Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, June 28, 2022

Runner up pun ok

 

Happy sangat2
Cuba nasib hantar satu puisi ke sini.
Tanpa disangka dapat tempat kedua.
Mana tak terkejutnya, yang ada di sini semua orang hebat2 belaka.
Semua pemuisi otai.
Saya ni bukan pemuisi pun..usahkan pemuisi otai!
Tuan saja yang otai tapi bakat nipis2 jer.
Hanya berbekalkan minat.

Alhamdullilah.
Syukur
Rasa dihargai




New member

Masih malu malu
Takut takut
Diam menyorok.
Tak apalah Yeyeng, kamu relax dulu.
Get used with the surrounding.
Welcome to my place in peace.

 

Sunday, June 26, 2022

Joni.

Ni Joni.
Kesian Joni.
Kawan dia Amber( buta) tu dah passed away.
Dia manja mengiaw ngiaw cari kawan.
Saya biarkan dia tidur atas bahu saya.

Gap?O

Kedai ni viral
Saya nak cuba rasa
Menu western/ italian.
Sedap.
Saya ni payah nak kena kalau makan makanan ala ala italian nih
Tapi yang ni memang best.

Kota warisan kg Laut


 

Thursday, June 23, 2022

Cara kami

Briskwalking pagi pagi lagi.
Berpeluh peluh.
Bakar lemak.
Berapa kalori agaknya yg terbakar?
300 kot.
Yes. Seronok buang kalori berlebihan dalam badan yang menyebabkan kegemukan.
Masaalahnyaaaaaaa.......
Lepas briskwalking kami singgah kedai makan.
Order roti canai telur.
Ambil mangkuk letak lontong dgn kuah lodeh
Sambal udang kasi lebih.
Kaup ke pinggan mee goreng mamak yang nampak begitu menyelerakan.
Kueh muih manis menggoda mata
Sudahnya?
Sudahnya kami bawa balik satu juta kalori!

 

Senyum itu sedekah


 Semudah itu kah? Senyuman itu sebenarnya hanya membungkus duka yang sentiasa beranak pinak dalam diri. Biarlah yang zahir hanya kegembiraan. Kalaupun diluah duka tidak ada siapa pun yang mengerti. Jadi lebih baik senyum saja. Senyum itu lebih mudah dari cuba nak terangkan kenapa kita berduka. Tak perlu cuba umtuk cerita panjang lebar kerana ada ketika diam itu lebih baik. Senyummmm dan tak perlu kata apa2.


Nenek2 ribena

 

Sekali sekala bukan hanya kanak2 yang seronok kalau pergi ke taman permainan.
Nenek2 pun seronok juga.

Tambah2 kalau ada geng sekepala.
Lupa usia la nenek2 ni sekejap.
Kemain happy lagi.
Takperlah..janji tak kacau orang.
Bahagia cara kami.
Kalau yang rasa kami lupa diri dah tua tu satuvsaja saya nak cakap.....
Ya! Memang pun.
Nita,  terima kasih kerana membuatkan hati terubat duka..

Wednesday, June 22, 2022

Puisi kopi lagi...

Puisi kopi pertama

 
Puisi kopi kedua

Aku model purba..


 

Tua seperti aku



Hari ni saya share puisi prosa bertajuk 'tua sepeeti aku' di wassup group rakan guru.
Kawan2 pendidik pakat respon.
Baca lah luahan hati mereka ( di bawah)seiring dgn puisi ini..

Puisi prosa saya bertajuk ' Tua seperti aku'


 
Ini respond dari cgu Azipah yang sudah pencen dan sibuk mengurus ibunda yang sakit.

Ini hasil luahan fikiran Cgu Auni yang masih bertugas sebagai guru.

Ini pun luahan seorang guru senior di sekolah. Macam2 la yang keluar dari dalam diri mereka. 
Terima kasih adik2 rakan guru yang pernah mencari makan di bawah bumbung yang sama satu waktu dulu. Susah payah suka duka hanya kita yang merasainya dan memahaminya. Teruskan menjadi guru sebaik kamu seikhlas kamu dan secekal kamu. U can do it!

Pagi ni

Pagi ni tgok anak kucing sekor tu monyok.
Sakit ke..demam ke..
Risau la pulak.

 

Sunday, June 19, 2022

Jumpa doktor

 Biasalah dah tua tua begini acap dating dgn doktor. Ada saja sakit tang tu tang ni.. Ada saja ubat yang perlu ditelan. Redha jer lah. 

Pagi tadi kul 7.30 saya dah terpacak depan kaunter ..Niat nak nombor satu. Rupanya ada orang lain yang lebih awal dari saya..Haishhh!

Dah jumpa doktor rasa down sekejap. Doktor komen pasal berat badan saya yang meningkat 3 kg semenjak lepas raya. Blame it on the 'tart nenas, rendang and kuah kacang'

Bacaan gula pun naik sikit..Now blame it on the desserts and lemang..ayoyoyoyooo...raya punya pasal la nih! Ok ok insaf!



Tok cekak peje


 

Yang hitam


 

Saturday, June 18, 2022

Sang Tupai


 

Luas pandangan

Cantik pemandangan kat sini
Kebetulan cuaca pun ok
Melepas resah di dada laut
Mencari damai
Suka sangat kalau boleh tengok ombak
Pasir membelai kaki
Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu masih dustakan?
SurahArRahman.

 

Cucu


Wednesday, June 15, 2022

Ingat awak sokmo2


 

Musim haji

Kawan saya Nita akan ke Mekah untuk menunaikan haji awal Julai nanti.
Selamat pergi dan selamat kembali Nita.
Semoga mendapat haji yang mabrur.
Hari ni Nita ajak kawan2 ke kediaman dia di Jalan Bayam.
Kami santai santai menghabiskan masa bersama.
Makan makan dan sembang sembang pasal kerja haji.
Ceria nampak Nita. Seronoknya dia nak berangkat tak lama lagi.
Bye bye Nita dear.
Take good care of yourself.
We all luv you.

 

Monday, June 13, 2022

Lebih pahit dari itu


 

Iffah senyum lebar

Kereta dah sampai ketangan.
Happy sungguh anakku Iffah.
Saya belikan kereta cap ayam untuk dia.
Sorry anak, ini ajelah yang kita mampu.
                        Iffah suka kemain lagi
Kereta baru untuk dibawa ketempat kerja
Saya hanya bayar instalment.
Bulan2 nanti dia akan bayar lah.
I wish I can make her happy.

You dont know what she has been thru.
Iffah is strong.
Iffah will face her future in a big smile. Always. No matter how it hurts.
Nothing is gonna break my Iffah with God's help. InsyaAllah.

Rezeki saya.

Hati terpikat bila tau kucing buta ada untuk dilepaskan.
Kesian dan bercampur dgn suka bela kucing saya ambil keputusan untuk rehome saja kucing tu.
Sian sungguh!
Dia manja dan rupanya bukan kedua belah mata yang buta, hanya satu saja.
Hati terus terpikat dan saya bawa pulang.
Kebetulan ada sekor lagi kucing di rumah dia.
( Ada byk ekor tapi yang ni nampak monyok dan kotor)
Warna hitam campur putih warna bulunya. Dah kekuningan bahagian putih tu menandakan tidak dijaga dan dibersihkan. Terbiar agaknya.
Wajahnya masam dan dia ketakutan.
Dia tak suka dibelai, asyik lari menyorok.
Kerana hati dah teepikat, saya bawa kedua2 kucing ni pulang. Saya hulurkan sedikit duit bagi menanpung kos memelihara kucing utk tuan nya. Semoga ada rezeki saya untuk besarkan kucing ini dgn lebih sempurna.

Nama? Belum ada. Anak2 dah pesan supaya nama kucing ni jgn mcm kucing yg dah ada. Nak nama cantik2. Kenapa ek, yang dah ada tu ok jer nama mereka.Daud/ Owk dan kajol..Pelik ke? ( Termasuk dua beradik sudu dan garpu. Kopi, milo, pucat, debu, ayam, itik, patah dan pajura.) Kucingvkami yang lahir tahun 2021 kami bagi nama Covid, Corona, boster dan vaccine..pelik? Taklah!

Kaknie Murtabak

Ini di Pasir Pekan nih
Kami sebenarnya nak ke warung Pokhok.
Bila melalui jalan ni kami nampak ramai orang di gerai ni.
Kami singgah pertama kali utk cuba rasa apa yang istimewanya
Sedap
Padan la ramai orang singgah makan
Depan kedai dia kebetulan waktu kami singgah tu ada adik ni yang berniaga barang basah.
Kami turut la kerumun motorsikal adik ni yang sarat dgn barang jualan.
Laa..Bestnya kalau kawasan saya ada orang berjualan begini.
Tak payah la keluar ke pasar.
Semua ada.
Perut dah kenyang dan lauk dan sayur pun dah beli untuk masak lunch nanti
Kami senang hati
Lain kali boleh datang lagi

Wednesday, June 8, 2022

Cuba nasib

Kononnya nak cuba nasib
Entah tersiar tidak
Entah terpilih tidak
Puisi saya macam biasa lah, tak ada nilai seni.
Menulis style hentam sajalah.
Seperti kata kawan saya (penulis/ penyair/ penggiat seni)yg terkenal sdr Ladin Nuawi..
Puisi saya puisi mee segera.
Tak apa lah janji saya happy.

 

Sakit tau!

Ni entri saya di facebook hari ni.
Malas nak type semula.

 

Geng bas sekolah

Cuti sekolah.
Orang pencen dating dengan orang belum pencen.
                  NASI DAGE RAYO BASMATHI
Tu nama kedai makan ni.
Nasi lemak pun ada.
Lauk ikan ayam udang dan sotong.
Telur tu of course la ada.

Sambil makan sambil keep up dgn cerita2 yang terlepas pandang.
Ikut nak habiskan cerita, azan zohor belum tentu boleh balik.
Semoga jumpa lagi adik2 ku..Semoga sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya. Kalau panjang umur kita makan2 lagi..Thank you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...