Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, September 24, 2019

I am here....again!

Bismillahirohmanirrohim
Assalamualaikum
20 hari.
Saya peram blog selama 20 hari.
Mujur tak berkulat.
Mujur tak jadi pekasam.
20 hari
Saya berhempas pulas menjinakkan hati
Saya menzalimi diri sendiri, paksa diri.
Sebenarnya tak siapa tau apa yg saya alami.
Saya pandai berlakon, jgn tak tau!
Di Ig, di fbook, di group2 wassup..
Saya pamerkan yg baik2 saja
Yang indah2 yg manis2..
Yang parah saya telan sorang2.
Biar hanya kerongkong saya yg berdarah.
Biar hanya hati saya yg menanah.
Takper....biarlah begitu.
20 hari
Banyak yg berlaku
Banyak juga yang boleh dikongsi
Cuma tak sempat nak kongsi sbb
lebih fokus untuk merawat hati.
Selepas 20 hari,
hati dah hampir pulih.
Pulih ke? Ke hati dah terbiasa begitu?
Entah lah...
20 hari penuh rindu
Rindu nak berblog
Rindu nak buat N3
Rindu nak merapu.
Rindu semua yg sentiasa ada bersama saya di sini.
Rindu sangat sangat, ketat ketat...
Alhamdullilah, saya dah boleh berdiri semula setelah terjatuh
Boleh mula melangkah semula di sini
Sambung kembali apa yg terbiar.
Cuba melangkah ke depan.
Untuk hari ni saya mulakan dengan selapang lapang fikiran.
Tuhan, bantu lah saya...

Share foto dulu....



Masih sama.
Masih serupa dulu kan?
20 hari lebih tua saja.
See u again soon.
Thanks for the moral support.

2 comments:

A m m i said...

bangkit itu lebih baik dari menyerah.

Kakcik Seroja said...

Hati kita, hanya kita dan Allah saja yang tahu. Luaran nampak biasa, di dalam ada badai menghempas secara luar biasa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...