Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, February 18, 2024

Teman lama

Dulu waktu hidup dia terumbang ambing
Aku hadir sebagai teman.
Tempat mengadu
Menguatkan

Sekarang dia sudah kembali ke landasan yg sepatutnya
Bahagia
Seronok mendengar cerita perjalanan hidup dia akhir akhir ini
.

 Bila lihat dia sudah boleh meneruskan hidup tanpaku, aku mahu saja berundur.

Biarlah dia menapak cara dia asal kan dia bahagia dan terjaga.Aku tidak mahu ganggu hidup dia.

Aku akan sentiasa memerhati dari jauh..sekiranya dia jatuh akan ku bantu dia lagi, bangunkan dia dan bersihkan luka dia.

Kenapa? Kerana dia teman baikku. Dia pernah ada buatku. Budinya ku kenang sampai mati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...