Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, February 2, 2018

Kelass ko nyah!

Tergelak sorang sorang.
Lawak habis!
Meh saya kongsi apa yg buat saya tersengih sorang2 ni.
Saya bukak instagram,layan update org2 yg saya follow.
Tetiba terpandang update terkini dia ni.
Ayat dia kemain lagi.
'Bila la nak mati orang yg macam awak ni?'
Ditujukan kepada kaum pondan,maknyah dan yg sewaktu dgn nya.
Biasala kan, ramai pun yg kecam golongan ni.
Yang buat saya ketawa ialah respond dari seorang yg mengaku dirinya lelaki lembut.
(Dulu dia ni lelaki tukar jadi ppuan,pondan dan tukar semula jadi lelaki lembut ke hapa, x faham sgt)
Respond dia berbunyi..
'Sedang tunggu nak mati la ni'
Tergeletek hati saya.
Apa tidaknya, dgn bersahaja dia jawap macam tu.
Saya kira dia mempunyai hati yg sgt sabar dan tenang.
Kalau saya di tempat dia lah, bila org tanya macam tu mesti melenting.
Mesti akan cari jawapan yg akan menyakitkan hati si penanya.
Paling2 akan tanya balik, awak tu bila nak mati jugak?
Maka akan berbalas balas respond yg berakhir dgn sumpah seranah.
Gelak, gelak jugak tapi jauh di sudut hati, saya puji tindakan dia.
Thumbs up buat dia kerana beri jawapan macam tu.
Saya agak jawapan dia mencerminkan hati budi dia.
Tak kira lah dia golongan apa, kita golongan apa
Tapi saya tabik spring kerana dia dapat menjinakkan amarah.
Matang dalam berfikir dan tidak emosional.
Saya bukan menyokong golongan pondan, jgn salah faham pulak.
Untuk menghalang pun saya tak ada kuasa.
My point of view is...
Zahirnya manusia boleh jadi apa saja tapi
Apa yg didalam hati hanya Tuhan yg tau.
Begitu lah hidup ini....


2 comments:

Anonymous said...

ape ig auntie?
i nak follow 😀

Granny Hani said...

@chehoneyhoney.
Tq.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...