Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, May 31, 2014

Kereta pun ada time rosak jugak

Allah....,tak sihat lah pulak.
Apa tak nya semenjak mula bercuti selasa baru ni,
Belum dapat rehat lagi.
Ada saja urusan yg perlu dibereskan.
Tanggungjawap,
Nak buat macam mana dah tak ada pilihan.
Penat ke, apa ke, segalanya perlu beres
Hari ni kalau dtg lh perintah dari Seri baginda yg dipertuan Agong pun terpaksa saya tolak.
Demam.
Sakit2 badan.
Tido saja kerja saya hari ni.
Panadol/ponstan/celebrac/Arcoxsia..
Mereka ni jadi kawan baik saya,
Maaflh,
Saya perlu rehat sekali sekala,
Demam ni bagi peluang untuk saya rehat
Tapi rasa amat bersalah kerana byk kerja tergendala
Harap2 esuk bertambah baik.
Ok, saya nk tido, jgn ganggu saya k.
Zzzzzzzzzzzz.......

Friday, May 30, 2014

Angsana Murni Guesthouse

Kalau nak penerangan lebih detail, sila lah lawat blog Angsana Murni Guesthouse

Saya lantik diri sendiri sebagai pengurus dan pekerja

 Ramai sangat yg suggest supaya saya jadikan rumah lama tu sebagai homestay
Maka saya pun wujudkan lh sebuah homestay di tepi jalan besar ni,
Nak slow2 put things together, tak nak buru buru
Tapi dah ramai yg tanya, nak booking dan sebagainya.
Nak tak nak saya awalkan tarikh pembukaan.
Jadi dgn rasmi nya rumah tu dah jadi homestay.
Malah dah penuh ditempah bagi minggu pertama ni.
Alhamdullilah,
rezeki anak2 lah tu.
Tak sangka, ramai yg minat.
Mungkin sbb kedudukan nya yg strategik.
Dekat dgn WakafCheYeh dan Shoppingmall.
Dekat juga dgn tempat proses batik dan serunding/sambal daging,
Yang best dekat dgn' Nasi Belauk Kakwok.'
'Nasi Belauk Ayam Kampung ' yg sohor tu lagi dekat, sebelah rumah saja.
Rumah saya ni sesuai untuk yg dtg bercuti dlm kumpulan,
3-4 keluarga masih muat kerana byk ruang.
Hmm...Nk tau lebih lanjut sila ke blog ANGSANA MURNI HOMESTAY.
Saya orang baru belajar nak urus homestay.
Segala pandangan dan tunjuk ajar adalah dialu alukan.

Wednesday, May 28, 2014

I can't stand it anymore

I wish ......
I am not this lonely.
Loneliness is not because I am alone
But
Loneliness is when people around me makes me feel so alone.
Sometimes I wish that I have a shoulder to cry on,
Or at least an ear that listens
I am alone n loneliness is here to stay.

Tanpa jawapan

Why
Why
Why
Why
Why
WHY...?
WHHHHYYYYYYYYYYYYYY.......?

Monday, May 26, 2014

Nurun tue dia

Gemuk
Lebih baja
Tok caro layu slaluh.
Payah baso.
Manja
(BAB MANJA NI, TUAN DIA TAK MCM TU K)
Mmilih baja
Silap baja, sajo.

Sunday, May 25, 2014

Jangan buang papan tu

Ada sekeping papan kat penjuru tu.
Saya nak tulis2 kat situ tapi tak ada idea nk tulis apa...
Mungkin juga terlalu byk idea maka sampai hari ni masih kosong papan tu.
Janji pada diri sendiri,
Cuti sekolah esuk, nak asah bakat seni yg dah berkarat.
Nak buat painting.
Agak2 menjadi ke tidak?
Wait n see.....

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dlm perahu
Suruh cat papan, saya cat papan,
Suruh gerudi dinding saya x tau

Habis tu camna nak gantung papan tu nanti?
Masaalah tu.

Saturday, May 24, 2014

Jadilah teman ketawa saya.

Kalau saya ketawa, bergembiralah bersama saya.
Jangan pancing tangis saya dgn pertanyaan yg mengubah ketenangan jiwa.
Don't.....
Jangan....
Bukan senang untuk saya pujuk hati agar sekali sekala ketepikan luka
Apa salahnya rehat duka, senggang lara di antara seksa
Jadilah teman ketawa kalau pun bukan teman yg berkongsi semua rasa.
Biarlah saya galas payah saya sendiri.
Saya sudah biasa heret nya kesana kemari bersendirian.
Siapalah yg benar2 sudi berenang di lautan duka ini bersama saya?
Tak ada, tak mungkin ada...
dan saya tak mengharapkan siapa2.
Terima kasih teman yg sudi ukir senyum di bibir ini
Biar hanya di bibir, sudah cukup begitu
Terima kasih kerana bazirkan masa mu, melayan kehadiran saya untuk tumpang bahagia
Lawak mu menggeletek hati..
Sedap nya bila boleh ketawa dekah2
Tq for the giggles and the naughty smiles
The girlish jokes n stupid remarks r entertaining.
Tapi frust laa...
Tengah happy2.....
Zupp keluar pertanyaan
" Ja masih sakit ke?"
Gedegangggggg..!
Pintu ketenangan ku tertutup.
Punah mood.
Hati kembali suram.
Saya seperti kura2 yg masuk semula dlm cengkerang,
Bezanya cengkerang kura2 mendamaikan tuan.
Cengkerang saya mengundang tangisan.


Friday, May 23, 2014

Tuan kasut

Tuan kasut ni,
Kalau di tangan dia ada sebatang kayu yg di kutip.
Patahlh dahan pokok yg saya bela berkurun kurun.
Serpih lh mana2 benda yg rapuh
Calar lh permukaan yg licin
Koyaklh apa2 yg mudah terkoyak.
Tuan kasut ini,
Kalau di jari dia ada gunting,
Terpotonglh bunga2 yg kembang,
Daun2 yg belum kelayuan jadi cebisan
Ikan dlm kolam pun silap hari bulan
putus kepala....
Tuan kasut ini
Kalau di kaki dia kasut ni berada,
Hulu hilir, mundar mandir..
Mulut dgn kaki sama sibuk
Sayang sekali kasut kiri berada di kanan kaki,
Kalau tidak, mesti lebih handsom tuan nya tu.
Tuan kasut ini,
Menyuntik bahagia di hati..
Tidak ada baja yg lebih menyuburkan damai selain suara gelak tangis dia
Tidak ada yang boleh membunuh sepi selain bila dia ada.
Tuan kasut ini mengusir resah kami tapi gundah di hati dia yang menanti,
Yg dia sendiri tidak mengerti,
Menanti dalam diam.
Mampukah saya nyahkan setiap duka yg dalam perjalanan itu?
Tuhan, bahagiakan lah hati tuan kasut ini...Selamanya

Wednesday, May 21, 2014

Aku

Macam mana lagi caranya untuk memujuk hati?
Astaqfirullahilazim,
Makin tak kuat,
Seperti sudah hampir terlucut setiap kewarasan fikiran.
Berkali kali pesan pada ketabahan agar diam di sini,
Tapi masih juga ia beransur mengundur diri
Ketenangan jiwa seperti tidak ada.
Macam mana lagi?
Tuhan,
Ku bersujud pada mu,
Meminta belas dari mu...
Ya Hayyummm ya Qayyum.

Monday, May 19, 2014

Mendung

Langit mendung.
Hati laaaaaaagi lh mendung.
Apa tidak nya, niat tak kesampaian.
Huhuhuhuhuuuuu...........!
Langit belum tiris tapi
Mata dah bocor.
Sedih tau...
Teringat sedapnya Mee goreng special kat kedai tu tapi tak siapa nak keluar beli.
Dah diri sendiri malas teramat,
Rasakan lh ........

Sunday, May 18, 2014

Tak tergoda dah

Beza orang tua dgn orang muda...
Waktu saya muda2 dulu,
Kalau pergi shopping complex,
Semua benda nak,
tapi poket kempis...
La ni dah tua macam ni,
Duit tak ada masaalah,
tapi tak ada benda nak di beli dah..
Tak terliur dah...
Pinggan mangkuk, perhiasan rumah dah
Langsir, cadar, alas meja
Baju hbag...
Rasa2 semua benda dah ada.
Tak perlu beli lagi.
Tak tergoda langsung!
Kalau tawaf supermarket yg di bawa balik hanya lelah.
Penat saja yg di beli.
Itu lah, bila sedar diri dah tua ni,
Malas nak shopping nyopping.
mak saya pernah kata,
"Yang kita minat di masa muda tak semestinya kita minat sampai ke tua...."
Mak, yg mak cakap tu applies to humans ke objects?
Owhhh....objects only yer.
Padan laaaaa.......

Friday, May 16, 2014

Semoga dia tak lupakan saya

Saya bukan doktor, tapi luka di lutut dia, saya lh orang yg merawatnya.
Saya bukan Tok Hakim, tapi bila dia kelahi dgn kawan nya, saya yg meleraikan nya.
Saya bukan polis, tapi kalau dia buat salah saya denda dia.
Saya bukan mak bapak dia, tapi saya sayangi dia dan sentiasa mendoakan kejayaan dia.
Saya bimbing dia, ajar dia, didik dia,..
Saya bukan siapa2....
Saya hanya seorang guru biasa.

Wednesday, May 14, 2014

Iffah melangkah ke depan..

Tuhan sentiasa permudahkan,
Itu harapan saya,
Walau agak frust sebab Iffah gagal ke Institiusi perguruan,
hati tetap redha ketentuan Tuhan rezeki Iffah di bidang perundangan.
Dia di terima masuk ke UIA bidang undang2, syukur Alhamdullilah,
Sebenarnya saya tak kisah kemana hala tuju Iffah dlm mengejar cita2,
Dia nak jadi lawyer ke, go ahead laa, janji dia belajar rajin2
Cuma memandangkn saya payah nak urus hal dia sekarang ni, saya lebih suka dia belajar di sini saja, kalau boleh nak suruh berulang alik dari rumah...
Tu pasal lh saya prefer masuk maktab perguruan.
Maktab hanya walking distance dari rumah saya.
Senang kan?
Tapi saya hanya merancang, Tuhan yg menentukan.
May be she belongs there, UIA is waiting for her.
(Loyar buruk ni dah nk jadi lawyer bertauliah yer)
Well, what else can I say, be it!
Hari ni, petang ni walau saya teramat penat kerana baru pulang dari sekolah, saya gagahi juga menemankn dia di sini,bereskn medical checkup,
Perut berkeroncong kerana balik dari sekolah tadi hanya untuk sent Anis home dan fetch Iffah.
Tak sempat makan pun.
Kakak kat rumah mujur ada yg tolong tengokkan.
Bila siap urusan Iffah ni saya akan bersegera balik untuk urus kakak pulak.
Apa pun saya hanya mendoakan yg terbaik buat anak saya ni.
Saya penat x apa,
Saya hanya nak segala urusan beres.
Iffah, promise that you will do your best.
As for mummy, I believed that...
INNA MAAL USRI YUSRA
WAINNA MAAL USRI YUSRA..

DALAM SUSAH ADA SENANG,
DALAM SUSAH ADA SENANG.
Itu janji Tuhan.


langit bocor

Hujan lebat.
Bocor
Tiris
Tak, bukan atap yg bocor
Bukan bumbung yg tiris.
Batu jemala patek ni tuanku.
Dari tadi sel2 otak over aktif,
Sekarang dah kul 3 pagi,
Di luar masih hujan.
Hati turut banjir.
Uishhhh...dah, jgn di fikir2 lagi.
Yang lepas tu lepas lh.
Yang penting nya esuk.
Camna nak gi ngajar kalau jam ni terkebil kebil lagi ni?
Tidur lh mata, jgn mengenang orang yg jauh.
Tak kenang punnnn......

Saturday, May 10, 2014

Mummy rasa nak nanges jer lah.

Ja bangun.
Sempena Hari Ibu ini Ja hadiahkan mummy..
Pandangan yg bererti bukan pandangan kosong yg menikam hati.
Hadiahkan mummy senyuman dan suara.
Hadiahkan mummy ketenangan jiwa.
Selalunya,
Ja berebut rebut dgn siblings Ja untuk bagi ucapan yg pertama.
Maka seawal 12 mlm mummy dah terima ucapan itu,
beserta I luv U dan gelak2 manja.
Jambangan bunga turut hadir di ribaan,
Raikan dgn makan makan, ketawa ketawa,
Terdengar dengar suara mu anak
Terbayang bayang mimik muka pura2 tidak penat.
Demi mummy Ja buat apa saja asal mummy bahagia.
Ja,
Tahun ni dan tahun2 seterusnya,
Kekosongan itu amat dirasakan.
Hadiah sepasang batek sutera dari Ja masih dlm simpanan.
Masih berbalut, masih suam kerana sentiasa dipeluk.
Ja, selepas 10 hari Ja hulurkan sutera yg cantik itu, Ja hadiahkan mummy tangisan.
Perlukah begitu anak?
Runtun hati mummy bila musim ' Hari Ibu' datang lagi.
Masih terlalu baru saat bahagia bersama mu dirakam didalam minda
Terlalu sekejap.
Ja, semenjak bahagia bersama mu disentap tanpa rela,
Mummy sudah tidak perlukan apa apa.
Tidak ada apa yg mampu membuat mummy bahagia.
Ja bangun lah.
Ucapkan selamat hari ibu buat ku..
Sebutlah yg Ja sayangkan mummy
Katakan lah mummy tidak akan Ja tinggalkn kesaorangan
Lihatlah kedalam redup mata ku ini dan sebutlah...
MUMMY
Hadiahkanlah sepatah panggilan
Hanya itu yg mummy harapkan dan mummy dambakan
Di hari ibu tahun ini,
Mummy menelan tangisan.
Ja....Ja....Ja
Allah hu Akhbar......
Hanya Tuhan yg tahu rasa hati  ibu ini.

Friday, May 9, 2014

Ko ada?

Nok sohor siket....
Yang patut berbunga dah mula nak berbunga
Yang patut menjalar dah mula nak menjalar
Yang patut berbuah, tunggu masa jer...
Yang happy sangat2 of course lh Hang kebun yg berpeluh kecik besar sewaktu aktiviti cucuk tanam.
Ko ada?

Tuesday, May 6, 2014

Hadiah dari anak2 ..

Hadiahkan ibu mu ini,
Seorang anak yg mengerti bahawa
Bukan senang membesarkan mu dalam kandungan,
9 bulan 10 hari bercantum nyawa
Selamanya berkongsi darah yg sama.
Getar jantung mu anak,
Ibu mu ini lah orang pertama yg merasainya.

Hadiahkan ibu mu ini
Seorang anak yg memahami bahawa
Bukan senang membesarkan mu di sini
Banyaknya nyenyak yg tertangguh sewaktu ku mengintai intai gelombang nafas di dada mu,
Acap kali nya aku menyimpan sedu sedan dan menyembunyikan sedih pilu agar kau boleh terus ketawa.
Segala resah mu anak, aku alirkan ke benak ku agar kau tenang biarpun benak ku bernanah dlm diam.
Sentiasa mengekori jejak mu samada kau ketahui atau tidak, memimpin mu dgn bayang ku.

Hadiahkan ibu mu ini dengan anak yg mendamaikan hati
Yang membantu walau tidak diminta bantuan
Yang sentiasa dekat di hati walau di mata berjauhan
Yang menyejukkan pandangan bukan yg menyilaukan
Yang ikhlas melemparkan redup pandangan mewah sayang
Yang mendoakan kesejahteraan...

Hadiahkan ibu kamu di 'Hari Ibu' ini, di hari2 lain nya juga,
Setiap hari, setiap masa...
Dengan sikap dan tutur mu yg hanya dapat ditafsirkan sebagai...
penghargaan kamu
dan kamu memerlukan ku walau pun di saat orang lain membuatkan aku merasa tidak diperlukan.

Sekiranya usia ku bernoktah di sini, di saat ini,
Hadiahkan aku doa seorang anak yg solih,
Bacaan yassin mu yg berterusan
Dan simpan lah kenangan bersama ku itu selamanya di hati mu.
Aku sudah dapat hadiah dari Tuhan.
Hadiah yg paling bernilai bagi ku ialah kamu anak2 ku, kehadiran kamu dalam hidup ku dan sedekah doa mu diwaktu mati ku.


Monday, May 5, 2014

Syafiqah

Dia dah nak balik.
Hari2 dia datang kecuali hari minggu.
Pukul lapan hingga ptg.
Dia lah tangan kanan saya.
Dia, jururawat peribadi anak saya.
Duit tidak dapat membeli keikhlasan.
Kerana itu saya terhutang budi dgn dia.
Bukan senang nak cari
Setakat nak jaga, duduk dan tunggu siapa pun boleh, tapi yg layak tak ramai.
Tuhan perkenalkan dia kepada saya supaya hati saya tenang.
Bila anak saya di bawah jagaan dia saya yakin .
Dah setahun dia berkhidmat.
Dah semacam anak angkat
Syafiqah, terima kasih.
Bagi pihak Ja mummy nak ucap terima kasih,
Hanya Tuhan saja yg dpt membalas budi baik Syafiqah.

Sunday, May 4, 2014

Teka teki bulan mei

Cuba teka,
Bersaiz besar tapi bukan lori container.
Bunyi bising kadangkala senyap terus.
Hitam .

Senang cerita ni jawapan nya.
Saya lah tu semenjak jadi Hang kebun.
Semua yg mengenali saya duk tanya kenapa wajah saya 'terbakar'
Biarlh, cair dibakar mentari pun rela demi semangat berkebun.
Hitam legam pun tak kisah, janji sayur tumbuh.
Orang lain ada juga berjemur panas secara sukarela,
Tak dapat apa2 pun...
Tak nk lh bagi contoh specis mana yg suka berpanas.
Sensitip,
Kang ada org kecik hati pulak.
Ok, rest my case....
Yes, I am darker than usual.
But I am happy.

Aku suka jadi supir yg kenyang

Drebar teksi pun tak macam ni.
Kalau hari sabtu kerja saya lain tak ada,
Memandu jadi drebar dah jadi kerja tetap dan berpencen.
Kemana kita hari ni Dato Sri?
Ke bulan ke bintang?
Kemana saja mengikut perintah
Bisa diurus dong!
Sekejap berhenti isi minyak.
Minyak drebar lah, bukan minyak kereta.
Air kelapa
Goreng pisang
Air cincau dlm tin
French fries
Nangka madu
Coke
Drinking water
Etok
Drive thru pun hentam juga
Pendek kata setiap kali melintasi warung tepi jalan,
Mesti nak berhenti....
Turunkan cermin tingkap
"Dik, bak keropok rm2...."
Orang sebelah jeling.
Jeling saja tau, jangan komplen.
Bila2 masa saja saya boleh letak jawatan.
Hati hati di jalan raya
Kenderaan besar keluar masuk.
Hati2 juga dgn 'Drebar besar'....
Angin lintang di laut tak sedasyat bila drebar ni naik hangin...
Tapi insyaAllah, cukup makan, drebar senyiuuuummmm..
Senyiummm dan tak kata apa2....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...