Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, February 20, 2010

Segalanya milik Allah.

Lepas magrib mertua saya menalipon.Cemas bunyi suara nya. Kebakaran di deretan rumah kedai berhampiran rumah dia rupanya. Itu lah deretan rumah kedai yang tertua di pekan kecil Pulai Chondong.
Saya bergegas memandu untuk menyaksikan sendiri kebakaran itu. Walau pun saya bukan berasal dari situ namun saya pernah menetap di daerah itu dan juga mengenali warga Pulai Chondong yang ditimpa musibah itu.
6 buah kereta bomba datang dari bandar brdekatan.Api menjulang setinggi pucuk kelapa dan marak dengan cepat.Mertua saya sudah mula mengemas dan menempatkan dokumen2 penting ke tempat yang selamat.Yer lah, dengan api sebesar itu, lebih baik dia bersedia untuk apa2 kemungkinan.
Api dapat di padamkan selepas 3-4 jam kemudian. Sederet rumah kedai musnah, begitu jugak beberapa buah rumah kediaman yang berdekatan. Alhamdullilah tidak ada kehilangan nyawa.Semangat tolong menolong masih kuat di amalkan.Mangsa mendapat perlindungan dan sokongan emosi dari jiran jiran.Saya kagum, disini tidak ada mangsa yang meraung bersendirian, segala payah ini dikongsi bersama jiran, sedara dan kawan kawan yang datang membantu.
Semalam saya menyaksikan harapan yang terbakar, kenangan yang hangus dan impian yang menjadi abu..

1 comment:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Salam Hani,

Kesian pada mangsa2 kebakaran..semoga mereka sabar menghadapi dugaan Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...