Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, July 31, 2013

Perkembangan Terkini

Perkembangan terkini Ja
Tak ada
Tak berubah ubah.
Cam tu jugak.
Nothing
None
Zero.
Illekkkk...
Seperti semalam.
Seperti kelmarin.


Perkembangan Mummy Ja
Sebetul betul nya lah,
rasa nak masuk dalam kabinet.
(yg tak ada lipas)
Nak kunci dari dalam
Nak duk dlm gelap sorang2
Diam2
Bungkam.ada juga rasa nak teriak,
Makkkkk....!
Tolong lah saya.
Tapi tak ada kabinet yg muat buat saya.
Tak boleh lah buat macam tu.

Hidup harus pandai cover line.
Control ayu.
Okey, saya biasa jer.
menerima Ja seadanya.
She will always be my princess.
Taking a day at a time
Masih waras.
Life goes on. 

Opsss....! ada tamu kat depan pagar.
Cepat sarungkan kostum 'saya tak apa2'


Tuesday, July 30, 2013

Tak tau lah saya

Sebenarnya apa perlu saya buat?
Bila saya kata saya tak nak harapkan miracle lagi,
nak bertapak di alam realiti.
Accepting Ja as she is,
begini ja hari ni, begitu lah dia esuk..
Ada pulak orang kata..
Jangan putus asa,
keep praying,
keep hoping,
sooner or later,
she' ll be fine.
Ada juga doktor yg cakap peluang tu masih ada.

Bila saya rasa chances for Ja to recover tu still there,
who knows Ja might pop out of her coma in one of these days,
Ja masih muda,badan masih kuat untuk bangkit kembali,
mana tau dalam banyak2 doa utk Ja, ada yg di angkat,
mana tau, may be she just need some time..
Tapi ada pulak yang kata,
stop making a fool of myself.
terima lah hakikat Ja macam tu.
tak pernah2 ada orang hypoxic yg kembali normal.
Suruh saya redha saja dgn keadaan Ja
jgn percaya pada false hope yg orang lain duk sogok.
sudah2 lah duk berharap tu...Berhenti berharap
Tak kurang juga doktor yg rasakan recovery is impossible.

Kadang kadang saya jadi binggung.
Bodoh sangat ke saya ni?
Bercelaru soalan2 tanpa jawapan dalam kepala saya.

Berkuman

Semalam seorang kawan datang bertandang.
"Kak Ni, awak nampak sangat tak bermaya, wajah cengkung dan bukan macam awak dulu"
Wahai sahabat,
Saya ni ada penyakit, banyak kuman yg sedang memakan diri.
Bukan awak tak tau, malah awak lah tempat saya mengadu pasal penyakit saya ni.
Kuman apa kata awak?
Kuman Resah.
Resah bila kenangkan masa depan yg kabur.
Kuman Tangis
Kuman ni serang mata..Bocor tak kira waktu
Kuman Takut
Bila Ja nampak restless, kuman ni serang bahagian otak saya.
Kuman Marah
Kuman ni datang menyerang sekali sekala, lazimnya bila terkenang balik asal kejadian.
Kuman Kecewa
Ni kuman paling aktif...Setiap saat kuman ni menggigit hati.
Kuman Rindu
Banyaknya kuman ni, di setiap ruang dia ada dan memakan diri.
Kuman' Tak ngaji sekolah'
Kuman ni bahaya, paling bahaya.
Bila kuman ni serang saya, segala nasihat orang dah tak jadi ubat dah, antibitic redha dan pasrah tak berkesan.injek lah ubat penenang jenama sabar banyak mana pun, kuman ni menang jugak akhir nya.
Kuman ni lah yg paling aktif sampaikan saya jadi macam ni sekarang.
Doktor turun dari langit pun tak dapat ubati penyakit saya ni kecuali...
Dia.
Kesembuhan di tangan Dia.
Astaqfirullah, mujur lah ubat tahan sakit ni masih ada.
Bila terkenangkan kuasa Tuhan yg dapat merubah segalanya,
saya seperti makan ubat 'pain killer'...
Hmm....apa saja lah saya ni, pagi2 dah merapu meraban!

Monday, July 29, 2013

Mencari belas ihsan dari Mu.

Ku mencari malam yg menyamai seribu bulan
mengintai intai rahmat dan berkat.
bagaimana lagi nak ku utuskan pinta itu.
Segalanya sudah terhimpun di doa doa yg terdahulu.
dan sekali lagi ku gagahi diri untuk terus mengumpul hasrat
dan ku mempersenbahkan pada Mu Tuhan.,
penuh mengisi tadah yg berkali kali,
doa dan hasrat seorang ibu aku persembahkan pada Mu.
Di sepuluh malam terakhir Ramadhan ini,
ku susun jari mengadap Tuhan ku ya Rabbi,
Toleh lah kearah ku dan pandang lah daku
aku memohon belas kasihan dari Mu
Aku merayu rayu belas dari Mu.
Tidak ada yg mustahil bagi Mu.
Sedetik Kau kata 'Jadi' maka jadilah..
Tuhan,
hanya Engkau lah yg mampu permudahkan payah ini.
Engkau jua lah yg mengetahui segala isi hati
kasihani lah aku, kasihani lah anak ku, kasihani lah keluarga ku.
Aku hanya mampu menadah tangan dan mengemis rahmat Mu,,
hanya kau lah yg mampu merubah segalanya.
Hanya Kau Tuhan ya HayyuYaQayyum....



Sunday, July 28, 2013

Ajal maut di tangan Tuhan

Innalillah...
Semalam dapat berita kematian seorang sahabat Ja.
Dia seorang doktor, terlibat dalam nahas jalanraya sewaktu dalam perjalanan ke Kuala terengganu.
dari Allah kita datang kepada Dia lah kita kembali.
Arwah sempat menziarahi Ja di hospital ,
sempat sedekahkan doa buat Ja.
Mereka kawan satu sekolah.
Kalau lah Ja tau dia pergi lebih dahulu, nescaya Ja turut titipkan doa buat arwah.
Tak per lah, biar saya mewakili Ja.
Saya doakan semoga roh arwah di tempatkan bersama para syuhada.
Tenang lah dia bersama Pencipta nya.
Sebenarnya hati saya lebih kepada ibu si arwah
Saya faham perasaan ibu dia.
Saya tahu malam tadi dia tak tidur.
Jamah makanan berbuka pun macam di paksa paksa.
Saya boleh bilang berapa kali dia duk ulang tayang segala kenangan bersama arwah.
Saya yg dah berbulan berada di situasi itu amat memahami apa yg dia rasa.
Situasi hampir sama dgn saya, yg membezakan dia dan saya hanya lah keadaan dan masa.
Perit nya tetap serupa.
Hati bonda mana pun bila teruji begini akan terasa remuk nya.
Sabar lah wahai bonda si arwah, apa lagi yg boleh saya kata?
Seperti saya, dah bercupak ayat supaya bersabar yg dia terima agaknya.
Seperti saya, bila tidak ada pilihan lain, apa lagi yg mampu di buat selain dari redha.
Redha dan berlapang dada lah.



Saturday, July 27, 2013

kawan kawan

Bila dah selesai urus Ja dan dia dah tidor, hati rasa lapang.
Tamat lah cerita hari ni dan menunggu hari esuk yg entah macam mana
Esuk lain cerita, hari ni saya happy sangat.
Tadi kawan2 Ja datang ziarah Ja.
Mereka bukan hanya ziarah tapi macam kawan2 Ja yg lain lah,
setiap kali datang mereka akan bantu saya urus Ja.
Alhamdullilah ada saja yg bergelar doktor singgah dan beri perkhidmatan percuma.
Selain percuma mereka beri perkhidmatan beserta kasih sayang lagi buat Ja.
Alang kah bertuah nya Ja di pertemukan dgn sahabat2 yg sebaik itu.
Itu lah sahabat waktu susah nama nya.
selain mendoakan Ja, mereka ambil berat.
Tuhan saja lah yg membalas budi baik mereka.
Selain bantuan dari kawan2 Ja, yang paling saya suka ialah....
Panggilan "Mummy"
Terasa dekat di hati bila ada kawan2 Ja yg address saya sebagai mummy.
Walau lama tak keluar perkataan 'mummy' dari mulut Ja, hati sedikit terubat bila kawan2 dia duk sebut mummy..
"Mummy, nanti kami datang lagi..."
Datang lah anak, pintu rumah mummy sentiasa terbuka untuk kamu semua.
Melihat senyuman itu, santun tutur kata itu, lengguk sopan langkah itu .....
Melihat mereka, seperti saya melihat Ja ada bersama keramahan mereka.
Sebelum beredar, mereka bersalaman dan hadiahkan saya pelukan.
Sungguh, rindu saya pada Ja menjadi jadi hari ni.



jangan baca

Jangan baca,sebab apa yg di tulis adalah sampah.
Tau sampah tapi rasa nak tulis jugak.
Let the rubbish flow to the sea.....
Hari ni hari 'Otak tak berapa betul'
Hari hari pun macam tu.
Bila control ayu tu orang tak perasan lah.
Sakit kepala. Berdenjut denjut.
Sakit hati pun berdenyut denyut jugak.
Setiap degupan jantung beserta dengan rasa resah.
Entah bila sudah, entah bagaimana kesudahan nya..
Saya menangis bila tengok Ja.
Sampai bila Ja nak tanggung semua ni?
Ja semalam allergic,naik ruam kes medication agaknya.
hari ni dia ada low grade fever.
Esuk entah apa pula yg akan dia tanggung,
Aduh du du du duuuu.......
Kesian sungguh tapi saya hanya mampu berdoa agar dia di permudahkan segalanya.
By the way, nak cerita sikit,
malam tadi saya tinggalkan Ja bersama Wan.
Saya keluar beli baju raya anak cucu.
lama sungguh tak keluar rumah,
rasa luas sungguh dunia berbanding dgn bilik sakit yg saya huni 24 jam tu.
Tapi kan, saya lebih suka duk di bilik sakit itu.
Betul saya cakap.
Kat luar saya tak boleh nak fit in dalam kemeriahan orang lain yang nak beraya.
Saya lebih tertekan dan berdenyut denyut kepala saya rasanya.
Sudah beli baju anak cucu saya cepat2 balik.
Realiti kehidupan saya di sini.
Payah ini, duka ini, kesedihan ini ada lah darah daging saya sekarang.
Percaya tak yang saya tak menonton TV pun sekarang..
Tak ada apa yang boleh menghiburkan hati saya.
Kelat sungguh jalan hidup saya sekarang.
Ja, frankly speaking,
seing you like this and not being able to help you makes me feel so bad.
I am useless.
I am helpless.
Being ignored by people does not matter to me any more
but being ignored by God makes me wanna die...........!
Kan dah cakap, otak tak betul!



Friday, July 26, 2013

Semua orang duk tanya...

Letih dah saya duk lari dari menjawap soalan2 cepumas tu.
Dah berapa lama saya duk pendam jawapan saya.
hari ni dah tak boleh pendam dah.
Mulut dah bocor.
Jawapan 1.
Yer, Ja jadi macam ni kes kecuaian doktor dari sebuah klinik swasta.
( Dah la anak saya jadi macam ni, kena bayar lagi tu....hampir rm8 ribu-bayaran untuk kecederaan? Biar betul)
Jawapan 2
Yer, saya memang amat kesal walau saya tahu segala yg berlaku adalah dengan izin Allah.Amat kesal kerana profesion kedoktoran di perniagakan.
Jawapan 3
Yer, saya dah dapatkan penjelasan sebenar mengenai keadaan Ja.Sebagaimana serius nya Ja dan prospek penyembuhan Ja.
Jawapan 4.
Yer, betul..Mereka tak datang tanya khabar pun keadaan Ja, keadaan saya selepas kejadian yg merubah hidup kami sekeluarga tu. Mereka sibuk agaknya, nak raya lah katakan.
Jawapan 5.
Yer, saya tak kan diamkan diri kerana keadilan harus di tegakkan demi Ja dan cucu2 saya. siapa yg nak membela cucu saya kalau tidak datuk nenek mereka? 
Jawapan 6
Yer, siapa tak marah? Saya dan Ja kehilangan kerjaya, kehidupan dan masa depan kami pun belum tentu.
Cucu saya mungkin akan menjadi Yatim dan saya mungkin kehilangan seorang anak.Mereka dapat duit.
Jawapan 7
Betul, yang berlaku tak dapat di ubah kalau pun saya bertindak tapi sekurang kurangnya menjadi pengajaran kepada orang lain supaya berhati hati dengan khidmat yg serupa itu.
Jawapan 8
Betul, saya amat marah dan kesal.Semua orang tau cerita sebenar, tak perlu mereka nak dolak dalih.
(Terima kasih kepada kementerian kesihatan kerana panjangkan siasatan)
Jawapan 9
Betul, Saya yakin Allah itu satu,Allah tidak akan menzalimi maklukNya.Allah itu adil..
Jawapan 10
Nak tau lebih detail? pergi saja ke hospital, semua maklumat ada di sana...
Jawapan terakhir
  Memaafkan? Hellooooo..... kes silap beri ubat batuk boleh saya maafkan.

Puas hati? Tu lah, saya dah cakap jangan duk tanya soalan2 ni berkali kali...
Hampir setiap orang yg tengok keadaan Ja merasakan saya perlu bertindak.
Ada yang marahkan saya kerana saya lambat bertindak.
Maaflah, saya nak tumpu masa untuk rawatan Ja dulu, saya amat sibuk urus Ja sekarang.
Tapi hari nya akan tiba jua.
Pasti.
Kirim Salammmmmmmmm.....

Thursday, July 25, 2013

Anis

Anis tak minta untuk di belikan baju raya, kasut raya dan handbag raya.
Bunga api pun dia tak mintak di belikan.
Dia tak buka pun buku resipi untuk resipi biskut dan kek.
Dia tak banyak soal, diam dan memahami.
Sebelum ke sekolah, Anis bantu saya urus kakak nya dulu.
Sama jugak waktu sebelum dia tidur,
dia terpaksa bantu saya urus kakak.
Dia tahu saya tak mampu urus kakak sorang2.
Tengah malam kalau saya perlu bantuan Anis tak membantah.
Bila saya kejutkan dia dari tidur dia terus bangkit.
Kesian saya tengokkan Anis.
Mana nak buat kerja rumah,
mana nak ulangkaji,
dah la nak duduki peperiksaan UPSR tak lama lagi.
Anis hilang masa kanak2,
dia matang kerana keadaan.
Bila saya perhatikan dia, hati saya macam runtuh ke bumi.
Apa lah yang dalam fikiran  dia?
Tambah2 musim raya macam ni.
kat sekolah kawan2 mesti sibuk cerita kemeriahan sambutan Raya.
Anis cuma mampu dengar.
Anis tau keluarga dia tak raya tahun ni,
mungkin juga tak akan ada kemeriahan raya selama nya.
Sabar lah Anis,
Mummy janji,
esuk mummy akan bawa Anis ke pasaraya.
Anis belilah persiapan raya buat Anis.
Pagi raya nanti Anis akan di hantar beraya di rumah nenek.
Beraya lah bersama keluarga kita di sana.
Cuba untuk tidak bersedih duhai anak.
Cukup lah kesedihan kakak menimbun di bahu mummy.
Mummy hanya nak Anis bergembira di Hari Raya nanti.
Jangan risaukan Mummy..
Mummy akan temankan  kakak di sini.
mummy lebih tenang bersama kakak, beraya dgn kakak saja.
Mummy tak apa apa,
I promise, mummy ok saja.








Wednesday, July 24, 2013

Smoke gets in my eyes...

Hari ni saya nk masak untuk berbuka puasa.
Pertama kali masak semenjak Ja jadi 'Sleeping Beauty'
Ikutkan hati tak nak fikir pun bab masak dan makan.
Merajuk dan menjeruk hati bila tgok Ruang dapur yg selama ni
merupakan ruang kegemaran saya.
Sebabnya,
Semua yg saya masak, Ja suka makan.
 Ja siap order dulu kalau dia nak balik sini.
Hati siapa tak sedih bila kali ni Ja tak boleh jamah masakan saya.
"Mummy masak apa hari ni? Ja nak makan kat sini"
Tu ayat dia sebelum ni.
Tak per lah, semua tu dah jadi kenangan.
Hari ni saya gagahi semangat untuk masak simple2 saja.
Usir dulu berat di hati, cuba masuk dapur dan focus.
Selalunya kupas bawang mata boleh berair
Hari ni kupas kentang, basuh ikan dan potong sayurpun mata berair jugak.
Tiris ke hapa mata saya ni?
Urut dada tu Puan Hani, bawak bertenang.
Periuk belanga duk diam2 jgn pujuk saya
Sensitip. Banjir.

Ok, biarkan saya masak dulu..
orang lain main jauh jauh...
Kalau tgok saya menangis jangan tegur,jangan kata apa2.
Bukan dapur kayu saja mata boleh masuk asap,
dapur gas pun gitu...
Berasap dalam kepala.
Rupanya payah benar nak mula memasak kali ini.





Tuesday, July 23, 2013

Main agak agak jer.

Sekejap sekejap intai mata dia.
Tegur dia. sapa dia.
Sekejap sekejap panggil nama dia.
Tanya dia ok ke tidak,
Selesa ke tidak,
 Sendiri tanya sendiri jawap.


Sekejap sekejap pegang tangan dia,
urut perlahan sambil sembang2
Ja buat derk, saya cakap sorang2.

Sekejap sekejap selimutkan dia,
mana lah tau kot dia sejuk.
sekejap sekejap bukak selimut,
entah2 dia panas.

Sekejap sekejap tinggikan katil bahagian kepala,
mana tau kot dia lenguh tang leher.
sekejap sekejap rendahkan balik,
kot dia tak suka duk macam tu.

Sekejap sekejap mata tengok jam,
pukul berapa ni, perlu buat apa sekarang?
semuanya pakai agak stail Nujum Pak Belalang .
Ja, cer bagi signal sikit agar mummy mudah faham.

Mak pesan jgn Update blog masa stress, update jugak!

Sambil duduk2 temankan Ja saya singgah rumah teman2 cyber.
Mengetuk ngetuk pintu laman tanpa izin tuan.
Mengintai intai harum wangi kehidupan kalian.
Lama sungguh tidak bertegur sapa.
Tidak meninggalkan komen bukan kerana saya lupa.
Tapi sebenarnya saya hanya mampu menjadi sepi.
Mungkin kerana tidak ada gembira dari hati saya
Cerita luka saya sudah basi, pasti tak siapa yg sudi tadah.
Saya segan nak sapa kawan2 saya tu.
Siapa lah saya kan.
Ada juga rasa iri hati bila selak helaian bahagia orang lain.
Nasib saya sungguh berbeza,
Alangkah tidak pernah bertuah nya saya.
Tapi tak apa lah, bila saya temui ketenangan dalam musibah ini,
saya akan cuba untuk sapa kawan2 cyber saya lagi.
Hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana rindu nya saya untuk keluar dari resah yg panjang ini.
Tuhan juga lah yang tahu sampai bila saya akan dibiarkan didaerah duka ini.
Perancangan Dia adalah yg terbaik.
Redha.
Dalam terpaksa kena redha juga.
Agaknya sinar bahagia belum ada buat saya hari ini maka
saya teruskan saja bernafas dan menapak berbekalkan sedikit baki sabar
Di kala dada terasa sesak,hati terasa koyak,
di sini lah tempat saya menebarkan rasa.
mengumpul gagah dari doa dan nasihat kalian.
Kalian tidak pernah saya lupa
Ingat sampai bila bila.

Mak dah pesan, jgn update kalau time stress, takut2 yg diluahkan tu merapu entah hapa hapa, kan dah betul kata mak tadi.

Bertiga.

Bila yg tinggal hanya kita berdua,
kita terus menapak juga ke depan.
mengheret sisa nafas yg ada
tanpa kesal tanpa dendam
kerana kita insan terpilih
kita mampu mengusir gusar
dengan redha.

Bila yg tinggal hanya kita berdua,
kita kongsi retak hati nan beribu.
Kita lapah sakit itu bersama
Biar tangisan kita seirama,
sedu sedan milik kita selamanya


Bila yg tinggal kita berdua,
kita hitung semalam yg punah
kita kuburkan mimpi
kita berhenti mengejar pelangi

Bila yg tinggal hanya kita berdua,
kita tidak berdua,
Tidak,
kita tidak pernah hanya berdua,
Kita bertiga.
Tuhan bersama kita.

Monday, July 22, 2013

Semangat dari Iyaad.

Iyaad.
Iyaad ni sebijik macam mummy dia.
Dahi dia, mulut dia...
Kalau tengok Iyaad, dah boleh agak Ja ni mummy dia.
hari hari Iyaad datang jumpa mummy.
lepas Zohor, Mak mertua Ja datang bawak Iyaad.
Iyaad di letakkan di sebelah Ja.
Iyaad tidur di atas bantal Ja.
Kalau Iyaad tak tidor, Iyaad kuis2 pipi mummy.
Suara Iyaad buat Ja bernafas kencang.
Kadang2 Ja pusing kepala macam mencari2 arah suara anaknya.
Iyaad tak tau apa2.
Dia tak tau pun yg di sebelah dia tu mummy dia.
Ja tau tak anak Ja yg kat sebelah Ja tu?
Tau kan....
Semalam ramai yg ada di birai katil Ja.
Iyaad duk terlentang sebelah kepala Ja.
Iyaad nangis nak susu. Kuis2 kepala Ja
Ja macam menghela nafas panjang
Berombak dada...
Naluri ibu agak nya.
Naluri ibu2 yg berdiri di tepi katil ja turut tersentuh.
Merah hidung kami semua
Merah mata kami tahan tangisan.
Belas hati kami tengok penanggungan Ja.
Cepat lah Ja bangun pangku anak.
Cepat lah.....


Sunday, July 21, 2013

Dia tak merasai, tu pasal lah..

Ada orang tanya saya,
'Open house Syawal nanti macam biasa ke tidak?"
Allah MasyaAllah,
Nasib baik dia tak tanya berapa pasang baju raya saya dah tempah.
Sebenarnya saya ni,
tak terfikir pun pasal nak riang ria hari raya ni.
Sampai hati dia tanya macam tu.
Agaknya sebab biasanya saya ni kalau musim raya teramat lah sibuk
Selalunya masuk jer Ramadhan saya dah mula sibuk.
Maklum lah keluarga saya besar .
Kumpul anak menantu cucu dan adik beradik pun dah boleh tumbang lembu sekor.
Senarai kerja bagi menyambut Syawal berjela.jela
Tapi tahun ni, seperti kita sedia maklum lah,
saya dalam musaqah, saya tak bersedia untuk sebarang jenis perayaan pun.
Tidak ada istilah ' kemeriahan' buat saya.
Tidak terliur pun.
Bukan hanya Syawal,
Tidak ada sambutan apa2 pun yg boleh mengubat hati saya.
Selagi keadaan masih macam ni, saya tetap begini.
Seisi keluarga pun tak de mood nak memeriahkan Syawal.
Yang di tunggu2 bukan terbit fajar Syawal,
Yang di nanti2 bukan Aidilfitri.
Kami cuma mengharapkan,
Tuhan permudahkan segala urusan kami.
Semoga belas ehsan Tuhan masih ada buat kami, buat Ja khas nya,
Lindungi lah kami dari kepayahan dan
tingkatkanlah kesabaran kami dalam menempuh ujian Mu ini Tuhan.


 

Saturday, July 20, 2013

Perkenalkanlah diri...

Alhamdullilah dan terima kasih.
nak di jadikan cerita,
masa kat hospital hari tu,
ada lah hamba Allah ni datang jumpa saya.
Saya tak kenal dia tapi dia kenal saya.
Rupanya dia kenal saya melalui cerita kawan2.
Cerita apa tu?
Tak ada sebab lain lah,
sebab 'Blog Aku kah itu'
Ternyata dia silent reader blog saya.
Dia mengikuti setiap perkembangan Ja.
walau dia tak mengenali Ja tapi katanya
melalui tulisan saya dia rasa seperti mengenali Ja dan turut menyayangi Ja
Alhamdullilah....
Saya tidak merempuh liku hidup begini bersendirian,
ramai yg berada di kiri kanan laluan saya.
mereka lah yg menguatkan saya, memimpin saya bila saya rasa tak daya.
mereka mungkin tidak menjelmakan diri di depan saya,
tapi saya tau mereka setia ada bersama setiap hela nafas saya.
Padan lah saya sentiasa dapat komen2 dari anonymous.
Padan lah bilangan yg mengikuti blog ini meningkat akhir akhir ni.
Ramai yang nak tau perkembangan Ja rupanya.
Terima kasih kerana mengikuti setiap luahan hati saya yg merapu rapu ni.
Terima kasih kerana memahami saya...
Salam perkenalan buat semua yg masih bersembunyi di balik skrin.
Salam perkenalan dari saya dan Pija.

Ja

I love to see her in the morning.
Lepas di lap badan, cuci mulut,tukar pakaian dan berbedak, she looks just like the old Ja.
Kalau pagi Ja suka pandang sekeliling, sekejap tidur sekejap jaga.
Dia nampak relax dan free from pain.
Pagi2 Ja dengar bacaan ruqyah, syifa' dan nasyid Maher Zain.
Saya tak miss membebel kat telinga ja setiap pagi.
Agaknya Ja buat2 tak dengar saja tu.

Tengahari Ja tidor lama.
Ja tak hirau siapa pun dtg melawat, dia continue tidor.
Ja, Aron Aziz datang tu....Gotcha!
Mummy Ja pun ambik peluang tido jugak kalau tak de tamu.
Kalau ada tamu saya lagi suka, dapat kongsi cerita..
Maklum lah saya ni terperap jer kat sini tak keluar langsung.
Lost in my small world.
Betul bila ada tamu sibuk sikit tapi tak per,
bila sibuk, hari terasa sedikit pendek,
otak pun tak sempat nak fikir karut marut.

Petang Ja kurang tidur.
Petang anak2 Ja datang kacau Ja.
Kacau lah semau nya, biar Ja give up tidur dan bangun bagi sebijik sorang.
Imaad dah pandai ajuk gaya Ja tidur.
Imaad suka benar sebab kalau dia tembak mummy pun mummy tak leh sepit ketam kat peha dia.
Imaad bebas nak buat apa saja, kan Imaad kan?
Ja bernafas kencang kalau Iyaad ada sebelah dia.
Ja dapat rasa kot.

Malam hari Ja mula gelisah.
Tak nak tidor. Mata butang.
Puas ubah kedudukan supaya dia selesa tapi dia mcm protes.
Sejuk ke Ja? Ke panas?
Ke sakit?
Ke apa?
Tu lah,
Mummy suruh ja bercakap Ja tak nak.
Mummy suruh Ja signal kalau tak nak cakap pun,. Ja tak nak jugak.
Kan Ja jugak yg susah..
Malam2 sessi membebel lebih rancak dari siang.
Penuh telinga Ja.


Friday, July 19, 2013

The Answer.

Are you alright Hani?
Apa Khabar, U okey ke Hani?
Hani, how are U?
?
?
?
Well, be in my shoes, U'll know the answer.

Bukan apa, payah sungguh nak jawap soalan2 begitu.
Kalau saya cakap saya tak okey, orang akan anggap saya ni nipis iman, tak redha dan macam2.
(Bercupak lah kaunseling keagamaan yg saya akan dapat)
Kalau saya jawap saya okey, saya redha dan saya baik baik saja, orang cakap saya hipokrit.
Kalau saya diam, orang buat andaian segala benda.
Kalau saya ulas banyak2, orang kata saya tak bersyukur, merungut tak habis2.
Payah kan nak puaskan hati orang yg tak merasa apa yg kita rasa ni.

Senang cerita macam ni lah,
tak payah tanya,
see for yourself.
make your own evaluation.
what ever answer that you come up with,
its yours to keep.
As for me,
I am like the willows.
bend with the wind and at the same time trying not to break.
Okey, ceramah dah tamat, Good night Uols.
Ja dah selesa, baru lepas feeding.
Mummy nak feeding diri sendiri pulak ni.
Byeeeeeeeeeeeee.

Thursday, July 18, 2013

Musim minta Zakat dah tiba...

Nak tutup pagar, nanti nyusahkan tamu yg datang untuk lawat Ja.
Tak tutup pagar kang, berduyun duyun Si Peminta Zakat singgah
'Si Peminta Zakat' ni memang selalu hinggap setahun sekali.
Mereka datang dalam kumpulan.

Saya pernah tanya mereka berapa kumpulan asnaf yg membolehkan terima zakat.
Mereka tak tau pun.
Suruh sebut 2 dari 8 pun tak tau.
Hukum hakam tak tau mana, bab zakat beria ia
Sekadar ambil kesempatan cari duit lebih buat raya.
Bukan saya hina mereka tapi saya dah lali dah dgn tipu helah mereka.
Dah lebih 50 tahun saya tinggal di kejiranan ni.
Kawasan ni memang menjadi tumpuan mereka .
Yang tak best nya mereka ni memalukan orang Islam.
Ada ke patut jiran saya yg bangsa lain pun dia orang mintak zakat jugak.
Mana pergi penguatkuasa? Ambil lah tindakan.
Kebanyakan mereka bukan org Msia pun, nun orang seberang.
Mintak tu satu hal, paksa pulak tu.
Siap marah2 kalau bagi sedekah kurang dari yg di minta.
Saya ni kalau setakat nak sedekah tu boleh lah sikit2.
kalau zakat, tak berani saya nak main bayar ikut suka mcm tu.
" Makcik, saya bagi sedekah saja lah, boleh buat beli kueh berbuka nanti"
Wahhh....sewaktu dia hulur tangan, saya tgok rantai tangan emas dia lagi besar dari yg saya pakai.
A yo yo ......

Tempat jatuh lagi dikenang...

Ada anak murid saya yg menghubungi saya.
Dia bertanyakan bila agaknya saya dapat kembali ke sekolah.
katanya dah banyak tercabut hiasan2 yg saya tampal dlm kelas
Sudut2 pembelajaran pun dah tak teratur.
Dia kata kelas kami dah tak ceria lagi.
Dia bimbang kalau2 kelas kami tak dapat juara pertandingan kelas
Ada juga yg nak saya kembali ke kelas yer.
Ingatkan dah Ticer yg garang ni tak ada kamu semua merdeka lah.
Ingatkan kamu seronok bila Ticer tak paksa kamu jaga kebersihan kelas.
Dulu waktu Ticer melintas depan kelas, kamu dah kalut intai sampah bawah meja.
Maklumlah Ticer kan selalu ugut nak suruh kamu masukkan dlm poket setiap sampah yg ada di kawasan meja kamu tu.
Sebenarnya Ticer pun rindu sangat nak kembali ke sekolah.
Tapi kat sini lebih memerlukan Ticer.
Jangan risau, nanti ada lah guru ganti yg akan menyambung kerja2 tertangguh tu.

Saya tak pernah lupa wajah2 mereka yg bergelar murid saya.
Apa nak buat, saya terpaksa melupakan dulu tittle Ticer.
Mungkin sementara, mungkin selamanya.
Semoga semua murid saya di berkati Allah.
Terima kasih atas ingatan itu.


Wednesday, July 17, 2013

Bukan cikgu, tapi Misi.

Semenjak menjawat jawatan Misi secara tak bertauliah ni banyak yg saya belajar.
1. Bila buat senaman/Fisio kat pesakit, pesakit lega sendi tulang tapi sendi tulang Misi tambah sakit..
2. Bila bagi ubat kena celik mata luas2, jangan mistaken 12am dgn 12pm. nasib baik tak apa apa2.
3. Kalau tengah malam dan sedang tidur, bunyi batuk2 tu jangan cepat nak buat suction kat pesakit, check dulu siapa yg batuk.
4. Bila feeding tu, tak payah test macam mana rasa makanan khas buat pesakit, kan dah termuntah dah Misi ni.
5. Blood preasure pesakit memang selalu naik turun..Blood preasure Misi naik bila dapat ayat 'BODO' dari orang lain.
6. 'Pengarah kesihatan republik telipot' yg bayar gaji Misi ni, jadi pandai pandai lah susun ayat kalau nak bonus macam kakitangan kerajaan lain...huhuhuhuuu....!
7. Dah jadi Misi, jgn ngada2 nak jadi cikgu...laaaaa, kadang2 tu rindu gak nak panjat tangga sekolah.

Mereka sayangkan Ja

Alhamdullilah,
Terima kasih kepada bekas2 penuntut Sek Men Naim Lilbanat.
Atas usaha kawan2 Ja, mereka telah mengumpul dana buat Ja.
Bukan jumlah yg saya nak highlightkan,
tapi ingatan, setia kawan dan keikhlasan kawan2 lama Ja.
Setau saya sejauh Negara Holland, berita pasal Ja telah di war warkan.
Terkedu saya bila bekas2 penuntut SMKA Naim Lilbanat balik Msia dan dtg melawat Ja.
Ramai sungguh kenalan Ja,
ramai yg sayangkan dia rupanya.
Ramai jugalah yg doakan kesejahteraan Ja.
Alhamdullilah.
Tak kurang juga bekas2 pelajar MARA Taiping.
Bekas penuntut jurusan kedoktoran di Cork, Ireland,
semuanya datang untuk hulurkan bantuan.
Bukan dari segi kewangan sahaja tapi tenaga, khidmat nasihat dan sokongan moral.
Tuhan pun sayangkan Ja.
Padanlah Tuhan mengurangkan beban dosa2 Ja.
Padan lah Tuhan membuka pintu syurga buat Ja InsyaAllah.
Siapalah saya untuk menyayangi Ja lebih dari Tuhan?
Astaqfirullah.
SubhanAllah.....
Ja, Ja hanyalah amanah Tuhan yg di pinjamkan kepada mummy.
Sampai masanya mummy harus pulangkan dengan redha.
Ya, mummy tak lupa tu.
.

Tuesday, July 16, 2013

Rubbish

After 2 months of hoping and wishing.
I ran out of positive thoughts.
The best thing to do is to accept the facts that she may not be what she used to be.
Accepting the facts is hard but thats the only choice that I have.
I don't want to go on fooling myself into believing the 'impossible'
Yesterday I thought that it might be today.
If it is not today then it might be tommorrow.
But this is going on too long, too far.
The chances are thinning.
The crual truth is slipping in slowly.
Yes, I do believed that God is capable of everything.
But the logic side of my brain is educating my dreamwave.
The reality is hard to swallow but I do not need to be pampered by false hopes.
Why worry?
She will always be my princess no matter what, no matter how.
I just hope God will make things easier for both of us.
Yes, I am not in my best mood today.
Yes, I am stressed beyond words.
Yes, I need to voice out my stupid thoughts once in a while.
So this is it........Rubbish!
.

Sunday, July 14, 2013

Tak suka mimpi begitu.

Tidur di senja hari.
Terbangun dari mimpi Ja dah boleh berdiri.
Tengok dia terbaring lesu di katil sebelah.
Saya pejam mata dan rasa nak tidur semula
Tak nak celik mata.
Tak nak cakap dgn siapa2
Tak nak bangun.
Tak nak buka puasa.
Tak nak apa apa....
Solat Magrib.
Doa bersulam tangisan yg panjang.


Adegan yg tak sanggup saya tonton.

Dia berdiri di depan tu.
mengintai di balik pintu kaca
dari semalam dia merengek2 untuk di bawa ke sini.
Semenjak dia di beritau mummy ada di rumah atuk,
dia tak sabar nak jumpa mummy.
Tapi langkah nya terhenti di depan pintu.
Siapa kah yang terbaring itu?
Kenapa pulak mummy terbaring?
Agaknya itu lah yg di dalam benak kecil nya.
"Imaad, meh masuk sini, tgok mummy"
Saya cuba kawal suara agar tidak berlapik getar tabgisan yg saya cuba sembunyikan.
dia datang, matanya tak putus2 merenung mummy.
Saya pangku dia, letak dia di ribaan saya di sebelah katil mummy.
"Imaad, panggil mummy, suruh mummy bangun"
Payah sungguh nak bercakap dgn cucu walau ayat tu pendek benar.
Kerongkong makin tersumbat.
Imaad tenung mummy
"Mommy banun..Mommy banun..."
"Nape mommy tak nak banun banun?"
Imaad, mummy demam k, mummy sakit kepala, sakit perut, sakit kaki.
Imaad nak kiss mummy tak?
Imaad tunduk terus kiss pipi mummy.
Ja menarik nafas panjang.
Saya menangis. Tak leh tahan dah.
Ja. celik lah tengok anak kamu datang ni.
Ja, tangan kecik Imaad sentuh pipi Ja.
Sentuh lengan Ja.
Ja rasa tak?
"Imaad nak duk kat luar lah"
Imaad turun dari pangkuan saya dan berlari ke ruang tamu.
Saya kesat mata.
Tahan tangisan yg membanjiri mata.
Allah, tak tertanggung rasanya...
Imaad, dengar sini...
Insyaallah mummy Imaad dengar suara Imaad tadi.
Insyaallah mummy Imaad sedang kumpul tenaga untuk pangku Imaad
Sekejap sekejap Imaad datang nak tgok mummy, nak touch mummy.
Mommyyyyy...Banunnnn......
Mommy banunnn...
Sakitnya kerongkong saya menelan tangisan bila dgr dia memanggil manggil begitu.
Allah Hu Akhbarrrrrrrrr ,
Tuhan, dengar lah rayuan anak ini menyuruh mommy nya bangun.
Allah hu Akbar...
kepada Mu lah tempat ku memohon belas kasihan.


Jadual baru.

Dah pukul 1 malam ke 1 pagi?
Hentam saja lah...
Saya baru selesai feeding dan urus Pija.
Dia baru nak tidur tu, dari tadi tak nak pejam mata.
Saya masih terkial kial uruskan masa saya.
Bila rutin berubah, saya menjadi kalut.
Susah nak bahagi masa yg sedikit dengan kerja yg banyak.
baru sehari di rumah, baru sehari jadual hidup berubah.
Padan la tak berapa smooth lagi pun.
Rutin baru ni buat saya terpaksa ubah banyak perkara.
Satunya, waktu rehat saya dan waktu tidur saya.
Waktu rehat saya ialah masa senggang antara feeding, tukar diapers dan buat fisio.
Dapat lah rehat sejam dua.
Tu pun kalau kerja rumah tidak memanggil manggil.
Time tu lah saya nak tidor,mandi,solat atau nak rehat.
Tapi sehari dua ni ramai tamu yg dtg untuk melawat Ja.
Maka saya kurang sikit masa rehat.
Tak apa, saya seronok bila dapat sokongan moral dari sahabat dan saudara yg berkunjung.
Saya lebih positif bila dgr mcm2 cerita dari dia orang.
Tadi seorang kawan sebaya dan satu sekolah dtg.
Dia kehilangan seorg anak baru2 ni kerana kemalangan jalan raya.
Itu lah satu2nya anak dia...
Allah hu Akbar, dugaan saya terasa lebih kecil berbanding dgn dugaan yg di terimanya.
Ops,jam loceng dah berbunyi... nak 'turning' Pija dulu lah.
Lepas ni kul 4 feeding dia pulak.
In between tu,
of course lah nak tidur..
 hendak gugur, gugur lah nagka,
jangan menimpa dahan berduri .
hendak tidur, tidur lah mata,
jangan  di kenang duka di hati...



Saturday, July 13, 2013

Bagi pihak Pija, TQ buat mereka.

Wad 8 dah saya tinggalkan.
Hampir 3 minggu di sana.
kalau di beri pilihan di masa depan,
sekiranya kesakitan menggundang,
saya pilih wad ini.
Kagum dengan keramahan Jururawat bertugas.
Baik Sister, Staffnurse,AssNurse mau pun Cleaner.
Semuanya rajin dan sentiasa ada bila di perlukan.
Saya pernah dgr cerita orang lain pasal cara kerja Misi2 kat sini,
sekarang saya boleh sahkan...Thumbs up!
Mereka memahami keadaan saya dan cuba untuk memudahkan saya.

SN yang halus tutur bahasa tu kalau tanam bunga kena hati2 jgn luka kena duri lagi.
SN yang suka bercerita dgn saya tu, saya tabik dgn ketabahan anda menjaga anak istemewa.
SN yang kecik molek, cakap satil cikgu tu, saya suka cara kerja dia.
SN yang tinggi lampai, yg bersusah payah waktu saya nak balik tu saya ucapkan terima kasih.
SN yang byk ajar saya buat tu buat ni tu, maaf lah saya dan menantu saya suka usik awak.
SISTER, terima kasih atas pemberian air Zam Zam hari tu.
terima kasih juga kerana mengosongkan katil sebelah dan membenarkan saya menumpang tidur.
Doktor2 team medical juga byk memberi ketenangan minda kepada saya .TQ.
Puan Fisio (Kak Mah) selalu membuat saya rasa harapan masih ada.
Team Rehab yang hebat,
Team EnT yang sentiasa memberi nasihat.
Siapa lagi yer?
TQ Ketua jabatan2, Datuk2 dan Dr Rahman OnG atau Ayh Mae bagi Pija kerana selalu singgah.
TQ kawan2 Pija yg bergelar Doktor yg tak putus2 berikan saya kekuatan.
TQ Staff KKB kerana dtg berkenalan dengan saya.
TQ Hospital Besar Raja Perempuan Zainab 2
Tuhan saja lah yang membalas budi baik kamu semua.



Friday, July 12, 2013

Welcome Home Ja

Aduhh...Penat sungguh.
Proses membawa balik ja dari hospital ke rumah saya memang meletihkan.
Alhamdullilah Ja dah balik.
Ja tenang dlm suasana yang lebih mesra alam.
Saya tak puas2 perhatikan dia.
Tgok dia tidur begitu rasa belas pulak.
Pelik sungguh saya ni,
sepatutnya saya bersyukur kerana
dia insan terpilih yg bakal menghuni syurga,
InsyaAllah syahid milik dia.
Patutnya saya bangga Tuhan senaraikan anak saya.
Yang saya patut kesiankan ialah saya.
Saya ni belum tentu syurga neraka.
Dah la hidup banyak dugaan,
merana berpanjangan,
mati pun belum tau macam mana.
Ja, kalau Ja pergi dulu dari mummy,
Ja tunggu mummy di pintu syurga yer..
Ja lah anak yang sentiasa membantu mummy.
Bantulah mummy untuk dapat bersama Ja di sana nanti.
Ishhh...Dah senja rupanya.
Hari ni saya berbuka di rumah buat pertama kali.
Meja makan saya suram.
Dapur saya diam.
Nak berbuka dgn apa hari ini?
Meneguk tangisan dan menguyah pahit nya kehidupan.
Ja, kalau masih ada rezeki kita untuk bersama di sini,
mummy tunggu Ja bangun.
Bangun lah anak, kita berbuka puasa bersama sama.
Biar terusir semua duka yg terhidang.
Kita jamah keberkatan Ramadhan.

Kerana saya

Saya tengok mereka.
Kawan2 Pija.
Muda2 sebaya Pija.
Manis sopan belaka..
Bergelar doktor dan katanya dlm proses utk melanjutkan pelajaran lagi.
Bahagia sungguh...Masa depan cerah.
Sudah berumah tangga dan mungkin ada anak sorang dua.
Hidup di kelilingi rahmat dan berkat.
Alangkah bertuah nya mereka.

Mereka bertuah kerana mereka bukan anak saya.
Mereka tidak mewarisi cebisan duka saya.
Tak seperti Pija yg terlantar lesu di sini.
Masa depan berpusara tanpa nisan..
Bahagia seakan sudah bernoktah buat dia.
Kesian Ja,
Banyak nya dugaan yg terpaksa di tempuhi dia,
Sayang sekali,
kerana dia anak saya,
yang diwarisi nya hanyalah nasib malang saya..

Thursday, July 11, 2013

Anis, Maafkan Mummy

Anis anak mummy,
Ramadhan ini mummy di sini temankan kakak.
Anis pandai pandai lah urus diri.
cubalah untuk memahami keadaan.
Mummy tahu Anis anak yg baik,
Sabar yer Nis.

Anis anak mummy,
Semalam Anis bersahur bersendiri.
Mungkin roti dgn sosej mengalas perut.
Anis masak sendiri kan?
Anis memang anak yg tak membebankan.
Maaf, tahun ni mummy tak mampu utk masak..
Tak upaya utk teman Anis brsahur pun.
Maafkan mummy Nis.


Anis anak mummy,
Waktu berbuka apa yg Anis makan?
Nasi bungkus sejuk dan kueh tunjuk?
Telan lah anak, jangan menangis..
Lupakan kemeriahan biasa di bulan puasa.
Dah begini nasib kita, redha saja lah
Mummy kat sini pun berbuka seadanya,
Air mata penghapus selera.

Anis anak mummy,
Kita insan terpilih kerana Tuhan tahu kita kuat.
Tuhan sayangkan kita dan Dia duga kesabaran kita.
Demi kakak, Anis kena janji dengan mummy,
Janji Anis akan belajar rajin2.
Janji Anis usir dukacita jauh2.
Janji Anis akan sabar bersama mummy.
Janji Anis sentiasa doakan kakak.
Janji yer Nis,
berkorban lah untuk kakak.
Kita sama2 lalui pahit getir ini bersama.
sehingga Tuhan merasakan,
seksa ini sudah cukup buat kita.



Wednesday, July 10, 2013

Mula cara hidup baru

Perasaan bercampur aduk.
Suka dan tak suka
Siapa tak suka bila dapat balik rumah.
Tentu lah suka.
Tapi bila fikirkan saya balik bersama Ja yg perlukan penjagaan,
saya jadi risau.
Pandai ke saya jaga dia seperti Misi jaga?
Tau ke saya urus keperluan dia?
Macam mana dengan rawatan kesihatan kalau dia perlukan?
Yang doktor nya dia bukan saya.
Biasa nya dia yang ambil tahu pasal kesihatan saya.
Ni dah terbalik kot dah ni
Ada kawan kata,
jangan fikir byk sangat, take one day at a time.
Cakap senang laa...
Dari segi masa dan tenaga, insyaallah saya tak ada masaalah.
Masa saya dah saya peruntukkan untuk dia hampir keseluruhan nya.
Tenaga saya, walau pun saya dah tua, saya sentiasa doakan semoga Tuhan beri saya kekuatan.
Setakat ni bantuan/assistant untuk urus dia tak ada masaalah.bisa di urus.
Kewangan pun Alhamdullilah, pintu rezeki masih terbuka..
Itu yg saya kata, saya hanya takut untuk melangkah ke dunia baru, dunia saya dan Ja.
Takut tapi kalau di pikirkan seronok juga.
Sekarang saya tak perlu fikirkan soal kerjaya,soal social life saya, soal keduniaan yg lain nya.
Saya tenang bertemankan Ja dan kami akan lalui masa depan bersama sama.
Kalau Tuhan permudahkan yg payah, maka mudah lah
Perancangan Tuhan adalah yg terbaik, kami berlapang dada.
Doakan kesejahteraan buat saya dan Ja yer.....Please.

Tuesday, July 9, 2013

mujur lah hujan

Petang tadi tergesa gesa ke pasaraya untuk beli barang barang keperluan Ja.
Maklumlah Khamis nanti ja akan kembali ke rumah.
Ramai sungguh orang membeli belah.
Meriah, orang sibuk nak sambut puasa.
Dalam ramai2 orang membeli belah keperluan puasa dan raya,
saya seorang yg sibuk duk beli keperluan yg tak serupa dengan mereka.
Agaknya saya seorang yg tidak ada rasa meriah dalam jiwa.
Bukan boleh di elakkan, memang akan terpandang gelak tawa orang.
sekali gus tertunduk menilik kekurangan diri..
Rasa nak menangis jam tu jugak..
Astaqfirullah, kenapa dgn saya ni?
Tak pasal2 hati macam di carik carik..
Saya berjalan laju ke Parking lot.
Punggah barang masuk kereta dengan wajah mencuka.
Tak berminat untuk bertegur sapa dengan sesiapa pun.
Nak menangis sgt2 tapi otak duk warning mata 'Jangan nangis!'.
Hujan lebat sewaktu memandu kembali ke hospital..
Mata dah tak dengar nasihat otak.
Mujur lah hujan.
Dapat juga saya menangis tanpa orang perasan.
Hujan bantu saya sembunyikan sedu sedan.
Waktu berjalan de wad, mata masih mau menangis.
Tak tau kenapa tapi hati rasa sayu sangat2.
Rasa sepi, rasa alone.
Ja, mummy tahu,
Ja tak suka tengok mummy menangis.
Demi ja, sebelum masuk tadi saya lap mata dan pujuk diri saya,
Saya tak kan apa apa.
Semuanya akan baik baik sahaja.
Insyaallah.



Kalau betul awak memahami

Jangan ajukan soalan itu buat saya.
Cukup!
Saya dah tak nak imbau segala kejadian yg pahit itu.
Kalau yer pun simpati atau kesian,
tak perlu duk paksa saya ulang tayang cerita sama.
Saya terluka setiap kali cuba atur kejadian ikut turutan.
Saya terpaksa gambarkan kembali segala yg sedang susah payah saya cuba delete dari minda.
Saya tak suka.
Saya tak suka
Saya tak suka
Saya hanya nak berkayuh ke depan.
Daratan berduri saya tinggalkan di belakang.
Tak perlu menoleh kerana udara semalam meracun fikiran.
Perhentian seterusnya walau samar tetap menjadi arah tujuan.
Ke depan..selangkah demi selangkah menapak ke depan.
Jangan paksa saya undur ke belakang.
Jangan mencari kesalahan, menilai tindakan semalam.
Jangan bersuara kalau hanya di mulakan dengan 'kenapa' 'mengapa' 
Jangan ajak saya menyesali Qada dan Qadha dari Tuhan.
Saya tidak pernah begitu.
Jangan.
Saya sudah tak mampu untuk memujuk hati setiap kali di ajukan soalan2 sebegini.
Bantulah saya,.
Cubalah bersama saya mencari redha .


Monday, July 8, 2013

Diam

Orang Fisio kata buat  ni buat tu...
Dietician kata ikut cara tu cara ni
Unit Rehab cadang lagu ni lagu tu
Pakar EnT gitau ini terbaik dari itu
Pakar Gastro kata ini lebih mudah dari itu
Pakar OnG kata dah ok dari dulu
Team Doktor/pakar kata ambil ubat ni ambil ubat tu
Orang ni kata ini ini ini
Orang tu kata begitu begitu begitu..
Saya kata.."Ya Allah..Fening batu jemala ni..."
Ja tak kata apa apa pun.
Ja diam.
Agaknya Ja kata "hentam saja lah labu...."

Menunggu Tuhan memberi keputusan.




Tak kuasa nak fikir dah..Sesak!

Belum Ramadhan tapi ja dah berpuasa.
Hari ni Pakar Gestro nak check balik PEG yg di pasang tu.
Maybe ada problem sbb dari semalam saya tgok ja mcm sakit perut.
Ja tak bercakap pun saya tau dia sakit perut
Naluri ibu.
Kelmarin Ja Buat EEG.
Ramai yg bantah.
EEG bukan mengubati tapi sebagai petunjuk aktiviti otak yg bengkak tu.
Saya rasa saya perlu juga bertapak di alam realiti walau
dlm hati tu memang lah tak nak terima kenyataan yang pahit.
Saya sekadar bersedia mengikut kesesuaian keadaan.
Jangan pulak kata saya putus asa, bukan macam tu.
Saya tak putus2 doakan satu keajaiban dari Tuhan.
Mana lah tahu, ada belas ihsan dari Tuhan buat saya dan Ja.
Sekejap lagi Doktor akan dtg bawa keputusan...
Takoooooooooooooooooooooot!
Nak dgr dan tak nak dgr sama banyak.
Okey okey..Tarik nafas dan hela....
lega?
Tak jugak.
Dah hampir 2 bulan saya tak bernafas dalam kelegaan.
Semoga esuk lebih baik dari hari ni..
InsyaAllah.

Sunday, July 7, 2013

Tak perlu bunga rampai

Tak perlu Bunga Rampai

Bilik pengantin
Katil baru berkayu jati.
langsir rona kuning cair.
sejambak bunga di meja solek
hasil gubahan ku.
Cadar satin selimut gebu baldu
hiasan kamar peraduan
mempelai semalam.
Tadi
katil itu ku tukar ke katil besi.
Sejuk dan kaku.
Sakitnya jari yg tersepit
sewaktu memasang palang di kiri kanan.
tak siapa tahu jerit sakit hati di dalam.
Langsir ku tukar baru,
Tak lawa tapi bersih,
kerana mempelai ku ini,
sudah cukup sakit maka tak perlu aku
mengundang kuman2 baru bertandang.
Doa dari semua ku gantung memenuhi ruang.
Jambangan bunga lama ku buang jauh.
hati sudah terkulai layu
tak kan terubat dgn kuntuman bunga2 palsu itu.
Tidak ada haruman yg lebih menusuk jiwa dari
bau sakit yg akan ku bawa kemari.
Ubat dan peralatan memenuhi meja solek.
tanpa bersolek pun mempelai ini tetap cantik.
mempelai ini persis bidadari syurga..
putih bersih dan dekat dengan penciptanya.
Ahlan wasahlan wahai tuan punya bilik.
Pulanglah ke peraduan pengantin mu dulu.
Tidurlah si sini, Damai lah wahai belaian jiwa 
Tuhan merehatkan kamu seketika.
Tuhan beri kami masa untuk
terus menyayangi mu.
Ku tutup dulu pintu bilik ini sebelum kamu tiba.
Biar rahmat berkumpul penuh didalam nya.
Mata ku yg basah menjadikan pintu kaca ini
tidak telus cahaya.
Dari luar ku intai lagi ke dalam,
Hati ku pecah bertaburan.




Kemas Bilik

Semalam saya tinggalkan Ja bersama kak Long, kakak dan Cun.
Mereka bertiga ambil alih temankan Ja.
Saya ambil peluang untuk bereskan kerja tertangguh kat rumah.
Mujurlah merka ada, kalau tidak tak tau lah macam mana saya nak cari masa.
Katil buat Ja tiba dari KL dgn lori 'Transport.'
Wahhh berat sungguh katil letrik ni, 4 org lelaki angkat pun masih berat.
Bilik Ja dah 80% ready untuk menerima kepulangan dia.
Keluarga tak putus2 doakan Ja cukup stabil utk balik.
Walau Ja masih x sedar, kami yakin suasana lebih familiar buat Ja mungkin dapat membantu Ja untuk pulih.
Saya masih takut, x confident sebenarnya tapi take one day at a time boleh kot.
Takut mcm mana pun I have got no choice , have to face it.
Bila berada di rumah semalam, saya niat nak rehat sekejap.
Tapi tengok keadaan rumah saya yg tunggang langgang, rasa serabut pulak.
Mujur Anis Si Bongsu tabah memikul setengah dari tanggung jawap saya.
Kesian Anis, dah lah nak duduki peperiksaan tahun ni.
Sabar bersama mummy yer Nis...
Petang saya balik ke hospital semula.
dari lot parking ke wad, langkah rasa amat berat.
tak perasan rupanya bila terpandang saja bangunan hospital,
resah pilu bergantungan di betis,
di bahu berguni saratnya rasa hati yg saya galas.
Padan lah payah benar nak langkah masuk ke bilik Ja di Wad ni.
Assalamualaikum Ja,
Sepanjang mummy tak ada adakah Ja bertambah baik?
Laaa...tinggal sepetang jer, tapi begitu lah harapan dalam dada.
harapan masih berbaki buat saya.


Friday, July 5, 2013

Mungkin kah..Bila kah..

Apa saja yang menghalang pandangan mu anak..
Ada tabir apa yg melindungi wajah ku dari lirikan mu itu.
Puas ibu cuba selami pandangan mu
tapi jawapan tidak ku temui.
Pandanglah kearah ku anak,
Tilik lah wajah tua ku.
kenali lah ini wajah ibu mu,
Saban hari menunggu,
menanti kau menoleh ke arah ku..
Tak apa lah anak, mungkin bukan hari ini.
mungkin bukan esuk.
"Ja, tengok mummy ni, Ja tengok mummy ni.....

Apa saja yang menyumbat kerongkong mu anak?
Di mana suara mu?
Jawap lah panggilan ku .
Panggil lah aku.'mummy'..
Sebutlah anak, ubati lah hati ku.
Lidah mu bergerak gerak..
seperti bayi yg kehausan.
Ku titiskan air zam zam setitik dua,
buat menghilangkan dahaga.
Ibu seru nama mu berkali kali
Mengharapkan ada suara dari mu.
Tapi anak, kau tetap diam tanpa kata kata
Mungkin diam itu tanda belum bersedia,
belum tiba masa utk bersuara

Tak apa lah anak, sabar lah dalam sakit mu.
semoga Tuhan tidak lupakan kita berdua.
Semoga ada bahagia buat kita.






Dah berapa hari ni?

Jumaat datang lagi.
Jumaat ke berapa saya kat Hospital?
Entah.
Wad ni, bilik ni dah jadi dunia baru saya.
Tak tau panas ke hujan kat luar.
Lupa haribulan.
Yang saya tahu hanya renung dia, perhatikan dia.
kalau dia nampak tenang saya juga rasa agak tenang.
Kalau dia nampak tak selesa, saya risau.
Cemas dan takut sentiasa menemani saya.
Lain sungguh kehidupan saya sekarang.
Saya dah noktahkan kerjaya saya.
ternoktah juga lah cara hidup saya yg biasa.
Sudah berkubur segala yg membahagiakan saya.
Atau lebih tepat saya dah tak ada kehidupan.
Tak ada apa2 yg boleh membuatkan saya rasa nak teruskan hidup.
Cukuplah hidup utk jaga anak ini, itu saja.
hanya dia yg saya ada, dia saja tumpuan hidup saya sekarang.
Tak ada perancangan apa2 kecuali perancangan untuk jaga dia, urus dia.
kalau dulu saya sayangkan dia, sekarang saya lagi sayangkan dia,manjakan dia.
Dia anak saya sudah tentulah begitu dulu kini dan selamanya.
Kalau perancangan Tuhan itu tidak serupa dgn perancangan saya pun tidak apa,
saya tetap redha dan terima dgn lapang dada.
kalau masih ada rezeki buat saya untuk mendengar dia memanggil saya mummy sekali lagi,
Alhamdullilah, itu yg saya nanti nanti...Amat di nanti.
sementara itu begini lah saya,
kosong minda dari hal2 dunia lain nya.
Tapi jiwa penuh sesak dengan duka yg berjela jela.


Thursday, July 4, 2013

Update pasal buah hati saya.

BP- kadang tinggi kadang rendah.
Nadi- kadang laju sangat kadang ok
Resp- looks good
Lungs ok kot.
Secretion tak byk mana dah, tak acap mana perlu buat suction(cuci tube double lumen jer)
Fever-on n off
Feeding-ok, no problem
Skin -dry n darker than usual tapi tak pucat
Badan-kurus sikit,cengkung
Wajah- Well, if you look at her now you surely tak recognise her anymore.
Movement- kaki gerak2 tapi reflex action kot. kepala boleh turn n eyes blinking.Ada slight reaction to pain.
Limbs a bit stiff, biasalah orang lama tak gerak2 kan.
Ja dah sedar? Not yet..When? God knows..
So, if you ask me is she alright or not....
Should I say yes or no?
Perancangan Tuhan adalah yg terbaik.


Saya tersenyum

Dah lama benar saya tidak senyum dari hati.
Bila saya di hadiahkan senyuman, saya balas dengan senyuman jugak.
tapi saya terhutang senyum sebenarnya.
Senyuman saya bukan senyuman dari hati.
Sekadar senyum untuk membungkus resah.
Saya nak sangat senyum seperti dulu.
Tapi bila tidak ada lagi perkara yg mampu buat saya tersenyum,
apa boleh saya buat?
.
Kirimkan lah khabar gembira buat ibu tua ini,
Hulurkan lah sinar ceria untuk mengusir mendung.
Titipkan lah berita bahagia buat saya.
Saya masih mau membalas senyuman yg di sedekahkan itu dengan senyuman dari hati.
Tapi hari ini saya masih tidak mampu berbuat begitu.
Kerana duka ini mengekori saya.
Bahasa jiwa saya bahasa air mata.
Entah lah, sampai bila ribut menyembunyikan mentari..
sama ada pelangi cantik menanti atau mungkin juga
pelangi pecah bertaburan di kaki senja...
Segalanya sudah bernoktah sebaik senyum saya punah

Semalam seorang kenalan berkata....
"Hani ni boleh lagi senyum, kalau saya tak tau laaaa......."
Allah ya Allah ....
Saya urut dada..
Senyum tak perlu kata apa apa....

Wednesday, July 3, 2013

Mengharap kehadiran Ramadhan membawa berkat

Ramadhan dah dekat. Mungkin ni lah bulan puasa yang paling suram buat kami.
Buat saya khas nya.
Tak ada apa apa persiapan untuk menyambut Ramadhan pun.
Untuk Aidilfitri pun tidak ada.
Tidak ada kemeriahan malah tidak teringin pun untuk memeriahkan nya.
Tidak ada apa lagi untuk di rayakan.
Bulan berganti bulan, saya hanya mengira hari.
Hari ni dah hari ke 46, esuk 47, lusa 48...
Kalau dia masih begini, maka saya pun akan terus begini.
Kalau dia masih di sini, saya pun akan setia temankan dia di sini.
Yang kat rumah tu dah sedia faham, kena pandai2lah hidup ikut keadaan.
Saya tak mau fikir pasal kemungkinan selain dari apa yg saya hadapi hari ini.
Biarlah Tuhan menentukan mcam mana nanti.
Ja hari ni tidor tak bangun2 mungkin sbb ubat anti sawan yg di beri malam tadi.
Tengok wajah tidor dia hati bagai diramas
Acap sungguh tanggisan tumpah bila tilik wajah tidor dia..
Mengharapkan dalam tidor dia bebas dari sakit..
Sabar lah anak, sakit ini sementara.
Mummy ada Ja, mummy tak tinggal ja pun.
Mummy sentiasa berdoa semoga
Syurga menanti mu wahai anak.. InsyaAllah.




Apa saja perancangan Tuhan untuk saya di bulan itu nanti dah redha.


Tuesday, July 2, 2013

Mulut tak ada insyuran.

Bila dengar ulasan2 yg sebegitu.
Saya lupa yg saya ni seorang ibu 
Saya lupa yg saya perlu kuat.
Rasa nak saja masuk bawah katil hospital.
Nak teriak guling2 bawah katil tu.
Nak sepak terajang besi2 palang dan roda katil.
Nak mengamuk sakan seperti mengamuk nya seorang kanak2 yg dilarang beli aiskrim.
Mudahnya orang meruntuhkan tugu harapan saya.
Rupa rupanya begitu mudah jiwa saya robek.
Tak kukuh langsung.
Ja, kita terpaksa meneruskan juga perjalanan ini.
Destinasi kita kabur tapi kita tidak boleh berhenti sesuka hati.
Biarlah apa kata orang, Ja pulih atau tidak itu tidak penting bagi mummy.
Kita step forward,biar susah biar payah.
Ja tau tak, satu hari nanti kalau pun semua orang dah lupa siapa Saidatul Hafeeza.
kalau semua orang dah tak pandang Ja, mummy tetap bersama Ja selagi ada hayat.
kalau perlu dokong mummy dokong,
Kalau perlu kendong mummy kendong.
Kita tak apa apa,
Tuhan ada.





Bukan senang jadi Misi tau!

Maaf Misi,
Saya orang tua baru nak belajar.
Otak pun tak menyerap ilmu dah
payah benar nak digest ilmu baru.
Misi cakap macam ni, saya buat macam tu.
Tak reti reti.
Maaf Misi,
Saya banyak soal.
agaknya kerana saya bekas cikgu.
Tak sah kalau tak tanya itu ini
Misi jangan serik ngajar saya.
Saya janji saya cuba
Maaf misi,
dah 30 tahun kerja saya mengajar.
baru sebulan dua ni saya nak jadi Misi.
dari kenal whiteboard dan marker,
saya sekarang belajar  'Bahasa Hospital'
Tapi setakat kenal saja belum pakar lagi.
mana lah boleh lawan skill Misi.
tabik spring buat Misi.
Maaf Misi,
Nama apa misi yg tadi tu?
tak apa lah, saya faham.
Dia mungkin tak pernah berada di tempat saya.
Saya tak ambik hati pun..
Kalau di tanya oleh orang2 tertentu pun,
saya cover line.
Tak mau lah kerana setitik nila, rosak susu sebelanga.
Misi,
Maafkan saya,
Nak tanya sikit lagi...
Misi tak penat ke ?
Saya tengok pesakit ramai, misi berapa orang jer..
tapi misi tetap senyum dan mesra.
Takper, Tuhan bagi ganjaran pahala buat keikhlasan Misi2 semua.
selagi saya di sini saya amat perlukan bimbingan dan bantuan Misi2 semua.
Bagi pihak Ja, saya ucapkan terima kasih atas keikhlasan Misi2 mengajar
dan berkongsi ilmu 'nursing' dengan saya.
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga.
yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.




Monday, July 1, 2013

Sakit kat mana ni sayang?

Ja dah di tolak ke bilik Endoskopi untuk PEG.
Kesian Ja, sakit lagi dia hari ni.
Papa iring Ja sebagaimana Papa iring ja dulu sewaktu Ja bergelar pengantin baru yg akan melangkah ke rumah mertua.
Kalau dulu Wan nampak segak gagah bagai Hang Tuah, hari ni Wan melangkah longlai di belakang.
Saya di sini, tunggu di Wad saja sebab saya rasa tak daya sgt untuk tengok perarakan sengsara itu.
kalau ada pilihan lain, saya tidak lagi mau menyakitkan Ja yg dah banyak sakit.
Rasanya nak cucuk jarum kecil di badan dia pun saya tak izin,
tapi apa daya saya...
mampu tengok dan berharap Ja tak rasa sakit.
Sudah sudah lah....
Sudah sudah lah...
Ja, cuba beritau mummy di mana sakit nya?
Masa ja kecik2 dulu kalau terhantuk, mummy tiup2 dan gosok hingga Ja berhenti menangis.
Bila jari Ja luka, mummy sembuhkan dgn menampal plaster dan aiskrim ubat nya.
Kalau demam Mummy lap kepala Ja dengan tuala basah dan sehingga pagi Ja lena di ribaan mummy.
Dulu mummy pandai ubatkan Ja tapi sekarang tidak lagi.
Mummy hanya mampu menangis dan menangis, berdoa dan berdoa, berharap dan berharap.
Tapi Ja tetap sakit jugak.
Buntu mummy ni Ja.
Tak reti dah mummy ni.
ja, tell me what to do?







Redha bercambah..



Di birai katil ini duduk ku.
Menongkat dagu di kerasnya besi palang dan
merenung masa depan.
Menanti nanti satu keajaiban seperti kata kawan2.
Di setiap penjuru dinding bilik ini
ku gantung karung guni berisi mimpi
doa dan harapan memenuhi 4 penjuru ruang.
Tilam bantal sudah pekak mendengar  rintihan .
Bila kah dan bagaimana kah nanti,
Jika dia tiba tiba dia membalas pandangan ku.
Atau tiba tiba jari  jari itu menggenggam jari ku.
Siapakah yang mampu untuk tidak bersyukur
bila timbunan takut cair dan mengalir pergi?
InsyaAllah, tidak ada yg mustahil dengan restu Tuhan.
Di birai katil ini
 aku memandang wajah dia,
aku usap keningnya ,rambutnya,
aku jamah dagunya, dahi nya
Aku sentuh hidung nya, telinga nya…
Aku terasa seperti aku akan kehilangan dia.
Saat perpisahan seperti semakin tiba.
Sekali gus ku cuba telan sedu sedan .
Di birai katil ini,
Bila ku sentuh suamnya badan cahaya mata kedua ku ini,
Aku menangis bukan kerana aku sakit,
Tapi kerana aku tidak mampu berkongsi sakit,
Aku hanya mampu duduk di birai katil mu anak,
Dan berdoa…
Tuhan, permudahkan lah apa saja perancangan mu keatas dia.
Aku redha
Aku redha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...