Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, October 17, 2010

Tuhan sayangkan saya.

Syukur.
Setiap kali hujan ribut kita jadi marah kerana hujan ribut menyusahkan kita.
Tapi kita lupa, Tuhan menyediakan pelangi yang cantik hanya selepas hujan.
Alhamdullilah,
Itulah kehidupan saya.
Itu lah kehidupan semua yang bergelar manusia.
Seringkali di duga..Acapkali rebah, tapi bangun semula.
Terima kasih tuhan,
Saya masih bernafas dengan izin Nya.
Saya masih boleh merapu melayan bahasa hati di sini.
Hari2 kelmarin telah saya kuburkan.
Segala dendam, kesal, marah dan kebodohan saya telah saya kikis dari hati.
Hari ini saya mahu pandang ke depan.
Saya mahu mulakan lembaran kehidupan baru yang lebih tenang.
Saya bersyukur saya masih punya keluarga yang tersayang.
Terima kasih suami, terima kasih anak2 dan terima kasih saudara jauh dekat.
Terima kasih juga teman2 semua.
Sokongan keluarga adalah segala galanya bagi saya.
Semoga esuk akan lebih baik dari kelmarin.
Hari ini saya rasa seperti mati hidup semula.
Tuhan sentiasa bersama saya..

2 comments:

Maiyah said...

yg penting kita perlu slalu tanam keyakinan bahawa tuhan adalah sebaik-baik pemberi pertolongan.. kalo saya nak luahkan kekeluhan pastinya hanya padaNya dgn seikhlas hati

Anonymous said...

...... dan seperti selalunya, makcu tumpang gembira .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...