Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, June 30, 2021

Sekali sekala

 Terima journal Pemuisi edisi khas Naggala 402.

Puisi biasa biasa saya ada tersenarai diantara puisi2 hebat lain nya.

Alhamdullilah, happy nya saya ni.

Maklum la saya tau saya bukan pemuisi.

Saya hanya seorang nenek yang kebosanan selepas pencen.

Tak ada kerja, duk layan hati dan jari.

Orang lain bila pencen buat bisnez macam macam

Saya tak pandai nak niaga.

Maka saya buat apa yang saya suka

Menulis dan melukis.

Tu jer...




Sunday, June 27, 2021

Owk

 Owk dah bosan kena kurung.

Dah bosan dengan lockdown.

Stress lama2 begini.

Kan Owk kan


Tuan kamu laaaaagi stress.

Friday, June 25, 2021

Kisah benar

 Memang benar.

Bukan cerita rekaan.

Setelah lama terputus hubungan dengan seorang kawan rapat, saya cuba menghubungi nya semula.

Mula tu dia macam tak berapa nak respond, macam sombong gitu.

Tapi saya ni masih teringat budi baik dia waktu dulu dulu jadi saya tebalkan muka tetap menyapa dia di media sosial.

Lama kelamaan terbuka juga hati dia untuk mesra semula.

Saya sangat2 seronok bila nampak dia seperti dia yang pernah saya kenal.

Tapi tak lama....

Dia sering beritau saya dia sibuk.

Malah dia kadang2 tak layan pun saya.

Mungkin saya acap menggangu dia, mungkin dia rasa menyesal berhubung dengan saya semula.

Saya dah mula putus harap, dah mula rasa nak undur saja lah.

Lagipun saya tak rugi apa apa kalu tak berhubung dengan dia dan saya tak berharap apa apa dengan perhubungan ini. Ikhlas tu saja.

Kerana saya juga ada harga diri, bila orang dah tak berapa sudi nak rapat macam dulu lagi, saya ambil keputusan untuk tidak lagi menghubungi dia.

Manusia berubah. Yakin begitu. 

Takper lah, banyak kenangan manis saya dgn dia dulu biarlah kekal menjadi kenangan.

Masa tak akan berulang dah.

Saya tak tau masaalah dia dan saya cuba nak fikir positif.

Biarlah dah dia taknak kembali menjadi seorang kawan rapat saya tak apa apa.

Semoga dia bahagia dengan hidup dia dan saya tetap macam biasa tak ada beza apa pun.

Agaknya kenapa dia dah tak mesra dan berahsia sekarang ni?

Pertanyaan yg selalu ada di fikiran saya dan tidak ada jawapan.

Sekarang kami dah tua, dah warga emas, menunggu siapa dahulu siapa kemudian dijemput mengadap Tuhan.

Saya maafkan dia dan saya harap dia maafkan saya juga.

Kalau dia terbaca entry saya kali ni saya nak dia tau satu perkara saja.

Awak, saya tak pernah benci awak. Tak salahkan awak dan menerima keputusan awak seadanya.

Kalau panjang umur dan awak rasa awak perlukan seorang kawan utk bercerita, untuk mengadu suka duka seperti dahulu, saya sentiasa ada untuk awak..

Just give me a call and I will be there.

(Teringat lagu ' Ben' bila teringatkan awak)

Wednesday, June 23, 2021

Cucu ku Alisya.

Anak saya pindah duk rumah baru.
Lebih lapang dari condo lama dia tu.
Maka cucu saya dapatlah bilik dia sendiri.
Mama dia dah hias cantik cantik
Saya buat satu lukisan untuk di gantungkan di dinding dalam bilik dia.
Lukisan 'doodle arts' ini simple saja.
Cukup ada nama dia di situ.
Harap harap dia suka.

 

Tuesday, June 22, 2021

Kurang power

 Akhir akhir ini saya cepat penat.

Kadang2 rasa ketat dada.

Kadang kadang berdebar debar tak tentu pasal.

Entah lah, faktor penuaan ke faktor apa.

Ke jantung tak berapa nak ok?

Jangan la, takut kalau ada masaalah jantung ni.

Bukan takut mati.

Takut nak tinggalkan anak yang sakit.

Siapa lah nak take over urus sia kalau saya mati.

Tu saja yang selalu bermain di kepala.

Haishhhh! Malas nak fikir lebih lebih..

Senak otak ada.

Ok lah, esuk esuk nak gi klinik.

Check up for some peace of mind.

Bila dah 60an, tua mengejar kita.

Redha.

Monday, June 21, 2021

Pertanyaan Sang Tua.

 Pinggan yang menadah lapar

 Bila retak dan sumbing 

cantik nya telah hilang.

Tidak berguna untuk disimpan

Jadilah sampah yang hanya layaknya,

bersama sampah2 lain nya.


Kotak yg pernah berbalut

Kertas bercorak cantik.

Berisi kejutan bahagia.

Kau peluk erat kotak itu sebelum kau buka

Esuk kotak itu tidak diperlukan lagi

Sudah jadi sampah untuk dikitar semula.


Aku seperti bunga yang layu

Menunggu masa gugur ke bumi

Tak diperlukanan tak berguna lagi.

Sampah kah aku ini..









Sunday, June 20, 2021

Hari ni hari melukis

Bosan tak leh nak bawa bincang dah ni
Tak tau nak buat apa dah.
Perut dah terlebih kenyang dah
Mata dah terlebih tidor dah
Kaki jer yang duk nak keluar jalan2 hari2..
                             

                           Takper, kita akur.

Kena kurung kita buat apa yang patut
Melukis
Jom melukis
Lukis lah apa saja janji tak susahkan orang lain

Sejam siap
Cepat sungguh
Ikutkan nak baiki nak buat lebih baik boleh jer
Tapi bosan jugak kalau lama2 sangat ngadap kanvas
Cukup lah setakat ni
Bukan ada siapa nak tengok pun.
Nak gantung dalam bilik saya saja.
Sendiri lukis, sendiri tengok, sendiri komen.

Saturday, June 19, 2021

Hanya setakat ini.

 Dah lama dah saya duk pendam apa yang saya rasa.

Hati masih duk menimbang apa keputusan yang terbaik perlu saya buat.

Hari ini Alhamdullilah segalanya telah selesai.

Tanpa di rancang, Tuhan permudahkan urusan saya.

Maka terlepaslah saya dari sesuatu yang sangat2 stress bagi saya.

Lega.

Ringan rasa kepala.

Begitulah hidup ni, kalau asyik kita saja yang terpaksa jaga hati orang, kita saja yang mengalah lama2 dipendam jadi bom tunggu masa meletup.

Kan dah meletup.



Wednesday, June 16, 2021

Terjebak

Dah riuh kat fbook orang duk guna apps ni
Macam macam gaya
Nenek yang sedang kebosanan kena kurung ni pun apa lagiiii...
Cuba buat jugak laa
They say if you cant beat them join them.

 



Monday, June 14, 2021

Nak gi vaccine la ni

 Perjalanan ke sini

Perlu membawa seribu berani

Kerana dari usia seawal bayi

Hingga ke purba begini

Aku takut jarum

Terbayang hujung tajam

Menyelam dalam daging lengan

Terasa besi halus membakar urat nadi

Getar yang cuba ku sembunyikan terlepas

Terbebas

Sejuk tangan kaki

Bibir kebas

Terkumat kamit

Doa panjang pendek

Takut ini menjadikan orang tua

Bodoh yang sementara


Kata misi berbaju putih jarum di tangan

Gigitan semut merah lebih mrnyakitkan

Apalah sakit yang sejenak dibandingkan

Dengan sakit nak beranak?

Cakap lah apa saja wahai kamu

Aku takut jarum dan aku tak menipu.

Takoooooooot!


Ada tak orang lain ya g takut jarum seperti saya?

Hanya dia yang faham apa saya rasa.

Sunday, June 13, 2021

Saturday, June 12, 2021

Ada je orang macam ni

Cukup cukup tak suka.
Pantang tok nenek saya.Orang macam ni memang tak leh di buat kawan sebenarnya. Asyik asyik kita saja yang beria ia nak teruskan perhubungan/persahabatan dengan dia. Orang macam ni jenis pentingkan diri sendiri. Dia datang kepada kita hanya bila perlukan bantuan kita. Tidak pun hanya bila orang lain tak layan dia, maka dia cari kita. Kita ni bukan kawan tapi macam spare tyre dia saja.Waktu kita perlukan seorang kawan, dia payah nak ada untuk kita. Sakit hati tau tak?

 

Thursday, June 10, 2021

Terung

 

Yes!

At last keluar juga buah nya.

Tanam cili failed!

Tanam bendi failed!

Nasib baik terung membesar dan berbuah.

Suka suka suka!

Maka bermula lah.....

Sayur terung

Sambal terung

Air asam terung

Kari terung

Celur terung cicah budu

Goreng terung 

Ada lagi resipi terung?

Hehehe....berterung la anak cucu ku nanti.

Wednesday, June 9, 2021

Berkulat

 Wehh bosan wehhh!

Tak leh gerak ke mana.

Hari hari duk rumah.

Berkulat jugak lagu ni.

Layan wassup pun habis modal.

Tak tau nak borak pasal apa dah.

Segala cerita dlm tenet dah hadam.

Semua jenis petua dah belajar

Resipi toksah cerita, berlori duk upload.

Intai jiran tak nampak pun

Berkurung jugak.

Mengeram, hybernate.

Pastu nak buat lagi ni?

Buatnya lockdown ni di sambung lagi

Mau nya mati kebosanan.

Wei Hani, bersyukur la weiiii

Makan pakai tak terjejas.

Ada yang lagi teruk masaalah nya

Bosan itu hanya hujung kuku jer lah.

Small matter.

Kan?

BOSANNNNNNNN NYERRRRRRRRE

Tuesday, June 8, 2021

Merapu tahap takleh bincang dah ni

 Rasa tak sihat

Dah beberapa hari dah duk telan panadol.

Mungkin sebab tak leh lelap waktu malam kot.

Siang jadi lemau saja badan ni.

Ke tanda tanda nak mati?

Memang tak pelik pun kalau dah nak mati

Kawan2 saya dah ramai yang dah bergelar arwah.

Usia 60an ni memang mati sentiasa dalam kepala.

Ikutkan urusan dunia tak pernah habis.

Cuma satu pinta ku pada Mu Tuhan...

Biarlah usia ku berbaki lebih sehari saja dari usia anak ku yg sakit ni.

Biar sempat aku uruskan jenazah dia dulu sebelum Kau cabut nyawaku.

Bila dia dah selamat ke pangkuan Mu, Kau cabutlah nyawa ku juga..

Aku pun sudah tidak akan rasa terkilan, tidak ada risau bimbang.

Dan yang penting, bila dia sudah tidak ada, aku sudah tidak lagi diperlukan .

Dari hidup baik mati.

Astaqfirullahilazim, merapu meraban pagi pagi ni kenapa ya..

Owh tau tau, duk tunggu panggilan utk divaccine la ni.

Otak jadi jem.

Bila nak naik nama aku nih?

Sunday, June 6, 2021

Vaccine

 Terus terang cakap

Saya tak takut untuk di vaccine 

Tapi........

Saya takut jarum. 

Tu jer masaalah saya.

Nak vaccine cepat2 and get over with it.

Saturday, June 5, 2021


 
Begitu lah hidup ini. Acap kali nya kita membuat keputusan yang salah, pilihan yang salah. Kita terpaksa mendengar kata hati kerana kita tidak tau apa yang bakal kita hadapi. Kadang2 puas minda fikir dan timbang tapi  kecundang juga.

Saya telah lalui segala jenis kekecewaan dari pilihan yang tak menepati..Hadap saja lah dah itu nasib saya..Semoga Tuhan sentiasa mendengar doa saya dan esuk mungkin saya aka  lebih bernasib baik. InsyaAllah.

Friday, June 4, 2021

Jari

Memang bosan duk rumah terkurung begini.
Dah dua tiga kali saya duk perhatikan kertas lukisan saya yg terbiar tu
Apa kata usir bosan dgn melukis..
Tapi malas la pulak nak cuci berus, kemas peralatan selepas selesai melukis.
Cuba guna jari lah.
Comot jari saya.
At last siap juga.
Lukisan entah hapa hapa
Percubaan saja.
Banyak kelemahan tapi tak apa.
Janji masa terisi.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...