Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, October 19, 2020

Tuhan jaga mereka.

Saya perhatikan budak budak ni.
Kesian tapi kagum.
Kagum kerana mereka hati kental.
Sanggup berpanas mencari rezeki
Berhadapan dgn pelbagai jenis manusia.
Kesian tu bila tengok kepenatan mereka
Tutup lingkup badan nak lari dari kulit dibakar mentari
Berapa sangat lah untung seharian nya

"Dik, meh nak satu."
Sebungkus chicken stick cuma rm5.
Dia meraba raba poket nak bagi duit baki.
" tak yah la dik, kamu simpan saja duit baki tu"
Tak sampai hati nak ambik pun.
Tak payah nak berkira lah.
Kalau kat fast food tu berbelas ringgit untuk satu meal kita sanggup bayar,
Apalah salahnya gembirakan hati budak2 yg berpeluh peluh cari rezeki ni.
Teringat kat anak kat rumah.
Duduk tidor bangun saja
Nak tak dia cari rezeki macam ni.?
Sanggup tak?
Tiba2 terasa macam saya seorang ibu yg tak bagus.
Tak pandai didik anak berdikari
Siapa lah mak bapak mereka ni?
Tabek spring buat mereka.
Terbaik laaa
Pandai didik anak jadi bertanggung jawap dan tak menyusahkan mak bapak.
Teruskan dik...
Semoga esuk rezeki kamu lebih baik dari hari ni
Makcik akan support kamu semua semampu makcik.
Thumbs up to all of you.

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...