Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, July 14, 2011

Harap awak happy...hmm..ada ke orang yang tak happy?

Harap saya happy.
Tersenyum sendiri bila seorang kawan saya cakap macam ni.
Ayat perli ke ayat ikhlas ni?
Happy?
Atau tak happy ke?
Tak tau.
Macam mana nak nilai happy ke tidak?
Subjektif.
Happy atau lain perkataan bahagia.
Setiap orang berbeza perspektif nya.
Adakala yg orang yg tak bahagia nampak lebih bahagia dari orang lain.
Berlakon kah dia?
Mungkin juga kerana redha dengan dugaan yg bertimpa timpa.
Lagi pun kalau di pamerkan duka, adakah akan terubat hati?
Ada kah yg sudi bersimpati?
Entah entah seperti menepuk air di dulang,
Terpercik di muka sendiri.
Saya nak tanya awak.
Adakah awak bahagia..?

20 comments:

Ibu n Abah said...

cikgu..
(angkat tangan tinggi-tinggi)
Alhamdulillah...
saya sedang dan sangat bahagia....
:)

Anonymous said...

Hepilah, supaya dengan itu kita bersyukur dengan kurniaan dan ujian Allah. Hepi dan tabah.

Kakcik Seroja said...

Bahagia juga adakalanya sukar digambarkan dengan kata2. :)

mykhalis said...

berat persoalan ni..Alhamdulillah.. setiap halangan yang ada masih ada orang yang menyokong dan itu menggembirakan Khalis kerana Khalis tidak sendirian..

Granny Hani said...

Ibu dan abah,
Alhamdullilah, semoga bahagia berkekalan..

Granny Hani said...

Kunang kunang,
Redha adalah penawar duka yg terbaik.bila hati redha, jiwa tenang dan syukur sentiasa.

Granny Hani said...

Kakchik, bahagia bukan bermakna tak pernah menangis kan?

Granny Hani said...

Mykhalis, alhamdullilah..memang itu lah yg terbaik..bila boleh berkongsi duka makna nya ada yg masih sayangkan kita...bahagialah tu.

pena rozie said...

eppy...eppy...eppy....

ahmad humairi said...

Alhamdulillah.
Walau tak hepi.
Kerana kita hari-hari telah berjaya.

berjaya bernafas.
berjaya bersolat lima waktu.
berjaya mengajar kat sekolah.
berjaya pulang ke rumah.
berjaya bercakap, bersembang.
berjaya makan.
berjaya itu.
berjaya ini.....

Syukran.
Atas segala kejayaan...walau tak jadi kaya.

Unknown said...

banyak tafsirannye kak..bahagia rasanya takat ni, mmg doa tak putus2 lepas solat agar kebahagiaan yg kami miliki adalah utk selamanya insyaallah :)

ajumohit said...

saya sgt bahagia skrg ini, dgn anak2, suami dan family...syukur dgn kurniaan Allah...kalau tak gembira pon buat2lah gembira sbb tak semua org boleh terima cara kita kan kak...hmmm suke tajuk ini

ILA HonEyBuNNy said...

xtahu nak cakap bahagia ke x..hehe..

sbb hati sendiri yg merasa kan....;-)

zul permatang badak said...

miskin tak apa......asalkan heppy........
heppy ni tak dok jual kat kedai.....
he...he...

Pia said...

"happy forever kak..hehe.."

Zaitun said...

Syukur alhamdulillah buat masa ini bahagia sangat,mudah2an berkekalan.

insan marhaen said...

Kita perlu merasa bahagia walaupun berada dibawah tekanan.

IM selalu kata kat ibu_suri..."Jangan sedih-sedih. Hidup mesti hepi!"

uncle gedek said...

tadi tak bahagia...

lepas baca belog ni...

bahagia...

Anonymous said...

happy, syukur itu nikmat.
tapi ada juga kesedihan dengan perkara yang belum tercapai, dengan kealpaan diri, dengan keadaan sekeliling yang semakin hilang arah.

makcu B said...

Makcu pun tak happy. Kesihatan agak meruncing. Terfikir jugak, kalau wang yang runcing.... rasanya tak gini tekanannya. Ya Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...