Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, October 31, 2010

Cuti rupanya..Tq

Saya bukan Kaki Bola.
Malam tadi org bising kat depan TV, saya tidor.
Malas la nak berebut channel dgn org lain, sah saya tak menang.
Pagi ni bangun pagi2 siapkan sarapan dan bekal ke sekolah.
Siap kejutkan anak lagi.
Maklumla sepatutnya periksa akhir tahun hari ni.
Aik, naper jalan raya lenggang jer...?
Ke cuti?
Laaaahai, cuti rupanya.
Suku sakat semua dah tau hari ni cuti.
Saya jer ketinggalan keretapi.
Nasib baik tak masuk kereta lagi.
Masuk selimut balik lah.

Saturday, October 30, 2010

Sporting Sprit.

Anis main sukan.
Terkedek kedek lari bawa bola.
Dapat juga naib johan.
Mummy pun main sukan acara guru.
Adoiii..Finas sah tak lulus untuk tayangan nih.
Maklumlah lebih had muatan, slow motion jer.
Kalah!
Tak per kalah pun, janji happy.


Pernah dengar negara Mauritania?

Saya pun tak berapa tau pasal negara tu.
Cuma satu yang saya pasti.
Mengikut kajian wanita gemuk kat sana di anggap bertuah.
Lagi gemuk lagi di pandang tinggi.
Dari bayi lagi kaum wanitanya di paksa makan makanan berlemak.
Suami2 bangga kalau isteri gemuk sebab lambang kebahagiaan.
Lagi gemuk lagi baik..kira ada 'Ong' gitu.
Mak bapak pula malu kalau anak gadis kurus melidi.
Maka kaum hawa kat sana tu kerja nya tak de lain kecuali menternak body..

Hmm..agak2 saya ni kena pindah duk kat sana kut...

Friday, October 29, 2010

Musim berubah


Hujan.
Langit rendah dan suram.
Tanda musim tengkujuh dah menghampiri.
Yes! Tak lama lagi boleh main hujan.
Boleh basah kuyup.
Best nya...

Thursday, October 28, 2010

Birthday Papa hari ni..


Alhamdullilah, anggap lah usia ini satu bonus dari dia.
Dipanjangkan umur hingga ke angka 52.
Sisa usia yang ada,
Carilah berkat,
Jauhi lah kemungkaran.
Kita manusia yang serba kekurangan.
Seringkali berdepan dengan kesilapan.
Semoga di usia ini kita memperbaiki kesilapan.
Selamat Hari Lahir yang ke 52.
Panjangkan umur, murah rezeki, bahagia hendaknya.

Tuesday, October 26, 2010

Tak kan nak jalan sambil tutup mata..tak patut tak patut..


Kalau pasal kempiskan beg duit saya lah pakar.
Hari ni saya shopping sakan.
Bukan untuk saya, tapi untuk persiapan bagi majlis perkahwinan anak teruna saya.
Aisey, kurang tepat ayat di atas tadi...sory.
Sebenarnya niat nak beli apa yang patut untuk majlis tu,
tiba2 saya melintas depan kedai kasut..
Kedai kasut?
Ulang suara. KEDAI KASUT???
Boleh tanya sikit, Wahai kedai kasut kenapalah kau ada kat depan ni...?
Hantu kasut mengganas lagi!

Buku yang memasak

Tengok, saya nak buka rahsia.
Ini koleksi buku masak yang ada dalam simpanan saya.
Dah berkurun saya simpan kerana saya gemar kumpul resipi.
Gemar jugak la memasak...Ehem ehem..Sumpah tak tipu!
Pantang ada buku memasak yang baru di pasaran saya mesti beli.
Banyak juga yang di hadiahkan kepada saya.
Maklumlah dah se entaro dunia tau saya ni buat koleksi buku masak.
Nak masak apa, semua ada.
Nak masakan dari negeri mana, semua di dalam koleksi saya.

Hari ni balik sekolah saya beli nasi dalam polistrin.
Yer lah...betul lah tu, baik bakar api aje lah buku2 tu..

Sunday, October 24, 2010

Still about my 50th birthday.


Where did I go?
What did I do?
I was with the waves..my favorite place.

When I turned 50..


Well.... Time flies.
I am 50 n0w.
Like it or not I AM 50!
Being 50 is great.
Being 50 and with no medical bills is a blessing.
Am I the 'Warga Emas'?
Another 5 years I'll be retiring..'Cikgu pencen'.
Next year, InsyaAllah a grandson will be in my lap.
Another 'menantu' coming soon too...
Wow! So many things coming...
Its not that bad after all being 50.

Wednesday, October 20, 2010

sukan tahunan SKPPG

Hari ni saya berlari..
Hari ni saya main belon yang di isi air.
lambung dan passing kat kekawan.
Hari ni saya terlompat lompat..
Sorak sorak sampai serak suara.
Hari ni saya jadi kanak kanak kembali.
Penat nya begini...tapi saya seronok.
Letih nya begini tapi saya terhibur.
Puas tengok murid2 bersemangat jayakan sukan sekolah.
Cikgu dan anak murid,
2 X 5.

Sunday, October 17, 2010

Tuhan sayangkan saya.

Syukur.
Setiap kali hujan ribut kita jadi marah kerana hujan ribut menyusahkan kita.
Tapi kita lupa, Tuhan menyediakan pelangi yang cantik hanya selepas hujan.
Alhamdullilah,
Itulah kehidupan saya.
Itu lah kehidupan semua yang bergelar manusia.
Seringkali di duga..Acapkali rebah, tapi bangun semula.
Terima kasih tuhan,
Saya masih bernafas dengan izin Nya.
Saya masih boleh merapu melayan bahasa hati di sini.
Hari2 kelmarin telah saya kuburkan.
Segala dendam, kesal, marah dan kebodohan saya telah saya kikis dari hati.
Hari ini saya mahu pandang ke depan.
Saya mahu mulakan lembaran kehidupan baru yang lebih tenang.
Saya bersyukur saya masih punya keluarga yang tersayang.
Terima kasih suami, terima kasih anak2 dan terima kasih saudara jauh dekat.
Terima kasih juga teman2 semua.
Sokongan keluarga adalah segala galanya bagi saya.
Semoga esuk akan lebih baik dari kelmarin.
Hari ini saya rasa seperti mati hidup semula.
Tuhan sentiasa bersama saya..

Saturday, October 16, 2010

Tak pasal pasal

Gedegang!
Kan dah langgar tiang lampu.
Nasib baik tak tumbang tiang tu.
Nasib baik jugak bukan saya yang memandu.
Kalau saya yang langgar tiang tu..
Berlori la pesanan penaja yang hinggap di telinga.
Maka kemek lah bontot kereta kelisa tu..
Nasib baik kelisa,
Kalau waktu tu pandu kereta yg selain dari kelisa?
Betul lah dah nak rugi, tapi Tuhan masih kesihankan saya agak nya.
Rugi sikit jer tu..
Tuhan tahu saya banyak nak guna duit akhir2 ni.
Saya redha jer lah rugi yg sedikit itu.
Nak cakap macammana lagi kannn..

Friday, October 8, 2010

Kami insan biasa

Jangan tak caya, ni lah guru guru bahasa yg terkenal garang semasa sessi pembelajaran.
Ni lah guru yang tidak ada kompromi bagi murid murid yang tak siap kerja sekolah.
Ni lah guru yang bila melintas depan kelas pun murid murid dah kecut perut dah...
Ni lah guru yang tidak popular di kalangan murid murid...
Tapi kami juga manusia biasa,
Di hari2 sessi pembelajaran dalam kelas di tangguhkan, kami pun tahu juga berseronok.
Hari ni kami memang seronok bersama murid kat luar kelas melakukan berbagai aktiviti selepas UPSR..
Yang paling menggelikan hati ialah bila melihat murid2 kami turut ketawa dengan gelagat kami..
Agaknya selama ini mereka tak tau yang kami ni juga insan biasa bukan nya Monster mata merah yang tak de kerja lain selain menelan murid tak siap kerja sekolah.
Well kids, teachers want to have fun too.

Thursday, October 7, 2010

Murah rezeki ku hari ni.

Murah rezeki hari ni.
TQ TQ TQ
Terima kasih daun keladi?
Kawan2 yang pergi bercuti hari tu bawa balik buah tangan buat saya.
Ingat jugak mereka kat saya yer.
Shaireen bagi sekotak chocolates buat saya sbb dia tau saya hantu chocolates..
Mahiran bagi' belacan pulau pinang' dan chocolates jugak..
Makcu bagi 'Dried Strawberries' dari Cameron Highland.
Hasnidar pulak tiba2 hulurkan sekotak minyak herba..bau serai wangi lagi.
Semasa nak turun tangga sempat lagi Siti signal kat saya supaya menghampiri dia yg tercegat disitu..Sambil bisik2 dia cakap.." Nah Kak Nie, tau Kak Nie suka pink, saya berikan Kak Nie lipstik blooming rose..ambik lah.."
Kecil tapak tangan, sekolah skppg Kak Nie tadahkan...
Balik ke rumah, tengok ada ikan siakap yg dah siap di siang oleh Bibik.
"Mana dpt ikan ni Bik?" Soal saya kehairanan sbb tau dalam freezer pagi tadi tak der ikan ni.
"Kawan Ibu hantar tadi.." Jawap Bibik.
Hmm...Tuah ayam nampak di kaki..Tuah saya, saya sendiri pun tak menjangka. Syukur, bertuah lah saya dapat kawan2 yang tak lupakan saya...Ops! setangkai mangga muda untuk di buat sambal pun ada ni..Dari seorang guru yg ku panggil 'Kak Nah' yang tak pernah lupa untuk berkongsi rezeki setiap kali mangga dia berbuah..
Harga bukan persoalan nya..bagi saya ingatan tu yang buat hati amat tersentuh. Terima kasih saja lah, Tuhan saja yg membalas budi adik kakak semua..
Terasa amat di sayangi.

Wednesday, October 6, 2010

Hikayat merpati hitam yg terbang...

Alkisah tersebutlah negeri Isketambola yg aman damai penduduknya.Satu hari tak semena mena merpati utusan diraja telah ghaib tanpa di ketahui di mana gerangan nya..
Maka hebohlah seluruh rakyat jelata bermandi keringat cuba mencari di mana gerangan terbangnya merpati hitam itu..Memanda menteri pun memerintahkan segala ahlil nujum datang mengadap..Puas di tilik dan di jampi, merpati tersebut tidak juga kembali. Tun laksamana pun memukul canang dan mengistiharkan perang ke atas mana2 rakyat yg menjadi dalang. Ramailah para2 peguam berhujjah sesama sendiri, mengumpul bukti dan saksi.Menangis lah hamba sahaya yang di tuduh. Maka takut lah sekelian rakyat yang hina itu dan tidak lah tahu apa yang harus di lakukan untuk membersihkan nama masing masing...
Hari berganti hari...merpati entah kemana, pesalah senyum kerana tak siapa tahu merpati itu ada pada dia...
Akhir kalam, pesalah terlepas, merpati tak pulang2...dan yang di tuduh tanpa usul periksa luka hati nya.Rakyat jelata menjeruk rasa atas penghinaan yg di lontarkan oleh pihak istana.......Yang menuduh pun tak jugak dapat menambat hati raja seperti yang dimimpikan nya.Terkulat kulat lah memanda2 semua kerana Raja rupanya tak kisah pun merpati itu terbang. Baginda dah ada merpati lain yg jinak di tangan.
Maaf, hanya orang orang yang berada didalam situasi ini yang memahami hikayat ini..

Pengajaran dari hikayat ini: Jangan cepat jump to conclusion, siasat dulu..dan jgn terlalu percayakan benda2 karut, hanya Allah tempat kita berserah jika di timpa musibah.
Segala yang terjadi tu ada sbb musababnya, hanya Tuhan yang maha mngetahui.
Semoga Tuhan ampunkan dosa saya kerana sedikit sebanyak sebagai manusia biasa saya tidak terlepas dari menyimpan syak wasangka juga..Wallahualam.

Tuesday, October 5, 2010

Tulisan kosong sbb di minda kosong.

Kosong.
Otak kosong.
Hati kosong.
Jiwa kosong.
Terima kasih kerana pernah memberikan ku harapan untuk di genggam.
Sayang sekali jari ku tiris dan mimpi jatuh bertaburan.
Hanyut tenggelam.
Kembali kosong.
Kosong.

Saturday, October 2, 2010

Jawap nyamuk jawap..!

Wahai Sang nyamuk, saya nak tanya siket, Kenapalah kau hisap darah?
Tak leh ke kau hisap lemak......Pleaseeee..

Beriadah cara saya.

Pagi2 lagi saya ke Taman Tg Anis, sebuah taman yang di kunjungi oleh mereka yang nak beriadah.
Ramai pengunjung kalau di hujung minggu begini.
Ada kumpulan yang buat senaman Taici.
Ada kumpulan Poco Poco.
Yang berjogging pula ramai sungguh.
Saya pun nak beriadah juga.
Itu niat saya. Nawaitu dah betul.
Tapi kenapalah di sediakan bangku..?
Baru melangkah beberapa meter,
Iman sudah goyah..Penat laa..
Kemudahan mesti di guna.
Duduk saja, tunggu apa lagi.
Tengok berbagai ragam orang..Seronok jugak.
Riadah mata saja lah hari ni.
Beriadah cara saya!

Friday, October 1, 2010

Syaitan tersenyum waktu kita di saluti api kemarahan.

Itu pasal lah kalau masa hati terbakar dengan kemarahan, kena bawak bertenang, mandi, solat dan ingat Tuhan banyak2.Itu nasihat saya untuk orang lain yang sedang marah.
Hari ni hari marah saya.
Bila marah, saya berfikir mengunakan hati bukan minda lagi.
Ayat pertama tu tak saya pakai.
Sebaliknya saya biarkan hati terus menyala bukan terbakar tapi hangus rentung jiwa saya rasanya.
Siapa yang nyalakan api marah saya?
Siapa lagi, saya lah.
Saya yang bising bila benda yang sepatutnya dah beres, masih belum beres.
Sepatutnya saya buat lah perlahan lahan, dah orang yg sepatutnya buat tak buat2.
Saya yang geram bila sewaktu membeli roti goreng tadi, orang yang datang lebih kemudian di beri keutamaan.
Sepatutnya saya biarkan lahh..dia nak cepat la tu.
Saya yang habis kotor seluar sebab makcik jual ikan tu letak ikan kat plastik yg bocor dan air ikan dlm plastik ni bertitik2..
Sepatutnya saya balik saja kat umah tukar seluar dan cepat2 rendam seluar kotor tu dengan sabun.
Saya yang tunggu kawan nak call sebab nak gi jogging sampai la ni tak call.
Sepatutnya saya pergi aje, tak yah tunggu dia pun
Saya yang dipersalahkan sedangkan orang lain yang buat salah.
Biarlah, Tuhan tahu yang sebenarnya...
Kan saya dah cakap, masa marah lain yang saya fikir, ni dah tenang sikit lain pulak tafsiran saya.
Maafkan saya, mood saya kurang baik ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...