Terasa tua sangat dah.
Nikmat dunia dah tak jadi nikmat dah.
Segalanya dah makin pudar.
Tuhan dah tarik sedikit sedikit.
Berperingkat gitu.
Dah kira syukur dah tu tak di tarik semua sekali gus.
Kan?
Nikmat penglihatan dah byk beza dulu dgn sekarang.
Sekarang ni specs tak leh renggang dari mata.
Nikmat melangkah pun dah tak gagah mana dah
Sakit lutut dan urat saraf buat kita rasa sedap tidor dari bangun melangkah
Nikmat pendengaran ok lagi, entah bila proses penariklan nya akan bermula.
Ni nak cerita pasal nikmat selera makan.
Sekarang ni selera dah tak macam dulu
Yang sedap dah tak lalu nak telan.
Kalau makan cepat kenyang
Kadang2 makan tu kerana teringat sbb pernah makan makanan tu.
Pernah suka sgt maka masak atau beli lah
Tapi bila masuk mulut rasa tak sesedap seperti dulu.
Masak macam2 utk anak cucu saja
Kadang tu tak jamah pun..
Tak terliur, tak selera.
Marin,
Saya masak sup daging tetel.
Goreng tauge dan telor bersarang.
Memang gabungan yg jadi kegemaran nih.
Tapi sekeping roti utk cicah sup dah memadai.
Dah kenyang.
Kalau dulu2 masak macam ni.
Nasi panas2 bertambah2 la
Kalau cicah roti mau separuh paket lenyap masuk perut.
Hmm...tak apa lah kalau Tuhan tarik nikmat selera sedikit pun.Syukur Tuhan belum tarik nikmat kuderat untuk masak.
Masih boleh berkhidmat utk anak negeri.
Tak mau jadi tua yg menyusahkan.
Kalau boleh tak mau..
Tapi masa depan kita tak tau..
Hanya mampu berdoa.
No comments:
Post a Comment