Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, August 31, 2013

Lukisan hati

Arwah ayah saya seorang yg artistic.
Dia pandai melukis dan berkarya.
Dia pernah bergiat cergas di pusat seni lukis negeri.
Adik saya pun seorang pelukis.
Malah setiap lukisan di dinding rumah mak adalah hasil kerja dia.
Saya pun suka melukis
tapi tak leh banding dgn mereka lah.
Saya setakat hobby saja.
Setakat conteng conteng di dinding sekolah,
Anak2 saya ada yg suka melukis.
Yang sulung ada bakat melukis tapi terlalu sibuk untuk gilap bakat tu.
Ja lagi lah tak ada masa untuk melukis walau dia boleh melukis
Kimi tu kira so so saja lah...
Iffah? Iffah ikut belah papa dia, lukis cacing pun tak jadi cacing.
Anis lah yang agak menonjol.
Dia gemar lukis potret.
Dgn usia nya yg baru 12 tahun, dia mampu melukis potret.
Nak kata perfect tu tak lah,
but she will be a good artist insyaAllah.
Semalam tengok dia terbomgkok bongkok di meja tulis,
ingatkan duk study utk UPSR,
rupanya duk lukis potret bintang Kpop
Biarlah,
practice makes perfect.
jangan kacau alat lukisan mummy dah.
Saya berhenti melukis potret bila satu kejadian yg amat melukakan terjadi dulu.
Potret yg saya lukis tu telah saya bakar.
Saya melukis dgn hati, setiap lakaran adalah kasih sayang.
Bila hati dilukai, gurisan pencil di potret menjadi tajam,
menyucuk hati.
Saya masih melukis sekarang cuma bukan potret.
Semenjak Ja sakit hobby melukis direhatkan sebentar.
Kalau saya di beri berus dan warna sekarang,
Hanya lukisan hati yg luka dapat saya hasilkan.
Saya tak nak bingkaikan lukisan duka di dinding jadi lebih baik saya tidak melukis.
Berus lukisan rehat dulu dalam bilik store.
Mungkin juga di situ selama lama nya.


Friday, August 30, 2013

Ada saya kesah?

Saya sedang mengulangi kesilapan saya sekali lagi.
Saya jadikan makanan sebagai ubat stress.
Eating for comfort.
Pagi petang siang dan malam
makan non stop
Saya halakan fikiran saya pada makanan.
Ni tak pasal2 badan naik ni.
Biarlah,
Gemuk macam guni beras pun rela.
Huduh pun tak per, selama ni pun saya tak pernah cantik.
Semenjak dua menjak ni,
Siapa saja yg tgok saya semua duk komen kata saya banyak berubah.
Betul. Saya berubah sangat.
Muka cengkukng, mata bercincin.
Huduh dan selekeh.
Saya dah tak kisah tentang penampilan.
Berbedak pun tidak, usahkan bergincu.
Baju biru tudung kuning pun saya hentam jer
Baju pulak, saya hanya pakai yg simple dan selesa.
Matching handbags dan kasut berkulat dlm almari.
Begini lah lagak nya orang yg dah putus asa kot.
Malas dah nak 'look nice n presentable'
Kalau nak keluar, saya capai jer tudung warna apa pun.
Janji pakai tutup aurat, sarung selipar jepun pun tak kisah.
Dasyat kan?
Tak dasyat pun, malah lebih cepat dan mudah.
Dah tua pun, tak payah nak pasang badan.
Terima hakikat yg the end is near.
Dah tu tambah pulak dengan eating for comfort ni,
cukup package laa...
3 in 1
Tua huduh dan gemuk.
Padan muka saya.




Primadona tahun 70an.

Semalam kawan2 lama datang.
Mereka kawan zaman sekolah lagi.
kawan zaman kecik.
Betul, zaman tu kami semua kecik, kurus melidi.
Sekarang kami masih berkawan.
kawan zaman besar.
Besar jugak laa, kira size XL dah la ni.
Dah membesar dah semua nya,
saiz mak datin you!
Tapi hati kami tak berubah,
masih macam tu.
yang dulu otak gila2 masih gitu cuma control depan anak cucu.
yang dulu suka melawak, la ni pun macam tu.
dulu terhad lawak tayangan 'U'
la ni segala jenis lawak termasuk lawak yg finas tak lulus pun boleh bersiaran.
Yang kuat makan sekarang masih kuat makan,
cuma hati2 sebab sekarang dah kaya penyakit,
bercupak ubatan.
saya yang tukang gelak ni masih terkekeh kekeh dgn gelagat mereka
cuma sekarang ketawa hanya di mulut, di mata bergelinang air mata...
Tapi yg semestinya kami masih control ayu gitu..
Uwekkk....!
tak sah kalau tak masuk bakul angkat sendiri.
Dah tu awak nak tolong angkat?
larat ke wak?

Kita berlakun cerita 'Bobby' sekali lagi nak? Tapi skirt B'obby' tu saya dah tak muat laaa......
Kita menari lagu tualang tiga sekali lagi nak? Mau nya runtuh stage kerana lebih muatan....
Zaman kita jadi primadona dulu, primadona sekarang tak lahir pun lagi.
Dah berkurun dah wakkkkkkkkkkk....

Thursday, August 29, 2013

Berperang bukan bermusuh.

Darah yg mendidih dah sejuk dah.
Saya ni tak reti nak marah lama lama.
Certain things ada lah yg boleh buat saya menggelegak berkurun kurun.
But not everything.Not everytime.
Marah saya cepat sejuk kalau orang mintak maaf.
Cair terus hati.
Itu pasal lah saya tak pernah berdendam.
Orang lukakan hati saya macam mana pun saya boleh maafkan.
Tu lah sebab orang selalu take me for granted.
Saya seringkali dipergunakan kes saya macam ni lah.
Nampak jer macam Singa betina yg beranak kecik
Walhal saya hanya lah kucing kena hujan yg hilang ibu.
Mengiaw ngiaw cari tempat berlindung.
okey enough with my feelings.
Ni nak cerita pasal orang sorang ni.
Tak ngumpat pun, cakap benda baik tak kira ngumpat kan?
Dia seringkali mendoakan kesembuhan buat Ja dan kesejahteraan buat saya.
Terharu saya laa...
Saya pernah marah2 kat dia, pernah perang kecik dan perang besar.
Tapi dia tetap tak lupa sedekahkan doa buat saya.
Budi baik di kenang sampai mati.
Saya pun nak juga doakan dia.
tapi saya tak tau apa perlu saya pohon dari Tuhan buat dia.
Dia dah ada segala gala nya.
Dia orang bertuah tak macam saya.
Dia ada 2 anak lelaki yg berjaya dan menyejukkan hati orang tua.
Rumahtangga nya tak pernah bergoyang
Ada jawatan dan komited pada tugasan yg di beri
Dia dihormati dan di segani oleh kawan2, jiran2 dan staff nya
Duit pun banyak dan tak kedekut.
Jadi apa lagi yg perlu saya doakan buat dia?
Dia tak pernah di duga, betul kata saya.
Hidup senang lenang, semua yg dia nak dia dapat.
Jeles saya tengok kan dia...
Kalau dia baca N3 saya ni saya yakin dia akan tersenyum kerana macam tu lah dia,
murah senyum
Ada lesung pipit lagi.
Dah, gi buat kerja tu...!




Raja lawak cari awak tu...

Ramai yg ada bakat untuk bergelar raja lawak ni.
memang tergelak sakan saya bila dengar lawak bodoh mereka tu.
Aduhhh...kesian perut saya, sakit ketawa begitu.
Apa tak lawak nya, bayangkan....
Ada yang cakap saya berdosa kerana tidak redha dengan dugaan dari Tuhan.
Ada yg cakap saya macam tidak bersyukur, suruh saya bersyukur, ajar saya bersyukur.
Setakat suruh saya bersabar tu biasa lah, saya terima dgn hati terbuka.
Memang dah jadi kebiasaan kan, kalau kawan ditimpa musibah kita suruh bersabar.
terima kasih yg doakan saya dan memahami keadaan saya.
Bab yg cakap saya kena belajar untuk redha ni yg kelakar nya.
Hahahahaa....mana dia tau saya tak redha?
Dia nujum Pak belalang ke?
Redha tu perlu tampal sticker kat dahi ke?
Saya redha dengan cara saya sendiri.
Kalau lah saya tak redha, saya tak kan berada di sini sekarang ni.
Mungkin saya dah tak jadi manusia normal dah..
Entah2 dah pakai 'straight jacket' kat wad jiwa.
Kerana saya menerima dugaan Tuhan lah saya masih mampu beertahan.
Kerana redha lah, saya meluahkan rasa hati sebagai manusia normal bukan nya
meracau racau di tepi jalan.
Kerana redha lah, saya masih boleh urus keluarga saya dan kehidupan saya.
Kerana redha lah saya masih boleh urus Ja sebaik mungkin.
Kerana redha jugak lah, saya mampu mengadap Dia dan memohon Dia
beri saya lebih kesabaran untuk menghadapi dugaan yg hebat ini.
Betul kata mak saya,
"Pedulikan apa orang nak kata.
kita doakan saja semoga dia tak di duga seberat dugaan yg kita terima.
Kerana dia belum tentu dapat menerima nya sebagaimana kita.
Itu pasal lah Tuhan tidak menduga dia dgn dugaan yg hebat."
Setakat cakap saja siapa pun boleh....
Mood geram, marah dan kurang sabar pagi ni.
Astaqfirullah, Semoga mood ini tidak merosakkan hari saya.


Wednesday, August 28, 2013

Hati saya, saya layan lah...

Saya perlukan telinga yg mendengar apa yang nak saya luahkan.
Kerana isi hati dah kembung macam belon yg menunggu pecah.
Setiap kali nak luah kat blog, lain yg nak di luah lain yg di type.
Betul lah kepada Allah tempat kita mengadu,
sentiasa buat macam tu tapi ada kala nak juga mengadu pada yg sedia mendengar.
Masih adakah telinga yang mendengar dan tidak menilai saya begitu begini?
Masih ada kah yang sanggup pinjamkan bahu untuk saya sandarkan kepala?
Terasa sangat sangat sepi bila Ja membisu seribu bahasa.
Ja, makin hari mummy rasa makin tertekan,
tambah2 melihat ja tidak ada perubahan.
Banyak yang mummy nak kongsi dgn Ja,
Yang Ja nak kongsi dgn mummy pun tentu byk juga.
tapi kita terpisah oleh hilangnya suara dan kelunya lidah.
Ja, bukan senang untuk mummy menyesuaikan diri dengan situasi baru ni .
Mummy sedang mencuba okey.
Tapi ikhlas mummy nak bagi tau.
Mummy tak pernah lagi rasa kesepian seperti yg mummy rasai sekarang.
Mummy berkesaorangan.
Sungguh mummy bersendirian mengubat hati, memujuk rasa dan merawat duka.
Mungkin kah sampai akhir usia mummy,
mummy akan kekal begini?



Bila tak leh tido ini jadinya.

Saya dah buat keputusan muktamat.
Saya tak nak jadi penunngu yg menanti perkara yg tak pasti.
malah perkara yg mungkin mustahil jugak.
Sepanjang usia saya saya telah menjadi begitu.
Lepas satu, satu harapan saya berkecai.
Saya tak serik2 menanti keajaiban..
Ada?
Tak pernah ada pun.
Penantian itu penyiksaan.
Kenapa perlu saya siksa diri sendiri?
Terima saja apa yang ada di depan mata.
Tak payah duk harapkan yg bukan dalam genggaman.
Cukup cukup lah...
Dah penat sangat dah bermimpi.
Malas dah saya dengar kata2 orang yg lemak berkrim.
Tak pasal2 saya terpengaruh dan bina mimpi lagi.
Mimpi adalah bahagia yg sementara.
Tau bagaimana rasanya bila sedar dari mimpi manis?
Rasa pahit yg mengalahkan jadam.
Kalau orang lain rasa mereka masih nak tipu diri sendiri go ahead.
Go ahead making a fool of yourselves.
One day you will get tired like me and like me,
you will eventually breakdown.
Jangan kata saya tak warning okey.
Saya bukan putus asa tapi saya menerima kenyataan.
Accepting the facts that I am a total failure.
Kalau dah Tuhan nak saya hadapi dugaan ini selamanya,
selamanya lah saya akan hadapi nya.
Saya hanya perlu tabah dan buat yg terbaik buat dia.
Diri saya dan kehidupan saya dah tak ada makna apa2 dah.
Life goes on how ever hard it is.
Life always sucks and another day makes no different.
Tuhan, hanya Kau yg tau segala yang nyata dan yg tersembunyi.

Panadol hari hari

Macam mana untuk lena,
bila pejam saja mata pelbagai tajuk meniti keluar dari minda.
Yang heran nya, kalau siang2 hari otak tidak pulak rajin bukak fail.
Bila bulan panjat langit, mata mula di dera oleh minda.
Ni walau sedang menaip, kepala berdenyut denyut.
Dah telan panadol tadi,
harap2 tertidur lah sekejap sebelum subuh nanti.
Apa yang saya fikirkan?
Entah, terlalu banyak.
Sebenarnya masa depan serah saja pada perancangan Tuhan kan?
Tapi tidak begitu.
Otak tetap nak kerja lebih masa tanpa bayaran overtime pun tak per.
Bab tayang filem lama dalam kepala tu biasa lah, memang tak leh elak.
Ngalahkan Astro kalau pasal ulang tayang.
Orang lain duk sibuk pasal nak sambut Hari Merdeka.
Kita ni datang lah hari apa pun,
masih begini, tetap begini...
Sambut merdeka dengan hati yg terpenjara.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Merdekakanlah otak saya dari segala permasaalahan ini.
Hmm...dah rasa ngantuk ni, panadol dah bertindak kot.
Gud night and gud morning too...



Tuesday, August 27, 2013

resipi kegemaran terkini

Bahan2
1 senduk minyak petrol
2 keping duit warna merah atau kalau biru sekeping dah cukup
1 tubuh badan manusia yg pemalas

Cara2
1. Pergi ke gerai dan tunjuk nak yg mana.
2. Bayar dan senyum kat jurujual tu. Kalau dia tak balas senyum nasib laa...
3. Balik rumah - makan . Dah masak pun malas, makan pun main dalam pembungkus saja
tak payah transfer ke pinggan.
4. Pura2 sedap bila orang tanya supaya tak salahkan diri sendiri yg malas masak

Malas masak, bukan tak sempat nak masak.
Alasan basi ialah tak nak membazir sebab tak ramai yg nak di jamu.
Kos memasak tak berbaloi.
yer la tu
Beli beli beli......
Bila la mood gila gila masak nak kembali ni....

(Sekarang tengah lapar, malam2 buta nak beli kat mana ni...Mujur ada biskut raya bercampur aduk dalam balang...Sedap ke tidak belakang kira..Janji mulut dapat menguyah bila mata tak dapat lena.0
Malas2 kita pun tadi kita buat cupcakes 'Red Velvet with cream Cheese Toppings' tapi dah habis dah..
Hehehe.... Saja jah oyak kes nak SOHO...!

.


Monday, August 26, 2013

Doktor dengar lah.

Carpal Tunnel Syndrom.
Dah lama sakit ni tak menyerang.
Tapi sekarang dia datang lagi
Dulu,
Ja lah yang prescribe ubat.
Ja lah yg bising kalau ubat tak luak.
Kerana bosan dgr ja membebel saya makan ubat ikut arahan.
Patuh.
Hasil nya tangan tak kebas dan malam boleh tidor nyenyak.
Pernah doktor nak operate tapi Ja tak bagi.
Dia suruh saya cuba makan ubat dulu.
Saya dengar cakap Ja, dia lebih tau dari saya bab ni.
Malam tadi dan malam semalam tangan saya kebas dan sakit sangat2.
Rasa nak cabut tangan dari badan dan pasang balik esuk pagi.
Waktu tidur sakit nya menjadi jadi
Saya cari ubat kalau2 masih ada.
Ada
Ada tulisan tangan Ja di paket ubat tu.
Tak jadi makan lah.
Sayang nak habiskan baki ubat yg Ja tinggalkan.
Nak simpan ubat tu buat kenangan.
Tangan sakit teramat.
Tapi tak sesakit hati yg rindukan Ja.
Ja, mummy sakit tangan ni....

Statistik

Mengumpul Data.
Berapa kali dah saya dengar ayat2 ni..
-Setiap dugaan itu ada hikmah nya - 2 juta kali.
-Tuhan duga makhluknya sesuai dgn kemampuan makhluk itu-3 juta kali
-Redha lah dengan perancangan Tuhan-4 juta kali
-Sabar dan tabah lah-5 juta kali
-Berdoalah, doa ibu tidak ada hijab- 6 juta kali
-Dugaan ni penghapus dosa dan pahala berganda ganda-7 juta kali
-orang yg selalu di duga itu tanda Tuhan sayang-8 juta kali
-Dia akan sembuh, jangan berhenti berharap dan berikhtiar-10 juta kali.

Ada tak orang cakap..
Dugaan ini amat berat.
Terima lah kenyataan yang hidup saya dan Ja dah musnah.
Nasib Ja dan nasib saya amat malang.
Ada tak orang cakap macam tu?.
Ada-berjuta juta kali
Cuma bezanya,
Tak ada orang cakap di depan saya,
tapi di belakang saya berpuluh juta kali orang duk cakap gitu.
Mereka nak jaga hati saya maka mereka tak cakap depan saya
dan terus lah berikan saya sokongan dan harapan,
Moral support..
Saya tau tu dan saya faham yg mereka cuba jaga hati saya..
Kalau saya di tempat mereka pun saya akan jadi macam tu.
Terima kasih kerana cuba ubati hati saya.
Tapi,
Itu lah kenyataan yang saya perlu terima sebenarnya.
Saya dah lama terima kenyataan tu tapi dalam pada itu saya masih berharap pada simpati dari Tuhan..
Apa lagi yg boleh kami lakukan kecuali pohon simpati agar meringankan beban yg di tanggung oleh kami.
Berdoa dan berikhtiar tidak semestinya kerana kami tak dapat terima kenyataan.
Amat berharap pada sedikit perubahan.
Terima kasih pada yang masih bersama saya memohon limpah kurnia dari Nya
Allah jua yang menentukannya.


Sunday, August 25, 2013

Sory berlori....

Sory berlori lori
Bila baca balik N3 yg baru di update pagi ni,
rasa nak tergelak.
Entah hapa2 saja lah batu jemala patek nih.
Merapu meraban
Padan lah ada yg duk call dan risaukan keadaan saya.
Sori berlori saiz lori kontena k.
Pasang surut perasaan begitu lah....

N3 ni khas buat yg duk call saya dan risau kan my unstable mind.
I am okey, I am fine.
Duk gelakkan cerita 'nasib labu labi' kat Astro ni...

Kemaskan otak juga.

Lepas kemas laci merebak ke kemas bilik.
Lepas kemas bilik rasa nak kemas seluruh rumah.
Nak buangkan segala benda yg di saluti kuman kenangan.
Buang itu buang ini..
Rupa nya segala benda dalam rumah di bersalut dgn kenangan
yang perlu di lupuskan..
Selama ini yang saya simpan bukan nya harta benda,
tapi luka lama.
Segenap penjuru ada saja benda yg mengajak saya
untuk kembali mengulang tayang segenap derita yg pernah saya tanggung.
Rupanya selama hayat ini,
banyak sungguh yang dah saya lalui.
Episod derita yg tak berkesudahan.
Itu pasal lah rumah saya semak,
Simpan dan simpan...Penuh sesak.
Kalau saya buang semua yg pahit,
Tinggal lah lantai dengan dinding saja
Atap nasib baik tinggi, tak sampai nak kait.
Barangkali saya perlu robohkan terus rumah ni
dan bina rumah baru yang bebas dari segala masa silam.
Aduh aduh aduh.....Jiwa ini kacau sungguh!
Apa susah susah,
Rumah 6 kaki dalam dan 6 kaki panjang..
Menanti masa saja untuk didiami.
Sementara tu,
Duk diam diam di sini dan teruskan mengemas.
Mengemas sampai lemas.



Saturday, August 24, 2013

Laci beracun perlu di kemaskan.

Tiba2 terpandang benda ni dalam laci meja
Bekas pencil pink yg dah rosak zip nya.
Bekas pencil yg pernah saya heret ke sekolah hari hari.
Banyak peralatan yg dulu nya menjadi nadi saya.
Sekarang semua tu beku dalam laci.
Tengok stapler...
Rasa nak stapel kat dahi.
Tengok pen highlighter pelbagai warna,
Rasa nak conteng muka
Tengok kertas memo (ingatan untuk tolong ganti kelas cikgu yg bercuti.0
Rasa nak koyak dan sumbat ke mulut.
Tengok dakwat whiteboard marker ada separuh botol,
Rasa nak minum biar jadi penawar hati yg berkecamuk.
Hari ni nak kumpul semua bahan bukti yg saya ni pernah jadi ticer.
Nak bakar api.Nak buang jauh jauh....
Tak nak ingat lagi masa bahagia saya yg sementara tu.
Saya nak hadapi hari ini.
Biar susah. biar perit pun saya harus lalui juga.
Entah mengapa hati ini,
kadang kadang jadi marah pada diri sendiri.
Memberontak pada keadaan
Sedangkan setiap saat otak berpesan,
Redha lah pada ketentuan Tuhan.
Sabar lah mengharungi dugaan.
Mungkin kerana,
saya manusia yg byk kekurangan.
maka sekali sekala meraung habis suara,
nangis berguling tak cukup tanah itu biasa lah.
Lepas perasaan dan luah yg terpendam.
lepas tu...
Taufan berhenti dan bayu berbisik tenang..
Kepada Tuhan lah saya menyerah diri.
Ampuni aku ya Allah..... ,
aku lah insan yg sering mempersoalkan perancangan Mu,
sedangkan aku tahu, yang terbaik hanya dari Mu
Mungkin ada hikmah yg menanti dalam diam.
Berikan lah aku lebih banyak kesabaran ya Tuhan
dan
sekali sekala, izinknlah aku jadi manusia biasa yg tidak sempurna....


sabar lah Imaad

Ja bangun lah....
Kesian mummy tengok Imaad tu.
Makin sehari makin nakal.
Budak budak mana tau nak luah rasa rindu.
mungkin juga dia marah kerana tidak di hiraukan.
Ja diam saja bila dia datang dekat.
Dia perhatikan ja tadi.
Dia mintak mummy letak dia sebelah Ja
Dia hidu baju Ja seakan mencari bau ibu yg hilang.
Agaknya dia mencari bau susu kerana dia kan menyusu badan dulu.
Hanya 'patung' yg tak tersentuh hati bila tenguk dia begitu.
Hati manusia biasa seperti mummy rasa nak luruh tengok dia
Kesian sangat sangat.
Ja,
Kadang kadang waktu lepas mandi,
bila mummy dukung dia dgn tuala membalut badan dia,
dia peluk mummy, letak kepala di bahu mummy.
Dia dapat rasakan dalam diri mummy ada diri ibu dia
Dia bukan peluk mummy tapi dia peluk Ja.
dan bagi dia,
mummy bukan dokong dia,
tapi ja yang dokong dia.
Ramai yg kata kita serupa,
itu pasal lah mummy tak pakai baju mummy yg Ja pernah pakai ,
tak sanggup tgok Imaad pandang mummy semacam,
renung mummy seakan matanya berkata
" Nak mummy Imaad....."
Mummy rasa nak nanges tapi mummy buat tak tau saja.
mummy peluk dia kemas2
bergetar dada mummy menahan tangisan.
Ja, mummy tau, kalau Ja mampu, Ja mesti dah bangun.
Ja pun amat rindukan anak2 Ja.
Ja nak tengok Imaad dan Iyaad membesar.
Mujur lah Ja,
Mummy dan mama masih sihat untuk jaga anak2 Ja
Kasih sayang buat mereka melimpah ruah,
tapi mana lah sama dgn kasih ibu kan.
Kami tau tu, walau kami cuba mengisi kekosongan di hati mereka,
kami tidak akan mampu menjadi Ja yang mereka tunggu.
Ja,
kenakalan Imaad kami fahami.
Memberontak kerana dia rasa tidak diambik peduli.
Puas di pujuk, puas kami cuba belai hati dia..
Tapi kekosongan di hati dia yg baru mengenal dunia,
amat ketara...
Bangun lah Ja, mummy merayu rayu pada Tuhan setiap detik waktu.
Imaad dan Iyaad membuatkan semua orang yg menyayangi Ja mendoakan Ja...
Segeralah sembuh duhai anak dan
bersabar lah wahai cucu2 ku....
Tuhan mendengar tu...
InsyaAllah.

Friday, August 23, 2013

Why?


Why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why  

Why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why
Why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why
Why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why why

DON'T ANSWER.
PLEASE DON'T.

I am not looking for an answer, I know the answer...
I am merely looking for a shoulder to cry on...
Loneliness is not about being alone but it is about being with someone that makes you feel alone.



Sambil tunggu pukul 2

Tepat jam 1 pagi
N3 awal pagi.
N3 orang yg tak boleh lelapkan mata walau sudah di cuba.
N3 tanda minda tak mampu menjinakkan hati.

Akhir akhir ni saya seperti orang tak ada wawasan,
Memang tak ada pun.
Hidup kerana masih ada nyawa sahaja.
Malas nak fikir pasal apa yg berlaku di sekeliling.
Tak sempat nak tengok dunia luar pun.
Apa cerita kat luar tu hentam saja lah,.
Artis nak bercerai pun bercerai lah
Parti mana, menteri mana jadi apa, saya tak peduli .
Siapa baru di lantik dan siapa di lucutkan jawatan.
Kad undangan kawin berlambak di atas meja.
Dah berlalu pun, tak dapat saya penuhi.
Ajal maut saja yg datang tanpa di undang kan?
Cerita panas, gosip dan kes pelik2,
masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Semua tak penting, tak ada tempat dalam hati untuk di peram.
Tak kuasa nak tolong fikir pasal orang.
Pasal diri sendiri pun tak habis nak fikir.

Sama jugak pasal perasaan.
Saya dah tak ada perasaan agak nya.
Dah jadi seperti tugu batu.
Dicintai? dihargai? dirindui? di permainkan? dipergunakan? ditipu?
Hahahahaaa....Go to hell with those stupid stuff.
Tak de masa nak fikir pasal jiwang2..
Kalau tak ada apa2 buat saya pun tak apa.
Saya tak apa apa.
Saya hanya perlukan perhatian dari Tuhan sahaja.
Semoga Tuhan masih sayangkan saya.
Tidak lupakan saya.

Malam2 begini dari duk cakap sorang2 baik diam.
Tak pasal2 duk membebel tanpa tajuk
Dah....
Saya nak cuba tidor sekali lagi dan beralih ke alam mimpi.
Sudah2 lah wahai otak yg berserabut....
Badan dah penat, berilah peluang untuk badan berehat.


Thursday, August 22, 2013

they r my Strawberry Cupcakes.

Anis dah beli bahan2 nak buat cupcakes untuk jamuan hari raya di sekolah nanti.
Anis tak suka bawa juadah yg di beli dari kedai.
Dia nak buat sendiri.
Saya tabik dgn kesungguhan dia.
Anis anak perempuan ketiga saya dan yang bongsu.
Dia memang suka masak.
Iffah tak suka malah buta kayu bab masak.
Tapi dia tak pernah lapar sebab dia rajin tolong habiskan apa2 yg orang lain masak.
Kakak?
Kak Pija ada stail tersendiri.
Stail kak Pija macam ni,
Bila dia cakap dia nak makan cupcakes,
dia akan ajak saya menggunakan ayat
"Mummy kita buat cupcakes hari ni nak?"
dia beli bahan2, lambak atas meja..
Dia mulakan proses memasak dgn penuh semangat.
Opsss..Siri Adam dan Hawa dah mula di kaca TV.
Dia baring depan TV.
Kadang terlelap terus.
Siapa yg buat cupcakes yg dia beria ia nak buat tu?
Istilah kita bermaksud 'saya'
Saaayaaaaaaaa jugak la.
dah acap dah taktik ni dia guna.
Itu lah,
bila dia sakit macam ni dan Ains nak buat cupcakes,
saya amat rindukan manja dia tu.
dah beranak pun masih manja dgn saya.
nak manja dgn siapa lagi kalau dah nama pun anak dgn mak kannn.
Tapi taknik memasak iffah lagi best,
selamba saja dia suruh2 orang.
"Anis, masak maggi satu"
"Mummy, kita nak kurma for lunch."
kalau boleh suruh Imaad pun dia suruh, janji dia tak payah buat.
kan senang tu, straight forward gitu.

3 anak perempuan dgn 3 perwatakan
mereka adalah 'Strawberry Cupcakes' bagi saya.
Manis, banyak lemak dan boleh buat tekanan darah naik jugak.


Wednesday, August 21, 2013

Berjela pinta ku...

Anis baru lepas trial UPSR
Tak lama lagi UPSR sebenar.
Iffah baru start trial SPM
Hujung tahun ni exam lah
Kimi minggu depan exam.
Kalau tak ada aral, tahun depan tamat lah.

Tuhan, entah berapa kali sehari aku meminta minta dari Mu.
Banyak sungguh pinta ku ini
Terlalu banyak.
Berjela jela senarai pinta ku ini
Macam2 jenis permintaan.
mintak belas kasihan
merayu rayu..
Hanya pada Mu tempat aku meminta minta.

Kadang2 terlintas juga dalam kepala,
Kalau sesama  manusia,
mintak tu mintak ni,
Tak habis2 nak mintak itu ini,
sekejap datang ketuk pintu buat muka welfare,
sekejap call nak mintak bantuan,
mau nya di halau saya ni.
acap sangat  isi 'borang minta',
 pasti dalam tong sampah dah borang saya tu...

Tapi Tuhan itu Kaya dan Maha Mendengar...
Allah Hu Akhbar, Allah Hu Akhbar..
Segala nya dengan izin Mu ya Rabbi...
Pinta ku berkali kali...


LAWAK BULAN KEMERDEKAAN


Ada hamba allah tu cakap.
" Kak Hani apa susah, rilek a, setakat anak koma dah 3 bulan tu tak apa apa kalau di bandingkan dgn yang mati kena sembelih di bumi Syria tu..At least kak Hani masih boleh bersama dia dan dia pun tak sakit kat mana2 pun"
Apa susah kata dia??????
Hahahahahaaaaa......
Betul lah tu cakap awak,orang bijak pandai macam awak memang lah selalu betul.
Eh awak, kalau nak di bandingkan dengan perbandingan yang lebih dasyat memang banyak lah Mamat oi...
Masaalah nya saya tak nak banding dgn orang lain.
Yang saya tulis ni pasal penanggunggan saya, hati saya, perasaan saya dan hari2 yg saya lalui bersama dia.
Yang orang lain rasa lagi teruk tu bahagian dia lah, ini bahagian saya.
Cuba jangan letak otak di kepala lutut, cuba guna akal sikit...
Saya tak tau orang lain, tapi bagi saya, macam mana pun keadaan orang lain yang kita dengar, apa yang kita rasa dan tanggung adalah yang paling memerlukan kesabaran..dengar, tengok dan cakap tu senang jer.
'Rasa' tu yg payah.
Cuba berada di tempat saya baru awak tau langit tinggi ke rendah.
Dei Tamby, so what do you think I should do in this situation?
Joget Gangnam style?

Ayat dia ni sepatutnya saya balas dgn ayat macam ni
"Yer la...cian mereka yg terkorban tu kan, awak bila nak ke sana untuk bela nasib mereka? Kalau setakat tampal poster kat kereta tu belum boleh kira jihad lagi tau!"
Nak tunjuk semangat pun biar lah bertempat!

Tuesday, August 20, 2013

Takdir saya.

Saya perlu urus cuti saya.
Sampai bila saya nak cuti separuh gaji? tanpa gaji ni?
Nak tak nak saya kena isi borang bersara awal.
Mula tu saya nak tunggu tgok keadaan Ja dulu.
Tapi dah 3 bulan ja macam ni, saya rasa dah tiba masa nya untuk saya buat keputusan.
Keadaan memerlukan saya bersara, maka saya akan bersara.
Yang penting kebajikan Ja terjaga.
Tak ada gaji tak penting.
Ulat dalam batu pun hidup
( Ulat tak kena bayar loan rumah, tak kena bayar instalmen kerteta...!)
Ikutkan hati memang lah saya masih nak terus rasa masuk  gaji dalam bank setiap hujung bulan  mengajar
Siapa tak nak duit ribu2 kannn?
tapi apa daya saya, macam ni penamat karier saya.
Tamat secara tidak dirancang.
Saya terima sajalah hakikat rezeki saya sebanyak tu saja.
Ada yang bertanya saya, dah bersara tu kalau lah ja sihat semula saya nak buat apa kat rumah?
Buat apa?
Ada seribu perkara saya boleh buat cuma bezanya buat tanpa gaji.
Tak apa lah, bila tak ada gaji, pandai2 lah saya hidup sesuai dgn tittle penggangur.
Kalau setakat nak isi perut dan berteduh dari hujan dan panas tu tak ada masaalah,Insyaallah.
Nak mewah2, nak ngada2 tak boleh lah, kena sedar diri hanya menumpang dan mengharapkan simpati Big Boss.
Hiburan saya hanya lah kesembuhan Ja.
Saya tak perlu hiburan lain. bercuti atau shopping atau aktiviti lain dah tak menghiburkan lagi.
Saya tak kisah dah kalau pun saya tidak di hiraukan oleh orang lain, tidak di hargai ke hapa ke..
Tidak ada benda lain yg mampu mengubati hati saya atau pun tambah melukakan hati saya.
Hanya Ja dan bagaimana Ja esuk.
Ja bertambah baik, hati saya terubat.
Ja tidak bertambah baik, saya redha dan terima dia seadanya.
Kemungkinan lain saya tak nak fikir,..TAK NAK!
Akhir kata, pagi ni nak isi borang pencen.
Ja kita sama2 jadi penggangur k.......

Monday, August 19, 2013

Menangis tengok kerusi..Biar betul!

Tadi team fisio datang untuk sessi fisio Ja.
Hari ni mereka bawakan kerusi roda khas untuk Ja guna sewaktu sessi rawatan.
Kerusi tu boleh bangunkan Ja dalam kedudukan menegak dan juga boleh dibaringkan
Harganya pun boleh tahan..
Mereka letakkan Ja atas kerusi tu dan bawa Ja keluar dari bilik.
Rupanya sekarang ni banyak peralatan canggih yg sebelum ni tak pernah saya lihat.
Kerusi tu mereka tinggalkan di sini dulu buat sementara waktu.
Saya letak kerusi tu di satu sudut di ruang makan.
Ja dah kembali ke katil, dah tidur pun.
Saya masih duk tilik kerusi roda tu.
Demi Allah, saya tak pernah terfikir yang Ja akan duduk di atas kerusi tu.
Tak pernah terlintas di kepala yang saya akan hadiahkan Ja kerusi serupa itu.
Tak nak tak nak tak nak tgok ja duduk di kerusi tu.
Tiba tiba rasa nak menangis pulak, rasa tak sanggup tgok Ja di atas kerusi tu.
Tak percaya sungguh,sebuah kerusi pun boleh buat saya sebak.
Dah punah betul agak nya hati saya ni.
Biarlah, sementara tak de orang lain kat rumah ni, saya nak menangis dulu puas2.
Huhuhuhuhuuuu......
Nasib baik kerusi tu milik Team Fisio.Kalau milik saya, rasa2 nak bukak skru kerusi tu dan leraikan satu persatu..
Robek hati saya tengokkan kerusi tu.
Harapan saya bagai di kikis2 dek besi kerusi tu.
Baru saya tahu,
sebuah kerusi besi beralas kulit warna hitam,
begitu menakutkan.
Saya takut pada kenyataan yang di bawa oleh kerusi tu.
wahai kerusi roda bewarna hitam,
Janjilah yg kau hanya datang untuk bertandang.
Jangan lama2 bertamu, pulanglah ke daerah mu.
Harap2 sedikit masa lagi Ja tidak lagi mmerlukan mu.
MasyaAllah....Astaqfirullah ...
Mengucap Pn Hani,
kalau banyak sangat layan otak, ni lah jadi nya.
Biar lah, tak kira lah siapa pun yg akan duduk di kerusi tu.
Yakin dan percaya Tuhan ada perancangan Nya yg tersendiri.


Cukup 3 bulan.

Ramai yang tanya perkembangan terkini princess saya tu.
Well, hard to say but from my eye view,
tak ada perkembangan terkini.
tak kembang kembang.
tak kembang pun tak apa, asal jangan merosot dah.
Saya risau kalau dia ada masaalah ksihatan yg baru saja.
Kalau bertahan tu kira ok lah.
Boleh handle lagi setakat ni.
Cuma satu masaalah saja sekarang,
Ja is not the only one yg tak sihat di bawah bumbung saya ni.
Bila tengok rakyat lain di negeri saya ni tak berapa sihat,
hati sangat bimbang.
Saya hanya ada 2 tangan dan 2 kaki.
Otak pun ada satu saja, pun dah penuh sesak..
(Ada sekeping hati juga, tapi dah punah ranah dah).
Camna nak handle kalau tiba2 something out of control berlaku?
Tuhan, berikan sedikit khabar gembira buat mengubati hati saya.
Sedikit pun jadi lah....

Sunday, August 18, 2013

Bawa lah aku terbang

Bawa lah aku terbang....

Burung yg pulang ke sarang,
dah terbang semula mengejar pelangi...
Sarang kesepian melainkan bunyi tangisan ranting yg makin rapuh.
Daun2 rindu berguguran membajai pohon pucat kaku
seperti tidak merelakan pemergian itu..
Kemarau kah yang mengeringkan tawa
atau awan di kaki langit memerah air mata ku?
Musim kepulangan sudah tamat,
ketawa sudah tawar
bahasa sudah terbiar santun nya.
Sepi menjalar.
Untuk apa lah membilang waktu bertemu lagi,
kerana setiap pertemuan ada lah sementara.
Alangkah baik nya aku tidak membina sarang di hujung dahan.
Kita dirikan saja tugu batu yg memenjarakan hati di sini.
Sampai bila bila pun di sini.
Khabarkan kepada bayu,
Aku menanti angin berubah arah.
Mana tau ada cinta yang bakal singgah.
Mimpi adalah ubat hati.
Rupanya lebih enak bermimpi dari bernafas di alam realiti.

>>>>>>>Sewaktu saya kemas pakaian anak cucu menantu yang di tinggalkan di sini, seperti ada hembusan bayu menyapa pipi..Rupanya rindu sudah mula bertandang..Cuti sudah tamat tapi keriuhan suasana berkekalan dalam ingatan.....
Bila lah dapat berkumpul lagi.............

Tak ada kerja.

Ja tak tido.
terkebil kebil duk tengok siling.
Relax Ja, kita sama2 tengok siling nak?
Mummy kalau baring atas sofa sebelah ja ni tengok siling jugak.
Bilang kelopak bunga pada lampu,
Ukur 4 penjuru siling kapur tu.
Ja, dunia kita sempit sekali.
Tak per lah, kita bukan kekal di sini pun.
Sementara saja.
Ja, Ja sedang fikir apa tu?
Sedang menterjemahkan maklumat dan mengumpul tenaga untuk bangkit semula kah?
Atau Ja sedang mengingati kembali wajah2 yang pernah Ja kenali
Atau Ja sedang menimbang fakta sama ada ja nak terus begitu tanpa menjeruk rasa atau
perlu ja bangkit untuk hadapi masa depan yang entah bagaimana...
Mummy pun sedang fikir serupa itu juga.
Mummy nak yang terbaik untuk Ja sahaja.
Jangan ada setitik luka pun terhidang buat Ja.
Kalau boleh nak usir derita jauh2 dari mengganggu masa depan Ja.
Tapi apa daya mummy ni wahai anak?
Masa depan kita hanya Tuhan yg tentukan.
Mummy hanya mampu berdoa...
Asal yg terbaik buat Ja, mummy redha.
Ja, siling kapur bilik Ja ni bocor kot,
ada tompok2 warna coklat yg mencacatkan putih yg bersih.
Ja, putih siling ni adalah kehidupan ja yg tak pernah merasa apa2 kekurangan.
Tompok2 coklat tu adalah sedikit dugaan yg Ja terpaksa lalui..
Sikit saja anak, sikit sangat...
Bersabarlah....
Kita sama2 cat balik tompok coklat tu nanti...
Boleh ...InsyaAllah boleh

Saturday, August 17, 2013

Rezeki Ja

Dah seminggu kita beraya.
Ada saja kiriman dan buah tangan yg sampai ke riba.
Macam macam.
Biskut raya menjuarai kategori makanan.
Kek dan kuih muih tempat ke dua.
Buah buahan ranking ke3
pendek kata kalau nak buat minuman buat tamu,
tak perlu beli gula dan susu..
Semua dah di bekalkan.
Kiriman doa pun tak putus putus.
Air Zam Zam dan Air tawar/Yasin/30 juzuk sentiasa ada.
Sebelum Ja begini,
saya tak pernah terlintas yang begitu ramai yang mengambil berat tentang kami ni.
Terharu saya bila tetamu tak putus2 berkunjung
Saya juga daapt bantuan dari segi tenaga.
Ramai yang sudi dan menawarkan diri untuk memudahkan urusan saya.
Semalam dua orang jururawat yg pernah mengenali Ja datang.
Separuh hari dia orang tunggu Ja dan urus Ja.
Khidmat ikhlas yang tidak dapat saya bayar dgn wang.
Allah saja lah yg membalas budi baik mereka.
TQ Hani dan Aimie
Hari ni ..jeng...jeng...jeng....
Ada yg sedang memasak di dapur.
bila lagi nak tengok doktor pakai apron.

Tuhan kirimkan ramai insan2 yg memudahkan saya.
Apa lagi yang saya dapat katakan kecuali,
TERIMA KASIH DAUN KELADI
KALAU DI IZINKAN ALLAH, DATANG LAH LAGI....




Friday, August 16, 2013

Luncai.

Abaikan saja apa yang terkeluar dari mulut saya.
Kadang kadang bila minda berserabut,
bukan saja mata boleh tiris,
mulut pun bocor.
Abaikan saja teduh di wajah saya,
Kadang kadang bila hati memberontak
di wajah terukir seribu rasa
seperti wayang tanpa suara
sekali imbas sudah tau jalan cerita
Abaikan saja aliran minda saya
Kadang kadang minda merayau rayau
Mengheret semalam ke depan,
mengulang tayang beribu kali cerita sama.
Minda meragui esuk
sedangkan percaturan Tuhan tidak perlu di pertikaikan.
Abaikan saya,
Biar saya di penjuru ini
Bersendiri
Bertapa dalam hati
Bila saya rasa sudah cukup lama berenang,
saya akan ke tepian atau
mungkin juga saya akan biarkan diri hanyut tenggelam.
Abaikan saya.

No 4

Hari ni hari last Iffah bercuti.
Esuk kembali ke asrama.
Maka tinggal lah anis dgn saya untuk urus Ja
Iffah ni walau sentiasa miscommunication dgn saya,
menyenangkan kerja saya jugak.
certain task she can do well.
Kalau bab kerja yg guna tenaga tu serah pada dia.
Jangan tak caya, kalah orang laki2 tau!
Dia pandai mengurut jugak.
Kalau saya sakit2 belakang saya takut nak suruh dia urut.
Mau nya koyak kulit saya di sental nya.
Kalau urut kaki boleh saja.
Iffah ni satu saja kelemahan dia.
Tang 'dapur'
Kalau suruh mengemas di dapur, dia ada cara tersendiri...
tung tang tung tang, klung klang klung klang
sekejap saja siapnya.
Dia main sumbat jer segala benda dlm kabinet,janji mummy tgok counter top clear.
Bukak kabinet, berlumba2 lah peralatan memasak saya terjun keluar.
Iffah memang selalu kena marah dgn Ja.
Ja sentiasa cuba nak bentuk Iffah biar jadi seperti anak2 gadis lain.
Fail.
Iffah adalah Iffah.
Ja, sekarang ni tenaga Iffah lah yg membolehkan mummy urus Ja.
Mujur Iffah gagah kuasa.
Esuk, bila Iffah balik ke asrama, saya kehilangan seorang assistant.
Anis, bersedialah untuk kerja lebih masa.
Demi kakak, adik2 taat setia.
Iffah yg bertopi sedang main tembak2 dgn anak2 sedara...Nampak gaya, mak sedara lagi seronok main nih!


Thursday, August 15, 2013

Anak2 ni panggil saya mummy

>>>>>>Fatin, dtg jap, Pija sakit mata.
>>>>>Nawwal, Pija ni macam ni macam ni macam ni..
>>>>>Fatin, singgah ptg ni k, nak mintak tolong dressing.
>>>>>Mimi, ubat apa nak kasi kurang sikit rashes tu?
>>>>>Fatin, can u come over this afternoon? 
>>>>>Wafa, ubat utk cuci dlm mulut ja dah habis.
>>>>>Dilla, Suction tube size 12 k.
>>>>>Fatin, masak spaggeti for lunch boleh? Opsss...

Rupanya ramai anak saya yg bergelar doktor
.


Budak zaman sekarang

Tak suruh rasa nak suruh.
Lagi pun dia kakak, Anis lebih muda dari dia.
"Iffah, potong daun saderi letak dalam sup tu...."
Anis gelak sakan.
Astaqfirullahilazimmmm...
Ni daun saderi bagi makhluk Allah yg bernama Iffah.
Lain kali suruh Imaad saja lah.


marahkan nyamuk, bakar kelambu dan rumah sekali.

Menerima kunjungan staff KBMC hari ni.
Alhamdullilah mereka jejak juga kaki ke pondok saya ni.
itu lah yg sebaik nya,
Bertanya khabar kan.
Saya bukan apa,
Apa yang dah berlaku tu dah berlaku,
malah bukan salah staff2 yg datang tu pun.
Mereka hanya wakil.
Saya cuma nak mereka tau apa yang saya lalui selepas kejadian tu.
Saya hanya nak kongsi kepayahan saya supaya mereka tahu kenapa saya perlu bertindak.
Saya ni bukan malaikat, saya pun ada perasaan semulajadi seorang ibu
'Melindungi anak'...Haiwan pun ada naluri ni, ini kan saya manusia biasa.
Mereka pasti faham apa yg nak saya beritau sebab mereka tu perempuan seperti saya.
Mereka pun ibu juga..
yang bezanya mereka tak ada anak yg bernasib semalang anak saya.
Nasib mereka pun tak semalang nasib saya.
Apa apa pun saya sangat berterima kasih atas kunjungan itu.
InsyaAllah kalau ada rezeki bagi Ja untuk sembuh saya kan suruh Ja hantar sekalungan bunga tanda terima kasih atas layanan mesra mereka sewaktu Ja mendapat rawatan di sana..
Yang lain nya kita serah pada Allah melalui perundangan semoga keadilan dapat di tegakkan.
Allah maha adil. Yakin begitu..

Wednesday, August 14, 2013

Tuesday, August 13, 2013

Kecik hati sangat2

Ja kita lari nak?
Kita ke pulau yang hanya kita berdua saja penghuni nya.
Susah payah biar kita berdua saja yang lalui nya
Berkongsi derita jiwa.
Biar kita berdua, tidak mengapa.
Ada kalanya  bila terkecil hati,
terasa seperti kita ini hanya lah beban yg perlu di lupuskan.
Jom Ja, kita ke langit ke tujuh,
ke singgahsana di mana tidak ada duka,
tidak ada sakit,
tidak seksa dan tidak menyeksakan..
Hanya kita.
Adakalanya untuk menarik nafas pun terasa amat payah

Monday, August 12, 2013

satu ni jer.

Satu ni jer.
Bukan cucu satu ni, cucu ada 2 lagi.
Tapi satu ni saja foto raya saya baru ni.
Semua tahu kan saya tak beraya mana baru ni.
perkara2 yg selalu kami buat di hari raya kami tak buat.
Semua tak der mood nak celebrate.
Maka tak tak ada sessi berposing jugak.
Anak cucu adalah berposing tapi saya memang tak de selera langsung.
Tak reti nak senyum macam mana untuk bungkus duka yang mencengkam hati.
Mula tu cuba jugak snap sekeping dua tapi delete balik.
Tinggal lah foto ni.
Satu2 nya foto bersama Arman.
Foto ni saya duk tilik hari hari.
sekejap nya arman ada bersama saya, mengubat hati saya.
Now he is back in KL and grandmummy is missing him already.
Terdengar2 dia duk main tembak2 dgn Imaad.
Foto ni di ambl sewaktu Arman dah nak balik KL
Kalau boleh nak cakap kat mama Arman,
Tok sah balik lah, stay!
Masih belum hilang rindu untuk sama2 sibuk di dapur dgn anak2 perempuan.
Mama Arman mengisi kekosongan hati semenjak Ja sepi begini.
Tapi nak buat macam mana kan,
Saya faham tuntutan krhidupan perlu di teruskan.
okey okey, pergi lah anak cucu..
kembali lah ke kehidupan harian kamu,
Mummy doakan semoga anak cucu mummy di berkati Allah selalu.
Insyaallah, duka ini tidak akan selamanya.
mummy percaya pada ketentuan Tuhan yg maha adil.
Mean while mummy will be just fine, trying hard to.
Arman, bila grandmummy tengok foto arman senyum ni,
Grandmummy rasa nak menangis..Pelik sungguh.


Sunday, August 11, 2013

Rasa nak campak kamera tu.

Ja tau tak hari ni kita dah beraya hari ke berapa?
Dah 4 Syawal lah.
Bermakna seminggu lagi genap lah 3 bulan Ja sakit.
Cepat nya masa berlalu.
Semalam saya ambik gambar Ja.
Saya delete.
Tak sanggup nak tengok sbb bila saya tengok,
saya perasan yg wanita dalam gambar tu begitu 'sakit'
Tidak ada ceria di wajah dia.
Dari saya duk terbayang bayangkan kesakitan dia,
baik saya tak yah tgok foto tu, delete saja, habis cerita.
Lagi baik saya tatap wajah sebenar dia.
Puteri saya tidak sakit macam tu.
Dia hanaya di rehatkan oleh Allah buat sementara waktu.
Yang sakit nya saya, saya yang acap duk menjala resah.
Ish, tak mo lah fikir karut marut di bulan baik ni.
Yang penting saya malas nak fikir jauh2.
Kalau dapat lalui hari ni dgn baik, bagi saya dah ok dah.
One bad day is nothing new.
Eleh, cakap senang, type ayat2 yg menampakkan saya kuat tu pun senang.
But to be really strong from inside takes extra courage.
XXXXXXL courage.
Dah nak magrib ni, eluk bersedia untuk solat dari duk terconggok kat depan ni.
TQ Dr Fatin kerana ambik shift petang untuk tolong jaga Ja.
Fatin suruh saya tidor dan rehat dulu sementara dia jaga Ja.
Fatin,
Mummy agreed to sleep but Mummy did not.
sebenarnya mummy kat sini...
Sorryyyyyy....!
Next time Fatin datang, Mummy x tipu,mummy tido.
Promise.


Upin Ipin cucu Grandmummy.


 Upin n Ipin balik beraya dengan Grandmummy.
Ada saja benda yg nak di buat.
Ni siap naik motor nak kemana ni?
Ada lah tu...
Dah agak dah,
Perhiasan grandmummy lah mangsa nya.
sorang jadi mastermind sorang tukang tepuk.
Eluk lah tu...
Zaman mak kamu, abah kamu kecik dulu,
langsung tak berani nak sentuh barang2 grandmummy tau.
kalau sentuh siap lah...
Ni awak berdua ni memang tak makan saman.
Kalau grandmummy jeling terkehel urat mata pun kamu buat derk jer.
seronok lah tu dapat main, ada geng pulak tu.
Wahai yg sedang baca N3 saya ni,
Cuba tengok,
Pandangan cucu yg macam ni sah cairkan hati nenek.
Grandmummy tabik spring lah kat kamu berdua.
Tawar power garang nenek kalau tengok 4 biji mata ni.
Alahai cucu grandmummy, hentam saja lahhh...




Friday, August 9, 2013

Penuh meja

Semalam dan hari ni teramat lah buzy.
Sekarang Ja dah tidur dan tamu pun dah reda
Saya sambil tunggu pukul 12 untuk feeding Ja boleh lah update blog.
Penat tu penat lah, tapi hati berbunga bunga.
Raya tahun ni sangat berbeza dari biasa.
Tahun ni saya tak buat persiapan raya pun.
Tapi oleh kerana ramai nya orang yg mengambil berat pasal kami,
Rezeki kami sekeluarga sangat murah.
Akhir Ramadhan saya mula menerima pelbagai jenis biskut raya.
Biasanya kalau saya tempah pun tak sebanyak ni.
Sehari sebelum raya macam macam yg di hulurkan buat keluarga saya.
Kerepek, Kek Lapis, Kek Aising, Puding, Tart buah dan Buah buahan.
Cordial, jus dan segala macam minuman pun ada.
Penuh meja. Alhamdullilah.
Malam raya pula lepas satu, satu juadah yg saya terima.
Sate/Kuah kacang
Kuzi ayam
Nasi Dagang
Lontong/Sayur lodeh
Rendang
Ketupat
Gulai Kambing
Subhanallah, Pemurah sungguh mereka ni.
Saya bangga mengenali mereka.
Bertuah menjadi sebahagian dari hidup mereka.
yang paling best,
semenjak dua menjak jadi pengganggur ni,
anak2 buah siap hulur duit raya lagi buat saya.
Maklumlah mak sedara mereka dah tak ada gaji sekarang,
masa mereka kecik2 dulu saya yang hulurkan mereka duit raya,
terharu pulak bila mereka hulur duit raya buat saya.
(bezanya saya hulur sikit saja tapi mereka hulur berganda ganda ni)
Kesimpulan nya hati saya cukup terharu dengan sokongan moral yg saya dapat.
Saya tau Ja dapat mendengar jadi saya tak putus2 duk cerita kat dia pasal raya kali ni.
Kita tak kan lupakan budi mereka ni ja kan?
Kita sama2 doakan semoga mereka yg baik hati ni di murahkan lagi rezeki.
Kalau ditakdirkan ja sembuh nanti, Ja jangan sekali kali membelakangi mereka.
Budi yg baik di kenang sehingga ahkir usia.
Mereka bukan sahaja bersama saya di waktu saya ketawa,
tapi mereka juga menangis bersama saya.
Alhamdullilah, syukur pada Mu Tuhan.






Wednesday, August 7, 2013

X posa,X leh raya.


Ja, ucapksn lah selamat tinggal pada bulan keberkatan ini.
Esuk Syawal, Ja tak leh raya raya sbb awak tu tak posa.
Tu lah, mummy suruh Ja bangun cepat2 dan turut berpuasa Ja tak dengar,
Sekapal lah Ja, Imaad, Iyaad dan Arman.., tak posa tapi nak raya.
Kah kah kahhh...lawak yg boleh buat mata berair nih!
tapi Ja jangan risau,
baju raya tetap ada buat Ja.
Tudung layer2 lagi tau!
Jap lagi mummy nak masuk dapur.
Walau rumah kita tak ber'Open house' tahun ni,
penduduk negeri kena isi perut juga.
kena masak juga.
Lagi pun mummy nak Ja hidu bau raya.
mana tau bila hidu bau raya, Ja ada response
Tiba2 syawal ni Ja wakes up, who knows.
(Tak sah kalu tak angan2 mat jenin gitu)..
Lalalaalallaaa.....
Ja tau tak mummy happy hari ni?
Ja pun happy tu, cuma ja tak nak tunjuk.
Apa tak happy nya,
Semua yg dekat di hati mummy ada di bawah bumbung ni.
Tahun ni pertama kali mummy dapat beraya lama2 dengan Ja kan?
Selalunya sekejap jer Ja beraya, pas tu ja sibuk on call lah, kerja lah...
6 tahun Ja beraya jauh di luar negeri, mummy hanya ber'skype' saja dengan Ja di pagi raya.
Alhamdullilah , mummy seronok sgt dapat beraya 'full house' tahun ni.
Kita tok sah fikir pasal tahun2 depan, perancangan Tuhan adalah yg terbaik,
serah kepada Dia untuk menentukan segalanya.
Hari ini adalah kenangan bagi hari esuk.
So, we make the best memories ever.
(Keep telling myself, keep the tears to myself, jgn spoilkan suasana raya.)
Okey Ja, kita dengar lagu raya nak?



Tuesday, August 6, 2013

Masih ada yg sayang pada ku....

Sepasang telekung baru
hadiah dari dia.
Cantik putih bersih,
Bersulamkan keikhlasan.

Tak pernah terlintas
Aidilfitri tahun ni,
ada yg menghulur simpati.
sebenarnya bukan hanya sepasang telekung,
tapi perkongsian rasa.
Mata cuba untuk menimbang berat nya
bahu yg memikul.
Mahu menangis rasanya bila ada yg ambil peduli,
tapi ku takung dulu air mata.
Ku persembahkan senyum,
kerana jika aku menangis sewaktu kunjungan mu,
kau juga akan menitiskan air mata.
Sebenarnya aku tidak mahu begitu.
Aku hanya mahu memandang ke dalam mata mu
dan berkata..
" telekung ini seputih hati tuan yang memberi.".

TQ Kak Samsunihar



Tamu Saya.

Ramai yg datang ziarah Ja.
Yang duk jauh di perantauan ambil kesempatan pulang beraya untuk jengok Ja
Walau belum raya, sehari dua ni rumah saya dah macam raya.
Tetamu datang dan pergi...
Seronok sungguh, kalau Ja tau, dia lagi suka.
Depan rumah, kereta bersusun macam ada majlis.
Hmm..Ingatkan kami ni tak beraya tahun ni,
rupanya beraya lebih awal dari orang lain.
Bila tamu ramai, rumah yg suram kembali ceria.
Terubat hati tuan rumah.
Alhamdullilah.
Mereka yg datang ni,
semua duk cakap yg ja nampak jauh lebih sihat dari dulu.
yer ke? Sungguh gitu?
Mereka cakap tindak balas ja lebih baik.
Yer ke? betul?
Mereka cakap sekarang dah nampak wajah Ja yg sebenar.
Yer ke? dulu lain yer?
Mereka cakap Ja bertuah ada mummy yg masih kuat untuk jaga Ja.
Yer ke kuat?
Saya pura pura kuat jer, mereka mana tau.
mereka cakap macam tu sbb tak baca blog saya,
kalau baca, mesti tau macam mana rapuh nya hati saya kan?
Rasa hati di dalam hanya blog yg tau,
blog yg tadah setiap tangisan yg tumpah.
Tak apa lah, saya suka bila org kata saya strong.
I am trying to be one.
InsyaAllah.

 


Monday, August 5, 2013

Main tembak tembak

Preeennngggg....
Prreeennngggggggggggggg.......!
Imaad dah sepuluh kali tembak mummy.
Tembak kat pipi.
Tembak kat lengan.
tembak kat kaki.
Mummy diam.
Imaad seronok mummy diam macam tu.
Imaad kata dia menang.
suka hati awak lah Mad.
Mentang mentang lah mummy tak leh tembak balik.
Imaad acu senapang kat saya.
"Tembak grandmummy!"
Saya pura pura pengsan.
Dia datang dekat.
saya acukan jari saya macam pistol, tembak dia balik.
Imaad gelak.
hati seorang kanak2 cepat terubat.
Seronok layan kerenah dia.
Imaad suka soal macam macam.
Dalam dunia ni hanya ada satu soalan dari Imaad yg saya tak dapat jawap.
"GenMummy, bila mummy nak banun?"
Huhuhuuuu..Jangan tanya macam tu lah wahai cucu.
Imaad menembak hati saya dgn soalan tu. Berkecai jadinya.
Grandmummy pun tak tau bila mummy awak nak bangun..
Tapi saya tak lah jawap macam tu.
Bila dia tanya,"Genmummy, bila Mummy nak banun?"
Ni jawapan standard saya, "Imaad, Imaad dah makan ke belum? meh Genmummy suap nasi nak?"
Imaad, hanya Tuhan yg tahu, hanya Tuhan....
Jom kita main tembak tembak...

Tak cukup tanah kalau nak sebut nama.


Ramai rupanya orang yg baik hati di dunia ni.
Di keliling saya pun ramai.
Bagi saya mereka adalah kiriman dari Tuhan buat saya.
Mereka ni......
-Kawan kawan Ja yg tak putus2 dtg jengok Ja, menghulurkan bantuan kewangan, bertanya khabar, SMS, Message, Call dan sebagainya.
-Doktor2( yg juga merupakan kawan2 Ja, kawan Papa Ja dan kawan Saya) yg datang on sosial visit tapi beri rawatan percuma buat Ja..
-Kawan2 saya yg bantu saya, permudahkan urusan saya, bersusah payah buat saya dan Ja dan bekalkan saya dgn moral support.
-Semua yg sedekahkan doa buat keluarga saya dan Ja khas nya.Tak putus2 doa buat Ja
-Kenalan yang menyumbang tenaga dan juga kewangan sangat ramai...Alhamdullilah.
-Kaum kerabat yang sentiasa memastikan kami tidak rasa terabai. sentiasa ambil berat.
-Anak2 yg memahami keadaan keluarga dan tidak banyak menimbulkan masaalah.sering membantu meringankan urusan saya.-
-Pengunjung blog saya yang mengikuti perkembangan Ja dalam diam dan yg selalu meninggalkan komen yg positif..Mereka lah yg menjadikan saya gagah di waktu saya terasa amat lemah.
-Kawan kawan lama yg tak lupakan saya walau saya dah tak selalu jumpa mereka .Mereka hadir semula dalam hidup saya bila mereka tahu saya dalam musaqah..Mereka lah kawan waktu susah yg memahami keadaan saya.
Last but not least, thank you God, banyak sungguh pertolongan Tuhan yg tidak saya nafikan. Banyak sungguh payah saya yang di permudahkan Nya, banyak sungguh belas Tuhan buat saya dan keluarga.
Kalau tidak kerana Tuhan yg menjadikan saya dan keluarga dekat di hati mereka semua ni nescaya saya bersendirian melalui hari hari payah ini. 
Terima kasih kerana di hati mereka ada Ja, ada saya juga.
Alhamdullilah...Syukur teramat sangat.

P/S: 1.Tadi waktu nak beli ikan kat pasar, penjual ikan tu bertanya khabar pasal Ja....terkejut saya, mana dia tau cerita? Ja, awak tu dah ngalahkan Artis! 
         2. Walau tahun ni tak buat biskut, tak beli biskut, tak order biskut, Ramai pula yg sedekahkan kami biskut raya..Tq Tq Tq


SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN

Sunday, August 4, 2013

Dia makin BOLAT

Adehhh...Berisi pulak Ja sekarang..
She is putting on weight!
Pipi dia rosy, dagu pun dah bolat..
Lengan dia, dah nak sebesar lengan saya.
Dia dah tak se'slim' Ja dahulu laa..
Semua yg tgok dia duk cakap macam tu.
Halamakkkkkkk......
Kalau dia sedar nanti sah dia marah mummy ni.
Bising lah komplen pasal baju x muat nanti.
Tak pasal pasal mummy kena blame for the unwanted fat.
Sorryyyyyyyyyyyyyyyyyyy....
Tak per, kena marah pun tak per..
Janji Ja boleh bersuara, mummy suka.
Apa susah,
Kita gi gym sama sama, lepas tu kita makan aiskrim sama2
Sama sama tak kurus nanti.
Al least now org boleh cakap,
ke mana turun nya kuah kalau tak ke nasi or lebih tepat,
ke mana turun nya lemak kalau tidak ke anak..
Kah kah kah kahhh..
Gelak tapi keluar air mata pulak.
banyak lah angan2 mummy nih!





Sleep itu tidor.

Dah pukul 4 pagi,,
kalau pukul 3 boleh nyanyi lagu P Ramlee.
Saya belum tido.
Saya baru selesai ubah balik position Ja.
Ja ni tak suka bila di ubah position,
tambah2 kalau tido mengadap badan ke kiri.
Mula lah dia berpeluh di dahi dan nafas kencang.
Mata pun tak nak tutup, butang sehingga di terlentangkan balik.
Entah kenapa, nak kata sakit,tak jugak...
Tak selesa kot.
Sekarang dia dah tido.
Dah tu apa kerja saya duk menaip pagi2 buta ni?
Tunggu nak gerak penduduk bangun sahur kul 5 nanti.
kalau tido sah terbabas waktu sahur pulak.
lepas sahur tunggu subuh pulak,
lepas subuh tunggu waktu tukar pampers dan feeding.
Lepas tu tunggu nak sponging dlm kul 8.
Lepas kul 9 baru boleh rehat.
nak tido tak leh, urus rumah tangga dulu.
Tengah hari tamu sentiasa ada.
Sebelum asar, selepas feeding kul 4 saya tido jsp.
kadang tido lebih awal kalau tak ada tamu.
Selain tu, saya tido awal setiap malam.
kul 9 bila Ja dah tido, saya tido.
memang lena sungguh, Imaad bising camna pun saya tak sedar.
Perlu tido awal sebab nak bangun lagi jam 11 nanti.
Ni tak pasal2 cerita bab tido ni apa hal?.
Orang lain sedang di buai mimpi belaka jam ni.
Okey la, nak solat dulu dan Quran pun dah memanggil manggil tu.
Bye dan Selamat malammmm ...Ke selamat pagi?
Apa apa lah.



Saturday, August 3, 2013

Kak Yah

Pagi2 Kak Yah datang urut Ja .
Bukan hari hari, selang hari.
Urut sikit2 untuk melancarkan perjalanan darah saja.
Dulu, ja ni seorang yg tak suka di urut.
Dia cepat sakit bila ada sedikit tekanan di urat saraf.
Sekarang lain pulak.
Ja sampai lena bila di urut di belakang dan bahu.
Kak Yah suka panggil nama Ja.
Di seru berkali kali seolah olah Ja menyahut.
Kak Yah kata Ja nampak lebih responsive dari orang koma yg lain yg pernah di urut nya.
Bila urut kaki Ja, kaki Ja bergerak gerak, geli atau rasa sedikit sakit agak nya.
Response to pain memang lah ada, brain stem dia or Perietal lobe ok lagi kot.
cuma tang celebrum tu yg tak berapa nak ok, tu dia tak boleh proses infomation lagi tuh.
Ish, entah apa2 saya ni, main agak saja..
(kalau doktor baca, sah gelak sakan lah)
Hari ni hari terakhir Kak Yah datang.
Esuk Kak Yah dah sibuk nak buat persiapan raya.
"Ja, nanti lepas raya Kak Yah datang lagi, Ja cepat bangun ok"
Positif sungguh Kak Yah ni.
Sepatutnya saya pun positif macam Kak Yah 
Dia nampak yakin yg Ja mampu kumpul tenaga untuk bangun semula.
InsyaAllah Kak Yah, saya pun harap begitu juga.
Berkat doa dari Kak Yah dan semua yg mendoakan dia, segalanya tak mustahil.
By the way, Kak Yah Pakar buat tapai yg warna warni tu..
Hehehe...Iklan percuma ni Kak Yah!



hanya kita yang tau...

Baju raya ja dah lama siap.
Pernah saya suruh dia cuba pakai, kalau2 perlu di alter apa2.
Dia cakap tunggu lepas bersalin sebab baju tu siap masa dia dah sarat mengandung baru ni.
Saya macam biasa lah bebel panjang, bukan apa risau kalau2 nak baiki time tukang jahit dah tak nak terima.
Setiap tahun saya jahit baju raya buat anak menantu awal2 lagi.
Belum puasa dah siap.
Tak lah berebut tukang jahit dgn orang lain.
Farah dah ambik baju dia warna coklat.
Iffah warna maroon.
Anis warna Purple.
Ja punya warna gold.
Tahun ni warna tak sedondon, tapi kain sulam corak lebih kurang sama.
Tak ada tema warna, dah muak dah pakai baju warna sama kata anak2.
Jadi nya...........
Raya nanti yg bertiga ni akan pakai baju kurung ni.
Ja pun akan pakai jugak.
Mummy akan gunting baju tu di bahagian belakang.
Kira masukkan kedua tangan dan dari depan akan nampak mcm betul2 sarungkan baju.
Tak kira lah Ja, rosak baju tu pun tak per.
Malam tadi mummy duk belek2 baju kurung Ja.
Biasa lah, sambil belek sambil nangis.
Teringat segala kenangan bersama dia.
Tahun lepas hilai tawa dia memeriahkan raya.
Tahun ni kebisuan dia mengikis tawa dari kami semua.
bila Ja macam ni,
Wan sangat sedih...
Along tak de mood nak raya.
Farrah kata kita teman Ja saja.
Arman Imaad dan Iyaad tak tau apa2.
Kimi tak beli songkok baru pun
Iffah nak duk rumah saja
Anis tak nak main bunga api pun.
Papa kata papa hanya akan solat sunat sahaja.
Mummy rasa eluk lah kita beraya sesama kita.
Bahu kita sama2 memikul duka lara ini
sama2 kita memahami dan merasai nya
Mata yg memandang boleh saja buat tanggapan macam2.
Biarlah apa orang kata, kita beraya dgn cara kita.

Kepulangan.

Sorang dah selamat sampai ke rumah .
lega rasanya.
Musim raya ni hati amat risau bila tahu anak dalam perjalanan.
Selagi tak dengar bunyi talipon menandakan dah tiba di perhentian, selagi itu lah duk teringat ingat.
Saya ni ke empat2 putra putri belajar jauh dari rumah.
Dulu dan sekarang pun.
Tiba saja musim cuti hati amat risau.
Bila anak call beritau dah nak bertolak, mula lah mata duk jeling jam.
otak duk conggak waktu dan dlm hati doa x putus.
semua mak pun macam ni, tak kira anak kecik ke besar.
Walau anak dah kawin beranak pinak pun,saya tetap risaukan mereka.
Seronok bila anak2 balik ni hanya sementara.
Sampai waktu mereka terpaksa pulang ke daerah perantauan juga.
Mula lah sekali lagi sessi 'mata tgok jam, hati mengira waktu tiba'
Hmm....Dah 17 tahun begini,
Lepas sorang, sorang jadi perantau.
sedikit pun tak pernah terhakis rasa bimbangkan keselamatan anak2.
Berhati hati lah di jalanraya ya nak.
Tuhan, selamatkanlah perjalanan semua yg menjadi pengguna jalanraya,laut dan udara.
Bahagiakan lah hati ibu mereka agar kepulangan disambut dgn senyuman.
Selamat berangkat pulang wahai perantau....

Friday, August 2, 2013

Tunjuk Ajar

Ajarlah saya untuk tidak menangis,
untuk tidak sebak setiap kali saya panggil nama dia.
untuk tidak belas pada nasib yg menimpa dia dan saya.
untuk menerima dugaan ini dengan redha.

Ajarkan saya bagaimana untuk makan.
Setiap kali menelan, kerongkong rasa sempit.
gumpalan tangisan mencekik.
Aduh...tidak ada yg sedap, selera ke laut.
Perut merajuk.

Ajarkan saya cara cara merawat hati
Payah benar nak sembuh.
Sudah di lumur tabah dan sabar,
sudah di baluti redha
tapi hati tetap bernanah seperti mau pecah.

Ajarkan saya bagaimana nak teruskan hidup
bila sekarang pun dah terasa macam segalanya dah mati.
Kehidupan hilang erti...Segalanya tidak bermakna.
takut untuk melangkah ke depan,
bimbang pada segala kemungkinan.

Ajarkan saya bagaimana nak di ketuk pintu mu Tuhan,
Berkali kali saya memberi salam, pintu itu tetap berkunci.
seperti tetamu yg tidak di peduli,
saya masih bersimpuh di tangga,
menunggu nunggu pintu Mu di buka.



Thursday, August 1, 2013

Ja tunggu kepulangan mereka.


Bila Perantau ku pulang nanti,
hanya kesengsaraan ku yg menyambut dia di tangga.
Pulang lah dan saksikan lah sendiri,
Kita tidak layak untuk merayakan apa apa sebenarnya.
sekadar mensyukuri genapnya puasa
Pulang lah,
Pulang lah anak di hari mulia nanti,
tapi kali ini tiada harum bau rendang di kuali.
tiada juga hilai tawa wajah2 yg di sapa.
Lihat lah balang2 biskut yg masih tersusun di lemari
biarkan ia di situ, sudah ku isi penuh dgn kepingan2 duka.
Maaflah jika hanya kesedihan yg mampu ku hidang.
Hirup lah duka lara ku ini kerana aku ingin sangat untuk berkongsi rasa.
Anak2, kepulangan kamu amat di nanti,
Kita kumpul hati kita yg rapuh di hari mulia itu nanti.
Kita pakat2 kutip cebisan keberkatan jika masih ada.
Insyaallah kitakan beraya dengan dia yg kita sayang.
Sama2 kita tatap wajah lesu itu dan cuba untuk tidak menangis.
Tak baik bersedih di hari mulia,
sembunyikan mata berkaca dari pandangan dia.
Janjilah untuk senyum bila jari dia  digenggam untuk bersalam.
Cubalah untuk tolak gumpalan tangisan ke dlm dada.
Walau dada kita ketat dengan sebak, kita ukir senyum jua.
Dia di beri peluang untuk beraya dengan kita.
Kita beraya lah dengan kesyukuran dalam kepayahan.

Ja, semua orang dah mula balik untuk beraya.
Esuk Iffah balik,
Nanti along pulak balik.
Kita beraya sama2 yer.
Insyaallah.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...