Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, October 22, 2020

Kenyataan


 Hari ni aku dah jadi warga emas.

60. 

Bangga dan syukur.

Bangga kerana berpeluang jadi warga emas

Syukur kerana di usia begini Tuhan masih berikan ku kesihatan yg baik.

Tua kan? Sangat2 tua.

Azam ku hari ni......

Aku nak tamatkan apa yg perlu ku tamatkan.

Perkara2 yang menyesakkan dada dan menggangu ketenangan minda aku tak perlu.

Nak hidup tenang damai.

Harap2 aku kuat untuk ajar hati menerima keputusan otak.

Aku juga nak mulakan apa yg perlu aku mulakan

Masa dah tinggal sedikit, umur dah di hujung ranting.

Esuk mungkin usia seperti daun kering, gugur ke bumi.

Aku nak dekatkan diri pada pencipta.

Nak taubat maksiat, nak kumpul bekal ke sana.

Dosa ku bertimbun perlu ku bilas ..

Pahala ku entah berbekas entah tidak.

Selamat datang usia 60.

Uban dan kedut menemani ku.

Sepi adalah nyanyian hati.

Aku masih melakar warna kehidupan yg kelabu.

Menunggu sinar di hujung nyawa.

Wednesday, October 21, 2020

Sedap


 Best in the world.

Nasi dagang lauk gulai kepala ikan  ayo./ikan tongkol.

Nikmat dunia nih

Siapa suka makan kepala ikan kita geng.


Tuesday, October 20, 2020

Yb

 Saya dah lama bergelar yb.

Dah 6 tahun dah.

Memang pilih untuk bersara awal.

Kalau ikutkan usia, lusa tarikh sepatutnya bergelar yb.

Kawan2 saya ni pun macam saya juga.

Baru bergelar yb

Fresh from oven kata mat salleh.

Jadinya semalam, mereka yb baru datang rumah saya.

Mengadap yb lama lah kira nya.

Membawa rindu kerana lama x bertemu.

Best tak jadi yb?

Takper, kita cikgu2 ni dah jadi yb pun tittle cikgu bawak ke mati.

Bekas anak murid ramai..Saham dunia dan alhirat kita tu.

Alhamdullilah, welcome to the club my dear friends.

Selamat bergelar yb cgu Sham, cgu Wanyah dan cikgu Pah..



Monday, October 19, 2020

Tuhan jaga mereka.

Saya perhatikan budak budak ni.
Kesian tapi kagum.
Kagum kerana mereka hati kental.
Sanggup berpanas mencari rezeki
Berhadapan dgn pelbagai jenis manusia.
Kesian tu bila tengok kepenatan mereka
Tutup lingkup badan nak lari dari kulit dibakar mentari
Berapa sangat lah untung seharian nya

"Dik, meh nak satu."
Sebungkus chicken stick cuma rm5.
Dia meraba raba poket nak bagi duit baki.
" tak yah la dik, kamu simpan saja duit baki tu"
Tak sampai hati nak ambik pun.
Tak payah nak berkira lah.
Kalau kat fast food tu berbelas ringgit untuk satu meal kita sanggup bayar,
Apalah salahnya gembirakan hati budak2 yg berpeluh peluh cari rezeki ni.
Teringat kat anak kat rumah.
Duduk tidor bangun saja
Nak tak dia cari rezeki macam ni.?
Sanggup tak?
Tiba2 terasa macam saya seorang ibu yg tak bagus.
Tak pandai didik anak berdikari
Siapa lah mak bapak mereka ni?
Tabek spring buat mereka.
Terbaik laaa
Pandai didik anak jadi bertanggung jawap dan tak menyusahkan mak bapak.
Teruskan dik...
Semoga esuk rezeki kamu lebih baik dari hari ni
Makcik akan support kamu semua semampu makcik.
Thumbs up to all of you.

 

Sunday, October 18, 2020

Hanya Tuhan yg tahu jawapan nya....


Bila di renungkan, tersenyum sorang sorang.

Ini lah permulaan saya.

Dari mereka lah lahirnya saya, seorang manusia yg banyak kekurangan.

Dari saat pertama kali ditiupkan nyawa ke dalam tubuh saya, bermulalah perjalanan hidup saya.

Banyak yang saya lalui, suka duka silih berganti.

Hati berkali kali luka dan dugaan hidup mematangkan saya.

Bila lihat foto ni ada juga timbul tanda tanya.

Adakah kelahiran saya disambut dengan gembira dan penuh syukur atau adakah....

Saya hanya lah satu kebetulan yang tidak diperlukan?

Hanya yang tahu, memahami persoalan ini.

Kenapa ada keraguan yg bermukim di dlm hati ini...

Sekadar sedikit rasa hati seorang anak yang tidak pernah membesar dibawah naungan kasih sayang orang tua, saya berhak untuk rasa begitu.

Kan?

Betul kan?

Namun saya tak pernah salahkan mereka.

Tuhan ada perancangan yg tersendiri. Perancangan yg terbaik.

Hari ini saya begini kerana Tuhan telah rencanakan begini nasib dan hala tuju saya.

Dah selama melangkah tanpa mereka dalam kehidupan saya, saya tetap bahgia seadanya.

Tetap bahagia walau hanya menumpang kasih sahaja.

Tak apa lah, saya redha begini.

Sampai akhir nyawa menumpang kasih di pinggir hati orang.

Tak apa.

Ajar hati untuk tak apa apa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...