Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, July 8, 2013

Tak kuasa nak fikir dah..Sesak!

Belum Ramadhan tapi ja dah berpuasa.
Hari ni Pakar Gestro nak check balik PEG yg di pasang tu.
Maybe ada problem sbb dari semalam saya tgok ja mcm sakit perut.
Ja tak bercakap pun saya tau dia sakit perut
Naluri ibu.
Kelmarin Ja Buat EEG.
Ramai yg bantah.
EEG bukan mengubati tapi sebagai petunjuk aktiviti otak yg bengkak tu.
Saya rasa saya perlu juga bertapak di alam realiti walau
dlm hati tu memang lah tak nak terima kenyataan yang pahit.
Saya sekadar bersedia mengikut kesesuaian keadaan.
Jangan pulak kata saya putus asa, bukan macam tu.
Saya tak putus2 doakan satu keajaiban dari Tuhan.
Mana lah tahu, ada belas ihsan dari Tuhan buat saya dan Ja.
Sekejap lagi Doktor akan dtg bawa keputusan...
Takoooooooooooooooooooooot!
Nak dgr dan tak nak dgr sama banyak.
Okey okey..Tarik nafas dan hela....
lega?
Tak jugak.
Dah hampir 2 bulan saya tak bernafas dalam kelegaan.
Semoga esuk lebih baik dari hari ni..
InsyaAllah.

1 comment:

makcu B said...

Doa ibu paling mustajab tetapi kerana ini betul2 kejadian bukan cobaan atau wayang, maka agak panjang masa yang perlu kita ambil untuk mendapatkan rahmat daripada Tuhan. Kalau drama 45 minit, atau 60 minit.... tak susah mana nak temui bahagia di akhir cerita. Apabila ia satu perjuangan yg realiti dan berhakikat, maka ia berepisod. Tapi yakinlah kak... Allah Maha Mendengar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...