Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, June 30, 2014

Puasa-1

Dalam perjalanan pulang dari sekolah,
Anak saya turun beli ayam
Saya parking ke depan sikit sbb depan pasar tu x ada kosong.
"Cik, jgn parking depan warung saya, nnti pelanggan tak nampak jualan saya"
Kata pemilik warung yg jual air minuman, baru pukul 3 ptg waktu tu.
"Maaf yer, sekejap saja, tu pun anak saya dah menghala ke kereta"
Saya cuba terangkan tapi dia siap cekak pinggang.
"Ni lh payahnya kalau perempuan bodoh bawak kereta mahal"
Aik, main kasar yer..
Dia lupa yg dia berpuasa kot, tak syg mulut tul.
Pakcik yg jual buah sebelah dia tu pandang...
"Puan, meh kedepan, parking depan gerai saya lah"
Pelawa dia dgn senyum macam dia masak benar dgn perangai jiran niaga dia tu.
Saya tak berganjak.
Saya pun tau jugak jadi samseng.
Entah apa lgi sumpah seranah orang tu saya x dgr.
Saya biarkan dia kuruskan pahala puasa dia.
5 minit kemudian anak saya masuk ke kereta
Dalam hati rasa nak turunkan cermin dan cakap
" Saya bayar roadtax, awak tu niaga lesen entah ada entah tidak, dah la jual air minuman kul 3 ptg,..tu pasal lh tak senang, tak berkat!"
Tapi saya ingatkn diri, sayangkan puasa saya.
Kang tak pasal2 terkurus puasa saya pulak.
(Kalau terkurus body, tak per jugak)
Saya berlalu begitu saja,..,
Biarlah...
Tak mau lah jatuhkan mentaliti saya ke paras mentaliti dia.
Tahniah lh Perempuan bodoh bawa kereta ni berjaya tahan sabar hati ni,
Alhamdullilah.

Sunday, June 29, 2014

Aku yg sekarang bukan lh yg dahulu..,

Sah awak yang pernah mengenali saya dulu sudah tak kenal mana satu saya yg sekarang,
Dulu2 kurus tapi sekarang sudah gemuk.
Dulu2 muda belia tapi sekarang sudah tua
Dulu2 manis 17 sekarang masam 5 series,.
Cuma yg pasti,
Dulu tak lawa,
Sekarang masih tak lawa dan tak akan lawa pun.
Dulu kami ni sgt2 rapat as classmates n gossipmates n whatnot,
Sekarang pun masih macam tu,..
Wokey, soalan cepumas bagi yg tak ada dlm foto ni...
Dimanakah saya?
Jeng jeng jenggggg......!

Saturday, June 28, 2014

Hari terakhir sebelum Ramadhan

Sekali sekala duka terubat
Sekali sekala ketawa ketawa
Gelak gelak
Cerita ceriti
Gembira bertapak dlm hati.
Tadi,
Kawan2 lama heret saya ke sini
Kawan2 yg mengerti resah saya
Berat rasa mulanya untuk sertai mereka
Tapi kata Ton " Jom lah...."
Kata Tini" Lets have fun,.."
Kata Mie " Come and put aside your worries ..."
Kata Tie " We understand but please come"
Betul sangat.
Saya happy sangat2
Kawan2 lama saya masih mcm dulu.
Tak berubah...
Tak kira lah mereka datin ke, YB ke..
Serupa, sekepala
Dulu kini dan selamanya.
Tq friends....
Terasa sangat bahagia ada kawan2 seperti kamu, kamu dan kamu.

Friday, June 27, 2014

Projek hari Jumaat

Tak de keje lain.
Conteng habis segala benda.
Ni mangsa terkini.
Birdhouse ni asalnya putih dan merah.
Dah cukup comel dah.
Tapi dek kerana gatal tangan,
ni lah jadi nya....
Lepas ni nak conteng pe benda pulak yer...
Siapa nak khidmat conteng free  bak sini, meh saya conteng.
Tapi hasilnya macam mana tak leh janji.
Ikut mood.
Ok lah, nk sambung conteng conteng...
Lalalalaaaa......

Thursday, June 26, 2014

jangan perasan


Amat tidak berbaloi untuk cuba buat kau faham
Kerana kau tidak akan faham.
Kesian sungguh.
Kaduk tetap kaduk walau panjat junjung.
Tok sah perasan.
Maka....
Terima kasih atas segala kebodohan yg kau hidangkan.
Aku sudah nak termuntah kekenyangan.

Tuesday, June 24, 2014

Tunggu aku di seberang, aku ingin bersama mu di sana.

Ku kuak pintu kamar itu
Kau tenang, bungkam
Sekali sekala nafas mu bergetar di telinga ku
Diam lah anak ku,
Biarkan aku saja yg menghidu bau sakit mu,
Sudah lama sakit itu meresap ke setiap urat saraf ku,
Merasa perit derita mu,
Menelan pahit sisa usia mu
Kau sedutlah bau syurga yg bakal kau huni
Kau mimpikan lah bahagia abadi bersama Pencipta mu
Kau sabar lah anak,
Sakit ini sementara bagi mu
Tapi bagi ku,
Sakit bersama mu tak sepayah sakit rindu tanpa mu.
Ku tatap wajah mu setiap kali selesai solat,
Hati seorang ibu bagai diramas, di rentap..
Terbayang hari2 tanpa mu.
Terpaksa utk redha walau tidak rela
Tidak sanggup mengayam rindu sedangkan
Sekarang pun rindu sudah menjerat kerongkong.
Anak, aku doakan yg terbaik buat mu, demi kamu.
Semoga Tuhan bebaskan mu dari belenggu sakit ini
Sembuhlah dari sakit ini jika ini terbaik buat mu
Tapi jika kau lebih merindui syurga,
Dan kau dikembalikan ke pangkuan Nya
Aku seharusnya redha...
Terpaksa redha
Terpaksa cuba untuk redha.
Astaqfirullah..
Tau,
Aku terpaksa mengalah kerana kau adalah amanah,
Aku seharusnya berterima kasih kerana Tuhan telah meminjamkan mu
untuk ku sayangi biar sekejap cuma
Seharusnya begitu,
tau begitu
tapi masih terasa 'terpaksa' itu
Anak,
Tadi,
di birai katil mu ku tebarkan sedu sedan.
Entah kenapa naluri seorang ibu mengundang tangis ku.
Mungkin kerana malam tadi dalam mimpi...
Aku berdayung sampan tanpa mu..
Kau di seberang sana, melambaikan selamat tinggal..
Jangan anak,
Aku belum bersedia..
Kelam rasa dunia.
Bila terjaga aku berpaling ke arah kamu ..
Anak, aku masih belum bersedia untuk kehilangan mu...
Mampukah aku melepaskan mu jika suatu hari begitu lah ketentuan dari Nya........

Sunday, June 22, 2014

Hello TNB

Sakit hati
Geram
Tapi oleh kerana saya hanya orang biasa2,
Siapalah nak dgr aduan saya ni.
Minggu ni, dah 3 kali gangguan bekalan letrik.
Bukan sekejap, 4-5 jam sekali bergelap.
Nak kata payah sgt nk baiki kerosakan, mustahil.
Dah 30 tahun saya duk di rumah lama dulu sekali pun tak pernah bergelap lebih dari 1 jam atau 2 jam.
Bila terganggu saja bekalan, cepat2 orang TNB baiki, pulihkn.
Ini tidak, agaknya cara kerja mereka x serupa.
Double standard.
(Rumah lama berjiran dgn istana! Tu pasal lh agaknya)
Saya ni kalau setakat panas dan gelap, no problem.
Yang major problem ialah saya ada pesakit yg memerlukan bekalan letrik 24 hours.
Terkial kial lh kami usahakan back up iaitu generator.
Bukan senang tau, nk start pun dah guna tenaga.
Bau nya lagi, perlu sambungan lagi..
Dalam gelap segala perlu cepat.
Hati berdebar2 takut ada masaalah..
Sekalli sekala havoc begini boleh saya sabar,
Kalau dah tiap2 mlm, terlepas juga 4-5 ekor haiwan dari mulut ni.
Kalau saya tau lh dasyatnya perkhidmatan mereka di kawasan baru ni,
Tobat saya tak pindah ke sini.
Setelah jiran2 beritau keadaan letrik di kawasan ni,
Hati tertanya tanya..
YB duk buat apa dalam gelap?
Tak kan duk main bayang api lilin kot.
Duk buat bayang burung dgn jari ke tu?
Eiii...nysmpah sungguh!

Friday, June 20, 2014

Macam macam hal lah

Susah juga jadi Hang Kebun nih.
Lagi susah kalau x ada pengalaman.
Laaaaagi susah bila tak nak dengar nasihat orang.
Tanam main stail hentam saja lah...
Semua pakai konsep 'cuba'
Meh tengok hasil experiment saya...
Tumbuh pokok kacang, (kacang apa saya x tau)
Melilau macam hilang arah.
Nak memanjat tak kesampaian,
Nak merayap..eh, kacang merayap ke?
Pokok cili eluk hijau tiba2 dah makin kuning daun nya.
Lebih baja ke kurang baja?
Cili luruh belum sempat masak.
Ikut hati mau ku cabut jer..
Ni pulak dah berbuah.
Jangan tanya buah apa, TAK TAU.
Timun? Labu?
Sah bukan kubis kan?
Nampak gaya tak boleh lah saya bergelar petani jaya tahun2014
2015, 2020 pun tak kan layak
Bodo!
Serik?
Tak, tak serik malah suka walau tak berjaya.
Masih bangga dgn kebun IT saya.
Kebun IT - Kebun Ikut Terlintas
Ko ada?

Thursday, June 19, 2014

Ubah lagi?

Sekejap letak tu kat sini
Sekejap alih letak belah sana
Sekejap heret kerusi susun begini
Sekejap tolak meja ke penjuru itu
Sekejap rasa susunsn begini lebih cantik
Sekejap begitu rasa semak
Gedegung gedegang gedegung gedegang...Dah!
Krung krang krung krang....Siap!
Puas.
Puas yg sementara.
Bermula bila mata terpandang kedudukan yg tidak menyenangkan
Mulalh tangan di pinggang, tenung tilik kawasan daerah taklukkan.
Nak ubah stail mana, otak ligat..
Orang lain kalau pun ada berdekatan mula lariiikkkkkkk...!
Takut kena kerahan tenaga lh tu..
Tak per, sorang2 pun saya mampu buat.
Semangat.
Malam nanti belum tidur mula lah cari minyak urut.
Sakit pinggang lh, sakit lutut lh...
Esuk2 buat lagi...
Kalau harta benda tu boleh bercakap, saya rasa mereka akan minta ampun...
" Dah la wei....kami penat kena usung, kena tarik dan tolak, dah longgar segenap screw dan sambungan...
Awak tak de kerja lain ke? Tolonggg lahhhh"
Ayat yg last tu bukan perabot yg cakap tapi makluk Allah yg cakap.
Ayat polis nak saman orang tuh!

Awak boleh ubatkn penyakit saya ni?

Betul lah saya jarang keluar sekarang ni.
Aktiviti shopping menyopping terhad pada benda wajib beli saja.
Tapi walau x tawaf shopping mall, duit masih bersayap,..
Online shopping.
Berhantu jugak ni.
Bila dah start browse dari satu page ke satu page,
ada lah signal hati ke otak,.."Ni kena beli!"
Sinonim dgn kegilaan saya yg terkini,
Laman online pasal gardening lh yg sering saya lawati.
Hari ni order benih, esuk order anak pokok, lusa order mak pokok.
Lepas tu melarat hingga ke hiasan taman.
Aduhhh...This got to stop.
Siapalah yg boleh halang saya?
Tolong halang.
Tolong rantai jari saya dan tutup mata saya.
Buang tab saya, laptop saya dan desktop tu..
Eh, agaknya ni yg penagih dadah rasa..
Nak berhenti tapi tak boleh berhenti.
So camna aa?

Wednesday, June 18, 2014

Nothing matters

Memang pun, nothing matters...
Biaq pi lah apa yg berlaku di sekeliling saya ni,
Saya peduli hapa.
Too busy to care.
Malas nak ambik pot.
Ada orang kelahi laki bini
Ada anak yg derhaka
Ada kawan makan kawan
Ada orang jual orang
Jual diri sendiri pun ada.
Ada saya kesah?
Cerita lah di telinga saya
Seperti angin berlalu begitu saja
Tak kuasa nak tolong pikul masaalah orang
Hari ni seperti kelmarin,
Saya terlalu sendat dgn kehidupan sendiri.
Jadi kalau saya tiba2 cakap saya tak tau berita terkini, itu lah kebenaran.
Tak tipu, sungguh!
Kenapa saya cakap macam ni?
Sebabnya........
Maaflah,
Saya memang tak tau hujung pangkal kisah itu.
Dan maaflh saya memang tak nak ambik tau, tak perlu..
Biarkan saya terus tak tau...
Cuma,
Lain kali kalau nak perang dunia ke3, jangan depan saya,
Dan jangan minta saya menyebelahi siapa siapa.
Saya tak minat ok!
Dah, gi kung fu jauh jauh!

Tuesday, June 17, 2014

Ja, Ramadhan dtg lagi....

Ramadhan dah hampir.
Surau2 dan masjid2 berseri,
Karpet menanti untuk di hampar
Khemah menanti untuk di dirikan
Makmum menanti untuk berjemaah
Ada yg beli telekung baru
Ada yg beli kupiah baru
Tapi,
 Ja masih begitu,
Saya masih begini,

Di tempat kerja tempahan biskut raya sudah di buka
Kawan2 bercerita pasal resipi berbuka
Kata Rozan, tukang jahit dah tak nak terima tempahan baju raya,
Angin bulan puasa mula terasa
Tapi
Ja masih begitu
Saya masih begini

Saya belikan sedikit buahtangan
Istimewa sempena Ramadhan
Untuk orang tua dan kenalan
Untuk nurse yg jaga Ja
Untuk bibik
Untuk yg dekat di hati
Untuk Ja saya masih hadiahkan bacaan yassin
Dan surah ArRahman
Setiap malam
Setiap pagi
Walau bulan apa pun yg bakal dtg
Hadiah itu tetap serupa
Kerana
Ja masih begitu
Dan
Saya masih begini,


Monday, June 16, 2014

Kehilangan

Saya pernah kehilangan segala galanya...
Pernah meratapi kehilangan itu.
Pernah merasai sakit pedih luka itu.
Kehilangan tidak bernoktah, esuk lusa ada kehilangan baru yang perlu saya hadapi.
Begitu lah hidup ini..
Kadang kadang terasa bagai sudah tidak mampu untuk bertapak ke depan bila hilang bahagia
Tapi terpaksa juga demi masa depan.
Selalu pesan pada hati...
'Tuhan akan ganti setiap kehilangan dengan anugerah yg lebih baik'
Semoga yg patah kan tumbuh...
Kehilangan yg paling terasa bukan lah kehilangan harta benda
Tapi kehilangan rasa percaya.....

Sunday, June 15, 2014

Sempena Hari Bapa

Anak2 saya bertuah, mereka ada ayah.
Bertuah kerana berbin dan berbintikan dia.
Malah mereka ada seorang laki laki yg terbaik buat mereka yg di panggil papa.
Itu memang saya tak leh nafikan.
Along takes after papa, pendiam dan suka membaca.
Ja takes after papa, doesnt take no for an answer.
Kimi takes after papa, otak bisniz...
Iffah takes after papa, suka prove that she is right.
Anis takes after papa, a thinker....
Walau pun papa tak sehebat, tak sekaya, tak sesihat, tak se'perfect' dgn papa orang lain, dia adalah papa mereka...
Dia sentiasa cuba untuk menjadi yg terbaik buat anak2 nya maka boleh tak kamu semua anak2 nya cuba jadi anak yg terbaik buat dia?
Boleh tak?

Terima kasih kerana bergelar papa kepada anak anak saya.

Blackout

Penting nya letrik dalam hidup ini,
Bila x ada bekalan letrik, baru tau seksanya hidup.
Panas tok sah cerita.
Nak bukak tingkap, nyamuk pula yg masuk.
Nak pasang ubat nyamuk letrik x boleh,
Kena nyalakan ubat nyamuk yg busuk tuh.
Busuk! Melekat bau di badan
Tapi semuatu small matter.
Yang penting ialah memastikan aliran letrik ke alat bantuan penjagaan Ja tidak tergendala.
Kami dah sediakan back up siang2 maka tak risau mana lah.
Cuma yg lawak nya,
Dlm kegelapan malam tadi saya terdengar bunyi enjin kereta.
Laaaa.....rupanya ada yg tidor dlm kereta.
Senangnya budak dua beradik ni cari jln penyelesaian
Apa2 pun Alhamdullilah kul 4.30 pagi letrik pulih semula,
Itu lh,
Kata orang, kita tidak tau penting nya sesuatu benda tu sehingga kita kehilangan nya.
Ingat tu!

Saturday, June 14, 2014

Syurga Dunia

Kopi O Beng,
Bukan secawan, se mug pun bukan.
Se cetong!
Kopi cap Badak saja tau.
(Tanpa perasa badak)
Sekuk Tawar cap Ping Pong, cap lain tak aci.
Cap lain kerangupan nya berbeza.
Hirup dulu untuk test kemanisan kopi,
bau kopi menyerap ke dalam hidung, kerongkong dan hati.
Tenang damai bagai sedut painkiller.
Patahkan biskut, terabur atas riba..
Nanti kongsi debu biskut dgn semut.
Cicah dan suap.
Tiga kali cicah baru hirup kopi sekali sekala.
Sedap.
Minuman sedap no 1 dalam dunia.
Comfort food.
Memang comforting sungguh..
Makan sambil layan hati..
Atau layan astro
Atau layan tenet
Jangan layan orang masa minum dah, tak best.
Rosak mood berkopi kopi kslau ada orang.
Bersendiri lebih baik,
Tambah pulak kalau ada orang yg tak reti reti bancuh kopi.
Tau tumpang kopi orang.
NO WAY,
Gi main jauh jauhhhh....!
Biarkan saya menikmati syurga dunia ni...
Dah, kalau rasa terliur gi beli lah weiiiiii...........

Thursday, June 12, 2014

Gambar tak menipu, memang g****!

Posing.
Saja saja.
Salah ke?
Tak yah komen sbb dah tau awak nak komen pasal apa.
Tak cakap pun sendiri boleh agak.
Diam, simpan gelak dlm mulut,
Zip mulut!

Wednesday, June 11, 2014

Awak suruh saya masuk 'Kilauan Emas'?

Mata asyik tgok otai beradu suara.
Mulut pot pet pot pet bagi komen ngalahkan juri tetap.
"Kilauan emas 5 nanti awak masuk lah"
What?
Saya mana pandai nyanyi....
Tak der lah, awak masuk jadi juri, ganti Ziana Zain.
Weiii....sedap mulut sindir kita yer.

Monday, June 9, 2014

Ni namanya harta benda mummy

Nampak gunting besar tu?
Takkk, bukan untuk gunting rumput atau potong ranting,
Tapi untuk POTONG TANGAN ORANG YG SUKA AMBIK BARANG MUMMY TANPA MINTAK IZIN DAN TAK LETAK BALIK DI TEMPAT SEPATUTNYA.
Kalau brani cuba lah.
Rimau pun luruh belang sekali mummy ngamuk,
Jangannnn.....Don't make me angry, you won't like me when I'm angry.
Awak tau apa terjadi baru2 ni bila ada orang ambik ball pen saya dan hilangkan nya?
Ish ish ishh..Dasyat.
Baru ni bila saya sedar yg harta saya dah di hilangkan dan saya amat memerlukan nya....Maka.....
Saya start kereta dan gi beli ballpen lain lah.
Huhuhuhuhuuuu......!

Saturday, June 7, 2014

D I Y

Konon.
Tengok pakar buat nampak senang,
Cuba buat sendiri.
Mak oiii,..berpeluh peluh!
Mujur konkrit dan tile tu tukang rumah tolong.
Sambungkan  pam air tu Si Ajis yg bantu..
Kita tang decorate dan adjust flow air saja.
Yes, tu lh masaalahnya.
Tak expect flow tu nk jadi macam tu.
Macam air terjun.
Saya nak yg meleleh kat wall tu jer.
Bunyi air yg halus damai gitu.
Ini mcm paip pecah!
Merecik recik sampai basah satu negeri.
Tak boleh jadi ni..
Tilik lagi, baiki lagi, letak tu, tambah ni..
Last2 surrender.
"Hello Mat, esuk boleh tak dtg tgok airterjun akak ni..?"
Boleh la Mat yer...
Mat cakap tak boleh. So?
Padan muka saya lh..
Tolonggggggggggggggggg....!

Friday, June 6, 2014

Sebelum dan selepas

Ini namanya tak ada kerja cari kerja.
Punya lah susah nak dapatkn terompah,
habis segenap penjuru alam saya cari tak termasuk bumi Melaka.
Kat daerah takluk ni payah sungguh nak cari.
Kat kampung kraftangan tak ada.
Kat pasar tak ada
Kat kedai kasut tak ada
Kat kedai runcit Muthu dulu ada sekarang illek,
Ah Chong kata dulu dia jual, la ni pembuat terompah Hj Abu dah meninggal...Innalillahhh....
Saya ni kalau nak, kena cari dan dapat.
Tak puas hati kalau tak dapat.
Nak jugak! Nak jugak!
Peel huduh jak budok-Tu kata mak saya lh.
Tau tak, sampai ke kedai hardware pun saya tanya.
Last last ada hamba Allah yg tolong carikan sepasang
Nasib baik dia carikan kalau tidak,
Tak mustahil saya kebas terompah buruk  Tokki yg masih di pakainya bila berwuduk.
(Kalau tokki saya boleh dimaafkan jugak, ni tokki sapa ntah, saya tgok dia pakai waktu berhenti solat di sebuah surau di luar kota)
Well, tq kepada yg memahami hati saya.
Sukanya.....I Labiu....Ya bedabeduuuuu......!

Wednesday, June 4, 2014

Dunia hanya pinjaman

Uniform untuk berkebun hari ni.
Seluar pinjam anak punya.
Selipar mcm perahu pun pinjam juga
Tshirt kebas hero punya
Topi/cap pun Boss yg punya
Hang kebun ni sendirian berhad, bukan Ahmad Albab yg punyerrr....
Hahaha..Ketawa stail jin bertocang gitu.
Problem masaalah nya,
Nak pinjam tenaga cukup payah.
Nampak jer mummy put on the uniform,
Semua makluk ciptaan Tuhan lesap.
Ghaib.
Sokmo gitu.

Sunday, June 1, 2014

Nak dijadikan cerita

Saya tengok byk kotak ni kat bawah pokok tepi pasar.
Buat tanam sayur best jugak ni.
Susah payah saya angkut letak dlm kereta,
Niat di hati petang2 nanti nak ambik dua ke, tiga ke lagi..
Saya seronok betul dapat barang free lh katakan.
Tapi kebahagiaan saya musnah sekelip mata,
Tau apa big boss cakap bila dia tengok harta karun yg saya bawa balik?
"Awak gi hantar balik!
Pandai2 ambik org punya...."
-Apa pulak orang punya, saya ambik yg org buang lah."
Boss sambung lagi ayat yg terputus di tgh jalan,
"Tu peraih ikan yg punya, bukan dia buang tapi dia longgok sementara kat situ...Awak hantar balik atau gi bayar harga kotak kayu tu"
Huhuhuhuuuuu,....
What should I do now?
(Padanlah masa ambik tadi ada pakcik tu pandang semacam je..Agaknya dlm hati dia berkata, makcik ni x betul kot duk kutip kotak ikan orang....)
Malunya nak gi letak balik....
Cari pasal sengoti lahhhhhh.......!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...