Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, July 6, 2022

Lilit, belit dan serik!


 Haishhhh..! Memang saya cukup tak suka guna selendang. Dah berpuluh tahun terbiasa dengan tudung bawal dan tudung sarung sahaja. 

Kelmarin sewaktu mengemas almari saya kumpul selendang milik anak anak yang tidak dipakai ke dalam satu kotak. Niatnya nak sedekah saja kat sesiapa yang memerlukan. 

Sekali terpandang selendang warna teh susu ni. Kebetulan baju saya warna seakan serupa. Saya belitlah selendang tu di kepala. Berpeluh peluh nak lilit supaya nampak kemas terletak..Dah puas hati tu saya ke pasaraya untuk beli keperluan bulanan.

Sepanjang di pasaraya jari saya asyik duk membetulkan lilit selendang ni. Rasa macam senak kepala. Tarik sana selit sini, nak fokus capai barang dapur pun tak boleh. Terganggu dengan tudung bertuah nih. Geram pulak saya.

Akhirnya tau saya buat apa? Saya beli tudung instant/sarung harga rm10. Tukar tudung. Fuhh..selesa amat. Lega. Baru tak berasap kepala. 

Betul lah...Selesa itu lebih penting dari gaya. Tua tua ni tak payah nak melawa.(Melawa pun dah tak lawa) Semat dalam kepala satu perkara ni. Lebih baik rm10 tapi selesa dari berpuluh puluh ringgit tapi hati tak suka.

Selamat tinggal selendang sutera teh susu.Aku tak suka kamu.(Lupa pulak nak posing sgn tudung baru dan murah itu).


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...