Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, October 31, 2013

Perkara baru

Best jugak belajar buat ni.
Kawan2 duk ajar saya edit foto.
Saya cuba lh mcm2 stail.
Seronok
Cuba mcm2..
Rela x makan kes absorb dgn skill baru ni.
Haishhhh....penyakit jugak ni.

'Che' tu mak saya

I need to talk to someone.
ada sesuatu yg terbuku di hati.
Dah lama duk pendam, seperti api dlm sekam.
Hari ni sewaktu balik dari sekolah, mak saya ada kat rumah.
kebetulan tidak ada orang lain melainkan kami berdua.
Saya ambik kesempatan ni untuk bercerita..
"mak, saya penat sangat2 sekarang ni..penat otak duk mikir"
Entah kenapa terkeluar kata kata tu.
Bukan itu sebenarnya yg nak saya kongsi tapi saja rasa nak tunjuk perasaan.
Dengan mak apa apa pun tak apa, kalau dgn orang lain sah lah saya di cop 'sewel'
Saya tak tau nak mula tajuk mana dulu sbb byk sangat yg nak saya curahkan.
jadi saya mula cerita pasal sibuk nya saya dgn kerja sekolah yg belum beres.
Saya merungut pasal ketiadaan pembantu rumah segala kerja di bahu saya
Saya cerita pasal susah hatinya saya bila tgok keadaan ja yg tak berubah rubah.
Saya cerita pasal cucu saya yg makin nakal dan saya tak larat nak tangani kerenak nya
Saya ngadu yg saya tak cukup tido dan rasa mengantuk sepanjang masa
Saya cerita pasal rutin harian saya yg padat dan meletihkan
Saya komplen pasal segala benda,
Mak is a good listener.
Mak dengar.
Saya seperti lori bawak pasir yg sampai ke tapak pembinaan.
Curah habis selori dgn sound effect sekali.
Lega.
Puas.
Siapa lagi yg boleh menadah telinga tanpa syarat kecuali..
Mak.

Hari ke 8

Khamis hari 'Batik'
Hari ni saya berbatik,
Nasib baik bukan ular sawa batik.
Ke ada iras ular sawa batik?
Ishh! X baik ngata saya tau

Wednesday, October 30, 2013

Tak caya meh sini tgok bekalan saya.

Petang tadi keluar beli dinner.
Beli Kuetiow goreng.
Beli KFC
Beli Chicken Pie
Beli Roti kelapa dan Cupcakes
ABC special beli jugak

Kenapa saya beli banyak benar ni?
Sebabnya,
saya sekarang kurang tidor waktu malam.
Selain buat amalan yg sunat di tengah malam, yg wajib kena buat jugak.
Yang wajib tu 'ternak Body' lah.
Bekalan mengalahkan mangsa banjir di pusat pemindahan.
Makan jgn tak makan.
Ops, dah cair pulak aiskrim di tangan nih.
Full stop di sini dulu ya.
.


Hari ke 7

Aummmm...
Rimau  mau makan orang ni...
Sebagaimana celorengnya baju, begitulh hati di dalam.
Kalau rasa nak selamat jgn dtg dekat.
Gi main jauh jauh....
Aummmmm.....!

Amaran dari kerajaan Msia:
Kalau guna kereta, sila letak balik kunci di tempat sepatutnya.
(BARU LH RIMAU NI TAK MENGAUM)

Tuesday, October 29, 2013

Hari ke 6

Hanya kaki,
Kerana kaki  ini pagi2 dah kerja lebih masa.
Celik saja mata kaki siap berkhidmat.
Kalau nak kira kilometer, dah beratus kilometer dah.
Tawaf sekeliling daerah takluk sebelum ke sekolah.
Kat sekolah nnti turun naik tangga pulak.
Cian kaki usang ini,
Berkhidmat buat tuan nya yg sibuk sokmo2
Terima kasih kerana kaki masih upaya berkhidmat.
Jangan kebas mcm jari tangan dah.
Wahai kaki ku, esuk aku akan hadiahkan mu kasut baru.
Atau sepasang selipar getah saja.
Asal kaki selesa bekerja.
Yahoooo.....esuk nk beli kasut,
Suka nyerrrrrrrrr.........
(Hantu kasut melompat lompat.....)

Monday, October 28, 2013

Semut kelaparan lah sekali nih!

Cobaaaaaannnnnn....
gula dah tak ada di pasaran?
Betul ni bukan cobaaaaaaannnnnnn.
maaf lah yer, kalau saya terpaksa hidang teh tanpa gula.
Kat mana nak cari gula, dah nak beli tak ada orang nak jual.
kalau dia org nak jual dgn harga baru pun tak pe, saya beli jugak sbb dah terdesak.
Sungguh la, sakit hati betul dgn sikap peniaga gula ni.

5th day at work

Kenapa post foto hari2?
Salah, bukan hari hari.
Hanya hari bekerja saja.
Membilang hari sehingga cuti.
Macam tu lah tenat nya penyakit saya ni.
Nak cuti tanpa gaji tak dpt kelulusan,
Terpaksa gagahkan diri merangkak ke sekolah.
Mujur dah akhir tahun, bersabar sekejap saja.
Pagi2 post foto , ubat hati yg tak rela.
Sekurang kurangnya di wajah nampak gagah.
Hati dI dalam kelabu asap tak serupa baju yg merah menyala.
Idea ni sebenarnya tiru idea blogger marzuki/uncle gedek.
Hehehe....jgn marah uncle yer, cian akak.
Siapa x nak tgok pejam mata,
tak yah paksa diri tgok org tua buat perangai.
Aduhhhhlaaaa,
Kronik juga sakit saya ni.

Sunday, October 27, 2013

mengigau tapi malu nak ngaku.

Dah terlalu lama tak cukup tido,
hari ni saya tido sampai puas.
Tido mati.
tak sedar apa2,
kalau gempa bumi pun harus tak apa apa.
Dah berbulan saya tak cukup tido kerana urus Ja.
Tido sejam dua bangun sejam dua, tido sejam bangun sejam...
Maka sampailah ketikanya mata menjadi teramat berat.
Perlu tido yg cukup untuk charge balik bateri.
Sedap sungguh dapat tido bila balik dari sekolah tadi.
Kebetulan petang ni tamu tak ada yg singgah.
lepas solat asar saya sambung lagi tido.
Bila di kejutkan sekejap tadi, saya berlari untuk mandi dan gosok baju.
Laaaaa....ingatkan subuh rupanya baru nak senja.
Nyaris nak solat subuh dah tadi....
Heheheheeee.....malu jugak bila mengigau di siang hari nih,
tapi buat2 garang, marah2 org yg kejutkan kita tu..
Cover line lah kannnn.....

Hari ke 4 saya kembali ke sekolah.

Ahad hari purple. Warna rasmi sekolah saya.
Saya rasa dah purple dh ni,
Tapi ada yg kata ni magenta
Deep pink.
Hentam saja lh,
Janji ada iras2 purple.
Kenapa saya tak pakai yg betul2 purple?
Tak muat, baju mengecik.
Apa lah baju2 saya tu,
Mudah benar shrink.
Heran sungguh.

Saturday, October 26, 2013

Sahabat,teman,kawan, rakan,

Seorang kawan,
baru pulang dari mengerjakan haji,
masih ada bau tanah suci di badan dia.
jernih wajah dia sewaktu tercegat di pintu.
"kak Hani, saya bawakan air zamzam buat Ja
Teringatkan ja sepanjang masa saya di sana dan tak lupa doakan kesembuhan buat Ja"
Itu kata dia, itu kata seorang sahabat yg sejati.
Allah ya Allah.
Terima kasih Tuhan kerana saya tidak miskin kawan.
Miskin harta tidak mengapa,
saya kaya sahabat.
Saya bertuah kerana ada kawan yg sentiasa ambik berat pasal saya.
kalau saya nak bilang memang tak terbilang pertolongan yg saya dapat.
Bantuan dari pelbagai bentuk, syukur alhamdullilah.
Memang tak terbalas, hanya Tuhan yg membalasnya.
Mujurlah Tuhan letak orang2 yg murah hati, ikhlas dan prihatin di sekeliling saya.
Mujurlah saya mengenali mereka dan mereka mengenali saya.
Di segenap sudut payah ada saja pertolongan dan bantuan.
Tuhan buka pintu hati mereka untuk bantu saya.
Saya amat hargai bantuan mereka.
Paling tidak, bila hset berkokok, ada saja SMS yg terpapar,
-Nie, are you ok ?-
atau kadang2
-How r you today?-
atau
-Apa2, just call-
atau
-Ok ke x?-
Biarpun hanya sebaris ayat tapi ibarat ubat.
merawat duka saya,
Walau tidak menyembuhkan tapi amat saya perlukan.
Terima kasih wahai insan2 yg penyayang,
terima kasih semua kerana anggap saya sebagai kawan.

Takooottttttttt................................!

Ya, saya memang lah penakut.
Takut hantu
tapi akhir akhir ni tahap/meter takut saya melonjak.
Bukan kata saya percayakan hantu ke hapa,
tapi nak buat macam mana, tak percaya ke percaya ke,
bukan isu nya.
Persoalan nya, akal saya tak dapat terima kejadian pelik begini.
Pelik sungguh, puas cuba cari alasan munasabah tapi last last hati berkata..
"Entah2 ada hantu tak?'
Hadoiiii Mak tolong lah saya,
zaman canggih manggih ni wujud ke lagi 'Dia' ni?
Dulu tak ada pun tapi kenapa la ni macam ada?
kalau setakat hantu Kpop, Hantu Bola, Hantu berjaga malam tu memang dah lama saya pelihara.
Tak ada masaalah langsung.
Saya sendiri pun bukan main hantu jugak.
Mak segala hantu!
Tapi ni lain benar, berdiri bulu roma kalau saya teirngat kan 'Dia'
Kenapa 'dia' akhir2 ni rajin benar cuba untuk memberitatu yg 'dia' ada.?
Please tell me that I am just being ridiculous.
Mana ada hantu...
ADAAAAA........


Sumbu sudah hampir kehabisan.

Bila di ingat2 balik,
walau sejarah hidup yg berliku,
sekurang kurangnya,
saya masih tegak berdiri.
masih melangkah juga
walau dalam payah.
Itu sejarah tapi hari ni
dan esuk
belum tentu segagah mana saya nanti
mungkin usia
menjadikan saya cepat kalah
mungkin juga bila terlalu banyak kali
hati di lukai,
jiwa jadi rapuh
Tapi saya tak nak macam tu.
saya nak sentiasa kuat dan sentiasa mampu bertahan.
Biar segala sukar diam dalam diri
Saya perlu cuba cekal.
Cuba
Cuba lagi
Seperti lilin yg membakar diri sendiri,
saya masih mampu menerangi,
sehingga tiba waktu nya sumbu kehabisan
dan
cahaya terpadam sendiri.


Friday, October 25, 2013

Penawar hati

Bila hati gundah gulana, apa lagi yg boleh mengubati parahnya hati itu kecuali masak dan makan.
Masak simple seperti nasi lemak pun dah cukup.
Dah lega sikit dah..
Jom makan dan telan semua resah.
Walau duka tidak semudah itu hadam tapi setelah di hirup sejuk sabar,
Jiwa tenang....
Pedas woiiii....berair air mata ku.
Entah kerana sambal bilis nya yg menyengat,
Atau memang dari tadi nak menangis..
Huhuhhuhuuuu.....nangis dulu,
Lepas ni tambah nasi lagi....
Dasyat sungguh

Tarik nafassss...Lepas.Tarikkk....lepas...

No I am not ok
Keletihan yg melampau.
Rasa nak tido saja,pantang ada masa luang.
Dah 3 hari kembali bertugas ni baru saya tahu rutin hidup saya amat memenatkan.
Untuk bahagikan masa antara tanggungjawap sebagai guru,
Tanggung jawap sebagai Misi dan
sebagai isteri, ibu, nenekdan surirumah ni amat memerlukan kekentalan semangat.
Tak mampu rasanya,
Pagi hari saya ke sekolah memungut beban tugas yg berlonggok atas batu jemala.
Balik rumah pula saya kena caturkan hal2 berkaitan rumahtangga,
Mengurus anak yg sakit, anak yg tidak sakit perlu di urus juga.
Siapa lagi yg sepatutnya berkongsi urus kerja suami yg uzur?
Siapa lagi yg bersilat dgn cucu2 yg masih kecik2?
Siapa nak layan Tetamu?
 Siapa nak berloyar dgn Pekerja?
Siapa nak halau Kucing? nak bagi makan Ikan?
Orang tu? orang ni?
Buat tu buat ni siapa lagi kalau tidak saya, tanggung jawap saya.
Semestinya saya
Niat nak rehat dan rebahkan badan sekejap terpaksa di tunda bila ada saja yg perlu di bereskan.
Malam pula memang bercadang nak tidor awal kerana saya perlu bangun urus Ja pula nanti,
tapi terpaksa batalkan niat, untuk tido awal adalah mustahil,
banyak lagi perkara lain yg tidak membenarkan saya lelap.
Dengan usia yg begini dan kesakitan jari tangan saya ni,
saya rasa macam nak mati, nak pilih untuk mati..
Hahaha..Mati bukan boleh di pilih2, tau tapi saja nak cakap.
Saja nak gitau macam tu lah yg saya rasa bila penat sangat2.
Astaqfirullaailazimmmmmm
Penat teramat sangat.
tambah penat bila tidak ada yg faham.
Rutin hidup sebelum saya mula bekerja semula ni dah cukup 'hectic' dah.
Sekarang tambah lagi kerja seperti lah saya ni tak cukup byk lagi tugasan.
Mati lah saya kalau macam ni...Sekali lagi sebut pasal mati
macam lah mati tu senang dan mati boleh selesaikan masaalah.
Bodoh betul lah!
Sebenarnya bukan soal hidup atau mati,
Saya hanya nak orang2 di sekekliling saya tau dan faham.
Sokongan moral tu yg saya nak, bukan tambah memayahkan saya.
Fahamilah saya dan hormatilah masa rehat saya yg sedikit itu.
Jangan lah menambah stress saya, give me some space.
Kerana saya belum mati lah maka saya kena fikirkan cara yg lebih baik.untuk uruskan masa saya.
Kalau terus begini saya tak larat.
Kalau berterusan begini saya akan meletup nanti.
Ya, gunung berapi dah berasap....
Tunggu masa saja...
Maaf lah, bila menaip bukan dgn jari tapi dgn hati,
ini lah hasil nya...
Saya hanya nak legakan otak yg berserabut,
Suka hati awak lah nak label saya sebagai apa pun.
janji lepas ni otak lebih ringan, minda lebih positif.
Dalam hati orang ada taman tapi
dalam hati saya ada gunung berapi...
KEBOOMMM..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
.




Thursday, October 24, 2013

3rd day to school

Posing jap sambil melengah lengahkn kepergian ke sekolah.
Ja, kalau ikut hati, mummy x nak tinggalkn Ja di rumah,
Tak per, tawakkaltualAllah,.....

3rd day at work

Khamis, esuk jumaat.
Yipppiiiiiiiiiiiiiiii.....!
Esuk tak payah tinggal Ja kat rumah.
Otak belum sedia untuk jadi cikgu kembali  maka
macam ni lah jadinya....
Harap2 minggu depan saya lebih bersedia dan
looks more like a teacher than a 'worn out teacher'
Wish me luck today, for I am going to school in a couple of hours,
but am still here beside Ja and wishing I don't have to go.
.

Wednesday, October 23, 2013

2nd day at work

2nd day in school.
Too much work, to many things to do but too little time.
The numbness of my hands are not helping at all.
Helpless.
This is not me , not at all
People who know me well, know how I used to be.
Not like this.
I myself hate me for this.
Please Ticer Hani, gather up yourself.
Move forward, stand tall.
Feeling sorry for yourself is not helping at sll.
Sitting in a corner,sulking like a child is so parthatic.
Be the old you.
Try.
When they pat your back and give you a hug,
smile and tell them,
"I will be alright...With the help of God, I will be just fine."
and please.....
Don't cry.
Huhuhuhhuhuuuu...............................
Huhuhuhuhhuuuuuuuuu..............
Sorry, but this is how I am right now.



Tuesday, October 22, 2013

Tambah satu tahun

53 today  n back to school again...

Hepi besday 2 me


Bertambah setahun lagi usia.
Makin tua, makin usang.
Kalau ikan, sekarang layak dipanggil pekasam.
Kalau rebung dah jadi buluh atau mungkin dah jadi jambatan reput .
Kalau pasu dah boleh letak di rak di muzium
Tapi oleh kerana saya ni dilahirkan sebagai manusia maka
Di hari ulang tahun kelahiran saya ni saya hanya layak menjadi
Seorang perempuan yg serba kekuarangan
Sentiasa tidak ada kelebihan.
Dan berharap sebelum ajal menjemput ,
Tuhan ampuni dosa2 saya dan
Makbulkan doa saya yg satu itu.

Monday, October 21, 2013

I WILL SURVIVE

Life goes on.
Esuk saya kembali semula ke sekolah.
Setelah 5 bulan memikul jawatan 'Nurse' saya kembali menjawat jawatan 'Ticer'
Nurse tetap nurse, selepas waktu sekolah..
Ticer tetap ticer walau lepas waktu sekolah.
Terbayang kerja/tugasan/tanggungjawap yg perlu di bereskan.
Takut.
takut yg di kejar tak dapat yg dikendung berciciran.
tugas Ticer dan Nurse serentak, belum lagi tugas suri rumahtangga.
Takut tak cukup tangan dan kaki.
Takut juga pada kekangan masa yg ketat sangat,.
yg akan buat saya lemas nanti.
Mulai esuk,
Waktu rehat saya amat terbatas,
Waktu tidor saya juga hampir tidak ada.
Waktu jadi pendek dan senarai kerja jadi panjang.
Siang kerja malam berjaga tapi saya yakin,
saya lebih baik begini.
banyak kerja menyebabkan otak saya tak sempat duk layan hati.
Soal hati ni kadang2 tak perlu di layan mana.
Saya kena think positive.
Saya pasti boleh, cuba untuk boleh.
See the brighter side..
Saya dapat life saya yg dahulu, life as a working mum.
at the same time, ja is still around and that is a blessing.
I am still alive n kicking, nothing is gonna stop me from
moving forward except God.
So, by hook or by crook,
I WILL SURVIVE.

Punah mood tak pasal pasal...

Alohhh laa weiii....
Ada juga orang yg rabun di buat buat.
Ada ke patut dia cakap macam tu.
Sindir saya ke hapa tu...
Muahahahahaaa...Nok sukko wehhh!
Tadi,
sewaktu hantar anak ke sekolah,
seorang parent menghampiri saya.
'Cikgu, lama tak nampak..."
-Owh, saya bercuti panjang sebenarnya
Sempat lagi saya 'mesra alam' walau saya sebenarnya nak lekas balik.
"Yer ke...anak saya pun waktu leoas melahirkan hari tu sambung cuti 2 bulan lagi..."
Opss...Dah silap maklumat nih.
Belum sempat saya explain dia sambung lagi,
" Cikgu nampak kurus sikit lah selepas beranak , hari tu saya ingat cikgu tambah berat badan rupanya cikgu pregnant yer...."
Hadoiiiiiiiiiiiiiii....Ni sah kes power spek dia tak cukup nih.
Ada ke patut saya yg tua purba ni di kata nya cuti bersalin..
Sah masuk akhbar muka surat depan lah kalau wanita seusia saya beranak lagi.
Rasa nak tergelak pun ada, rasa nak cungkil bijik mata orang pun ada..
Malas dah saya nak betulkan statement dia tu, hemtam jer lah mak labu.
Ke dia nampak saya ni muda belia?
Muahahahahahaa....Gelak stail perasan sekejap boleh?

Sunday, October 20, 2013

Mereka ada kami dan kami dan kami...

Aduhai Imaad dan Iyaad,
Cucu kami kedua belah atuk dan nenek
Anak saudara bagi anak2 kami,
Buah hati kami.
Jangan ada duka hinggap di hati kamu,
tidak ada sengsara menari di jiwa.
Segala sedih pilu biar hanya di dada kami,
Hanya di bahu kami bersarang semua luka.

Biar bibir itu basah ketawa,
di mata kamu hanya ada bahagia...
Tuhan lindungi lah kamu berdua,
 dari petir dan ribut rasa,
Damai lah di rimbun sayang kami selamanya
tenang lah di buai gurindam kasih kami semua.
Irama rindu ibu itu kita sama2
cuba untuk tidak lagukan..
Tidak akan ada ruang sepi dalam dada mu
segenap penjuru hati kamu, ada kami.
Setiap penjuru hati kami, kamu ada.
jangan berjauh hati,
jangan menangis,
kamu tidak akan kesaorangan.
lelapkan lah mata,
Damai lah di ribaan
Dalam dakapan kami Insyaa Allah,
kamu menapak membesar
dan jadilah lelaki yg tabah dan gagah
Segagah mummy kamu yg masih berjuang
untuk tidak membiarkan kamu berdua
menjadi yatim sebelum waktunya.
Tuhan,
Berkati cucu2 kami ini,
Masa depan mereka di tangan Mu ya Allaah
Lindungi lah mereka.






Saturday, October 19, 2013

Take five

Hari ni dah ada misi datang urus Ja.
Saya boleh la rehat sekejap.
Sedap nya minum kopi ais di sofa depan tv.
Dah lama tak rehat macam ni.
Anis capture the mood in this photo.
God, this is a blessing, sipping coffee,
Alone.
Please do not disturb.
And please by all means,
Ignore the size of the mug.
Yer lah yerlahhhh....
Tuan badan dan mug sama saiz
XXL
Ada aku kesahhhhh......

Shopping barang dapur.

Ambik itu, ambik ini
Timbang itu, timbang ini
Lontar masuk trolley.
Capai tu, capai ini
Pilih itu, pilih ini
Sarat trolley.
Jap fikir..
Apa lagi yg tertinggal?
Kang aku jugak yg kena keluar lagi,
Wokey, semua dah ada kot.
Tolak trolley ke depan sambil intai2 lagi kalau2 yg melintas depan mata tu perlu di beli.
Kadang tu tak perlu beli tapi gatal tangan nak beli.
"rm 478 kak..."
Cashier cantik lawa tak mengubati jerit dompet ku yg tiba2 rasa senak.
Aduuuh, dulu2 kalau rm500 tu dah boleh beli barang letrik besar sepemeluk.
Ni tak penuh pun trolley.
Separuh penuh jer.
Dompet ku yg kempis mengajak aku balik.

Friday, October 18, 2013

Manusia tak tau.

Tuhan,
Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.
Kau saja lah yg maha mengetahui.
Hanya Tuhan
Sungguh hanya Tuhan
Aku bersendiri menguyah dan menelan pahit nya kenyataan.
Alone n feeling so lonely.
Hanya aku dan Tuhan.

Sakit sikit pun bising!

Nak bilang sakit lah pulak...
Orang lain sakit tak bising,
saya nak bising suka hati saya lah.
Saya sakit ni...(Ayat pancing simpati)
Gusi saya bengkak.
Sakit.
kes tampalan pada gigi retak dan bila makan daging,
gini lah saya pagi ni.
Sakit gigi dan gusi.
Dalam sakit2 tu,
makan daging lagi,
kunyah lagi,
meng'anak tiri'kan gusi.
Sakit yg di tempah, biarlah.
Ada sakit yg satu lagi,
Gastrik.
acap sungguh gastrik menyerang akhir2 ni.
Nak kata tak makan, makan banyak benor.
Perut nak tamat tempoh khidmat ke hapa?
sakit yg ketiga ni sakit tak tertanggung.
Bila bulan di kaki langit, sakit menyerang.
Ni sakit lama sebenarnya, CTS.
Kebas jari saya dah melarat jadi rasa macam terbakar.
Sakit menyucuk sampai ke bahu dah.
malam tido terganggu oleh sakit yg teramat.
Tapi kalau nak think positive,
saya syukur gak bila tido tak lena,
senang nak bangun urus Ja.
Ja, ubat apa mummy nak ambik buat hilang sakit ni?
Doktor peribadi mummy dah tak daya nak bantu mummy dah.
Huhuhuhuhuuuu.....Sakit gusi sakit gigi, sakit jari,
tak sesakit serpih nya hati...
hati mummy yg luka adalah yg paling menyakitkan,
Nak buat macam mana dah nasib badan.


Thursday, October 17, 2013

Di dera oleh kambing.

Ada kawan datang bawak daging kambing se peha.
Siap diperap, masuk dlm oven or grill saja.
Ada lah 2,3 orang 'Hantu' kambing di sini..
Sukanya mereka, tak sabar2 nak jamu selera.
Bila masak saja saya letak kambing sepeha tu atas meja.
Dengan pisau dan garfu mereka mula mengadap.
"Payah lah, nak ambik isi kambing ni...tangan saya ketar, camna nak makan."
kata Si Do.
" Liat lah, nak retak gigi palsu...."
Kata Si Re.
"Tolong potong kecik2 dan hidang tanpa tulang boleh?"
kata Si Mi
"TAK LEH! Dah nak makan tu usaha sendiri lah."
Kata saya, Si Control Ayu yg kejam...
( Hehehe, nak tergelak juga tgok aksi Do Re Mi nih.)
" Okey jer, tak liat pun"
Kata Si Bujang yg belum lapuk lagi.
"Sedap"
Kata Hero Malaya yg muda belia.

The moral of the story...
 Kalau payah sangat nak makan tu tandanya Tuhan memang tak bagi awak2 makan,
Awak tu dah BMW 5series, segala penyakit dah ada, jgn cari pasal dgn hadap kambing se peha.
Biar orang2 muda dan sihat saja habiskan kambing yg tersangat lah sedap tu..

Tu lah, kalau saya larang pun bukan nya dia orang dengar cakap saya,
Maka hulubalang2 lama pun terpaksa give way pada panglima2 muda...
Selamat telan air lior wahai pakcik2, tokcik2....

Wednesday, October 16, 2013

Semoga tak ada masaalah nanti...

Makin dekat dgn hari nak mula kembali bertugas,
hati makin berkecamuk.
Bimbang, risau, takut, ragu...
Siapa lagi yang boleh saya harapkan
untuk jaga anak saya melainkan dgn pertolongan Allah.
Semoga Allah temukan saya dengan orang yg ikhlas jaga Ja.
Semoga ada belas di hati dia,
semoga ada rasa kesian di hati dia.
yer lah, walau di bayar gaji berapa pun,
keikhlasan adalah perasaan yg tak dapat di bayar.
Tidak ada harga buat perkhidmatan dgn ikhlas.
priceless.
Tuhan sajalah yang akan menentukan bagaimana kebajikan Ja nanti.
Saya tak akan tau bagaimana layanan dia, tapi Tuhan tahu.
Maka apa lagi yg mampu saya buat selain dari berserah pada Dia.
Tuhan,
Mudahkanlah urusan ku,
Ringankan lah beban di hati ku ini semoga aku boleh kembali bertugas dgn lapang dada.
Tuhan,
kepada  mu lah aku berserah.

Tuesday, October 15, 2013

The way he looks at you

So like his mother.....

Kita

Saya dan Ja dan Laptop.
Berkorban.
Demi Ja, saya tak beraya pun tak apa.
Keluarga pulang beraya di  rumah nenek.
berkorban lembu sempena AidilAdha.
Saya tak turut serta.
Diam bungkam di sini di sisi Ja.
Ja, orang lain sibuk beraya,
kita sibuk juga,
sibuk layan hati..
Ja, semoga Ja selesa diperbaringan.
semoga Ja tak rasa sakit apa apa.
Tidur lah anakanda belahan hati  mummy.
Mummy di sini,di sisi Ja,
kita beraya berdua dgn cara kita.
Kita hargai masa bersama kerana kita tidak tau samaada
Aidiladha akan datang nanti,
masihkah kita dapat bersama...
Ja...
Bila mummy panggil nama Ja,
mummy ternanti nanti...
tertunggu tunggu...
dan
air mata tumpah.
hati pun pecah.

Monday, October 14, 2013

Tak reti reti...

Nak kata buta IT tak jugak.
Nak kata celik IT, tak berapa celik lagi,
sekadar celik stail mata orang Eskimo.
Celik sepet gitu.
Saya lah, siapa lagi.
Saya ni tak habis habis bergantung kepada orang kalau bab IT
Siapa yg melintas depan saya sewaktu saya sedang terkial kial dgn bendaalah ni akan jadi mangsa saya.
Anis, sini jap,camna nak buat ni...
Wan tolong buat ni..
Iffah tau buat ni? buatkan mummy benda ni..
Kimi, kenapa tak boleh ni, cer dtg sini kejap..
Along dan Farah duk jauhjadi selamat lah..
Kalau Ja sihat, Ja pun mangsa saya.
Saya tak pula minta tolong hubby saya sebab saya ni bodoh sombong.
Saya tak nak lah dia tau saya ni tak reti.
(Macam lah dia tak tau)
Kawan kawan saya kat sekolah kebanyakan nya pakar2 belaka.
Nasib baik saya tak pakar,
tak berebut lah hal hal berkaitan dgn IT ni..
Kalau dapat tugas pun setakat tugas 'Menteri Dapur' saja
Paper work, kemaskini data2, analisa itu ini bukan sinonim dgn saya.
Tapi jangan underestimate saya tau!
Kalau saya belajar, kejap jer saya dapat ilmu ni.
Saja malas nak belajar sebab lagi mudah suruh orang.
Assistant ramai.
Ni, di waktu dinihari ni,
ada benda yg perlu saya buat menggunakan kecanggihan IT ni, tapi tak reti,
orang lain semua masih tidur..
Aduuuhhhhh...
Time ni lah rasa rugi tak belajar buat sendiri.


Sunday, October 13, 2013

Awak kenal Thomas the Train tu?

Astro 611,612, 613
Spongebob
Pokoyo
Boboboi
Upin Ipin
Ultraman Taro
Superman
Batman

Saya fasih watak2 ni.
Kenal sangat dan hari2 tengok kat TV.
Gelak laaa...
Awak pun kalau dah ada cucu macam saya ni lah jugak!

Saturday, October 12, 2013

N3 khas buat awak yg 'Tinggi'

Berkorban, pengorbanan dan di korbankan.
Manusia berkorban
Lembu dikorbankan.
Pengorbanan yg berbeza.
Kesian pada manusia,
Walau berkorban apa saja,
pengorbanan mungkin sia sia..
Tak perlu kesian kan lembu,
Nasib lembu lebih baik dari kita.
Lembu di korbankan dan terus mendapat tempat di syurga
Kita?
Belum tentu awakkkkkkkkkkkkkkkk!
Pahala belum tentu kerana segalanya bergantung atas niat.
Setakat dapat makan daging goreng,air asam lidah dan sup tulang wat per.
Setengah orang tu yg sah dia dapat di Raya Korban nanti hanya lah,
Tekanan Darah Tinggi
Jadi awak2 yg sewaktu dengan nya tu,
ingat pesan dari saya ni,
"Biarkan Lembu saja yg terkorban di hari raya nanti..."



Friday, October 11, 2013

Melayan hati

Ada hari ok,
ada hari tak ok.
Bukan Ja tapi saya.
Ja tak banyak berubah,
maintain macam tu seperti andaian doktor.
Saya ni,
kadang tu minda terasa amat penat.
tolak campur bahagi darab..
Tak payah fikir, serah pada Tuhan?
Yer, kalau boleh saya pun nak buat macam tu.
Tapi hakikat nya tidak semudah itu.
masih berikhtiar, berdoa dan berserah pada Dia..
Cuma sekali sekala penat ini membuatkan saya rasa nak 'Log out'
Ni belum lagi pikul beban tugas mengajar semula.
Tak tau lah di bahagian otak mana yg masih ada ruang untuk saya sumbat tugasan.
Kesakitan 'CTS' yg sedang saya alami ini tambah memburukkan.
Nak rehatkan jari tangan tu mustahil.
maka saya terpaksalah guna jari yg kesakitan.
Sakit itu sikit kalau di bandingkan dgn kesakitan Ja,
juga sakit orang lain yg perlu saya pertimbangkan..
Abaikan dulu sakit itu, buat2 tak tahu. 
Tapi luka parah di hati saya tak mampu saya bendung.
Nak buat tak tau pun tak boleh.
Memang tahu dan menanggung rasa pedih itu setiap masa.
Malam tadi tidor saya terganggu.
Kalau ada mimpi pun hanya mimpi ngeri sahaja.
Pagi ni mood saya punah.
jadi pagi ni biarkan saya rebah tersungkur,
saya sudah tidak mau bangun dan melangkah.
Biar saya begini hari  ni
Saya amat penat,
amat letih mengatur langkah dlm payah
Nanti nanti lah,
bila saya dapat kutip kembali semangat yg tumpah,
saya cuba lagi bangkit mengadap setiap lelah.
sekarang, biarkan saja saya begini.
nak menjeruk hati sekejap saja lagi.
Jap  jap.....

Thursday, October 10, 2013

Baik ada makna tu.....

Baik banyak macam baik.
Baik yg dari hati payah nak cari.
Baik sekarang baik yg boleh di beli.
Baik bermusim pun ada.
Bila orang baik dengan ku
Minda kena berhati hati.
Kalau baik itu palsu,
lambat atau cepat pasti berbau.
Busuk.
Busuknya baik yg di buat buat,
lebih hancing dari jahat.
Baik yg membungkus niat dan
baik yg ada makna tersirat adalah
baik munafik yg dilaknat.
Saya benci baik begitu
Pedih hati dan geram
kerana gunting dalam lipatan,
melukakan dari dalam.

Tapi ada baik yg sejati.
Baik yg lahir dari hati.
Baik percuma tanpa syarat.
Baik dalam diam seperti ubi
berisi menjadi budi.
Biarpun Gunung Daik sudah bercabang empat,
Budi yg baik tetap tidak dapat di balas.
Tidak juga mengharapkan balasan.
Baik begini sentiasa dicari,
tapi payah untuk di temui.






Wednesday, October 9, 2013

Mungkin

Dah senja.
mensia sia kan hari begitu saja
sedang usia semakin tua
Dosa makin berkumpul
Pahala tak subur mana.
Sebentar lagi azan magrib.
Tertutup sudah hari ini
Yang di kejar tak dapat dapat,
Yang di kendong dah lama berciciran.
Cukup cukup lah mengejar,
Buang tenaga.
Hadapilah yg ada di depan mata.
Telan saja kepahitan buah kepayang
biar pun memabukkan,
Rela
Subuh esuk belum tentu tiba.
kalau tiba pun,
masih ada kah sujud di sejadah itu?
atau mungkin juga subuh nanti
jasad ini terbujur kaku membiarkan
roh ku kembali mengadap Si Pencipta.
Segalanya mungkin,
Tidak mustahil dengan izin Mu

Siang hari eluk jer, kurang pulak sakit nya.

Malam tadi tidor bertemankan air mata.
tak, bukan sedih pun.
Sakit jari jemari ku ini.
kebas, lenguh sampai rasa mcm terbakar .
sakit nya hanya Tuhan yg tahu.
Manusia tak tau sebab bukan bengkak ke, berdarah ke..
Kalau cakap sakit pun orang ingat kita ngada ngada.
Malam tadi melarat sakit hingga ke bahu.
tak tau nak letak tangan dlm posisi mana supaya lega sikit.
Berdenyut denyut.
Bila tiba masa untuk tukar pampars anak,
jari tak leh guna.
Sakit teramat.
tau saya buat macam mana?
saya buka pelekat pampers dgn mulut.
Gigit pelekat tu dan jari sebelah tak sakit tu tarik.
kalau org tengok memang nampak lucu sangat.
Saya sendiri pun senyum sorang sorang.
senyum dan menangis serentak.
Tuhan maha kaya, uzur yg sedikit ini,
tidak menghalang saya untuk urus anak.
Syukur yg teramat. .


Tuesday, October 8, 2013

Cuba senyum

Menyembunyikan duka di sebalik senyuman
Menjadi tak?
Tak per lah walau senyum itu tawar tanpa perasa,
cukup lah saya dah cuba.
dan,
saya berjaya juga senyum kembali
setelah sekian lama menjeruk rasa.
Senyummmmmmmmmmmmmm....
Life goes on.

Bye Bye Anis...

Anis ikut rombongan sekolah ke Langkawi.
Pertama kali dlm sejarah, saya benarkan anak ikut rombongan sekolah.
Kakak2 dan abang2 dia mana ada peluang.
memang awal2 saya dah cakap 'NO'
Tapi ni kes lain.
anak2 saya memang saya selalu bawa melancong.
Dalam dan luar negara pun.
Seentaro dunia saya heret anak saya tu.
Pergi umrah pun saya bawak..
Tapi tu dulu.
Masa tu keadaan mengizinkan.
Sekarang saya tak dapat bawa anak2 jalan2 dah.
Masa terikat dgn urusan Ja, tumpuan hanya kepada mengurus Ja.
Maka kalau nak harapkan saya bawak anak2 melancong memang mustahil lah.
Last saya bawa anak melancong ialah ke Semarang tahun lepas.
Itu lah last Anis berholiday dgn keluarga.
Jadi hari ni,
Anis terpaksa di lepaskan ke Langkawi dgn kawan2.
Tak adil kalau saya tak benarkan.
Saya yakin Anis akan dpt pengalaman baru bila bersama dgn kawan2 begini.
Tak perlah anis, pergi lah.
Enjoy yourself..
Jangan fussy dah lah.
Make do dgn cara percutian ramai ramai.
and don't forget,
BELI COKLAT BANYAK2.



Monday, October 7, 2013

Tak ada kerja.


 Memang tak de  kerja lain.
Masak dan makan.
Menternak anak lemak.
Hari ni buat 'Roti Jagung'
manis manis lemak.
Sedap.(kata saya lah)
Sedap lagi Roti Gardenia
(Kata orang lain)
Ni sedang tunggu adunan roti kembang.
Lambat jugak roti ni kembang.
Tukang masak cepat pulak kembang nya.
Niat nak warnakan hijau dgn pandan.
tapi pokok pandan hidup segan mati tak mau.
Roti putih pun putih lah.
Dah masuk oven.
Oven panas, hati hati.
Tadaaaaa.......!
Dah boleh makan dah.
Baru kuar dari oven.
Bau sedap Bau roti fresh.
Tukang masak bau macam bini benggali roti.
Tak per, janji lepas mandi boleh makan roti jagung 
Siapa nak rasa, silalah masak sendiri...


Dia tak perlu kata apa apa.

Kak,
Saya rasa nak menangis.
Cepatlah datang sini.
Hanya di ribaan kakak,
tempat tumpahnya rasa.
Kak tak banyak cakap,
diam tapi faham.
Kak,
Apa perlu saya buat,
Setiap soalan saya,
kak tidak jawap.
kak hanya dengar,
dia tau,
kak tak perlu jawap,
sekadar dengar
dan
mengerti.
Kak,
Saya letih.
Saya tak daya
Saya putus asa.
Kak pandang saya.
Kak cerita pasal hidup dia.
Kak cerita pasal kawan dia,
pasal orang2 yg lebih malang.
Kak suruh saya sabar,
ingat Tuhan, redha...
Setiap kali saya di landa ribut perasaan,
Itu sajalah yg mampu kakak lakukan.
kak bukan pakar motivasi tersohor,
bukan ada ijazah bidang psycology.
Bukan doktor atau dukun.
Kak hanya menjadi kakak pada seorang adik.
dan kak lah yg mengutip,
setiap serpihan hati saya.

Hello Kak, Assalamualaikum....
Kak sedang buat apa tu, sibuk ke?
Tak, hani tak apa apa,
Saja jer call, nak dengar suara.
Tak der nya, hani okey jer..
Semua baik baik saja..

Sekejap lagi sampai lah kakak saya tu di depan pintu rumah saya....




Sunday, October 6, 2013

Masaalah nya...

Masak
Makan
Masak
Makan
Masak
Makan
Tak masak
makan jugak
Keluar beli, usaha cari...
Balik makan...
Tak keluar beli
Makan jugak
Order, Delivery.
Makan.
Duk diam2 kat rumah, tak order apa2 pun,
Ada yg hulur pulak.
Makan lagi.
Harus kah aku,
Ikat kaki tangan.?
Plaster mulut.?
Pejam mata.?
Dari semalam janji pada diri sendiri,
nak mula diet...
Niat tinggal niat.
Niat jadi ombak dtg dan pergi.
Diet hanyut ke laut,
Dan saya,
kekal jadi ikan paus biru ....
Hua hua huaaaa............


Saturday, October 5, 2013

lama2 anak cucu saya boleh terbang.

Kelmarin ayam
semalam ayam
hari ni ayam
esuk pun ayam.
Hidanglah seribu jenis masakan berasaskan bahan lain,
ayam jugak pilihan budak2 ni..
Kalau duk di negeri tak ada ayam macam mana a?
Sekor ayam hanya ada 2 kepak.
Ada tak ayam yg ada kepak byk dan tak ada dada?
Isi bahagian dada sah tak laku.
Last2 dada ayam hanya utk potong kecik2 buat goreng mee.
Kepak juga jadi rebutan.
Dari dalam periuk dah di booking tang kepak.
Siapa lambat tak berkepak.
Ada yang merajuk kes kepak.
Ada yg susun kepak siang2 dlm pinggan tanda juara kepak.
Bayaha tau makan kepak, gemuk nanti.
(Macam lah ada yg kurus kat negeri saya ni....)
"Dik, bagi akak ayam sekor dan kepak ayam  se
kilo"
Selesai masaalah.
Berkepak sakan lah kamu hari ni wahai anak cucu.

Friday, October 4, 2013

Singkong

Ubi kayu ni layak nya hanya di pinggan plastik.
Tu kira nasib baik dah tu,
buat nya di letak dlm pinggan polistrin pakai buang tu,
lagi lah pathetic .
Kalau letak di pinggan Noritake atau Royal Albert pun tetap ubi kayu,
tak jadi ubi kentang sampai bila2 jugak...
Eh, tiba2 terasa pulak lah.
Saya ni pun lebih kurang ubi kayu tu lah.
Hina.
Kekampungan.
Tak di pandang orang.
Cuma kalau nak lebih tepat,
bukan ubi kayu tapi ubi Badak/ubi tahun.
Tau ubi badak?
Yang besar besin tu.....
Tapi hina hina ubi pun kalau kena gaya, sedap tau.
Silap hari bulan lagi sedap dari kek yg cantik lawa tu..
Kan?



Cinta pertama Ja.

Entah apa lah yang berada dalam hati dia.
Tak siapa tahu kecuali Tuhan.
Beratnya, sesak nya, payah nya menjadi dia.
Tapi dia tabah,
tenang berdiri di tepi katil Ja
Setiap petang hingga ke malam.,
tidak pernah terhakis doa dan harapan.
Begitu lah dia, Sang Suami yg di duga oleh Tuhan.
Seorang lelaki muda seusia dia sepatutnya,
sedang berbahagia membina keluarga .
Tapi apa daya dia, suratan nya dia harus begini,
maka begini lah dia hari hari..
Masih cekal dan tidak mengalah.
Masih mengharapkan keajaiban.
Saya tidak sekuat dia.
Setiap kali saya hampir tumbang,
dia tongkatkan langkah saya.
Setiap kali berderai rasa hati,
dia pungut harapan yg bertaburan itu,
dia pulihkan semangat saya kembali.
Wan,
Wan lah cinta pertama Ja,
dan cinta terakhir juga...
Bertuahlah Ja menjadi isteri Wan.
Bertuahlah Imaad dan Iyaad.
Bertuahlah mummy kerana Wan hadir dalam hidup kami.

Thursday, October 3, 2013

Terima kasih bagi pehak Ja.

Owh, ada yang bertanyakan Ja.
Terima kasih kerana masih ambil berat.
Ja tentu happy kalau dia tau masih ramai yg miss her so.
Mummy saban hari duk terima sms, calls and messages bertanyakan Ja.
Ramai yg bagi ja moral support, TQ God.
Bukan tak nak update pasal princess saya tu,
tapi there's nothing much to say.
She is still like that.
Still getting all the attention and love from us.
Tapi Ja masih tak mau kembali pulih.
mungkin dia lebih tenang berada di alam itu.
lebih nyaman dan bahagia.
Mungkin kalau dia kembali semula,
banyak frustrations yg perlu dia hadapi.
Biarlah dia begitu,
Hati tidak terluka dengan kejam nya realiti.
I am glad she is still here with us.
Alhamdullilah walau dia tidak bertambah baik,
kesihatan dia juga tidak bertambah merosot.
Biarlah mummy yg menjadi mata telinga Ja
Mummy tanggung kemungkinan2 duka yg bakal Ja hadapi.
Kekecewaan Ja adalah kekecewaan yg bakal mummy pikul dan demi Ja
mummy bersedia untuk segala nya.
Maka demi Ja,
mummy mengharapkan Tuhan mempermudahkan segalanya buat Ja.
Semoga segala kesakitan itu telah meringankan dosa2 dia.
Biarlah dia bebas sakit, bebas kecewa.
We all still love her so much.
So so much.

BETUL KAH?

Kadang kadang kita tak boleh lupakan seseorang kerana dia terlalu pandai mengambil hati kita
Kadang kadang kita tak boleh lupakan seseorang kerana dia terlalu kerap melukakan hati kita.
Kadang kadang kita benci orang yang tidak mampu kita sayangi
Kadang kadang kita benci orang yg tidak mampu kita benci.
Kadang kadang bantuan datang dari orang yg paling kita tak mengharapkan untuk membantu
Kadang kadang orang yg sepatutnya memberi bantuan lah yg paling payah untuk membabntu.
Kadang kadang kita sengaja sakitkan hati orang yg sentiasa mengambil hati kita
Kadang kadang kita cuba pula mengambil hati orang yg selalu sakitkan hati kita
Kadang kadang perkara yang kita patut lupa adalah perkara yang sentiasa kita ingat.
Kadang kadang perkara yg patut kita ingat, kita lupa.
Kadang kadang senyum tawa semalam menjadi tangisan hari ni
Kadang2 tangisan semalam membuat kita tersenyum hari ni
Kadang kadang kita buntu, tidak tahu.
Betul kah?
Salah kah?



Wednesday, October 2, 2013

Hari ni jer....

Mesin basuh berteriak keletihan
sedangkan bakul masih sarat dgn pakaian yg kotor
dari daki semalam..
Di sinki pinggan mangkuk berenang kuak lentang,
gelas cawan lemas tenggelam.
Tudung periuk tidak menari lagi
tapi diam tunggu urutan tuan.
Penyapu dari tadi menanti nanti untuk
menyapa debu yg setia menunggu.
Tapi aku yg rindu damai,
diam kaku.
Otak mogok kerja sekali sekala.
Hentam saja lah....
Aku di sini,
Melepas rindu di sini.
apa lagi yg lebih pandai merwat hati,
sentiasa memahami..
AKU KAH INI,
yg selalu ada bila orang lain pekakan telinga,
butakan mata.
Hantam saja lah...
Sekali sekala mata merayap ke skrin TV
Astro macam macam ada
tapi tidak ada penawar buat hati yg begini.
Hari ini aku mau jadi raja bertakhta di hati sendiri.
memerintah diri sendiri dgn kanun tersendiri.
Berbahagialah duhai diri yg malas!
Aku istiharkan kerajaan dalam negeri berkabung.
atas kematian 'rajin' dan 'usaha untuk rajin'
Tidak ada kerahan tenaga,
urat sendi dan tulang selangka rehat sepenuhnya.
Minda nak kerja juga maka
hentam saja lah wahai minda yg degil ....
Hantam saja lah ...
Selagi jajahan takluk hati hanya lah diri sendiri,
selagi itu lah aku bermahkotakan malas
dan bertitah beribu alasan.
untuk tidak berkhidmat..
Bukan payah sebenarnya nak bahagia
Hari 'Hantam saja lahhh 'ini
menjadi terapi hati....
Hantam saja lah labu.....!.

Tuesday, October 1, 2013

Kecian MIL saya.

Ingat lagi tak cerita pasal budak2 dadah yg duk tido depan rumah mak mertua saya hari tu?
Kan betul sangkaan saya.
Malam tadi rumah MIL di masuki pencuri.
Siapa lagi kannn...
Kesian MIL saya tu.
Dia duk sorang sorang di rumah besar tu.
Nasib baik tak di apa apakan nya MIL saya tu,
buatnya di ugut dgn pisau, siapa nak tolong?
Polis pun satu hal lah..
Mak cakap, dia dah ke balai polis nak repot pasal budak2 dadah tu.
Tapi polis cakap itu di luar kawalan mereka.
Mereka tak leh tangkap tanpa bukti.
Laaa....Tak kan nak tunggu mereka pecah rumah baru nak tangkap?
Tu pun belum tentu di tangkap sebab tak de siapa nampak siapa yg pecah rumah ni.
Senang cerita mak, mak bagi saja racun tikus kat mereka tu.
Gaul dalam nasi.
MIL saya ni jenis yang mudah kesiankan orang.
Kalau mereka mintak nasi, dia hulur nasi.
Katanya dia takut nak bantah, takut di kasari pulak.
Yerlah, mereka dua tiga orang sedangkan MIL sorang.
Tak kenang budi langsung lah mereka tu, 
Apa nak jadi lah.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...