Hari ni aku dah jadi warga emas.
60.
Bangga dan syukur.
Bangga kerana berpeluang jadi warga emas
Syukur kerana di usia begini Tuhan masih berikan ku kesihatan yg baik.
Tua kan? Sangat2 tua.
Azam ku hari ni......
Aku nak tamatkan apa yg perlu ku tamatkan.
Perkara2 yang menyesakkan dada dan menggangu ketenangan minda aku tak perlu.
Nak hidup tenang damai.
Harap2 aku kuat untuk ajar hati menerima keputusan otak.
Aku juga nak mulakan apa yg perlu aku mulakan
Masa dah tinggal sedikit, umur dah di hujung ranting.
Esuk mungkin usia seperti daun kering, gugur ke bumi.
Aku nak dekatkan diri pada pencipta.
Nak taubat maksiat, nak kumpul bekal ke sana.
Dosa ku bertimbun perlu ku bilas ..
Pahala ku entah berbekas entah tidak.
Selamat datang usia 60.
Uban dan kedut menemani ku.
Sepi adalah nyanyian hati.
Aku masih melakar warna kehidupan yg kelabu.
Menunggu sinar di hujung nyawa.
No comments:
Post a Comment