Bukan tak ingat, Ingat sokmo sokmo.
Mana boleh lupa.
Awak lah sahabat dunia akhirat.
Banyak yang kita lalui bersama
Banyak airmata yg tumpah di riba awak
Banyak gelak tawa yang sampai sekarang masih terdengar dengar di telinga
Tapi masa memisahkan kita
Namun hati saya masih serupa dulu
Ingat awak dan sayangkan persahabatan kita tu.
Kalau awak singgah di blog saya ni awak tahu lah yang saya tak lupakan awak.
Cuma keadaan dan jarak yang memaksa kita untuk terputus hubungan.
Awakkkkk...
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN. SEMOGA TUHAN SENTIASA MERAHMATI DIRI AWAK DAN KELUARGA AWAK. SEMOGA KEKAL BAHAGIA DISAMPING ORANG2 YANG SAYANGKAN AWAK. SEMOGA MURAH REZEKI DAN PANJANG UMUR.
InsyaAllah sekiranya diizin Tuhan dan dipanjangkan usia tidak mustahil untuk kita berjumpa semula di lain masa, lain ketika.
Salam tulus ikhlas dari seorang sahabat lama kepadacseorang sahabat lama.
No comments:
Post a Comment