Restoran Sun Hua.
Kedai kopi cina stail lama
Zaman saya kecik2 dulu lagi kedai ni dah beroperasi
Terkenal dgn chicken chop yg sedap stail mereka.
Lain dari yg lain
Jendela kedai ni masih serupa dulu. Duduk di sini hari ni menjadikan saya rindu kelmarin. Minda mengimbau kenangan zaman kanak kanak.
Sewaktu saya bersekolah rendah, saya acap ke sini untuk lunch.
Bukan datang dgn ayah tapi dgn Abahweil selaku drebar ayah.
Selalunya selepas dia ambil saya dari sekolah, kami singgah lunch kat sini.
Dia tinggalkan saya makan kat sini sementara dia ke kedai sebelah2 hantar barang dagangan arwah ayah.
Zaman dulu tak bahaya, Pengusaha kedai kawasan ni semua kenal saya anak siapa.
Tuan kedai pun kenal arwah ayah.
Kedai masih serupa
Menu masih sama
Sedap
Teringatkan arwah Abahweil yg dah mcm seorg bapa, ikut jer kehendak saya kalau saya ada dlm jagaan dia.
Sun Hua Restoran
Ada memori
Hari ini ada sedu melekat di dalam dada.
Rindu arwah ayah
2 comments:
Rindu orang yang dah tiada memang membuat sesak dada.
Betul.. Semoga roh mereka ditempatkan bersama org2 yg beriman..Aaminn
Post a Comment