Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, May 11, 2013

Kerja over time askar ku ini

 Preeennngggggggggggggg...............!
Prenggggg....Prangggg.....!
Adoi la Imaad,
Langsung tak patuh pada arahan gencatan senjata.
Bangsa bangsa bersatu pun tak kuasa nak larang dah.
Prennnngggg......Prrraaannnnggggggg........!
Ada dia, berbunyi lah lah sound effect tu
Pagi petang siang malam non stop.
Kecuali waktu tuan nya tidor.
Selagi tak habis kuasa bateri tu,
selagi tu lah penduduk negeri ni terpaksa tahan telinga.
Kalau sorok bateri kang, satu negeri huru hara pulak.
Prennnnggg......Prrraaannnggggg.......!
Tu lah Atok, siapa suruh beli yg ada sound effect?
Kan tak pasal2 kena beli kapas sumbat lubang telinga pulak ni.
Tak apa lah Imaad, sekurang kurang nya tak sunyi rumah kami ni.
Sekejap Preeeennnngggggggggg........................!
Nak tidor pun tak cenang laaa..........

1 comment:

Acik Erna said...

terpaksa beli kapas pun tak pe...kebahagiaan...ntah berpeluang ke tidak..acik nak merasa semasa hayat masih ada ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...