Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, September 4, 2019

Koyak rabak hati

Lepas satu, satu ujian melanda hidup saya.
Jangan kata saya kuat, dah tak kuat sangat dah.
Tapi apa pilihan yg saya ada selain terus menggalas segalanya.
Kering air mata dah.
Ujian kali ni adalah ujian yg amat meruntun hati saya.
Terlalu melukakan.
Saya tidak mau rosakkan perhubungan hanya dengan tidak mengawal emosi saya.
Saya pendam marah, kesal dan terkilan itu.
Saya terus mempamerkan senyum.
Biarlah hanya Tuhan yg saksikan tangisan saya.
Demi menjaga nama baik orang lain, saya tidak akan buka cerita.
Biarlah, salah laku orang lain itu saya sembunyikan.
Tidak mau reputasi hebat mereka tercemar.
Masih mampu waras membuat tindakan.
Cuma....
Saya dah jadi putus asa
Berkecai masa depan
Dah rasa seperri tak mau melangkah selangkah pun
Tak ada makna apa dah hidup saya ni.
Kalau bernyawa hanya untuk derita demi kesenangan orang lain,
lebih baik mati saja...
Ya, saya sedang merapu, meracau dan apa yg saya tulis ni tak masuk akal!
Akal ke laut kerana semalaman tak tidor dan otak duk kerja lebih masa.
Layan jer lah dulu sehingga saya penat dengan sendiri saya akan diam.
Buat masa ni...
Saya rasa nak masuk dalam gua yg kelam.
Nak duk sorang sorang taknak tengok orang.
Nak tutup sosial media, malas nak ambik pot apa yg berlaku disekeliling saya.
Nak tarik diri dari group2 wassup kerana saya tidak layak bersama sama orang lain.
Saya ni nasib tak sebaik orang lain. Tak bertuah macam orang lain.
Nak berada di blog pun dah rasa macam tak ada semangat.
Allah hu....Berat sungguh ujian ini.
Betul ke Tuhan tidak menduga seseorang insan itu dgn dugaan yg tidak mampu utk dia galas?
Betul ke?
Betul ke?
Saya rasa tak mampu galas ni, sangat tak mampu.
Kenapa saya masih di uji berkali kali?

Biarlah...Saya nak berehat seketika.
Nak bersendiri dgn Pencipta sahaja.
Biar gelora tenang dan kemelut padam..
Nanti insyaAllah saya kembali..
Doakan semoga ada jalan keluar dari derita ini
Doakan saya mampu lalui segalanya tanpa tergelincir keimanan.
Doakan saya
Doakan saya
Doakan saya.

Rasa nak mati






2 comments:

A m m i said...

awak, banyak beristighfar ye. Mungkin mudah bagi saya berkata sebab saya tak berada ditempat awak. Insyaallah, Allah akan sentiasa bersama awak.

Anonymous said...

Assalam, semoga yg baik2 utk puan.
saya silent reader..Semoga Allah permudahkan perjlnan hidup puan. Allah itu ADIL..Allah tahu puan KUat & boleh laluinya...cikhas-perak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...