Hati ku sebenarnya bersimpati dengan si pencuri sama ada berseorangan atau berkumpulan. Alangkah takut nya hidup seringkali di bayangi hukuman2 dunia, apalagi hukuman dari Allah Subhanaawataala..Orang lain nyenyak tidur, mereka terpaksa bersengkang mata, meredah gelap malam dan kerja secara sembunyi sembunyi..Susah tu sebab silap hari bulan muka masuk paper..Publisiti murah tu..Ish, tak patut la kan.
Mereka adalah manusia yang tidak pernah tenang hati nya dan sentiasa dihujani dengan doa bala dari orang orang yang telah mereka rampas hak nya.Makanan mereka adalah maki hamun dan pakaian mereka jauh dari disaluti keberkatan..Aduhai malang nya nasib mereka. Semoga Tuhan membuka mata hati mereka untuk bertaubat sebelum mati kerana di akhirat lebih banyak pedih siksa yang menanti..Kita yng lebih bernasib baik dari mereka ni hanya mampu berdoa agar jangan lah ada diantara keturunan kita yang sesat begitu. InsyaAllah, Tuhan maha mengetahui dan adil.. (Habis bersepah bilik ni..)