Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, February 28, 2024

2 tajuk berlainan

Tajuk satu.
Dilema ke masjid.
Macam tu lah kebiasaan saya dan kawan2 yg sekapal dgn saya.
Dah uzur begini harap2 orang lain faham.
Yang saya perhatikan memang muka sama jer yg cari dinding nih.
Tak apa, janji hadir.

Tajuk 2
Puisi kopi yang entah keberapa
Banyak dah puisi saya tentang kopi
Boleh kumpul buat buku dah
Bukan sedap mana pun
Tulis suka sula sahaja.
Sedap lagi minum kopi.
 

 

Monday, February 26, 2024

Bekeng wehh!

Ada hari suka suka gelak gelak manjang.
Ada hari hati tercalar.
Ada hari penuh kasih sayang
Ada hati membuak rasa benci
Begitu lah perjalanan sisa usia ini
Bukan sengaja nak benci benci
Kalau boleh tak nak ada rasa benci dalam hati
Tapi bila terlalu acap perasaan ini di permainkan
Benci membiak
Dari marah yang terjeruk dan terhimpun
Benih benci mula bercambah
Tak payah berbaja bersiram
Cukuplah kata2 dan perbuatanmu
Menggores hatiku
Hati ini amat terasa
Terhina
Tapi aku masih senyum pada dunia
Kerana benciku tersimpan sahaja.
Pendam
Jadi pekasam.

 

Friday, February 23, 2024

Sidrat al Muntaha


 

Pulak dah...

Ingat cerita kawan saya yg sakit hari tu?
Ya betul, yg kena serangan stroke tu.
Ya betul, dia dah ok.
Tapi....
Dah dpt penyakit baru pulak.
Tengok tangan dia bengkak ni
Infection
Terpaksa la di tahan di wad utk pengambilan antiboitics
Maunya 5-6 hari lagi la di wad
Kuman tu bahaya boleh serang jantung
Boleh rosakkan injap jantung
Tu kata doktor.
Bertabah la sahabatku. Duk la diam2 di spital tu dulu. Orang yg sakit ni satu hal. Yang menjaga yg sakit laaaagi la saya kesian. Berkampung di spital dgn segala stressnya. Tabik buat anak isteri yg tabah sabar tu. Entah2 yg menjaga tu pun dah rasa nak demam...hmmm, dah lalui semua tu, faham sangat.


 

Thursday, February 22, 2024

Jom breakfast

Roti nan 
Pulut kuning
Kari ayam
Home made
Tak sedap tak apa janji anak negeri kenyang.
DAN GEMUK!

 

Wednesday, February 21, 2024

Pengkalan Datu

Breakfast sini
Makan roti puri dgn kari ayam
Tak sedap!
Beli 'Tepung Bukuh'
Tak sedap
Beli 'Belebat ubi'
Tak sedap
Beli ketupat nasi sambal nyior
Tak sedap
Beli popia.
Kuah cair dan inti berbau
Tak akan beli dah lain kali.
Order telor masak separuh.
Yang ni ok cuma kicap dia tak kena.
Kicap manis mana ngam dgn half boiled eggs.
Saya ni mudah makan. Tapi breakfast kat sini memang failed! Dulu dah biasa makan kat sini ok jer. Entah hari ni kenapa, tak diterima tekak. Apa apa pun rezeki tak baik ditolak, habiskan saja lah..Seksa nak telan pun terpaksa. Wahai orang yg menjual benda2 ni, kamu tak rasa dulu ke makanan yg kamu buat ni?
Rating : 2/10.

 

Just to pass the time




 

Sunday, February 18, 2024

Teman lama

Dulu waktu hidup dia terumbang ambing
Aku hadir sebagai teman.
Tempat mengadu
Menguatkan

Sekarang dia sudah kembali ke landasan yg sepatutnya
Bahagia
Seronok mendengar cerita perjalanan hidup dia akhir akhir ini
.

 Bila lihat dia sudah boleh meneruskan hidup tanpaku, aku mahu saja berundur.

Biarlah dia menapak cara dia asal kan dia bahagia dan terjaga.Aku tidak mahu ganggu hidup dia.

Aku akan sentiasa memerhati dari jauh..sekiranya dia jatuh akan ku bantu dia lagi, bangunkan dia dan bersihkan luka dia.

Kenapa? Kerana dia teman baikku. Dia pernah ada buatku. Budinya ku kenang sampai mati.

Hari bodoh saya

Sungguhlaaaa....
Buat malu kompeni sajalah
Kalau tau macam ni tobat bersedia awal awal..
Hmmm...nak menangis ke nak ketawa tak tau laa.
Ceritanya gini..
Pertama kali jejak ke kuliah di masjid ni.
Atas ajakan kawan2 yg pernah kesini saya hadirkan diri juga.
Geng2 dari masjid lain pun ada yg hadir.
Ok, no problem, saya ikut jer.
Tau apa masaalahnya bila dah terconggok dalam sessi kuliah agama ni?
Masaalah besar.
Kitabnya.
Ya kitabnya
Bagi saya masaalah besar.
Jawi la awak!
Saya ni tak reti baca jawi
Merangkak rangkak.
Ustaz baca kat mana payah saya nak turuti
Nak cari ayat tu terkial kial kena eja semua satu2 baru jumpa.
Dah jumpa ayat yg ustaz duk ulas, rupanya ustaz dah ke muka surat lain..
Cari lagi
Eja lagi
Seperti budak baru nak masuk sekolah.
Dasat wehhhh!
Dalam byk2 masjid, kuliah agama yg saya pernah hadir, 
ni la pertama kali alami ke'butaan huruf'.
Masjid lain semua guna kitab rumi
Tapi tak apa, di sini saya gigih mencuba.

 Kawan saya tau saya x pandai jawi..Mereka gelak2 dah...
"Eh awak2, ke awak semua sengaja nak kenakan saya ni?  Awak semua dah tau kat sini kitab jawi tapi saja rahsiakan dari saya kan? "
Tak apa, ada ubi ada batas....

Sebenarnya saya seronok jer hadir walau x reti jawi..kuliah yg mantap. Ustaz pun jelas penerangan nya. Akan hadir lagi sambil polish jawi saya..I can do it! Tq Allah, ringankan kaki saya utk melangkah ke masjid ni. Alhamdullilah.

Friday, February 16, 2024

Stroke

Kawan saya kena serangan stroke subuh kelmarin.
Dia memang dah ada masaalah darah tinggi dan jantung.
Usia dia sebaya saya.
Dulu dia aktif main golf dan seorang yamg rajin bekerja
Esuk2 tak taulah, bergantung pada tahap penyembuhan dia lah.
Orang yg mild stroke biasanya boleh pulih, ada peluang untuk pulih.
InsyaAllah.
Sakit itu penghapus dosa.
Bertabahlah kawanku.
Awak tu nasib baik ahli keluarga boleh bantu jaga gilir2 di spital.
Isteri pun sihat lagi boleh urus awak nanti kalau pun awak terlantar.
Awak jangan pikir banyak banyak tau..
Rehatkan minta dan istiqfar banyak2
Redha
Hadap
Tabah
InsyaAllah awak boleh!

 

Monday, February 12, 2024

Santai

Gaya tidor yg serupa
Santai

 

Ian.

Ian
Cucuku
Jarang boleh bawak dia keluar
Hari ni cuti / public holiday
Dia ada di rumah.
Jom Ian, kita ke taman.
Melayan cucu sekali sekala.
Main la Ian sepuas hati
Apa yg lebih membahagiakan dari melihat senyuman cucu?
Bahagia itu mahal tapi mudah.

 

Saturday, February 10, 2024

Dragon

'Happy Chinese New Year' to all chinese around the world.
Happy chinese new year to my relatives that stays to be ' a chinese' too
Either you choose to be a muslim or stick to our great ancestors believes, you will always be a chinese. 
Chinese is a race.
Not a religion.
As for me, I have a mix malay/ chinese blood, 
and so are most of my relatives.
 We still consider ourselves as half chinese.
My children are always called 'Amoi' or 'Chong' by their friends.
The famous ever after people say whenever they met them is " You look like a chinese".
Well, get used to that already.
No problem.
So all of you chinese out there...
Gong Xi Fa Chai.



 

Friday, February 9, 2024

Lapar

Tanda tanda lapar
Bukak peti sis
Tutup peti ais
Bukak
Tutup
Bukak
Tutup

Tajuk kedua hari ni
Kucing stress
Tak nak makan
Kurus
Ringan
Bawak ke klinik
Vet kata dia stress.

Wahai kucing...
Aku pun stress jugak
Tapi maaaakan jer kerjaku
Lagi stress lagi lapar
Lapar- makan
Ulang ulang
Pastu gemuk
Pastu bila gemuk laaaaaagi stress

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...