Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, August 21, 2013

LAWAK BULAN KEMERDEKAAN


Ada hamba allah tu cakap.
" Kak Hani apa susah, rilek a, setakat anak koma dah 3 bulan tu tak apa apa kalau di bandingkan dgn yang mati kena sembelih di bumi Syria tu..At least kak Hani masih boleh bersama dia dan dia pun tak sakit kat mana2 pun"
Apa susah kata dia??????
Hahahahahaaaaa......
Betul lah tu cakap awak,orang bijak pandai macam awak memang lah selalu betul.
Eh awak, kalau nak di bandingkan dengan perbandingan yang lebih dasyat memang banyak lah Mamat oi...
Masaalah nya saya tak nak banding dgn orang lain.
Yang saya tulis ni pasal penanggunggan saya, hati saya, perasaan saya dan hari2 yg saya lalui bersama dia.
Yang orang lain rasa lagi teruk tu bahagian dia lah, ini bahagian saya.
Cuba jangan letak otak di kepala lutut, cuba guna akal sikit...
Saya tak tau orang lain, tapi bagi saya, macam mana pun keadaan orang lain yang kita dengar, apa yang kita rasa dan tanggung adalah yang paling memerlukan kesabaran..dengar, tengok dan cakap tu senang jer.
'Rasa' tu yg payah.
Cuba berada di tempat saya baru awak tau langit tinggi ke rendah.
Dei Tamby, so what do you think I should do in this situation?
Joget Gangnam style?

Ayat dia ni sepatutnya saya balas dgn ayat macam ni
"Yer la...cian mereka yg terkorban tu kan, awak bila nak ke sana untuk bela nasib mereka? Kalau setakat tampal poster kat kereta tu belum boleh kira jihad lagi tau!"
Nak tunjuk semangat pun biar lah bertempat!

5 comments:

Anonymous said...

Ada jugak org mcm tu..takpe biarlah dia...Insyaallah ada lg sinar pelangi..

mokja said...

laa orang macam tu mmg banyak...bila cakap pakai kepala lutut...tumpang marah.

muhaini said...

Hani, abaikan lawak bodoh orang begini. Jenis yg xpernah merasa susah gamaknya sesedap hati buat perbandingan begitu. Mana dia tahu Ja xsakit? Pernah dia duduk sama jaga Ja 24 jam? Dia ada anak x?

Kak Rose said...

Sama la kita ticer.... bahu yg memikul ni tau la rasa camner....adik disahkan kanser servik stage 4 n ni tengah tunggu mak pulak...dah 6 hari admit kat hospital sbb asthma.

Anonymous said...

manyak bodoh punya olang...cakap macam tala otak...laen kali wi napa la..tengok reaksi dio...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...