Dia sebaya saya dan juga ibu tunggal seperti saya. Kami tak beritau dia
awal2 dengan kedatangan kami hanya kerana nak 'suprised'kan dia..Terbayang
senyum hilai nya nanti.
Rumah nya kelihatan tertutup. Pagar berkunci. Puas
panggil tak siapa jengok. Kami ambil keputusan untuk ke rumah ibunya yg hanya
berada dlm jarak yang dekat.
Ibunya menyambut kedatangan kami dan mengajak kami
masuk. Lama tak jumpa menyebabkan ibunya ambil masa untuk mengenali kami ni.
Bila kami beritau yang kami dah ke rumah anaknya untuk berjumpa anaknya, wajah
nya berubah. Rupanya kali ini kami yang dapat 'Suprised' yang sgt meruntun hati.
Kata ibunya dia yang kami kenali sebagai 'Lah' dah meninggal 4 tahun yg
lalu.
Innalillahiwainnailaihirojiun. Begitu masa tidak berpihak kepada kami. Kami
tak sempat jumpa dia di akhir usianya. Lah, ampun maaf atas segala salah silap
kami jika ada. Kami doaka semoga roh arwah di letakka bersama sama org2 yg
beriman. I love u Lah.
Kenangan kita banyak.Air mata mu yg tumpah ke bahu ku
masih terasa hangat nya. Kita terpisah lama oleh keadaan. Tapi kamu sentiasa
dalam fikiran ku.Tak apa lah kamu sudah pulang ke pencipta rupanya. Sudah
tamatlah derita mu.. Lah....Malam ini aku jadi rindu kamu.
No comments:
Post a Comment