonus ni...
Tiba di teller terbeliak mata kite..A staga!! Bukan kite aje yang tak sempat tunggu siang..Dah Q panjang rupanye..Si Amid ada, Laila pun ada..ish ish ish, tak nyempat2 kau orang yer..yer lah esuk mau nye setengah km orang beratur..buat la mesin rosak ke, duit habis ke..tak dapat lah kite ambik baju raya kat tailor...tak raya lah kite...Itu tak termasuk nak bayar tart yang ditempah dgn Rose..Milah pun dari semalam dah sound pasal bayaran Alas meja dari dubai tu..yer ke ni dari dubai? entah2 dari seberang sempadan tak? Ampun Milah jangan marah..kite gurau jer..maaf zahir batin Milah ek, raya jangan lupa datang rumah..luv you Milah!
Lega bila duit dah di tangan...balik keje nnti, bersiap sedia lah tokey supermarket..akan ku serang dengan bala tentera ku yang dari marin duk tanya "Mummy, bila nak shopping raya.."
Korang mana tau, kite ni kalau ikutkan hati dari minggu lepas lagi nak jengok Spermarket. Lagu Raya yg berkumandang tu buat hati nostalgia tul lah..meluap2 mood raya nih..ini belum masuk bab mercun dan bunga api..Eh ape, awak ingat kanak2 je yang suka main bunga api?? Mercun? Wait..Bilang jari dulu..Yup, cukup sepuluh. tok sah beli mercun..nnti x pasal2 jari x cukup raya ni.
Ok...dah nak azan menandakan waktu berbuka ni..My hubby pun dah jeling dah tu..ye jugak, semenjak dua menjak ni kite memang dah addicted dengan Blog kite ni..jeling lah awak nak jeling sampai terkehel urat mata pun....ok, ok, I'm coming!!
Monday, September 22, 2008
XXXL
GOD, IF YOU CAN'T MAKE ME THIN, MAKE MY FRIENDS FAT!!!
Anyway what's for breaking of fast today? Nothing special really. white rice with Gulai kawah, Ayam madu, Telur bungkus, Rendang hati and a few more mouth watering dish..Desserts? Well, Jala Mas, Pengat labu and Banana Split for starter. Don't forget the Ice Bandung Cincau as my favorite drink..and mid nite snack? French fries with lots of mayonaise or may be the 'Pizza Hut' hv something new ramadhan promotion.
Now, now...What is that am I worried of? yup, my over weight problem. I wonder why ah???
Sunday, September 21, 2008
simply confused
GOOD MORNING SUNDAY 21st RMDHN
SMILE...I'm feeling much better today..Life goes on they say..like it or not. Today I am looking forward to be more positive in thinking and to stay strong although at times I really felt like I'm breaking into pieces...I'm not asking much just hoping that one day someone will really love me unconditionally..If that is too much to ask then I just have to be contented by being alone for the rest of my life. And I have no regrets, for being alone is much better than being foolishly in love with someone who pretends to love you...
Saturday, September 20, 2008
MENJARING MIMPI
Aku masih jua menjaring mimpi
walau kapal telah sarat
memuat sampah.
Masih segar kuntuman bunga cinta
menghiasi taman hati
meski hati ini sering terluka
dan kau biarkan ia berdarah
terlalu perit menikam tajam
terlalu pedih menyiat perasaan
bagai api dalam sekam
membakar diri siang dan malam
tak kau peduli luka-luka itu membarah
menunggu waktu untuk pecah.
Ku tahu mahumu
terus aku menyatakan sayang
biar aku mendakap rindu
menjadi penunggu sepi berpanjangan
hanyut dalam harapan
sedang di hatimu
orang lain yang kau rindu.
Dalam kau membisu
dan sepi aku menanti
kau masih tegak berdiri
tak mahu ia memudar padam
dalam pedih mendidih hati ini
tak mahu ia pergi bersama angin
meski hati sudah tidak pasti
aku masih jua menjaring mimpi.
(Sebuah sajak hasil nukilan teman ku 'YAJUK'. Terima kasih teman, Kau mengigatkan ku bahawa hidup ini sementara, yang kekal hanya Dia..)
AKU SUDAH TAK DAYA
Mau saja aku menjadi batu. Biar keras dan kaku,biar kusam dan berlumut. Seketul batu yang tidak mempunyai hati dan perasaan. Tidak dilukai dan melukakan. Diam membisu tanpa perlu untuk di bela dan membela. Tidak bertelinga dan tidak perlu mendengar dusta itu, tidak bermata jesteru tidak menyaksikan lakunan kepura puraan...Biarlah aku menjadi batu sungai yang tidak mengganggu dan tidak diganggu...
CUKUPLAH JIKA KAU MENJADI....
Anak ku,
Jika kau tak mampu menjadi
seperti air hujan
yangmenyegarkan tumbuhan,
yang menyuburkan tanaman,
cukup lah jika kau menjadi
seperti air di pancuran
yang menyihatkan fikiran.
Jika kau tak mampu menjadi
seperti bulan
yang menyinari alam,
yang menerangi malam
cukuplah jika kau menjadi
seperti dian
yang menyuluh kelam
yang membunuh seram
Jika kau tak mampu menjadi
seperti rumput permaidani
yang memberi kelembutan,
yang memberi kecantikan
cukuplah kau menjadi
seperti lumut di perigi
yang memberi kehijauan
yang menjadi makanan
ikan ikan
Jika kau tak mampu menjadi
seperti bunga di jambangan
yang menghias laman
yang menyeri taman
cukuplah jika kau menjadi
seperti bunga di hutan
yang mengindahkan
persekitaran
yang menyamankan
pandangan
Anak ku,
Jika kau tidak dapat menjadi apa apa pun
cukuplah jika engkau menjadi seorang anak
yang tidak melukakan hati kedua orang tua.
TIDAK MUNGKIN SEMPURNA
Anakanda buah hati bonda,
Pernikahan atau perkahwinan,
Membuka tabir seribu rahsia.
suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad Rasullulah,
Pun bukanlah Saiyidina Ali Karamatullah,
Tidaklah setakwa Ibrahim,
Pun tidak setabah Isa atau Ayub,
Ataupun segagah Musa,
Apalagi setampan Yusuf.
Begitu juga kamu isteri yang dinikahi nya,
Tidaklah semulia Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga nya,
Pun bukan Hajar atau Mariam yang begitu setia dalam sengsara,
Tidak pula setakwa Aishah,
Pun tidak setabah Fatimah.
Jesteru kamu suami isteri hanyalah insan akhir zaman
Yang punya cita cita menjadi sempurna,
Perkahwinan atau pernikahan,
Mengajar kita perlu nya Iman dan Takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha..
Thursday, September 18, 2008
poems+adobe photoshop
Tuesday, September 16, 2008
Pantun 'Raya jangan tak Raya'
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Solat terawikh ponteng sakan
Puasa tak cukup tak sapa tahu
Dua tiga kucing berlari
Mana sama si kucing belang
Tengah bulan dah dpt gaji
Sekelip mata duit terbang
Buai laju laju
Sampai hujung senja
Beli songkok tempah baju
Biskut penuh meja
Satu dua tiga empat
Anak ikan sudah lompat
Jalan jem bersesak sesak
Balik kampung menjadi adat
Tuai padi antara masak
Esuk jangan layu layuan
Anak bulan sudah nampak
Esuk nanti raya sakan
Pisang emas di bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Zakat fitrah sudah ke bayar?
Duit raya buat tak reti
Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Maaf ngumpat mengaku salah
Esuk esuk mengata pula
Anak rusa nani
Baru tumbuh tanduk
Mercun buatan sendiri
Putus jari putus telunjuk
Kajang tuan kajang berlipat
Kajang saya mengkuang layu
Nasi dagang rendang ketupat
Pizza, KFC sure tak laku
Sorong papan tarik papan
Buah keranji dlm perahu
Sila masuk jamah hidangan
Makan free sapa tak mahu
Di mana dia didik ku tadi
Padi ku tumpah di bawah tangga
Nak tayang kereta kat mana lagi
.MAAF ZAHIR BATIN.
Monday, September 15, 2008
My heart.
Do you know what it takes to mend a broken heart?
To live again and love again
To smile again and laugh again
To step forward again with dignity...
Do you know what it takes to be able to trust someone again?
To believe again and to accept again
To forgive again and to forget again...
Do you know what it takes to let life goes on?
To loved again and to be loved again
To cherish again and to dream again...
Do you know that you have given me the strength?
To help me stand up again after the fall
and your endless love
makes the difference.
Thank you...
Do you know what it takes to love someone like you?
Every breath and every thing I do
I'll do it for you... ...
because I love you
and I really do... .
Azam baru Aidilfitri 2008
Dah hari ke 14 posa dah ni..Bahang raya dah terasa. Sana sini topik raya dah top on the list.Time kanak2 dulu seronok nak raya ni..but now, dah tua ni raya means having to spend more than expected..duit kuar cam air paip, laju!! Nak bayar itu, nak beli ini, nak tempah itu, nak tukar ini...everything for the sake of Raya..but surely this is not truly Raya..The spirit of forgiving and being humble is more to it..Look at those unfortunate people around us, tak yah tengok jauh ke negara miskin, cukup tengok jiran kita je..tak semua orang bertuah dengan rezeki yang melimpah ruah...so, the point is...be moderate.bersederhana dalam segala hal....Cakap senang, nak laksanakan tu yang susah sikit...But this year I tell you, I'm going to try to stop myself from being a big spender..perlu will power nih. God, please help me stop myself from going to far.And God, please stop my friends too....Ops, got to go now, some one's on the line...someone nak ajak gi shopping kot???He he he...
Saturday, September 13, 2008
APA KHABAR SAYANG
Apa khabar belaian jiwa ku,
Sudahkah kau hirup kopi panas..
Roti mentega itu mengalas perut mu
Mulakanlah hari mu
Dengan dhuha yang berkat
Dan doa yang diangkat..
Bukalah jendela hari mu
Biar mentari menyapa pipi mu
Mengusap hati mu
Kehangatan yang membakar
Semangat juang mu
Selangkah lagi menuju masa depan
Selagi ada nafas,
Hidup perlu diteruskan
Apa yang masih kau cari
Keredhaan Dialah yang
memimpin mu ke
ruang syukur
Gagahlah hadapi ranjau
yang mematangkan mu
Sedialah untuk ujian
yang zahir dan ujian
yang tersembunyi
Dalam kau duduk duduk
Menikmati hari mu
Sesekali halakan ingatan mu
kearah ku…
Kerana aku ini kekasih
Sentiasa mendoakan
kebahagiaan mu
Realiti kehidupan
Aku duduk di balkoni condo ku,
Ampang boulivard,Kuala lumpur.
Tidak ada gunung dan kehijauan belantara
Tidak ada damai desa
Panas keras mentari jingga
menyilaukan mata.
Debu kota berterbangan
Bangunan dalam pembinaan membatasi pandangan
Buruh asing lelah membancuh simen dengan peluh
Bibik ku sesekali mengintai intai
derita teman senegara,
sambil menayangkan rindu yang serupa,
lelah yang berbeza
Dari sini MRR2 dan Akleh menjalar
seakan menjerut bumi kota
Bertali arus kenderaan memunggah harga diri
Suara azan masih kedengaran di masjid berdekatan
sengaja tidak di hiraukan
Tentunya muzik di konsert gergasi malam tadi
lebih mendapat perhatian.
Aku tersenyum sendiri di balkoni ini
Dalam kesibukan kota dan jutaan manusia,
urusan jual beli maruah
tidak pernah berhenti.
Siang hampir melabuhkan tirai,
memberi ruang pada malam yang tidak sabar menanti
Di daerah ku ini lampu tidak pernah padam
Yang semakin kelam dan gelap hanyalah
Iman dan Ketakwaan.
Friday, September 12, 2008
When a woman says....
FINE
This is the word women use to end an argument when they feel they are
right and you need to shut up. Never use "fine" to describe how a
woman
looks - this will cause you to have one of those arguments.
FIVE MINUTES
This is half an hour. It is equivalent to the five minutes that your
football game is going to last before you take out the trash, so it's
an
even trade.
NOTHING
This means "something," and you should be on your toes. "Nothing" is
usually used to describe the feeling a woman has of wanting to turn
you
inside out, upside down, and backwards. "Nothing" usually signifies an
argument that will last "Five Minutes" and end with "Fine"
! GO AHEAD! (With Raised Eyebrows)
This is a dare. One that will result in a woman getting upset over
"Nothing" and will end with the word "Fine"
GO AHEAD (Normal Eyebrows)
This means "I give up" or "do what you want because I don't care" You
will get a "Raised Eyebrow Go Ahead" in just a few minutes, followed
by
"Nothing" and "Fine" and she will talk to you in about "Five Minutes"
when she cools off.
LOUD SIGH
This is not actually a word, but is a non-verbal statement often
misunderstood by men. A "Loud Sigh" means she thinks you are an idiot
at
that moment, and wonders why she is wasting her time standing here and
arguing with you over "Nothing"
SOFT SIGH Again, not a word, but a non-verbal statement. "Soft Sighs"
mean that she is content. Your best bet is to not move or breathe, and
she will stay content.
THAT'S OKAY
This is one of the most dangerous statements that a woman can make to
a
man. "That's Okay" means that she wants to think long and hard before
paying you back for whatever it is that you have done. "That's Okay"
is
often used with the word "Fine" and in conjunction with a "Raised
Eyebrow."
GO AHEAD.
At some point in the near future, you are going to be in some mighty
big
trouble.
PLEASE DO
This is not a statement, it is an offer. A woman is giving you the
chance to come up with whatever excuse or reason you have for doin! g
whatever it is that you have done. You have a fair chance with the
truth, so be careful and you shouldn't get a "That's Okay"
THANKS
A woman is thanking you. Do not faint. Just say you're welcome.
THANKS A LOT
This is much different from "Thanks." A woman will say, "Thanks A Lot"
when she is really ticked off at you. It signifies that you have
offended her in some callous way, and will be followed by the "Loud
Sigh." Be careful not to ask what is wrong after the "Loud Sigh," as
she
will only tell you "Nothing"
Send this to the men you know to warn them about future arguments they
can avoid if they remember the terminology.
And send it to your women friends to give them a good laugh!
MY BODYGUARDS
Frm left; Ayi,( my nephew ), Wan ( son in law), Along and Kimi ( my sons )
Not here; Faiz,Fuad,Farhan,N.din,Syam,Imi,Eyo,Hakim,Timi,
Toman,Abek,Gobik,Syakir,syahim,Shahir,Syimir,Mael,Bahim,
Naqib,Nazif,Nije,Yoo,Najib,Nabil,Syed,Firdaus,Fakru...
Gosh! I do have more bodyguards than I can handle..
So, better not mess with me....
( This photo was taken during the wedding celebrations of Wan and Jaja. Wan, u are welcome to the club ...)
Nazlyne tidak bertanya lagi...
Suatu hari anak ku bertanya...
Seharusnya dia menjadi perempuan yang bagaimana..
Anak ku Nazlyne,
Perempuan itu bisa menjadi apa saja
Bisa menjadi embun yang dingin
Namun kalah pada terik mentari
Mungkin juga,
perempuan itu bisa menjadi bulan
yang dikelilingi awan, dilimpahi pujian.
Namun bisu kesepian di malam kelam.
Kadang kala perempuan bisa saja menjadi bunga
Harum mewangi menghiasi kepala
Namun bila layu..gugur merata...
Acapkali nya perempuan itu menjadi lilin
Hangat menerangi gelap
Namun terbakar hati nya...
Nazlyne anak ku,
Tidak ada perempuan yang sempurna
Hanya seorang lelaki yang
mensyukuri kelebihan mu
dan merelakan kekurangan mu
akan menerima mu
seadanya...
(Nazlyne, semoga pilihan mu itu merupakan yang terbaik buat mu... )
TUHAN MENENTUKAN SEGALANYA
Kalau tahu api itu bisa membakar,
padamkan sebelum hangus jiwa.
sebelum rasa menjadi garing dan rapuh
bara itu buangkn saja...
biarlah cinta itu menjadi debu
yang beterbangan..
Kalau tahu salju itu sejuk dan pudar,
jangan dianyam harapan yang membeku
sebagaimana impian menjadi kutub
yang tak terjejak.
Biarlah kasih itu menjadi
embun dingin yang
di cairkan sinar mentari
Kalau tahu duri itu melukakan,
waspada supaya jari tidak luka.
Hati tidak tercalar dan pedih
Haruman mawar itu tidak menjanjikan
apa apa
Cempaka, Kemboja harumnya
lebih menusuk jiwa
Kalau tahu cerita cinta ini
seperti kaca yang kilaunya
menyakitkan mata... .
Setiap kali menilik diri di sini,
realiti memaksa ku untuk
tidak terlalu mengumpul mimpi,
kerana kaca itu bisa retak
berderai dan musnah,
bisa juga menghalau
bebayang hari depan
Walau pun aku sedia tahu
untuk bersama mu
adalah satu keajaiban
Namun hati menderhakai fikiran.
Sedangkan
aku sedia maklum,
kemungkinan yang melukakan
menanti dalam diam ...
UNTUK SEORANG YANG ISTEMEWA YANG HADIRNYA SEPERTI PELANGI SENJA... .
Thursday, September 11, 2008
11th ramadhan..Meeting?
I attended a staff meeting today...God, that was sooooooo boring that I almost fell asleep. Just imagine in the middle of the day, fasting and just finished a strings of classes...letih you!
What I did during the meeting? Well, I couldn't even focused on the agendas let alone make a presentation..I just sat there staring blankly at the chairman and I knew he was reading my mind..At times I thought about what to cook today for the breaking of fasting..At times I envied my colleague who dozed off right in front of everyone without feeling guilty..Really this is too much, I couldn't forced my eye lids to stop shutting down and looked what I wrote in my diary..even worst than the doctors handwriting..That was it, I got to find ways to keep me wide awake. Guess what, somebody cracked a joke..a silly joke that made everybody laughed out loud..Phew! that was the medication I needed desperately...TQ friend for the joke. Did you see the annoying looked that the chairman gave you??I wished you have the guts to do it again next time...
FOOT NOTE
Someone told me that compared to other parts of me, my feet are the best..hrmm..is that a compliment or what??In front of the mirror I stand and have a good look at myself..you are right pal, nothing else seems to be in the right place..I mean I do look awful..OMG, now I realised..I'm getting older but what do you expect??..You should see me 20 years back..He he he.. not much difference either.. The beauty pageant? No of course not to that extend. Just a bit more presentable or better looking than today of course! Anyway, beauty is skin deep..the inner beauty that really counts..To that someone, what I'm going to say to you is..TQ, but the sandals are much prettier don't you think so????
Apa ada pada nama
Bila saja di beritau nama pena ku 'DEBUMELUKUT' orang mesti pandang semacam jer..kenapa nama tu??tanya kekawan...knape dengan nama tu?? salah ke..
Itu lah nama pena ku..Nama yang aku rasa cukup sinonim dengan diri ku...Tak yah lah aku menjelaskannya lagi panjang lebar...Baca aje lah karya ku ini....Semoga segala pertayaan kalian terjawap...Salam dari ku dan terima kasih kerana meluangkan masa membaca Blog ku yang entah apa apa ni...:
Nama ku debu
Bukan intan payung junjungan
Tidak juga emas tempawan.
Jauh sekali tambatan hati
Debu yang datangnya tidak di undang..
Seringkali di persalahkan
Bila kilauan kaca dan sinaran logam
tampak kusam
Tidak mustahil debu seringkali di sumpah seranah,
Tidak berpeluang membela diri kerana
Siapalah yang sanggup menjadi saksi
Sedangkan debu itu sendiri
tidak mau diadili
Biarlah aku terus menjadi debu
walaupun sekadar menumpang di alas kaki
Debu tetap bersyukur kerana yang di sapu buang
hanyalah debu yang berada di mahkota takhta
Disini debu aman bertemankan
melukut yang terjatuh dari tepi gantang..
Wednesday, September 10, 2008
We painted the world.
I got a handful of friends..
.Old friends and new friends..
Good friends and best friends..
My list of friends go way down to childhood friends.
So my friends,
I am going to call out your names one by one at random...
Knock.. Knock..
The next day I was in tears when u told me your reason...
It was my birthday and you were looking for something to give me..
And the only shop that have that 'thing' is that particular shop...
And I scolded you for that!!
Sorry dear..
I still laugh out loud when that incident crosses my mind..
We were so 'jahat' eh?
I can still remember the look on our faces when we saw the guests started to fill the room..
Can't believe myself that we did that...
Now whenever someone offers the 'laksa and laksam'...I smiled..
She was my friend during my college years..
We were known for our screams,shouts and forever giggling, for no obvious reasons..
Two young girls always having fun,trying new things..
Remember the April Fool joke we set on one of our dorm mate and make her cried the whole day..
We were laughing so hard that the warden from the nearby block came to our room and gave us lecture on how to be proper as ladies should be..
and how we stuffed our faces with pillows after she was gone cos we couldn't help but thought that her lecture was so ticklish..
We even imitated her..
Sooo sorry Puan Zaharah,God bless you.
We were absorbed in the disco era..
We went to the parties the youngsters did at that time...
I remember well when you wanted to go out with your boyfriend and your parents wouldn't let you to..
Since I have my way into your parents heart, I helped you out...
Oh boy! that movie was so boring that I slept through out.....
K,nab, Ha, La, Nun and late kak Pah
Hmm..That chicken smells good..
You know what I'm talking about...He he he..
The moral of the story is...'Do not break the rules cos you are being watched..'
The Lawyer's house by the river was our hideout..
And on our way back home we stopped at the mart, parking our bicycles as we wished and ending up being collected by the authorities and we had to walk home..
Not to mentioned the spanking I got from my parents..
I had to give all sorts of reasons to my parents just to be with you gals..
My parents really thought that you all were the bad influenced that might polluted my mind..
and my parents were right! You all sure did,
but I thank you for the lessons I learnt from all of you.
Most of all, how to shout back at the silly boys that used to cross my path..
Now only I know the meanings of those words that you all told me to use then...I feel like killing you gals....
Where are you now...I miss you a lot.
I know how hard it was for you to go through all the disappointments in life and marriage.
But you don't have to shut yourself out.
I'm your friend remember?
You were the one that told me not to cry when my puppy love turned out to be a failure..
You said life goes on..
and see what happens to you now?
She is more a sister than a friend..
We were of the same age but she is the elders in her family and as I am the youngest in my family make me less matured than she was..
She was forgiving where as I was stubborn, still am.
She was always letting me have the last word and I was always accusing her for the mistakes that we did together..
She never said no and I never agreed with her suggestions..
We might be opposites but we were there for each other...always.
Even on my wedding day she came over, wiping my tears and told me everything will be alright....
Nor, you make a mistake here..
I knew her when I was in England..
We were so close since not many Malaysians were around..
We went shopping together in the winter chills and rolled in the leaves in Authum..
We paced the parks with our kids sharing the homesickness and the 'Hari Raya blues'..
We organised the open house and the luncheons..
Those were the days. .
The Sundays that we spent at the Bootsales around London, buying all the unnecessary stuff and I can't forget when your hubby came over to our house late at nite to help us bring our son to the hospital..
So how is Dato' Dr Azmi now??I heard he is the Pengarah Kesihatan now.
.Or should I address you as 'Datin"??
Thank you all for the Friendship..
Monday, September 8, 2008
My mother has her own way of dealing with frustrations
2nd ramadhan
Hari ni nak masak apa...nak makan apa....nak masak apa..nak makan apa...
I ni memang suka masak...Dah terkenal se entaro dunia bab suka masak ni..Ini tak kira bab suka makan lagi ni..Kekawan dan famili sumer tahu kegemaran I nih..so kalau u all dtg umah I, make sure sound awal2 lah if u intend to have a festive diner..cakap aje nak makan ape...InsyaAllah I masakkan untuk u all...nak chinese, western, tradisional..u name it...itu yang my family tu comes in size XXL...eh...jangan salahkan I k.., dah u all yang nak makan..U know, bukan nak show off, saja nak cerita, I ni kalau masak asam pedas memang kalah chef tersohor, masam dan pedas...kalau masak kari satu kampung boleh hidu..hrmmm alamat tak dapat cari makan lah mamak nasi kandar...he he he..kalau masuk bakul tak angkat sendiri, sapa nak angkat kn...tau tau petang ni beli lauk kat bazaar ramadhan je....padan muka..muka aku lahhhh.!!
Mengemis cinta mu
Pengemis itu
Meminta minta
Menagih simpati
Hina dan kehilangan harga diri
Menjelikkan dan tercela
Menadah tangan
Memohon ihsan
yg di kutip hanyalah
malu yang berjela
Namun..
Pengemis itu
Nasibnya
lebih baik dari ku
Kerana aku lah pengemis cinta
yang papa kedana
Berkelana dari hati ke hati
Menharapkan cinta
Sedangkan yang dilemparkan
Hanyalah kepura puraan
Mahal sungguh harga setia
Tidak ada yang sanggup
Singgah di hati ku
Melainkan
Kecewa yang ramah menyapa
Luka yang
Menyesakkan dada..
Kepulangan
Aku mengintai intai daerah lama ku
Masihkah kau berdiri di situ
Sedang cinta mu telah ku biarkan bergelimpangan
Rindu mu telah ku hempas bertaburan
Ku sandarkan kelmarin yang luka
Disegenap resah rasa..
Marah ku adalah mahkota yang ku junjung
Kesal ku adalah duka yang tak berpenghujung
Lalu aku berpaling dari hati mu
Membiarkan kau bersendirian
menghitung nilai setia yg hilang..
Hari ini aku pulang dengan langkah yang patah
Penat nya mengejar pelangi, memburu mimpi
Kau menggalas lelah ku di bahu mu
Kehangatan nafasmu mencairkan beku nya cinta
Di hati mu jua ku temui diri ku yang hilang
Di daerah ini rupanya masih ada ruang
Untuk aku menguburkan duka semalam
Ku kikis keras nya selaput dendam yang
Membaluti hati..
Disebalik tabir kesal, kemaafan ku tumpah
Kerana kini baru ku tersedar dari keliru
Indah nya pelangi yang ku kejar
Cahaya nya adalah sementara..
Di hati mu jua ku temui
Ketenangan jiwa…
Ku terima kekalahan ku
Aku bukanlah pelari yang pantas
Mengejar langkah mu adalah payah
Tidak juga mau cuba untuk lebih laju
Biar pun diri sudah ketinggalan
Jauh di belakang
Berkali kali rebah
Aku tak mampu lagi berdiri
Rebah ku ini rebah yang panjang
Tidak perlu cuba bangun lagi
Aku selesa tersungkur di perdu janji
Tangisan adalah hujan penyubur duka
Dingin embun menambahkan
beku di hati ku
Ku mamah mimpi bahagia
yang tak kesampaian
Ku hirup rindu yang tersisa
dan bertaburan
Biarkan aku di sini kekasih
Aku sudah tidak daya
Untuk berlari mengejar pelangi..
Bicara hati
Kerana kita telah dewasa dan matang
Kita sepatutnya dapat membaca
dengan jelas dan terang
Tidak perlu menunggu huraian yang
berjela jela
Harus dapat membezakan
antara intan
dari yang kaca
Antara keikhlasan
atau sekadar lakonan semata
Pengalaman mengajar kita
Menilai pandangan mata
Mentafsir baris kata kata
Mengukur panjang nya langkah
Mencatur hari esuk
agar kita tidak rebah.
Tetapi
kita seringkali
kalah pada desakan hati
Kerana hati kita tidak pernah
mahu belajar dari kesilapan
Hati dan perasaanlah
yang mengundang pelbagai
kemungkinan...
kita serupa
Betul kata kawan ku Hawa..
Rasa hati tidaK dapat dilihat dengan nyata
Sayang boleh menjadi benci
sekelip mata
Mulut manis bersulam racun
berbisa
Hawa tertawa bila aku kata kau tidak serupa itu
Lidah mu tidak bercabang seribu
Hati mu tulus mulus suci jernih
Hari ini Hawa tertawa lagi
Kerana cinta mu rupanya boleh dijual beli
Aku sekadar perhentian melepas lelah
kau anggap aku tidak tahu percaturan mu
kau lukakan hati ku
Hawa mula menangis
bila aku katakan
Nasib tidak menyebelahi ku
Seperti Hawa,
air mata ku
membasahi hati dan melemaskan
harga diri kami..
Pekerja seperti aku
Free Comments and Graphics
">
Letih dan penat
Bosan dan malas
Melangkah ke tempat kerja
Meja bertimbun dengan tanggungjawap
Cawan kopi semalam penuh dengan jemu yang belum ku curahkan
Teman sebelah tenggelam dlm lautan fail basi
Entah entah termuntah mabuk kekenyangan tugas
yang sudah tidak tertelan lagi
Kerusi empuk ini sudah tidak semesra dulu
Baru ku sandarkan kepala ia bagai meronta ronta tidak rela
Lenguh aku
Bawah meja bagai setor lama yang bersarang kertas usang
Bersarang sejarah yang mungkin esuk aku perlukan.
Lelah…
Disudut meja itu bunga ku layu, kelopaknya gugur... .
Seperti aku yang lesu
tertimbus dengan tugasan baru
Agaknya sudah tiba masa nya bunga itu digantikan
dengan bunga baru
yang mewah semangat kerja
tidak merungut, suka dan rela sentiasa.
Itu lah agak nya yang selalu,
yang bermain di kepala
majikan ku... .