Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, January 31, 2017

Maka akan kosong lah ruang itu...

Busy tahap gaban.
Keluar pagi pulang petang
Urus keperluan Si bongsu.
Setiap kali anak nak masuk sekolah berasrama, macam ni lah saya.
Macam ni lah mak bapak mana pun.
Senarai semak di tangan.
Tanda mana yg dah beres.
Yang belum beres akan mengganggu tidur.
Yang perlu bayar, kena bayar
Yang belum bayar, diam2 intai simpanan dalam tabung ayam
Yang perlu beli kena beli.
Yang tak perlu beli pun beli jugak.
Anak punya pasal.
Dia anak saya yg ke5
Yang terakhir akan keluar sarang.
Kakak2 dan abg2 semua keluar sarang bila remaja.
Malah yg keluar sarang lebih awal pun ada.
Yang balik semula bersarang disini pun ada gak.
Begitu lah kita sebagai orang tua.
Berharap mereka mengutip ilmu sebaik mungkin.
Hanya itulah pusaka.
Tuntut lah walau di mana jua pun anak.
Cari lah, gali lah, kejar lah...
Kami bukan orang senang yang mampu meninggalkan pusaka wang berjuta,
Jauh lagi gedung2 di darat dan kapal2 dagang di laut...
Kami hanya mampu membekalkan kamu semua dgn ilmu.
Ilmu dunia dan ilmu akhirat..
Semoga kehidupan kamu esuk lebih baik dari kehidupan kami.
Lebih berkat dan lebih dirahmati Tuhan.
InsyaAllah.

Wednesday, January 25, 2017

Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata payah rezeki..

Rindu.
Rindu kerana sayang...betul!
Rindu hadir dlm hati dek kerana terlalu marah? Betul jugak.
Bila dah rasa sakit hati sangat dan marah sangat,
Terbayang bayang pulak wajah dia.
Jadi rindu.
Rindu bukan untuk bersua pun.
Sekadar teringat.
Teringatkan tutur kata nya yang saya anggap baik, macam adik.
Tak sangka dia duk memburukkan saya di belakang saya.
Ingat pesan orang tua,
Buat budi berpada pada...
Begitulah saya..
Kalau dah berbudi tak berpada apa dah..hulur saja, bagi saja
Tak berkira langsung
Ingatkan hati orang sama seperti hati kita.
Rupanya tidak.
Buat jahat jangan sekali.
Ya, betul. Serahkan pada Tuhan.
Biarkan dia .
Meletakkan salah sendiri di bahu orang itu tidak matang namanya.
Memutar belit kata dan fakta.
Suka hati kamu lah
Tak daya nak tutup mulut orang.
Saya rugi ke?
Tak, untung lagi..
Dapat pahala free.
Tak apa...


Tuesday, January 24, 2017

Anak negeri

Dari yang paling senior
Owk
Tucim
Cotton
Oyo
Kenit
Gebu
Upin
Ipin
Tu baru nama2 anak negeri yang 4 kaki.
Yang berkaki 2 ramai lagi belum disenaraikan saja.





Thursday, January 19, 2017

Tukar channel.

Bila tgok dia buat memek muka begitu begini rasa nyampah juga
Tapi simpan jer mual dalam hati.
Takut nak hebahkan, entah2 aksi kita lebih lagi orang muak.
Rasa mcm tak kena dengan usia dia nak gedik pun
Pakaian yang sendat dan mcm budak2
Cakap pun stail rasa hebat, riak dan memancing puji.
Tapi biarlah dia, asal dia bahagia.
Siapa kita nak letak dia dalam kumpulan mana..kelas mana..
Kita pun bukan baik sangat, sempurna sangat.
Betul lah hari ni perangai dia macam ni, sikap dia begitu.
Dia tak malu, tak segan biarlah.
Mungkin dia bangga bila orang ternganga tengok hebat nya dia
Mungkin dia rasa dia orang terkaya di abad ini.
Orang terbahagia.
Biar
Biar
Biarlah....
Mungkin esuk dia berubah, bertaubat...
Esuk dia lebih dekat dgn Tuhan berbanding kita
Mungkin diam2 dia duk mengumpul pahala dan mengikis dosa
Mungkin juga dia akan pulang menemui pencipta dgn keadaan yg lebih bersih dari kita.
Siapa pun x tau perancangan Tuhan.
Jangan sekali kali kita rasa kita lebih baik dari dia kerana kita tak buat apa dia buat tu.
Entah2 apa yg kita buat tapi orang tak nampak tu lagi banyak dosa dari apa yg dia buat.
Biarlah....
Dosa pahala orang tak payah kita pandai2 nak kira.
Dosa pahala kita yg penting buat kita.
Maka ....
Kalau kita nak tgok, kita tgok...
Kita tak nak tengok kita tutup TV
Kita tukar channel.
Kannnnn......

Wei anak negeri ku, dah solat lum?
Ulasan selari tu esuk pun tak habis.

Tuesday, January 17, 2017

Kos sara hidup

Agak2 berapa kos untuk hidup dalam sehari?
Pernah hitung tak?
Cuba kira.
Rm30 cukup?
Kira kecik besar perbelanjaan.
Semua.
Makan
Pakaian
Api air
Tenet
Ubat
Dandanan
Keraian
Minyak kereta
Tol
Astro
Apa apa lah asal kena bayar.
Berapa?
Saya dah kira.
Menakutkan.
Macam tak mampu la pulak nak tanggung diri sendiri.
Nasib baik masih ada orang tanggung, top up.
Kalau tidak....
Terpaksalah catu apa yg patut.

Monday, January 16, 2017

Perasan selebriti..segala benda nak cerita.

1. Mata masih tak sembuh.
    Takper, sabar dgn dugaan kecik ni.
    Hati tak pernah sembuh pun saya boleh sabar,
    ni kan hanya mata....

2. Kucing pindah sangkar baru.
    Lebih happy.
     Saya yg happy sebab senang sikit nak urus,
    ( bukan kucing yg happy.)
     Kucing bila dibebaskan baru happy.

3.Celebrate birthday anak teruna
   Makan makan kat rumah saja.
   Makan biasa biasa saja.
   Kek pun biasa biasa.
   Tapi selera anak negeri luar biasa.
    Licin walau baru jap tadi dah makan petang.

4.Hujan hari ni setelah beberapa hari panas.
    Kebetulan karpet kecik tu ada stain.
    Saya sabun, berus dan jemur bawah hujan lebat.
    Kebocoran langit memudahkan kerja saya.
    Petang ni panas.
    Kering karpet saya.
    Done.

Sekian laporan harian kehidupan saya hari ni.
Ok, bye.


Sunday, January 15, 2017

Pedih dan senak

Catatan hari ni.
Kosong.
Otak kosong
Beku
Jari beku
Kabur
Mata kabur tak leh type banyak sangat.
Sakit mata.
Si katak pisang pancut kencing kena mata.
Betullll...
Dah gi klinik.
Esuk2 ok lah tu.
Sekian terima kasih.
Sungguh la awakkk...Ni buktinya.
A picture paints a thousand words.

Friday, January 13, 2017

Bila dia mula bertanya

Kenapa mummy sakit?
Mata nya tepat memandang kedalam mata ku
Menanti jawapan
Soalan dia itu menikam jantung ku.
Menjadikan lidah kelu.
Masa memaksa aku segera cari jawapan.
Kenapa mummy sakit?
Kenapa grandmummy tak bagi ubat kat mummy?
Allah hu.
Allah hu Akhbar cucu ku.
Rupanya dia sudah besar.
Sudah maukan jawapan
Sudah maukan penjelasan.
Tapi dia belum cukup matang untuk hadam apa jua jalan cerita.
Kebenaran akan tambah membingungkan dia
Dia hanya mau tau
Mau jawapan mudah.
Sayang sekali aku tidak punya jawapan ringkas.
Tidak ada patah kata yg boleh menyembunyikan duka itu
Kenapa mummy sakit?
Tanya dia lagi....

Cucu,
Tuhan pilih mummy kamu untuk direhatkan.
Untuk di bersihkan segala dosa
Untuk digandakan pahala
Untuk persediaan menghuni syurga
Sakit atau sihat
Mummy kamu sangat sayangkan kamu
Kamu membesarlah sebagai anak yg baik
Sentiasa doakan yg terbaik buat mummy kamu
Semoga Tuhan permudahkan urusan dia
Nanti mummy kamu tunggu kamu di pintu syurga
Membayar hutang peluk cium buat kamu berdua
Kongsi kasih sayang yg terkumpul buat kamu,
 yg terhimpun sekian lama didalam dada dia.
Kamu jadilah anak yg soleh dan tidak derhaka
Rindu kamu akan terubat nanti,
Kalau tidak di dunia, di akhirat rindu terlerai jua

Seharusnya itu penjelasan ku.
Tapi bila ku pegang bahu cucu,
Ku peluk erat seakan mewakili pelukan mummy nya.
Ku usap kepala anak yg tak tau apa apa.
Dan aku beritau dia...
Iyaad, mummy penat kerja, penat sangat2.
Biarlah mummy iyaad tidor,
Kita jangan ganggu dia ok.

Iyaad faham
Iyaad melepaskan pelukan saya
Dia sapu lengan mummy perlahan.
" Mummy, good night...mummy tidor lah"

Esuk2 dia akan bertanya lagi, dan lagi ,dan lagi...
Cepatlah dewasa Iyaad kerana bila kamu sudah boleh memahami kehidupan,
Grandmummy akan kongsi resah yg sudah lama di pendam.

Anak bulus

Kenit, Cotton dan Oreo.
Harap2 panjang umur.
Biarpun hanya kucing biasa biasa,
Saya nak bela mereka.
Kucing biasa lagi senang,
Tak de siapa nak curi.
Orang pun tak hingin.
Tapi
Kucing ni baby sangat lagi
Kesihatan tak ok
Berak cirit.
Kurus
Tak tau la kenapa.
Berdoa saja la agar kucing ni membesar dgn baik.
InsyaAllah.

Wednesday, January 11, 2017

Kekasih gelap ku.

Memang gelap.
Kalau hitam ok gak.
Ni kelabu asap campur kuning kotor.
Hodoh.
Gelap dan kusam.
Gelap pun gelap lah.
Tapi tetap sayang walau wajah mu x cantik.
Owk nama nya, singkatan dari Daud.
Ingatkan jantan sbb nampak manco.
Rupanya betina.
Maka nama bertukar jadi Norud
Nama manja la kiranya 'Owk' tu


Monday, January 9, 2017

Baru saya tahu kenapa rezeki dia kelat.

Saya upah 2 orang pembantu untuk kemas guest house saya.
Kira nak buat pembersihan tahunan.
In and out.
Sorang tu orang indon, sorang lagi warga tempatan.
Si minah indon ni laju jer buat kerja.
Si minah kampung ni macam siput, jalan pun melenggang gaya jalan2 di taman bunga gitu.
Si indon ni minum setenguk, sambung kerja.makan sambil buat kerja.
Si minah kampung ni makan minum di meja sambil mengadap tv dan komen2 artis lagi.
Hai la hati..berasap dah saya ni.
Nampak gaya tak adil sgt la saya ni
Upah sama banyak, kerja tak sama byk.
Suruh lap grill pintu, dia ambik masa berjam jam..
Suruh yg sorang lagi lap grill tingkap, dgn tingkap sekali di lap bersih, kering dan tak leh nak komen apa dah.
Wei sakit hati saya ni weii...
Kesian kat Si indon tu jugak.
Tak reti dah saya nak kata apa.
So at last, at the end of the day,
Saya panggil dua2 sekali, bagi upah seperti yang di janjikan.
Tapi depan2 Si kurang rajin tu saya bagi wang tambahan sebagai sagu hati kepada Si rajin.
Saya siap beritau dia yg saya berterima kasih kerana dia rajin dan ikhlas bekerja.
Yang sorang lagi tu diam membisu, saya pun malas nak cakap apa.
Orang malas tak murah rezeki.
Kalau perlu pembantu di lain kali, saya tak nak dia dah.
Biar dia muhasabah diri...
The moral of the story...
Orang malaysia ni suka manjakan diri sebab tak pernah hidup sepayah orang negara lain.
Tu pasal la ramai yg susah sedangkan peluang cari duit lebih ada di mana mana.

Saturday, January 7, 2017

Beginilah...

Masih rasa tak berapa sihat.
Tapi apa daya saya,
Tak sihat pun tak ada istilah mc buat saya.
Selagi hidup, tanggungjawap yg bergantungan perlu di bereskan
Ikut hati dan badan yg dah tua ni rasa nak tidor saja.
Nak baring, nak rehat sepenuhnya
Apa daya ku, apa daya ku..
Kebetulan hari ni perlu hantar dan ambik anak yg ada program dgn rakan sebaya.
Private nurse pula bercuti, maka kena selia kerja nurse pengganti.
Belum pasal nak jamu makan anak negeri tu.
Hadoiii...tak larat sangat2 dah saya ni.
Hari ni matahari keluar malu malu.
Maka saya berpesta jemur pakaian.
Kejap jemur, bila nampak mendung, angkat balik.
Ulang ulang...semput rasanya kejar mentari.
Binatang peliharaan perlu di urus juga.
Kucing yg hilang dah balik semula, kotor tak leh cerita.
Biarkan dulu, x kuasa nak mandikan dia.
Ini dah magrib, ada org janji nak datang petang tadi.
Saya punya lah tunggu, nak tidor pun tak boleh.
Tak datang datang...
Sakit nya hati selain sakit kepala makin menjadi jadi.
Sakit yg ditanggung sorang sorang.
Esuk gi klinik sorang sorang, tu pun kalau sempat.
Kalau tidak,
Panadol saja lah menjadi teman yg menyembuhkan.
Kepala mungkin sembuh, Hati tak sembuh2 jugak.

Friday, January 6, 2017

Tak sihat

Kepala berdenyut
Berat macam ada batu bata atas tengkok.
Leher rasa kejang.
Badan lesu.
Mata ngantuk.
Tido
Dan tido lagi
Makan ubat menyebabkan
Tido menjadi jadi.
Kerja bertimbun kena KIV.
Paksa diri selesaikan yg wajib
Tak larat nya...
Kalau acap macam ni susah lah
Sakit yg sedikit ini pun dah tergendala byk tugasan.
Kalau sakit yg berat macam mana?
Semoga Tuhan memberikan kesembuhan.
Sihat itu rezeki.
Allah mengetahui segala nya.

Wednesday, January 4, 2017

Mangsa Banjir

Cian dia larrr....
Hujan dah 2 hari tak berhenti.
Dia ni suka melawat kawasan, ngalahkan tok wakil gitu.
Hujan2 pun makan angin jauh dari sangkar.
Dah tu terkandas dlm hujan tak leh balik.
Berhujan la tu ..
Sampai dah kuyup,lenjun...
Rupanya dia ni bila bulu dah basah menampakkan badan,
kecik jer...
Kotor nya tak leh nak cakap, nak bantu bersihkan pun payah ni.
Harap2 esuk keluar mentari..
Kering sikit bulu2 tu.
Tu laaa...aku pesan suh duk diam2 dlm kandang ko tak dgr.
Ko keluar jugak...
Yang eluk cantik gebu gebas dah jadi camni.
Huduh tul!


Tuesday, January 3, 2017

Berlengkar mcm ular sawa. Ular sawa yg gemuk

Hujan lebat.
Sejuk
Sejuk
Sejuk
Hujan lebat
Lapar
Lapar
Lapar
Hujan lebat
Mengantuk
Tu pasal tak leh update blog panjang2...
Gud night.

Monday, January 2, 2017

Kalah Mat Jenin.

Setiap kali mata tak nak lena dan saya di landa kebosanan,
 mula la saya buat kerja tak berfaedah.
Sangat tak berfaedah.
Berangan.
Hari ni otak saya duk bayangkan yg mustahil.
Kaya.
Kalaulah saya kaya, sekaya Pak Arab tokey minyak di timur tengah...
Kalau lah kuasa beli saya limitless.
Apa yang saya nak beli untuk diri sendiri?
Tak mau cerita pasal buat kebajikan ke, derma ke..
Tak payah nak suruh org puji.
Nama pun angan2..
Biarkan otak bebas buat keputusan.
Ya, untuk diri sendiri, apa yang saya nak tapi di alam nyata ni memang mustahil saya akan dapat..
Agak2 apa yer...?
Jap pikir dulu...
Ok..wahai otak yg dipenuhi khayalan,
Untuk saya habiskan baki nyawa nanti..
Saya rasa saya nak sebuah rumah kecik tapi lengkap.
Tanpa bilik tapi tersusun cantik.
Satu ruang besar yg memuatkan semua aktiviti.
Ada ruang lepak, selesa dan segala kemudahan ada tersedia.
 ada katil yg selesa bersebelahan dgn ruang solat dan tempat berwudhuk,
Ada tandas yg mengikut citarasa saya
ada ruang dapur dan ruang makan di satu penjuru
Anjung luas, ada buai seperti katil untuk lena sejenak di petang hari.
Dinding rumah ni adalah pintu sorong kaca tanpa grill, biar luas pemandangan.
Biar dari rumah anak2, mereka boleh pantau keadaan saya.
Mana tau tiba2 terbaring kaku sorang sorang.
Dari luar dah boleh nampak.
Tidak perlu berselindung di balik dinding batu.
Langsir sekadar menutupi pandangan luar jika perlu sekali sekala.
Jika tak perlu saya nak bukak semua pintu kaca.
Biar udara beredar, cahaya mentari menjilat lantai
Saya mampu saksikan lebat hujan dan bintang di dada malam.
Rumah ni berada di antara rumah2 lain yg di huni anak2.
Ada sumber air semulajadi,anak sungai dalam taman persis taman firdausi.
Ada binatang peliharaan dan kicauan burung2 peliharaan.
Walau pagar tinggi, di luar nya ada serba serbi.
Klinik, kedai, masjid, pasar, pusat2 riadah dan perpustakaan.
Jiran?
Ada jiran. Perlu juga jiran.
Mati nanti perlu juga orang uruskan.
Kira jiran tu kawan ke masjid dan kelas2 mengaji quran.
Tanah kubur pun perlu dekat jugak.
Kannnn..?
Kalau saya sihat berpanjangan, saya perlu ada kereta untuk selesaikan urusan saya.
Perlu ada pembantu juga untuk membolehkan saya rehat dan beribadah .
Anak menantu dan cucu ada berdekatan itu membahagiakan.
Tapi bila ada ruang sendiri, mereka dan saya masing2 ada privesy.
Berapa juta nih?
Nak kena beli tanah se ekar dua dulu.
Bina rumah anak2 dan rumah idaman saya di situ.
Haduhh...tak pasal2 menyiksa otak nih!
Mata jeling jam dinding.
Dah pukul 2 pagi.
Padan la berangan angan tahap x masuk akal.
Dah la. Cukup!
Nak tutup suiz angan angan.
Nak ambil wudhuk. Nak solat tahajjud.
Nak tadah tangan dan berdoa semoga Tuhan ampuni dosa2 saya.
Cukuplah dgn apa yg dah ada,
Syukur Alhamdullilah.





Sunday, January 1, 2017

Buka buku baru kah hari ni?

Tak ada yg baru, semua masih serupa.
Datang la tahun apa pun, saya masih begini.
Cuma usia makin bertambah.
Amalan wallahualam bertambah ke tidak..
Jangan bertambah dosa dah.
Tapi mana ada orang tak berdosa.
Kalau pun bertambah dosa sebagai manusia,
Selagi belum mati kita bertaubat dan insaf lah
Harap2 begitu.
Bukan kerana tahun baru.tiap2 hari pun saya pesan pada diri sendiri.
Jadilah manusia yg tidak membebankn orang lain.
Jadilah manusia yg mudah memaafkan supaya hati lebih tenang
Jadilah manusia yg memudahkan orang lain, seperti lilin pun tak per.
Membakar diri sendiri demi menerangi hidup org lain.
Jadilah seorang yg pemurah, kerana rezeki adalah milik Tuhan.
Rezeki yg dikongsi akan berganda insyaAllah.
Jadilah anak atau menantu yang menyejukkan hati org tua
Jadilah ibu yg sentiasa mengutamakan anak2 biarpun tidak ibu mithali.
Jadilah isteri yang sentiasa cuba berbakti buat suami meskipun sudah sedia maklum saya bukan lah isteri yg terbaik di kehidupan ini.
Jadilah kakak,adik, darah daging yang sentiasa mampu untuk kongsi suka duka.
Jadilah kawan,sahabat, teman yang disenangi
Cubalah.
Kalau dah cuba tapi masih lagi disalah tafsir, itu kita serahkan kepada Allah.
Allah mengetahui niat yg terdetik dalam hati.
Jadi baik bukan untuk dipuji kerana hidup ini tetap diteruskan walau pun tak ada org puji.
Dan saya tak mati hanya kerana orang mengata, mengeji... Mati hanya bila Tuhan putusnya nyawa.
InsyaAllah langkah saya seterusnya hanya lah untuk menumpang di sudut dunia.
InsyaAllah segala nya kan baik2 belaka.
InsyaAllah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...