Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, September 27, 2019

Jumaat datang lagi

Jumaat.
Maksudnya apa?
Jumaat ni bagi saya lah.....
Maksud nya,
Celik mata sebelum subuh
Update blog dulu la kalau tak, tak ada la posting nih.
Jap lagi subuh, solat.
Lepas solat baca alkahfi dan surah2 amalan harian.
Kul 7 private nurse sampai utk masuk bertugas urus anakanda saya.
Saya buat apa?
Ke kubur lah, jumpa arwah suami.
Sedekahkan yassin dan bersihkan kubur
Mengadu dan kadang2 menangis.
Lepas tu?
Lepas tu tangisan sorok dlm kerongkong sbb segan orang lain pun ada ziarah kubur pagi Jumaat macam ni.
Dari kubur terus ke pasar.
Beli breakfast, beli bahan utk masak lunch juga.
Sembang dgn warga penjual.
Dgr isu semasa dari mulut mereka.
Seronok. Hiburan pagi.
Balik rumah nampak motor pembantu rumah dah sampai.
Jumaat hari dia kerja, kadang2 dia datang hari sabtu.
Saya terus ke dapur letak nasi bungkus atas meja.
Belum boleh makan lagi tau.
Bergegas dulu ke laman utk siram pokok.
Kalau lambat, matahari menggigit.
Sapu laman sikit, cuci tangga sikit..
Bebel banyak.
Bebelkan kucing yg tumbangkan pasu2 kecil hiasan saya.
Dah kul brapa nih?
Cepat jemur kain, dari lepas subuh mesin berkhidmat.
Pakaian masih terjeruk dlm tu.
Siap.
Masuk dapur semula.
Baru boleh breakfast.
Sedia untuk bersilat di dapur la pulak.
Masak dan masak..
Jumaat rakyat ramai, kena masak special dari biasa.
Happy dpt masak, stress free dan ubat hati.
Nanti anak balik dari masjid boleh la makan.
Makan ramai ramai.
Cuci pinggan sorang2
Kemas dapur sorang2
Life is so unfair! Kan?
Solat zohor dah ke belum?
Belum.
Ok, solat dulu sebelum keluar sekali lagi.
Kali ni ke supermarket beli keperluan mingguan.
Kalau tak lama di supermarket sempat la balik nanti tido jap sementara tunggu asar.
Kalau tak tido pun layan astro jap, layan apa2 yg patut.
Lepas asar nurse dah nak balik maka saya kena masuk shift urus anakanda pula.
Pembantu rumah pun dah nak balik.
Anak menantu cucu dah keluar
Saya dan anakanda Ja saja yg tinggal.
Tapi selalunya petang2 gini ada yg menyinggah.
Kalau tidak tetamu pun saudara mara dekat jauh.
Tak sunyi kalau hari Jumaat, meriah.
Sekejap jer dah magrib.
Selesailah rutin hari Jumaat saya.
Semoga panjang usia utk bertemu jumaat seterusnya.
Ok, dah azan subuh, kena jer timing saya.n3 pun dah siap.
Selamat berhari Jumaat kepada semua pembaca yg setia.






2 comments:

pB said...

Salam Cikgu

Arwah suami meninggal bila ?

A m m i said...

i am your new follower. semoga Ja diringankan kesakitannya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...