Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, September 30, 2009

Sakit ke??


Malam tadi gi klinik..Puh! ramai nyer. Lama sungguh menunggu nak date dgn doktor nih..Kalau dgn boyfriend kena tunggu selama nih, aku dah balik dah, tak sanggup aku..
Dapat nombor giliran ke 12. Dari 12 peserta tu, 6 yang datang untuk dressing bahagian kaki yang telah di potong.Mau nyer 10 - 15 minit baru sudah dressing.Sabarrr. Aku perhatikan raut wajah mereka yang berbungkus kaki tu..Tabah hadapi penyakit..Bukan ada pilihan pun.. Kencing manis yang dah peringkat semi final la tu..
Aku insaf seketika..Tengokkan penderitaan mereka tu rasa tak nak lagi jamah makanan yang terover manis. Tak nak lagi dessert yang melekit dengan gula, tak nak lagi Jala Mas, Piana,Buah Tanjung atau sira itu ini..
Mencegah lebih baik dari mengubati..Kita yang menahan makan hanya kerana nak control berat badan ni selalu merungut bila tak leh makan itu ini..Bayangkan mereka yang ada penyakit..Laaagi la tak leh makan itu ini.
Setiap penyakit ada ubat..yer ke??Ubatkan sakit saya boleh?(Hmm..dah melalut dah aku nih).
Ok lah, kita minum dulu..Strawberry milk shake plus whip cream on top..sprinkle suger bits lagi..Nak?
Tok sah laa...Tu, minum air mineral tu...Adoi.........

Made in Japan.


Alhamdullilah,
bertambah la sorang lagi
cucu sedara ku..
Girl lagi kali ni.
Congrats to the parents.
Syam nanti jaga Zai lekluk k..
And not to forget
congrats
to the grandparents too..
Nama 'Nik' apa nanti?
Nik Michiko?
Nik Akiko?
Nik Yoshiko?
Heheheehe..
Nasib baik kuar kat Msia,
Apa apa pun give a good name..I'm sure Tok Abah n Tok Ma got lists of it.

Monday, September 28, 2009

I am fine, TQ


I am happy.
Always happy.
I want to look happy.
I want to be happy.
I want people to know me as a happy and jovial person.
Am I in trouble?
Do I have problems?
Of course I do.
But I have no intention of discussing my troubles and problems in public.
I am still strong and
I can still move forward if it matters.
I try hard at all time to keep everything to myself.
Life goes on
May be luck is not on my side,
but I am an optimist.
Think positive.
I will survive.
I share only the joys and laughter.
not the tears and the sufferings.
I believed that no matter how
No one can solve my problem and make things better
except God.
Until then, please stop asking whats wrong with me.
because my answer will always be
I am fine,TQ.

Sunday, September 27, 2009

Sambutan Hari Raya dgn anak murid.

Nak cikgu makan sumer nih?
ok ok cikgu amik serba satu yer.
Sedap ni..
Tart nenas satu,
semperit satu,
biskut mazola satu,
London almond satu,
makmur satu,
kek choklat sehiris,
kek buah sikit,
puding sikit..
Laa..
Banyak nih.








Persembahan guru dan murid









Yer lah yer lah,
Cikgu masukkan dalam blog cikgu nanti.
Posing eluk2 anak anak sekelian.
Dengan spek lagi...macam macam!






2x5 Cikgu dgn murid








Peribahasa Orang Inggeris..
IF YOU CAN'T BEAT THEM,
JOIN THEM.

Saturday, September 26, 2009

Dah selesai sumernya???

Puasa sudah,
beraya sudah,
ziarah sanak saudara sudah,
kenduri kendara sudah,
makan makan sudah,
cerita cerita sudah,
siaran TV(raya) semua sudah tengok,
Baju raya semua dah pakai,
mintak maaf sudah,
memaafkan mana yang patut pun sudah,
Yang pulang beraya sudah pergi,
Yang pergi beraya dah kembali semula.
Syukur....Alhamdullilah.

ESUK MULA KERJA..
Uwaaa!!!! Ni yang tak best ni.....

ME n MYSELF



Friday, September 25, 2009

Let me rest k.

Dah 6 hari beraya dan ber'kenduri' ni buat aku terasa begitu memerlukan rehat yang panjang.Hari ni niat di hati nak rehat la ni. Sehari suntuk kalau di izinkan Tuhan, nak relax kat umah, tgok TV, tido, ngadap laptop, makannnn..Ops! Bab makan pun rasa2 nya kena rehat jugak. Dah tak reti nak brake dah selera ku ini..Nampaknya hari ni kena start 'watch what I eat' again..Bukan apa, berhati hati di jalanraya..Kalau main ikut selera jer, alamat back to what I used to be laa..Gemok!
So for all of you out there..come, join me, stay at home today. The roads are congested enough already and why not stop the contribution..Tengok TV tu, banyak lagi siaran raya yang boleh buat kita tertido...itu itu jugak!!

Thursday, September 24, 2009

salam aidilfitri...





Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata...

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira jika di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

( korus )
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu.

-mamat,exist-

Kesian perut ku..



Raya punya pasal, rosak diet ku yang dah 2 bulan aku amalkan. Kimi tu tak diet2...
Jom la anak, kita pakat diet k.

Kerana mu Madihah/Makdik

Selamat Pengantin Baru Madihah/Makdik dan Kamil/Boy.

















Bertenda unggu












Tumbang sekor lembu












Gotong royong satu kampung













Untuk santapan pengantin,

















Sedondon..mewakili tuan rumah..

Tuesday, September 22, 2009

Wedding @Syawal


Makdik dah selamat di ijabkabul kan di malam hari raya. Esuk majlis persandingan dan kenduri kesyukuran. Semalam sehari suntuk 'open house Aidilfitri' di rumah ku. Hari ni aku nak focus on the last minute preparation for the wedding reception. Lots of thing to be done but still have time to sit in front of the laptop.Hehehe...tak sah kalau tak terconggok kat sini.Jap lagi nak start laa..But before I go, just to say..Raya is sooooo tiring but I am enjoying every minute of it. The wedding preparation is so tiring too and as I have said, I am enjoying every minute of it too.Every minute of it!
Just that...However occupied my mind is right now, I still wish YOU were here.

Monday, September 21, 2009

Wish you were here (1st Syawal)

Membelakangi kamera nih! Jap nak amik tempat masing2.
Ciklong is sure happy.


















Kita orang belum ready, cameraman dah
snap..camni la jadi nyer. Che is the happiest mum and grandmum today.
















Mamicik senyum lebar untuk ja..











Ni la kes rosak diet hari ni..

















These r the eligible bachelors..Both ur uncles tu out laa kannn..















Ja, Everyone is here..
All in the family.
We gathered at Ayah Long's house before we head to Pasir Puteh to give your great grandma a Hari Raya visit.
As I have promised, these are the photos taken on the 1st of syawal.
Wish you were here too.
Hope you enjoyed your Syawal in Ireland.

Sunday, September 20, 2009

Naga di malam raya.

Bukan di sambutan Tahun Baru Cina saja ada 'Naga'
Ni, malam raya pun ada.
Tadi mummy tengok eluk je duk bakar sate.
Tiba tiba dah jadi naga lak.

Naga nombor satu asap nya camni..












Naga nombor dua begini pulak.
Berasap asap..
Hentam jer lah anak2 ku
Asal jangan membahyakan sudah.













Naga nombor tiga
Ni naga lebih timbangan.
Go ahead lah anak anak ku..
Lepas ni apa aktiviti seterusnya?
Main bunga api la tu..

Saturday, September 19, 2009

Berbuka di rumah mum.

Semua orang masuk dapur.
Tak kira Ketua jabatan ke,
Jurutera ke,
Banker ke,
Doktor ke,
Cikgu ke..












Tuan pengurus pun..
Pedih mata ke Ayoh Jie?
Tu, suruh hok belakang tuh.
Ular menyusur akar tak hilang bisa nya kannn.
Berknidmat untuk Ibunda!













Yang sorang ni jer jadi clown.
As usual.

Setahun sekali saja kami boleh berkumpul ramai ramai gini.
Banyak orang banyak la ragam.
Tapi Ma lah orang yang paling bahagia.
Senyum manjanggggg..
Hati seorang ibu.

Joke of the year.

Hahahaha...
Wani and I.
Sharing a family joke.
Our secret.
Only between two of us.
Let it be that way.
Hahaha..Nie, thank God we are wearing black.
Why?
That is our secret...Shyyyyy!!!!

Friday, September 18, 2009


Thanks Maiyah, hari ni baru boleh amik kad dari maiyah ni..Selamat hari Raya dik.

Thursday, September 17, 2009

Dari hati ke hati



27 Ramadhan
Hari terakhir persekolahan sebelum beraya
Esuk cuti sempena Aidilfitri.
Hari ni kita bermaaf maafan.
Mana tau.....
Kut ada yang
ter jeling ke,
ter cuit ke,
ter makan ke,
ter buzy body ke,
ter umpat ke,
ter tokok tambah ke,
ter sebar ke,
ter hangin ke,
ter melenting ke,
ter berasap kepala ke,
Lidah lagi kan tergigit,
Ini kan kita yg separuh hari duk sebumbung.
Maaf Zahir Batin..

Esuk lusa dah nak Raya

Tujuh likur dah tiba
Tanda Raya tak lama lagi
Kecik besar sama teruja
Bermain bunga api










Anak pegang satu.
Mak pegang tiga.
Setahun sekali bukan selalu.
Mak pun nak main juga..
( Dari kecik sampai tua tak sah kalau tak main bunga api...)

Wednesday, September 16, 2009

Balik kampung


Along and Kimi is here already. Pengsan terus ke anak? Happy nya mummy, balik2 dari sekolah tengok these two boys tergolek cm kena tembak kat ruang keluarga..Ok, tido lah dulu, Mummy nak ke dapur prepare a good meal for 'berbuka' today..Best nya Raya kalau semua ada kan..

Dapur ini syurga ku


Dunia ku di sini.
Walau hanya sebuah ruang yang sempit tapi di sini lah ketenangan bagi ku.
Di waktu hati ku bercelaru di daerah ini lah aku curahkan segala resah.
Di waktu hati ku gusar, di empat penjuru alam ini lah aku cuba sibukkan diri agar masa lelah itu cepat berlalu..
Di singki ini lah tangisan ku tumpah,
Di lemari ini lah ku simpan segenap episod kehidupan.
Di dinding ini lah ku bingkaikan segala kenangan pahit manis sebagai seorang ibu, isteri dan perempuan yang serba kekurangan.
Yang ku bekukan adalah luka semalam
Yang ku didihkan adalah semangat juang.
Marilah, jemput lah ke Dapur ku,
Biarkan duka hangus di ganggang..
bukalah saji,
Di situ harapan bahagia sentiasa terhidang..

Monday, September 14, 2009

Meriah sungguh


Oleh kerana minggu ni minggu terakhir puasa dan sekolah di pantai timur mula bercuti Jumaat ni, maka di sekolah ku kemeriahan raya dah terasa sangat..
Tauke biskut dah berbakul2 bawa biskut yang di tempah..Tauke kerepek dengan kerepek nya..Tauke itu, tauke ini...Meriah! Jual beli mengalahkan Wall Street..
Bunyi jer loceng masuk kelas, suasana dalam bilik guru berubah. Senyap. Cikgu2 dah ke kelas masing2..Yang tinggal hanya lah biskut raya berbalang2, kerepek, baju raya, itu dan ini, berbukit di atas meja masing masing..
Guru pun manusia jugak, walau sibuk macammana pun, semangat nak raya tu sama jer dengan orang lain...Cuma beza nya kalau orang lain ada 7 , 8 anak yang tadah duit raya, kami ni paling kurang ada 40-100 anak didik yang menanti...Apalah nilai nya seringgit jika di bandingkan dengan senyuman ikhlas seorang murid di waktu mengucapkan 'Selamat hari raya, Cicer..' dan menghulurkan kad ucapan yang di buatnya sendiri dengan ucapan 'Maaf Zahir Batin kerana selalu buat cicer marah..Pecah kaca,pecah gelas..sudah baca harap balas.'
Haaa...Siap pantun dua kerat lagi, itu Cikgu BM la yang ajar tu..Sorry la anak yer, tak sempat balas kad tu...Jangan lupa ajak mak ayah datang umah cicer raya nanti k..
Salam Aidilfitri buat semua anak murid ku yang melewati blog ku ini.
No mercun please...Don't forget I have eyes behind my head.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...