Hati terpikat bila tau kucing buta ada untuk dilepaskan.
Kesian dan bercampur dgn suka bela kucing saya ambil keputusan untuk rehome saja kucing tu.
Sian sungguh!
Dia manja dan rupanya bukan kedua belah mata yang buta, hanya satu saja.
Kebetulan ada sekor lagi kucing di rumah dia.( Ada byk ekor tapi yang ni nampak monyok dan kotor)
Warna hitam campur putih warna bulunya. Dah kekuningan bahagian putih tu menandakan tidak dijaga dan dibersihkan. Terbiar agaknya.
Wajahnya masam dan dia ketakutan.
Dia tak suka dibelai, asyik lari menyorok.
Kerana hati dah teepikat, saya bawa kedua2 kucing ni pulang. Saya hulurkan sedikit duit bagi menanpung kos memelihara kucing utk tuan nya. Semoga ada rezeki saya untuk besarkan kucing ini dgn lebih sempurna.Nama? Belum ada. Anak2 dah pesan supaya nama kucing ni jgn mcm kucing yg dah ada. Nak nama cantik2. Kenapa ek, yang dah ada tu ok jer nama mereka.Daud/ Owk dan kajol..Pelik ke? ( Termasuk dua beradik sudu dan garpu. Kopi, milo, pucat, debu, ayam, itik, patah dan pajura.) Kucingvkami yang lahir tahun 2021 kami bagi nama Covid, Corona, boster dan vaccine..pelik? Taklah!
No comments:
Post a Comment