Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, February 23, 2018

Pedas ke lada? Kalau tergigit saja.

Di media sosial,
Bila saya perhati betul2.
Semua orang jahil.
Kita saja yg warak alim dan tau hukum hakam.
Semua orang bodoh
Kita saja yang bijak pandai, tau segala nya
Semua orang cakap ikut sedap mulut
Bahasa kita saja yg penuh tertib nya dan jaga adap budaya.
Semua orang jahat.
Kita saja yg bergelar sebaik baik manusia.
Semua orang bersalah di media sosial ni
Yang betul hanya kita.
Hanya kita.
Di media sosial,
Kita boleh jadi sesiapa saja.
Tepuk dada tanya selera bagi arahan pada jari.
Tak pelik kalau rakyat naik takta
Si papa mengaku wang berjuta.
Tua purba berdarah muda belia.
Jantan boleh saja jadi betina
Menipu, berlakon, berpura pura.
Yang derita mengaku bahagia
Yang sihat buat2 sakit, menagih derma.
Bawa lah watak apa saja kerana
kita sukarela menjadi iblis,
 tidak ada paksaan dari siapa siapa.
Kumpul la dosa sebanyak mana pun kerana
Mati nanti kubur kita tak berkongsi.
Making masing lot nya.
Sayang sekali line internet tak ada di sana.
Tak boleh dah nak jadi key board warrior.
Mati itu pasti.
Ke dah lupa?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...