Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, December 5, 2022

Pelangi yang pudar

 


Kau ada, aku suka

Kau menjauh, aku tak apa apa.

Kau sayang, aku suka

Kau benci, aku tak apa apa

Kau jujur, aku suka

Kau menipu, aku tak apa apa

Kau menghargaiku, aku suka

Kau anggapku sampah, aku tak apa apa.

Kau buat lah apa saja asal kau bahagia, aku tak apa apa. Aku tetap doakan semoga di hujung usia begini kau temui ketenangan hidup dan bahagia disamping keluargamu.

Aku? Aku tidak mau terlebih beremosi. Bahaya begitu. Naik tekanan darahku. Tak pasal pasal dapat penyakit. Aku maafkan segala kesilapanmu bukan untukmu tapi untuk ketenangan mindaku.

Tidak ada marah atau dendam. Hidupku bahagia tak kira kau ada atau tidak. Aku hanya kesiankan nasibmu kerana aku tahu kau kemain lagi struggle mencari bahagia.

Kau tahu tak? Mensyukuri apa yang ada itu lah bahagia.Bersyukurlah. Usia di hujung senja begini kita hanya menunggu saat mati. Dah dah lah ...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...