Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, April 24, 2013

Bukan Mak Ngah sorang yg pakai merah hari ni...

Merah.
Suka warna ni. lambang gagah berani.
Kiri kanan depan belakang merah.
Dah arahan begitu.
Ikut saja lah.
Bukan benda payah pun, setakat nak pakai merah satu hari dlm seminggu tu kacang jer.
Nak pakai hari hari pun boleh.
Esuk kalau di suruh pakai warna kelabu, kelabu lah akan saya gantung di luar almari untuk di gosok.
Akur.
Yes Boss.
Tak baik melawan arahan, lagi pun kenapa nak lawan arus...
Bukan dia suruh panjat Gunung berkaki ayam pun.
Apa bising bising?
Follow the flow.
Kata perpatah orang putih..
You can bring the horse to the river.
But you can never make him drink.
Yang bawak pergi ke sungai tu sapa2 boleh.
Tapi,
Suka hati kuda lah kuda nak minum ke tidak.
Lain lah kalau tuan kuda sanggup cekah mulut kuda, masukkan tiub getah dan pam air ke perut kuda.
Paksarela nama nya tu.
Tak bagus macam tu, samaada kuda kembung perut atau tuan kuda kena terajang dek kuda.
Lagi baik tuan kuda cakap aje..
Minum laaa...Minum laaa....Minum laaa..
Kalau di pujuk2 kuda besi pun cair.
Tak gitu?

Aparaaa...!
Ada ke patut, samakan kuda dgn manusia.
Mulut saya ni belum di insyurankan lagi ni.
Baik hati hati....
Pantun melayu ada berbunyi,
Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa
Saya org melayu kena ikut pepatah melayu.
Ada paham ka?
Wokehhh, Pahammmmmmmm Pak Encikk...!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...