Saya hanpir menitiskan air mata di depan dia. Tapi saya control ayu. Meja dia memang betul2 di depan meja saya sebab dia seorang murid yang sangat nakal. . Pernah sekali tu (masa tu saya baru mengenali dia) bila saya ugut dia dengan ugutan nak panggil bapak dia ke sekolah dia selamba saja cakap
"Abah kita dah mati Ticer.."
Opsss..Rupanya anak yatim ni..
Tu kali terakhir saya ugut dia.
Hari ni kes lain.
Saya tanya dia apa yang dia buat di bulan Ramadhan. Ini jawapan dia.
" Mak suruh saya puasa, tahun lepas tak tinggal sehari pun. kalau tak puasa pun bukan ada apa apa untuk dimakan. Nanti dekat berbuka mak pulang dari bantu orang berjualan dan bawak lah makanan lebih2 untuk berbuka.Ticer tau, walau letih kita kerja jugak, tolong org jual air tebu, dapat upah rm2. Kumpul2 dapat lah mak belikan baju baru untuk raya."
Saya pandang jari kecil dia yg menari di kertas lukisan tu.
"Cukup ke??"
Dia pandang saya macam saya ni tak faham apa yg dia cakapkan.
"Cukup lah untuk' Baju Melayu' baru saya. Songkok dan kasut jugak.Lebih pun lagi duit saya tu..mak pulangkan rm 10 untuk disimpan"
Saya mengira2 dlm kepala..rm2 x 20 hari baru rm40, mana lah cukup...mesti mak dia tambah duit lain nih.
Dia sambung cerita.
"Mak tak beli apa2 untuk dia.Mak cakap dia tak suka pakai baju baru, gatal2 kulit mak nanti, itu pasal dia tak pernah beli baju raya untuk dia sendiri."
Saya seorang ibu dan saya tau kenapa mak dia reka alasan begitu.
Kalau ikutkan hati, saya menangis depan budak tu dah tadi.
Begitu lah hati seorang ibu..
41 comments:
rasa insaf sangat, bila kita mengadu kita susah, ada lagi orang yang lebih susah dari kita. sedih sangat
sungguh haru cite budak itu..moga jadi tauladan tuk kite kan kak :)
itulah kehidupan dunia...
setiap orang berbeza jalan ceritanya
dan setiap orang wataknya juga berbeza.
nak buat macam mana...
mokwo pun tak de baju baru nak raya taun nih..coz tailor tak moh amek dahhh..tapi tak pelah kan
terharu kan..tapi begitulah realitinya...pd yang berada jgn lupa utk berzakat dan bersedekahlah pd yg tiada
Insaf kak Zai bila baca,anak2 pula sibuk nak cari barang yang ada branded.
Pernah dengar seorang ibu tak suka makan ayam tapi sebenarnya utamakan anak2nya.
Cikgu...
tugas cikgu bertemu dengan berbagai-bagai peringkat masyarakat... ada yang senang dan ada yang susah...
seronok jugaklah rasanya...
Kisah budak itu memang mengesankan sekali.
Pengorbanan ibunya memang sangat besar...
mintak cikgu tolong ingatkan saya balik masa nak raya nanti.. saya teringin nak belikan dia sepasang baju raya.. tolong ye..sbb saya mudah lupa..
zuwaidah,
anak2 kita lebih bernasib baik dari budak ni..alhamdullilah.
Huda,
budak2 membuka mata hati kita
Aku,
pengalaman hidup yg berbeza..
Betul tu Mokwo, jgn lupa berzakat
zaiton,
sesekali kena dedahkan cerita begini kepada anak2 kita..
ibu dan abah,
'unsung heroes'thats what she is.
a. samad jaafar, InsyaAllah, saya pun pelupa juga..
Kesiannya dgr cerita Anak Kecil ini, hidupnya tak seperti kanak2 bertuah yg lain...itulah penting zakat n sedekah dpt mbantu mereka yg kurang bnasib baik
IM pun jarang beli seluar baju sendiri tetapi seluar baju anak-anak silih berganti...
setiap raya cik ina tak akan beli baju baru selagi tak belikan anak-anak dulu. bukan cik ina seorang cam tu, pasti cikgu dan semua ibu kat luar sana pun cam tu. bila ada lebih duit baru beli tuk kita. hani cikgu yang memahami.
Aju, byk lagi kisah yg meruntun hati yg kita dgr dari mulut anak2 ni..itu lah kalau nak bersedekah, kat sekeliling kita pun dah memadai, tak payah cari sampai hujung dunia.
IM,yer lah IM, kita ni tak beli kerana itu pilihan kita bukan kerana terpaksa..Kalau kita berada di tempat mak budak tu, kita pun akan sediakan jawapan yg begitu jugak kann
Cik Ina, memang lah keutamaan pada anak2...semua ibu bapa pun begitu.
cerita dizaman ini yang kita mampu bayar topup saja hampir beratus.
eloklah bayar zakat kepadanya. kalau cikgu ada no akaunnya, itu sudak baik.
kalau ini kisah benar
kasihan sungguh anak itu
kecil2 sudah tahu erti hidup..
kalau anak ini ada kesedaran
pasti dia akan belajar bersungguh2
untuk membaiki taraf hidup dia
jika kita susah
hanya pendidikan yang mampu mengubah keadaan kita
saya yakin begitu..sgt yakin!!
cikli,
ramai yg lebih memerlukan, kalau kita tgok di sekeliling kita pun dah cukup.mana yg mampu tu eluk lah bersedekah dan mengeluarkan zakat sempena bulan baik nanti.
Sarah, ni baru seorang..ramai sebenarnya yg miskin dan perlukan bantuan..rakyat msia ni pemurah cuma jgn lah kera di hutan di susui anak di pangkuan kelaparan..
sedihnyer.....
teringat anak kakak munna yg dah jadi anak yatim... tapi nasib anak buah munna agak baik kerana kakak munna berdikari orgnya...
Hani dan orang lain yang menjadi guru selalu melihat sendiri masalah seperti ini di sekolah. Ada sahabat CM yang peruntukkan wang gaji setiap bulan untuk anak-anak miskin di sekolahnya. Kalau ada sesiapa yang nak bersedekah, cuba tanya cikgu.. tentu boleh tunjukkan..betul tak Hani
terharunye...
anak saya pun ade citer yg kwnnye tak ibu...ayahnye yg uruskan semuanye...
ade jugak yg tak bapa...ibunye susah...bile dia citer rase mcm nak menitis air mate ni...cube membayangkan kalau anak kite nasibbnye mcm tu...dan cube bantu setakat mane yg boleh..
terharunya. moga budak nie berjaya dalam hidup dan membalas jasa ibunya.
Berair mataku dan sangat sebak! :(
Alamak -______-"
pena rozie,
memang sedih...
munna, kakak munna tu seorang ibu yg tabah dan gagah..alhamdullilah
che mid, kami guru ni bermacam cerita ikhlas dari murid yg kami dgr..menginsafkan kami.
ainnoraini,
salam kenal dik
cikguden,
itu lah doa kami cikgu2 ni
Kak chik, ingat saya sorang yg nak berair mata depan dia..
A.I,
hmm..tak sangka kan di sekeliling kita pun ramai yg susah
Terharunya baca N3 ni kak. Kalo Ate, pasti dah tak dapat control ayu lagi. Mesti dah hujan merembas.
Teringat cerita anak sedara yg pernah belajar dekolah rendah di Sabah. Dia citer ada kawan dia tu, mmg rajin puasa pasal tak de duit nak beli makanan. Sahur pun minum air kosong jer. Dan budak tu pun 'agak nakal' dan sgt aktif. Tapi citer akak ni lebih mengharu birukan hati Ate. Org mcm ni patut terima zakat.
Ate, mcm2 kepayahan yg dapat kita dgr dari mulut budak2 ni..
Kak, dari dulu saya selau baca tulisan akak, terlalu byk yg akak kongsi, tqvm kak. Moga kehidupan akak sekeluarga selalu dirahmatiNya..
Post a Comment