Dah ok sikit.
Rasa lebih sihat hari ni dari semalam.
Lenguh duk terbaring tanpa buat apa apa
Rimas duduk makan tido makan tido.
Terlalu tak buat kerja, terlalu rehat mata jadi tak nak lelap.
Dah puas tidor mata ni agaknya..
Malam tadi kul 2 saya dah terjaga.
Terkebil kebil tak tau nak buat apa.
Solat sunat dah, baca Quran dah.
Bukak tv, astro duk ulang benda sama.
Jenguk anak yg sakit sekejap, nurse ada sedang feeding/ urus dia.
Lega.
Hati sangat lega bila tau anak terurus.
Terima kasih Tuhan yg sentiasa memudahkan.
Pastu saya nak buat apa ni?
Belum pun subuh.
Layan blog.
Nak belek byk2 tak leh juga sbb kepala masih pening.
Update dan simpan saja dulu.
Typing errors pun biar dulu terendam di sini.
Esuk saya baiki.
Done.
Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Tuesday, June 9, 2020
Monday, June 8, 2020
Wad 8, hospital HRPZ.
Semuanya perancangan dari Tuhan.
Tiba tiba saja datang keuzuran.
Tak pasal pasal dimasukkan ke wad 8, HRPZ.
Sabtu dah diischarged dari wad
Hari ni dah berada di rumah dan dah beransur pulih.
Sehari dua lagi insyaAllah akan pulih sepenuhnya.
Bila Tuhan kirimkan sakit yg sedikit itu,
saya sangat merindukan sihat.
Nikmat sihat selama ini saya tidak hiraukan.
Ambik mudah.
Sekali dah berusung ke bahagian kecemasan baru tau.
Baru terlintas nak jaga kesihatan dengan lebih baik.
Alhamdullilah, sakit ini hanya 'intro' saja..
Masih dalam kawalan.
Terima kasih Tuhan.
Ingatan ini tanda kasih sayang Mu.
Aku lah makhluk Mu yg banyak dosa.
Semoga sakit ini menjadi penghapus sebahagian dosa2 ku.
Aaminn.
Tiba tiba saja datang keuzuran.
Tak pasal pasal dimasukkan ke wad 8, HRPZ.
Sabtu dah diischarged dari wad
Hari ni dah berada di rumah dan dah beransur pulih.
Sehari dua lagi insyaAllah akan pulih sepenuhnya.
Bila Tuhan kirimkan sakit yg sedikit itu,
saya sangat merindukan sihat.
Nikmat sihat selama ini saya tidak hiraukan.
Ambik mudah.
Sekali dah berusung ke bahagian kecemasan baru tau.
Baru terlintas nak jaga kesihatan dengan lebih baik.
Alhamdullilah, sakit ini hanya 'intro' saja..
Masih dalam kawalan.
Terima kasih Tuhan.
Ingatan ini tanda kasih sayang Mu.
Aku lah makhluk Mu yg banyak dosa.
Semoga sakit ini menjadi penghapus sebahagian dosa2 ku.
Aaminn.
Thursday, June 4, 2020
Tuhan tarik satu satu.
Terasa tua sangat dah.
Nikmat dunia dah tak jadi nikmat dah.
Segalanya dah makin pudar.
Tuhan dah tarik sedikit sedikit.
Berperingkat gitu.
Dah kira syukur dah tu tak di tarik semua sekali gus.
Kan?
Nikmat penglihatan dah byk beza dulu dgn sekarang.
Sekarang ni specs tak leh renggang dari mata.
Nikmat melangkah pun dah tak gagah mana dah
Sakit lutut dan urat saraf buat kita rasa sedap tidor dari bangun melangkah
Nikmat pendengaran ok lagi, entah bila proses penariklan nya akan bermula.
Ni nak cerita pasal nikmat selera makan.
Sekarang ni selera dah tak macam dulu
Yang sedap dah tak lalu nak telan.
Kalau makan cepat kenyang
Kadang2 makan tu kerana teringat sbb pernah makan makanan tu.
Pernah suka sgt maka masak atau beli lah
Tapi bila masuk mulut rasa tak sesedap seperti dulu.
Masak macam2 utk anak cucu saja
Kadang tu tak jamah pun..
Tak terliur, tak selera.
Marin,
Saya masak sup daging tetel.
Goreng tauge dan telor bersarang.
Memang gabungan yg jadi kegemaran nih.
Tapi sekeping roti utk cicah sup dah memadai.
Dah kenyang.
Kalau dulu2 masak macam ni.
Nasi panas2 bertambah2 la
Kalau cicah roti mau separuh paket lenyap masuk perut.
Hmm...tak apa lah kalau Tuhan tarik nikmat selera sedikit pun.Syukur Tuhan belum tarik nikmat kuderat untuk masak.
Masih boleh berkhidmat utk anak negeri.
Tak mau jadi tua yg menyusahkan.
Kalau boleh tak mau..
Tapi masa depan kita tak tau..
Hanya mampu berdoa.
Wednesday, June 3, 2020
Petua pemalas no 2.
Dengan rela saya kongsi ilmu tau.
Tak kisah la ilmu sesat ke tidak.
Nak ikut, ikut..tak nak, sudah.
Ni cara saya tumbuk cili padi.
Tak kira la nak buat sambal ke nak buat apa
Masukkan dlm plastik dulu.
Jangan ikat kemas nanti pecah plastik tu.
Dua sebab kena buat macam ni
1. Tak merecik ke mata.
2. Tak payah cuci lesung batu.
(Kan dah cakap saya ni pemalas)
Lepas tumbuk, buang jer plastik tu.
Tumbuk bwg ke, halia ke, apa2 saja boleh..
Untuk kuantiti yg sikit saja tau.
Alah, plastik tu murah jer..
Sabun cuci Axion tu lagi mahal.
Beli plastik ni dulu.
Simpan sebelah lesung batu
Jangan letak jauh2, malas pulak nak cari.
Nama pun pemalas.
Katakan bye bye pada pedih mata.
Selamat menternak kuman malas.
Tuesday, June 2, 2020
Masak cara orang malas macam saya.
Kacang kuda perasa kari berkaremal
Sedap nya hingga menjilat mangkuk
Tak caya cuba buat
Senang sangat.
Masak stail orang malas mcm saya.
Tak payah nak gi pasar cari kacang kuda mentah.Tak yah nak basuh dan rendam semalaman.
Tak payah rebus awal pagi berjam jam.
Tak payah.
Nak senang buat macam ni.
Beli kacang kuda yg dah siap rebus .
Ada tu, di jual di tepi2 jalan.
Balik rumah panaskan minyak.
Masukkan rempah kari adabi sikit, cili merah potong2,daun kari dan gula byk2.
Pejam mata masa nak sukat gula. Kurang sikit rasa bersalah
Masukkan air la awak, kalau tak gula tu lambat nak hancur dan jadi karemal.
Bila nampak berkaremal tuang kacang kuda dan gaul rata.
Taraaaaa....!
Dah siap dan boleh bukak tv sekarang.
Riba mangkuk kacang kuda bersira perasa kari tu.
Makan satu satu sampai tinggal mangkuk kosong.
Lepas ni kalau bacaan gula dlm darah naik jgn pulak marahkan saya.
Ajar masak jer, tak paksa makan pun.
Subscribe to:
Posts (Atom)




