Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, January 31, 2023

Berubah

Manusia berubah.
Termasuk saya.
Tipulah kalau saya kata saya masih seperti dulu.
Berubah itu perlu.
Nak hidup kena pandai berubah mengikut keperluan.
Awak tak berubah ke?
Tak caya.

 

Monday, January 30, 2023

Tertunai juga

KakAni ajak keluar dating.

 
Kami keluar ke Mall.

Sebelum tu singgah fetch KakMa dulu.

Makan makan dulu
Bagi nenek2 seperti kami ni, sekali sekala dapat dating ni seronok. Tq KakAni banyak belanja Hani tadi...Thanks for the friendship n for the time.

Friday, January 27, 2023

Puisi kopi lagi dan lagi

 Kadang kadang rasa dah muak. Dah jemu duk tulis pasal kopi. Tapi tetap tulis jugak bila melintas ilham di kepala..Merapu rapu sebenarnya.

Saya ni ikuti grup kopi ni bukan apa, saja saja untuk usir bosan. Tak aktif di grup wassup pun. Sekadar baca dan seperti angin lalu tak masuk dlm kepala pun.

Ni puisi kopi yg terbaru..hentam saja lah labu!



Kesal kenal



 

Kuasa viral

Tomyam udang galah di pekan Meranti Pasir Mas.
Sedap.Tomyam yang kaw. Berbaloi makan kat sini. Wahh..Ice blended pun pink sedondon dgn baju mokcik.Hanya rm8 semangkuk. Mangkuk ke apa nama bekas tu..Macam tempurung kelapa jer.


Ni pun best..Waffles yg ranggup dan inti banjir. Sedap sungguh. Rugi siapa tak nak cuba makan kat sini..

Thursday, January 26, 2023

Down n depressed

 Today is not my good day.

One of these days that I wish I can avoid.


I am feeling down and all these negative thoughts is unbearable.

God, give me strength to push these moody moments away from me.


I know what triggers these unwanted feelings.

Yes, believe me I know!


I am trying hard to move on.

Please...Please God, help me.





Wednesday, January 25, 2023

Suka!

Welcome dear kucing.
Another new member
Cantik
Semoga membesar dgn sihat.
Nama belum ada.

 

Tuesday, January 24, 2023

Demam

Makanan orang demam.

 Bila nak pulih ni?

Batuk2 buat badan jadi lemau.

Tido bangun seharian

Takleh buat apa..lesu jer

Nak update blog pun malas

Paksa diri

Ok dah la...nak sambung tido!

Sunday, January 22, 2023

Juta juta

Anak negeri nak makan lemak bakar.
Sedap tu memang lah sedap.
Tapi aiseyy, bahaya nih.
Berapa juta kalori ni
Orang muda tak apa lah
Orang tua macam saya yg dah makan ubat atorvastatin ni memang dilarang makan.
Tapi masaalahnya
TERLIUR WEI
Bau masa bakar tu buat lupa diri.
Makan jer lah, bukan selalu.
Sekali sekala.
Wahai lemak jahat dlm badan ku, ini bukan untuk kamu.kau jangan simpan yer..bagi la peluang aku menikmati enak dunia sekali sekala.
Jom...lets makan dengan rasa bersalah yang menggunung.
 

Uzur

Batuk
Demam
Sengal satu badan.

Dah tua.
Insaf

Friday, January 20, 2023

Mungkinkah yg terakhir?


 



Nak raya?

Jiran tanya.." Wahh..Cikgu, cuci pagar kemain..Nak sambut CNY ke..?"

 Haha...Tergelak juga dengan soalan jiran ni. Dia bergurau tu, saya faham. 

Saya upah budak Jie ni cuci pagar berlumut guna waterjet. Setiap kali selepas musim hujan macam ni la pagar saya..jadi hitam berkarat. Kalau tak dibersihkan sakit mata memandang. Upahnya rm200..berbaloi sgt lah. Kalau nak buat sendiri rasanya kena beli ubat sakit urat dlm jumlah tu jugak!

Ok Jie...cuci bersih2 tau..Jie ni sopan jer..manis tutur kata...anak siapa la ni.Pandai mak dia besarkan anak..Nak buat menantu pun x ada yg available.


Thursday, January 19, 2023

RIP Owk



Dah 10 tahun bela dia
Dari usia 2 bulan.
Dia memang ada masaalah paru paru
Tapi saya sentiasa pastikan dia dapat rawatan terbaik.
Hari ni tamatlah riwayat seekor kucing yang kami panggil 'Owk'.
Redha.
( Sedih tu of course la, kami semua sayang dia)
Owk seekor kucing yang senang nak jaga.Tak banyak perangai.Diam jer, dia tak suka mengiaw bising2 mcm kucing lain.Owk tak suka kanak2. Kalau cucu2 dth rumah dan usik2 dia, dia akan menyorok.Owk cepat mesra dgn kucing baru. Dia tidak bossy.
Sepanjang hidup Owk dia selsema. Masaalah paru paru dia tu buat dia selalu bersin. Memang hingus tu ada jer kat hidung. Dia dah biasa keluar masuk wad dan makan ubat. Beribu saya berhabis untuk rawatan dia. Janji Owk sihat selesa. 


Seisi keluarga sayang Owk. Satu kehilangan kami hadap hari ni. Tak apa lah Owk, dah sampai masa kamu pulang ke ribaan Pencipta. Diam lah kamu di sana

 Nanti kita bertemu semula di sana k..bye bye Owk. We will always miss u and remember you. You are the best!

Wednesday, January 18, 2023

Selasa yg 'full'

Mula mula ke pasar Pengkalan Datu. Dah tua pun baru pertama kali ke sini. Sebelum viral ni tak tau pun ada pasar kat sini. Bothing much. Sama mcm pasar lain. Ramai. Sesak. Tak berapa suka!

 Ada khidmat menyusuri sungai Peng. Datu. Tambang 10hinggit jer. Tak naik boat pun. Rasa tak terpikat sbb boat moden. Kalau yg kat pasar terapung tu boat tradisional..klasik gitu.

Lepas tu ke pusat jual assesori kereta. Duk sini dlm sejam. Mujur sejam...
On the way back singgah beli desserts.. walhal perut dah kenyang tapi mata yg lapar. Lupa nak cerita, tadi on the way back dari pasar kami singgah makan kat satu warung/kedai ni..Ya Allahhh..sedapnya lemak bakar yg dia jual tu. Hari ni kena gi cari pulak sekali lagi. Tak puas makan.

Tuesday, January 17, 2023

Selera tepi sungai

Orang kata ni kedai paling soho di Tanah Merah.
Saya singgah. Pernah singgah di sini 15 tahun dulu. Rupanya dah berubah wajah dah. Cantik.
Masih banyak makanan yang ada kat sini. Harga berpatutan. Kebersihan boleh angkat ibu jari. Puas hati singgah. Akan singgah lagi.

Guillemard bridge

This is one of the oldest railway bridge in Malaysia. Being built nearly 100 years ago or to be precise 94 years ago, this bridge is timeless.

Long time ago people used to cross this bridge by car to go to the other side of the river since there was no other roads connecting these two towns.Can you imagine croosing the railway track in a car? The bumpy tracks is one thing, look at the height. This is so so high above water.So frightening.

 Well, yesterday I revisit this bridge. No one was around and I dont know when was the train coming..So I make a stupid decision. Posing right on the track! What if the train passes by at that time? I dont want to think about that,it gives me chills. But anyway the photos turns out to be perfect. Love it! 

Monday, January 16, 2023

Sorry silap saya

 "Kak Ha.."

Dia yang asalnya sebut macam tu..

Saya tak tanya banyak.

Kami kemain borak.

Kakha itu...kakha ini..hani itu...hani ini...pot pet pot pet...

Sekali rasa nak tanya..

" Kakha lahir tahun brapa"

WHAT?

Aaa Sudoh kijooooo!!!

Ampunnnnnn!

Apasal la saya boleh panggil dia Kak?

Dia lahir 1965. 5 tahun tua dari saya tuh! 

5 TAHUN TAU TAK HANI?

Kemain lagi perasan muda kannnn...siap 'kak'kan org lagi.

Ok ok..Kakhani minta maaf. Sori berlori. 

Ampuuuuuuuuuuuuu! 

Tak sedar diri betul la kakhani ni.perasan muda ke hapa?

Sebenarnya macam ni..masa perkenalkan diri tu dia awal2 dah suruh kita panggil dia Kakha. Kita ni memang la org lain semua panggil kakhani waktu tu tapi bila dia bahasakan diri dia kakha, saya terikut2 tanpa soal byk. Apolaarrrr!

Ha...Maafkan Kakhani dehh...

Sunday, January 15, 2023

Terima kasih Dato



 

Saya hadir sekejap saja. Memang niat nak hadir untuk tengok suasana saja..Tapi kalau rasa tertarik nak juga duk lama lama. Sayang sekali hati saya mengajak saya balik lebih awal dari sepatutnya. Sebenarnya masaalah masa. Katanya bermula jam 3. Saya ni paling pantang kalau tidak menepati masa. Rasanya kul 4.15 belum bermula lagi.Mungkin mereka dah biasa begitu, tak jadi masaalah..So go ahead uols, saya berundur dulu lah. Terpaksa since I have other things to do by 5 pm.. Frust juga sebab tak sempat tengok persembahan kawan2...Tak apa lah next time I bear in mind concerning the time factor.
Dato, thank you for your hospitality. You n your wife was a nice host..Hope to see you again in this kind of activity..( just mind the timings please). 

Wednesday, January 11, 2023

Lokchin

Mummy dan ' lokching' berpisah tiada. Sate ikan dari thai ni berhantu. Makan satu nak dua. Makan dua tau2 habis sebekas.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...