Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, November 30, 2016

Rahmat Tuhan yg mana kah yang kamu dustakan?

Hujan
Yang sedap nya bila hujan,
Tak payah siram pokok.
Tak payah sapu laman
Sejuk..ngantuk.
Perut berirama lapar.
Rebus ubi cicah kelapa
Goreng ikan asin perah asam limau byk2
Goreng pisang, tiup2 makan
Dan yang paling best main hujan.
Lagi best in the world bila tidak berseorangan di hari hujan.
Ada teman utk nikmati langit yg ketirisan.
Anak negeri berkumpul, bising ngalahkan bunyi guruh menyapa awan.
Gemercing bunyi pinggan mangkuk di sinki adalah bunyi bahagia makan2 dimusim hujan..makin lebat hujan makin meriah makan makan.
Penuh depan TV, berselimut kongsi kusyen,berebut bantal.
Di dapur harum bau kopi, bau kasih sayang
Ketepikan kain baju di ampaian yg tak kering2
Nanti nanti lah..
Kita nikmati hujan dulu, jgn rindukan mentari.
Jgn kita berkata alangkah baik nya kalau hari ni panas hingga ke petang.
Selagi hujan masih turun..
Kita terima rahmat dari Dia.
Esuk bila mentari mengintai di balik awan
Dan peluh mula menghiasi badan.
Tanah kekeringan dan pohon2 layu kekuningan.
Kita tidak lagi berkata
Alangkah baik nya kalau turun hujan.
Fabiaiyiamaa irobbikumaa tukazzibannn

Tuesday, November 29, 2016

Ini pasal la tak de siapa nak join juri yg melantik diri sendiri ni tgok TV ..

Saya tengok juga rancangan tu kat TV.
Bukan minat mana pun cuma kalau kebetulan saya free saya tengok lah.
Saya ni kira juri jugak lah.
Kadang2 lebih hebat dari juri yg dilantik.
Saya bukan hanya komen peserta2 yg bertanding.
Penonton pun saja komen
Penaja lagi teruk  saya komen.
Penat mulut saya la.
Nak makan lagi, nak komen lagi...
Tak ada bayaran apa apa untuk komen2 saya tu tapi saya puas.
Komen orang, diri sendiri bukan perfect pun.
(Tau, tapi dah hobby macam tu apa nak buat)
Saya tgok peserta2 wanita, dah berusia semua nya.
Tapi punya lah sendat pakaian mereka
Bentuk muka bumi jelas dan nyata.
Kalu body slim melim takper gak, ni menyakitkan mata.
Bab dosa saya x nak ulas. Sendiri mau fikir lah.
Yang penonton pulak,
Hamboiii..minat tu satu hal tapi yg kamu terikut sama terlonjak lonjak kat atas tu kenapa?
Mau nya runtuh bangunan tuh.
Bawak2 mengucap ok.
Si penaja ni pun satu hal.
Apa saya nak komen ah?
Ish, tak tau nak cakap apa.
Kalau yer pun kaya melangit,
Kalau yer pun duit kita yg membolehkan rancangan tu keudara
Jangan over laa...menyampah juga tgok aksi orang tak berapa muda nih.
Dia tak terasa ke yg dia memalukan diri sendiri.
Orang senyum byk makna.
Orang meluat pun tak kan nak cakap terang terang.
Tolongggg laaa...ada tak siapa2 boleh beritau dia satu perkara ni..
Boleh tak tolong beritau dia ni..
Dah dah la..anak2 tengok tak segan ke?
Tak cute dah buat macam tu, over sangat.
Ke dia tak terasa malu?
Betul lah kata orang, duit boleh beli perhatian.
Kalau tak ada duit dan dia buat macam tu..
Rasa2 ada yang panggil ambulance kot.
Ke panggil abang bomba?
Anak2 kata tu strategi perniagaan dia.
Promote barang.
Owh, macam tu ka...
Kenapa sampai gedik macam tu sekali?
Mungkin saya ni yang makin tua makin kolot kot,
Tak leh hadam benda2 yg begitu.
Ok lah...saya tarik balik komen bab penganjur tu.
Ampun maaf kerana terkomen.
Rupanya orang lain suka tgok dia buat macam tu yer.
So go ahead...its a free country.
Suami dia pun tak larang ni kita tak pasal2 nak komen.
Shut up Hani!


Monday, November 28, 2016

Boleh ke nak minta rehat sehari?

Kelmarin serabut perut
Hari ni segalanya baik2 saja.
Esuk terserah pada Yg esa...
Kehidupan memang begitu.
Ups n downs.
Hari ni saya x sihat badan.
Lebih baik dari demam hati dan perasaan.
Selsema agaknya.
Hidung tersumbat
Tekak pedih
Kepala rasa berdenyut
Acchumm.....bersin berkali kali.
Dahi saya panas, nafas pun rasa terbakar.
Demam buat saya tak berapa aktif hari ni.
Byk la kerja tertangguh
Semoga demam ini cepat sembuh.

Sunday, November 27, 2016

Serhabut pegrut wehhhh....

Siapa tau di mana letak nya hujung dunia?
Negeri apa yg ada kat sana.
Bahasa apa yg mereka guna.
Budaya nya macam mana...
Makanan nya berunsur apa..
Agama rasmi nya islam kah?
Maju ke mundur, aman ke ...?
Sehari dua ni,
Saya rasa nak berhijrah ke hujung dunia.
Nak lari dari segalanya.
Ada tak siapa2 yg boleh bawa saya ke sana?
Paling tidak pun ajar saya bagaimana nak ke sana.
Perlu terbang ke perlu berenang...
Atau hanya perlu pejam mata dan biarkan mimpi membawa saya kesana.
Kadang kadang...
Bila serabut perut,
Tersumbat otak,
Terkoyak hati,
Tak tau kemana nak mengadu rasa maka saya layan dulu bahasa jiwa.
Layan puas puas.
Lepas ni basahkan wajah dgn air sembahyang.
Solat, menangis, solat dan menangis sampai nak terkeluar bijik mata.
Rasa tenteram seketika. Surut resah.
Dan saya seperti biasa untuk ke sejuta kali nya,
Menadah tangan meminta kasih sayang dari Dia.
Hanya dia.

Friday, November 25, 2016

Aktiviti semenjak jadi surirumah sepenuh masa..

Banyak.
Sangat banyak.
Awak tanya saya jawap.
Sanggup baca tak?
Ok...lepas ni jgn tanya lagi.
Ni jadual saya, rutin saya.

Bermula pukul 5 pagi - 9 pagi
Tekan butang mesin basuh
Solat
Menjadi supir
Sedia breakfast utk kucing, arnab, burung dan anak negeri.
Jemur pakaian
Supir sekali lagi.

9pagi - 11 pagi
Ke pasar
Siram pokok
Sapu laman

11 pagi- 4 ptg
Masak.
Kemas ruang mana yg patut
Mandi.
Solat zohor
Hantar nasi rumah mak
Supir
Singgah dimana yg perlu dan patut utk bereskan urusan anak negeri.

Pukul 4 private nurse tamat tugas.
Saya sambung tugas private nurse sampai dia dtg semula esuk pagi.
Sambil jadi misi saya urus keluaga,urus rumah, sambut tetamu.
Saya juga membebel macam mak nenek sbb saya memang mak nenek.
Bila ada kelapangan diantara tugas saya menggunakan kemudahan internet.
Tv terpasang tapi saya tgok sambil lalu jer kecuali bila betul2 free.
Saya makan sepanjang masa...sambil buat apa pun saya boleh makan, expert.
Tu pasal la sibuk macam mana pun tak kurus kurus.
Saya tak selalu keluar hanya untuk suka suka..
Sekali sekali kalau perlu saja. Kalau penting.
Bila ada suka sakat atau kenalan singgah saya seronok.
Enjoy masak dan makan ramai ramai.
Tu pasal la rumah saya x pernah sunyi.
Hati ada juga sunyi sekali sekala.
Tapi takpa, hati saya belakang kira.
Yang penting semua anak negeri gembira.
Saya buat sehabis baik, sentiasa cuba utk bereskan segala kerja
Berkhidmat utk negara.

Ok, dah jelas?
Sebenarnya kalau nak senaraikan semua aktiviti wajib dan sunat memang x larat.
Kadang2 ada perkara yg perlu di buat diluar rutin.
Pandai2 la caturkan masa dan tenaga.
Jadi orang memang kena sibuk.
Haiwan dlm hutan pun sibuk.
Harimau singa tidur bila kenyang saja.
Kalu lapar mengaum satu rimba boleh dgr.
Eh, sama la pulak...
Hmmm....






Thursday, November 24, 2016

Hari longgarkan skru perabot..

Rasa nak mengemas.
Nak ubah kedudukan perabot.
Nak heret kerusi meja almari dan segala benda dlm kumpulan perabot.
Nak bawa ke mana?
Macam biasa, heret itu ke sini, heret ini ke situ.
Suasana baru walau perabot lama.
Puas. Suka. Hobby.
Kalau kerusi meja ada suara, dah teriak minta tolong dah.
Maklum la saya buat sorang2..
Usung sorang2
Heret sorang sorang.
Entah2 dah nak tercabut setiap paku dan skru.
Entah2 dah calar mana2 tempat yg patut.
Mujur tak koyak kira ok dah.
Mujur tak ada yg rosak. Selamat.
Yang ketara terjejas cuma lah urat saraf ni
Hadoiiii..dah terasa terik sana sini, senak sana sini.
Urat tua semangat jer muda.
Suami saya cakap kenapa tak tunggu anak balik sekolah, boleh dia bantu.
Elehhh..orang lelaki mana tau.
Susun menyusun perabut ni mana boleh tunggu.
Jam tu jugak kena ubah bila dah dtg seru.
Ikhtiar sampai boleh.
Jangan tak caya, saya pernah ubah kedudukan perabut kul 3 pagi.
Dah tak leh tunggu pagi.
Duk ulang tayang dlm kepala plan baru..
Apa lagi ... buat jer.
Bangun pagi esuk, cantekkk...
Tu pun kalau boleh bangun.
Urat pinggang jem, urat betis cramp.
Padan muka kannnn.

Wednesday, November 23, 2016

Upin dan ipin

Rabbit saya tu.
Yang besar tu nama upin
Ipin yg kecik sikit.
Saya beli dan bela demi cucu2.
Ingatkan mcm bela kucing.
Rupanya tidak.

Hai la rabbit,
satu masaalah juga kamu berdua nih.
Dah di sediakan sangkar sikit punya besar,
Kamu berdua korek juga tanah untuk keluar.
Pandai kamu gali yer, tak perlu jentera.
Kamu gali aku timbus.
Kamu gali tang lain pulak.
Aku timbus pulak...
Penat la duk tutup lobang yg kamu buat.
Habis berlobang lobang dah Tamanbunga ku.
Dah tu satu lagi masaalah,
Bila kamu keluar, habis kamu kerjakan pokok2 kesayangan ku.
Hai la arnab, kalau tak kerana kamu ni cute miut,
Kalau tak kerana cucu2 suka tgok kamu..
Dah lama jadi goreng kicap berlada dah...
Nasib baik yer kamu ni masih dimaafkan.
Esuk kalau kamu gali lagi lubang baru,
Tau tak apa aku akan buat? Jaga jaga...
Tau tak apa?
Aku akan kambus balik la lubang tu..
Tu aje aku mampu buat.
Huhuhuhuhuuuu......

Tuesday, November 22, 2016

Terlalu cepat menilai.

Wanita itu.
Muka mencuka.
Mata tajam melirik
Dia pandang kearah saya dengan tilikan atas bawah atas bawah.
Suka benar perhatikan orang, tak faham la saya.
Bila dia terpandang yg saya juga sedang perhatikan dia,
Dia tak senyum pun.Sombong!
Saya hadiahkan senyuman.
Tak berbalas, membazir saja senyum.
Nyesal pulak lah.
Dia duduk dan macam orang bodoh saya duduk sebelah dia.
Saya sapa dia dgn soalan mudah..Dah lama sampai?
Tunggu jawapan dari dia mcm bertahun rasanya.
Nyesal sekali lagi.
Patut saya tak yah ngada2 nak tegur tadi.
Takper, itu lah saya, sokmo pun over peramah.
Saya perhatikan dia berborak sakan dgn orang2 yg dia dah sedia kenal.
Lebat jugak hujjah nya.
Bukan pendiam pun.
Saya mula rasa macam kueh tak laku.
Takper, sabarrrr....
Mungkin kerana dia cantik, jangot, kaya..
Seusia saya tapi jauh lebih segala galanya dari saya.
Saya hanya lebih lemak...
Dia pun gemuk, cuma tak segemuk saya.
Kalau dia baca ni saya nak cakap sekali lagi.
DIA PUN GEMUK.... Puas!
Ok, fine...tak nak kawan sudah.
Saya mula tak hiraukan dia.
Saya pun ramai kawan dimajlis tu.
Tak heran...
Nak tergelak pulak..ni cerita lama.
Cerita pertemuan pertama saya dgn dia.
Percaya tak sekarang ni dia kawan baik saya.
Kawan yg memahami dan yg mengerti.
Kawan yang pantang saya tak kelihatan dia akan wassup tanya khabar saya
Kawan yg mengadu segala nya di bahu saya
Kawan sama2 gelak bodoh sampai sakit2 urat perut.
Eh, apasal awak sombong nar dulu ?
Menyampah saya la...
Jawapan nya buat saya muhasabah diri...
Agaknya dia betul saya salah...
" Hani, saya kenal awak dari cerita kawan2. Saya kagum ketabahan awak. Saya segan dgn kelebihan awak, saya malu utk mendekati awak. Saya suka perhatikan awak."
Habis tu kenapa awak tak respond bila saya tegur awak si majlis Soraya dulu?
" Bila? Bila masa awak tegur saya? "
Owh, rupanya teknikal problem , sound system tak clear hari tu..
Padan laa....
Tu laaa...Saya cepat menilai, silap saya.
Sekarang pun wajah nya masih mencuka.
Bukan buat2..memang semula jadi wajah stail gengster.
Masam sokmo...
Tapi bila dia senyiummmm...
Luruh duka di dada saya.
( Nak cerita sikit lagi apa yg dia kata..dia kata dulu sebelum kenal saya, dia suka tgok saya, sweet gitu...hehehehe...meter perasan saya naik ke langit tujuh!
Ok bai.)

Sunday, November 20, 2016

Tua

Dulu, sewaktu saya berusia 30an,
Saya rasa saya dah tua dah.
Sekarang saya anggap orang yg berusia 30an tu muda sgt lagi.
30an baru masuk era menjadi dewasa.
Bila usia saya 40an, saya rasa saya dah macam makcik2.
Dah mula selesa dgn panggilan aunty.
Sekarang bila saya dah berusia 50an, saya rasa 40an tu sedang2..
Wanita 40an matang dan berkeyakinan.
Saya 50an....Tua.
Terasa sgt tua.
Terasa masa muda sudah jadi sejarah.
Sudah terlambat untuk mulakan hidup baru.
Terpaksa redha dgn kemerosotan .
Graf kehidupan makin menurun.
Adakah bila saya mencapai usia 60an nanti lain pula tanggapan saya mengenai orang yg berusia 50an?
Mungkin saya akan rasa 50an masa utk make the best of life.
50an masa untuk menikmati setiap nafas yg berbaki.
Ye ke macam tu?
Bagaimana pula bila saya mula masuk angka 70an.
Hujung usia.
Tu pun kalau umur panjang.
Mungkin saya akan rasakan 50an tu belum cukup tua.
60an belum cukup tebal pengalaman.
70an penutup usia, menunggu mati..macam tu kah?
Saya tak tau di mana titik mula usia 'tua'
Yang saya tau, x kira dulu kini dan mungkin selamanya,
Saya adalah saya , personaliti yg sama, hati dan perasaan yg sama
Cuma kulit luar yg makin ketara di mamah usia.
Rambut yg makin pudar warna
Dan kadang2 byk benda hilang dari radar.
Tak nyusahkan orang kira cukup baik dah.
Kan?

Saturday, November 19, 2016

Dia tak tau

Dia tak tau macam mana rindu nya aku
Macam mana sayang nya aku
Macam mana pecah nya hati ku
Macam mana retaknya mimpi ku
Macam mana kelam nya dunia ku kini
Macam mana kaburnya hari esuk

Dia tak tau...
Hari hari aku rindukan dia
Segalanya tentang dia
Suara dia
Tutur dia
Senyuman dia
Pandangan mata dia
Langkah kelibat dia
Bayang dia
Cerita dia
Segalanya
Segalanya

Dia tak tau...
Aku makin takut
Risau
Resah
Bimbang
Kesal pun ada
Sedih semestinya
Redha terpaksa.

Dia tak tau
Segalanya sudah tak ada ertinya lagi



Friday, November 18, 2016

Aku hanya nak keseberang

Sebuah puisi yg di ilhamkan oleh seorang pensyarah yg saya dah lupa namanya.
Puisi ini telah di jadikan lagu dikir barat oleh  Halim Yazid.
Setiap rangkap nya indah.
Tajam maksud nya.
Begitu lah kita semua, hanya nak ke seberang....

Aku pahat kayu cengal
Harap2 jadi perahu
Dayung hebat dayung sebenar
Teras kuat teras tembesu

Layar bertingkat serupa kapas gulung
Tiangnya tegak dari batang nibung
Panji kain suluk asma
Tenunan kasih wajah di kamar

Kesot/tolak perahu nak turun ke air
Mengharung lalu samudra bertabir
Tinggal pantai awal terakhir
Lawan badai ribut dan petir

Ombak jangan gila melanda
Harap tenang pantai kuala
Dayung jangan patah tak kuasa
Layar tiang jangan binasa

Brrgantung jiwa seluruh harapan
Nekad rasa arah tujuan
Serah segala pada Mu Tuhan
Aku hanya nak ke seberang.

Rasa sebak bila mengenangkan nasib diri dan bila menghayati setiap lirik kata puisi ni.
Betul lah, serah segala pada Mu Tuhan....
Aku hanya hendak ke seberang untuk bertemu Mu...


Selamat tinggal sekeping foto..

Dah 3 tahun saya simpan semua foto dia.
Saya x nak tengok
Saya tak sanggup nak tengok kehilangan saya.
Hari ni waktu saya berkemas, saya terpandang sekeping foto lama.
Dia di hari pertunangan nya.
Tiba tiba saya rasa ditinggalkan sekali lagi.
Kecewa sekali lagi
Pecah hati sekali lagi
Rindu sekali lagi
Rasa nak nangis guling2 sekali lagi.
Saya tak nak pandang lama2 foto tuh.
Tapi saya tenung juga, perhatikan senyuman yg sudah menjadi sejarah.
Saya tilik foto tu lama2 walau minda pesan jangan!
Saya pandang lagi
Saya menangis
Pandang lagi
Menangis lagi
Pandang lagi
Menangis lagi
Pandang lagi
Menangis lagi
Pandang lagi
Menangis lagi
Menangis lagi lagi lagi lagi.
Lagi lagi dan lagi.....
Saya nak abadikan foto ni di sini.
Untuk kali terakhir sebelum saya kuburkan ia dalam kotak di penjuru stor.
Diam lah anak, mummy tak nak toleh ke belkang lagi.
Mummy hanya nak usap wajah mu yg terkini.
Biar tiada senyum tawa, mummy harus menerima seadanya.
Tidur lah bidadari ku, kesayangan ku..
Syurga menanti mu.

Tuesday, November 15, 2016

Ada tak yg ikhlas like kalau tidak ditawarkan ganjaran?

Dah lama duk perati.
Dia kaya raya.
Terlebih lebih kaya.
Tapi kan, bila dia nak hadiahkan itu ini kepada orang,
Dgn syarat kena 'like' dia dulu tu buat saya kasihan kan dia.
Simpati pada orang kaya ni...
Kaya harta tapi miskin perhatian.
Sampai kena beli perhatian dari orang ramai.
Apa tidak nya...
Kalau x paksa orang 'like' dgn menawarkan macam2 free gift,
agak2 ramai tak yg 'like'?
Saya rasa dia sangat kesunyian.
Mungkin dia perlukan kawan tapi
Dia tak tau yang kawan tak dapat di beli dgn wang ringgit.
Nak beli hati kawan tu yg payah..
Keikhlasan tu priceless.
Kalau orang 'like', kita bagi hadiah, setakat tu jer lah nilai persahabatan.
Dah dapat hadiah tak der like like lagi.
Like bukan dari hati buat apa.....
Saya selalu perhatikan perangai dia yg suka mencuri perhatian.
Saya mengkaji hati dia, memerhati body language dia..
Makin di kaji,
Makin saya rasa simpati.
Bila orang ketawa gelak dan sorak kan gelagat dia di tempat awam,
Dia turut ketawa terkekek kekek...
Sebenarnya semua tu hanya luaran.
Hati di dalam menangis tak siapa tau.

Monday, November 14, 2016

Bukan dia baca blog saya punnn...Saja nak luah yg trbuku di hati.

Bahasa apa yang paling menyakitkan hati?
Bahasa benci.
Pengalaman suka duka kehidupan menjadikan kita cukup memahami bahasa benci.
Tak perlu sumpah maki.
Tak perlu tulis benci di dahi
Cukup dgn layanan orang terhadap kita, kita tau tafsir.
Tak perlu berteka teki
Tak payah mengelak
Jangan melarikan diri
Usah jual mahal.
Kita dah tua, kita boleh baca.
Bahasa benci membawa kuman
Menyerang hati, luka dan bernanah
Tapi kalau itu memang niat dia,kita tak ada masaalah.
Go ahead.
Loh laaaa....
Kata orang...
Lebih baik terang2 benci dari pura2 sayang.
Kita tak hidup kerana ada orang menyayangi kita
Dan
Kita tak mati hanya kerana ada yang benci.
 Pinggan tak retak, nasi tak dingin,
Awak tak nak, saya laaaaaaaaaaaagi la tak hingin.
Ok, bye.

Harap maaf, kesulitan adalah dikesali. Tak bersangkut paut dgn yg baca blog saya.
Surat terbuka ni utk orang yang meninggalkan kesan di hati saya.( Mungkin juga kita, bukan saya sorang yg dia buat begini)
Tak payah nak teka la, siapa dia..kawan ke, sedara ke, bekas murid ke, jiran ke, bibik ke, makcik jual nasi belauk ke....
Mungkin juga kucing yg guna bahasa ni....
X mustahil.

Bersiaran dari depan setimbun kain baju belum berlipat..

Hujan.
Ikut hati nak masuk balik dlm selimut.
Tapi kena ikut minda.
Minda suruh bangun dan proceed dgn kerja2 wajib dan sunat.
Banyak nya kerja.
Tak cukup tangan.
Kerja banyak boleh bantu alihkan fikiran dari duk ulang tayang cerita duka.
Bila penat mata cepat tamat siaran.
Yer betul, seronok sibuk.
Seronok tak cukup sepuluh jari.
Berpeluh peluh, tak yah gi gym.
Tak yah sauna ke hapa ke..
Cuma sekarang ada masaalah sikit.
Ni, dah boleh brblog ni..
Mula la...
Ada jer benda nak cerita..
Kerja bertambun pun KIV.
Takleh jadi ni....
Ok ok... Nak lipat kain dulu.
Bersambung nanti nanti....
I lab U.

Friday, November 11, 2016

Belanja foto lah..kes lama tak muncul di blog ni.

Ni kucing saya
Ouk nama nya.
Asal nya nama Daud sbb ingatkan kucing jantan.
Rupanya kucing betina.
Maka tukar nama jadi Mekwok
Panggilan manja Ouk.
Bukan slalu dia pakai baju,
Ni nak selfie kena melaram laa...
Lawa tak Ouk?

Mati hidup semula.

Yes yes yes....
Hahooooooo.....
Dah buleh buka blog dah..
Setahun blog ni kaku beku membisu.
Setahun hilang password
Lupa password.
Dgn izin Tuhan tiba2 malam tadi cuba punya cuba,
Taraaaaaa.....
Thank you Anis kerana tolong mummy.
So my dear followers n dear dear friends..
Nice to meet u here again.
Ahlan wasahlan , ya habibi.....
Muah muah muah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...