Hari ini saya tujukan E3 ini khas buat anakanda Hany, mama kepada Imaad. Kerana hidup kita ini tidak lah sentiasa diterangi cahaya mentari, sekali sekala hujan ribut dan badai melanda..Hadap sajalah..Think positive..
Hidup ini Hany
Sarat dgn ujian
Dan setiap orang merasakan
Ujian dia lebih berat dari orang lain.
Sebenarnya
Ujian tidak serupa
Tuhan tahu kemampuan kita
Dia uji kita dengan ujian yang
sesuai dgn kemampuan kita.
Lagikan kasut pun saiz tidak sama
Mana mungkin kita selesa memakai kasut orang
Sebagaimana org lain tak selesa memakai kasut kita.
Kita ini
Kena kuat
Sentiasa kuat
Kalaupun sudah terasa tidak larat
Paksa diri untuk gagah
Langkah sentiasa ke depan
Satu demi satu terus menapak
Dalam payah atau dalam susah.
Redha
Syukur
Tuhan sentiasa ada
Ada.
No comments:
Post a Comment