Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, March 31, 2019

Normal bagi saya ni...

Alhamdullilah.
Tekanan darah saya tak pernah terlebih tinggi lagi
Masih bertahan macam selalu
Tak kira la otak berserabut ke
Tak tidur malam ke
Silap makan ke
Tetap sama.
Syukur sangat2

Cuma yg tak tahan tu...
Mudah nak rendah tak pasal pasal
Kalau saya rasa blurr
Dahi berpeluh
Serba tak kena nak duduk ke nak diri
Mata macam berpinar
Tu tanda terlebih rendah la tu
Kalau tak cepat2 duduk, rendahkan kepala dan
cari benda manis, sweets ke..telan
Mau nya rebah, pitam
Dulu zaman sekolah selalu pengsan masa perhimpunan
Kalau di tempat orang ramai macam pesta apa2 ke,
mula la buat perangai..
Tu pasal tak de orang nak ajak saya keluar 
Sekarang tak macam tu.
Tak pernah sampai pitam kalau pun tekanan darah turun.
Dah tua2 ni pandai jaga
Tau signal dari badan dan cepat2 pulihkan.
Ni tekanan darah normal bagi saya.
Ada org cakap dah rendah ni
Tak.
Normal ni
Rendah bagi saya bila
90/60
Tu baru sah nak pitam!

Saturday, March 30, 2019

Ni tak best ni...

Bila makan di luar
Kadang kadang seronok.
Kadang kadang meloyakan.
Betul, ini yg saya rasa.
Baru ni saya ke Pantai.
Kawan2 duk cerita pasal maggi telor sotong la,
Mee celup la
Bihun sup  la
Mereka kata semua sedap2 dan murah.
Ok, saya nak cuba juga
Mungkin nasib saya tak sebaik nasib orang lain.
Frust sungguh sungguh!
 Dah duduk, dah order...
Kebetulan dia masak depan mata
.
Saya perhatikan proses masak tu
Itu silap saya.
Sepatutnya tak tengok supaya tak cuak.
Saya tengok dia sedang dokong anak..
Main dgn anak, pakaikan kasut kat kaki anak.
Pastu bila saya order kue tiaw sup, dia terus masak.
Dia ambik kue tiaw dalam mangkuk.
Dengan tangan tanpa alas
Bukan dgn senduk atau sepit.
Dengan tangan yg dia guna untuk pakaikan kasut di kaki anak nya tadi
What?
Betul ke saya tgok ni?
Dia potong kangkung, ambik dari plastik mcm baru beli dari pasar
Tak basuh, tak cuci dulu ke?
Letak itu ini dan siram kuah panas diatas bahan2 dlm mangkuk tu.
Taraaaa....dah siap.
Orang lain ambik bawa ke meja saya.
Hadoiii...dah loya tekak dah.
Bau sedap
Tapi tak leh telan.
Sorry,
Mungkin saya jenis banyak songgeh
Terlalu berkira
Nak ikut cara saya saja.
Entah lah, salah saya kot.
Saya bayar juga sbb dah order.
Tak kata apa
Dah siap minum dan makan pisang goreng saya ke kereta.
Tengok gerai dia, ramai jugak orang.
Laku
Mesti sedap
Sayang sekali bukan untuk saya
Tak nak pergi dah gerai tu.
Balik rumah makan apa yg ada.
Walau x sedap tapi terjamin bersih.
Tu pasal la kalau makan kat luar, jangan tgok lebih2.
Duk diam2 di meja dan tunggu orang hantar makanan.
Lebih baik begitu
Anak2 cakap mummy ni 'hard to please'
Fussy
Betul, silap saya.
Sorry for being me.

Friday, March 29, 2019

Usia

Dah di mamah usia
Tua sudah membalut setiap inci wajah dan badan.
Urat tulang sudah tidak sekuat dulu
Minda pun terjejas.

Masih banyak kah nyawa yg berbaki
Ataukah ajal sudah menghampiri?
Sebenarnya
Kehidupan bagi ku sudah lama berhenti
Tidak mengharapkan apa apa lagi
Tidak ada perancangan
Tidak mengharapkan apa apa
Sekadar menghabiskan baki usia sebaik mungkin.
Duhai hati.....
Sabarlah....tabah lah...

Thursday, March 28, 2019

Datang bawa bahagia


Kawan2 saya sejak dari bangku sekolah

Datang ziarah, gelak2, cerita2, makan2....
Happy sungguh
Ulasan selari 
Ulasan selari semua tajuk berita terkini
 Membawang.....bawang besar, bawang merah bawang putih....
Sharing perjalanan hidup,suka duka..
 Posing sakan, memang tak sah kalau tak posing
 Merakam memori dalam hati
Ingatan berpanjangan
 Bye bye, come again..u make me happy n I hope I make u all happy too.
Riuh mintak resipi tadi.
Ok ni dia resipi nya..
Bla bla bla bla....
Kalau gitau pun bukan u all buat punn...
Nak makan dtg sini, hani masakkan ....

Wednesday, March 27, 2019

Dah agak dah

Penyakit baru
Terjebak juga
Kakak2 mula tanam roses
Kawan2 duk cerita pasal roses
Kat media sosial pun byk duk ulas cara tanam roses
Yang paling best kata mak..
"Takper, boleh jer tanam roses sbb berduri, ular tak suka duri2 nih..."
That final words from mum is the turning point for me.
Maka...jeng jeng jengggg...!
Mula la buru roses
Baru sepasu dua nih
Cuba dulu
Entah pandai ke tidak bela roses
Kena  tuntut ilmu roses dulu nih
Siapa sanggup ajar saya?
Jae? Ha? Nick?Kakmoh? Kak? Ros? Cikngoh? Kaksom? Yati?
Pleaseee ajar daku k.

Tuesday, March 26, 2019

Sebulan baru siap.

Dah siap ubah suai laman.
Yes!
Happy sangat2
Setelah sebulan kerja rombakan taman mini saya,
Hari ni settle.
Tak ada dah taman mini...
Berganti sudut yg serba sederhana
Lebih lapang
Lebih luas ruang parking bila rakyat berkumpul
Di sudut ni wakaf lama di tempatkan
Boleh la duduk2 minum petang layan fikiran
Nampak agak kosong sebab kebanyakan tanaman saya dah sedekahkan
                                                       Tak apa, damai begini
 Yang tinggal hanya pokok bunga kertas
Masih berbunga walau terbiar.
Esuk nak trim dan letak baja


Sudut kaktus saya dah berubah juga
Memanafaatkan ruang tepi dinding ni
Di sini kaktus dpt pencahayaan yg baik.
Cuma risau tempias hujab nanti.
Matilah kaktus saya kalau di jeruk hujan.
So how?
Alhamdullilah.
Saya bangga pada diri sendiri.
Ni projek sulung semenjak arwah hubby meninggal.
Yes I can do it, I can handle it.
Terima kasih Tuhan kuatkan saya.
Tabahkan saya untuk terus melangkah sendirian.
Alone but not lonely...

Monday, March 25, 2019

Dia ku rindukan.

Nah kami,
Lena kah tido nya malam tadi?
Tenang kah dia?
Atau resah menyelimuti dia...
Hujan pagi ni Nah,
Tapi sejuk nya hanya sedikit.
Suram pagi ni menjadikan hati
teringat kan kamu..
Esuk sepatutnya kita bertukar senyum di masjid itu
Sepatutnya kita duduk berlaga lutut
Gelak2 dan jeling2
Sekali sekala lucu mu buat kami ketawa.
Nah,
Siapa yg akan bancuh air teh buat kami nanti
Siapa yg akan paksa kami makan juadan yg kamu hidang?
Cepatlah sembuh, kami doakan kesejahteraan mu.
Cepatlah bersama kami sekali lagi..
Tuhan ku...
Kawan kami ini tidak sihat hari ini..
Permudahkan lah penyembuhan dia..
Kembalikan kecerian dia..
Dan
Lapangkanlah dada kami untuk menerima perancangan Mu,
Kerana Kau lah sebaik baik perancang.
Aminn.

Sahabat baik saya dimasukkan ke hospital kelmarin.
Stroke. Tekanan darah tak terkawal.
Saya dan kawan2 rindu kehadiran dia.
Nah, kami semua sayang kamu.

Sunday, March 24, 2019

Kawan

Dari kecik sampai ke tua.
Dari sekolah rendah sampai sekarang
Masih berkawan.
Payah nak cari kawan sama susah sama senang.
Terima kasih Tuhan,
Persahabatan ini amat menyenangkan.
Dulu kini dan insyaAllah selamanya.

Saturday, March 23, 2019

Rupa2 nya...

Padan lah rasa penat sangat sangat,
Rasa letih semacam.
Kalau boleh nak tidor jer.
Kepala macam berdenyut
Badan lesu
Sakit2 sendi tulang.
Ingatkan sebab saya byk duk mengemas laman,
Angkat pasu ubah kedudukan pokok2 tanaman.
Ingatkan over worked.
Rupanya...
Saya demam.
Boleh pulak x tau diri sendiri demam.
Pelik tul!
Gi klinik kerana letih sgt mana tau kot2 kencing manis ke..
Rupanya demam!
Ekoran dari sakit telinga beberapa hari lepas.
Ada kudis dlm telinga, dah gi klinik dah..
Mungkin infection tu yg bawak ke demam.
Bila tak tau diri demam cuba gagahkan diri buat kerja,
mulala badan mogok lawan tokey.
Kepala pening dan anggota badan lain rasa stiff.
Saya salahkan proses angkat pasu berat
Salahkan cuci longkang
Salahkan kemas laman seharian.
Rupanya semua ni tak jadi masaalah kalau saya tak demam
Kenapala demam masa kerja byk gini?
Jadinya hari ni macam mana?
Kerja masih bertimbun.
Mustahil nak rehat tapi ni, nak subuh ni..
Saya masih terbaring layan blog.
Selalunya kalau saya layan blog, kerja rumah dah siap.
Kul 4 dah bangun masuk ofis, settle kerja rutin dulu baru solat subuh.
Lepas subuh relax layan blog dan sbgainya.
Ni apa hal ni.....
Seram sejuk dan masih berselimut.
Tak nak demam...
Tak nak demam....
Go away demam!

Friday, March 22, 2019

Letih sungguh!

Tak tau nak share cerita apa.
Terlalu sibuk hari ni
Nak rehat
Esuk jer la saya share apa apa.
Kepala pun sakit nih
Tidor dulu lah.
Bye bye.

Thursday, March 21, 2019

Aktiviti wajib hari ni.

Saya duk sorang sorang
Kawan2 geng masjid belum sampai
Awal lagi pun
Saja datang awal
Solat dhuha di masjid sambil tunggu aktiviti bermula
Duk sorang sorang di sudut kegemaran
Memerhatikan orang
Gelagat orang
Ramai yang sebaya saya
Ramai juga yg lebih tua
Yang muda2 mungkin masa tidak mengizinkan mereka hadir di sini
Saya masa muda dulu pun macam tu
Sibuk memanjang dgn kerja dunia
Kalau free pun tak terfikir nak ke masjid
Jahil
La ni pun masih jahil cuma syukur lebih insaf dari dulu.
Syukur alhamdullilah
Kawan2 saya memberi pengaruh yg baik
Itu pentingnya kita pastikan dengan siapa kita berkawan
Kawan yg baik menarik kita ke arah yg betul.
Terima kasih Tuhan kerana hadirkan mereka dalam kehidupan saya.
Bila selalu ke sini saya juga dapat kawan baru
Boleh kongsi masa dan ruang dgn kawan2 baru seronok juga.
Terbawak bawak hingga ke luar masjid
Kamceng.

Beginilah hari hari seorang yg dah tua macam saya
Aktiviti yang sinonim dgn usia
Bahagia begini

Wednesday, March 20, 2019

Budget lari

Betul kata orang..
Tak cuba tak tau.
Dah cuba, jadikan pengalaman itu sebagai panduan.
Pertama kali saya urus sendiri renovation ni.
Pertama kali berurusan dengan tukang paip
tukang besi, tukang letrik dan sebagainya.
Sekarang dah tau.
Kena sedia duit lebih dari anggaran.
Penting.
Ingat tu.
Mula2 projek jalan ok lagi
Lepas tu ada saja penambahan
Kerja2 yg tak ada dalam senarai jadi tersenarai
Tambah kerja tambah kos upah
Tambah kos bahan
Tambah masa
Tambah pening saya dibuatnya!
Takper, sekarang saya tau
Lain kali stick to origenal plan.
Memandai la tukang2 ni pengaruhi keputusan saya.
Tak pasal2 bila kira semua tolak campur darab....
Tau berapa kos semua nya?
Sekali ganda.
Haiyalaaaaaa......!
Senak otak saya.nyesal pun ada.
Tapi kerja dah bermula dan dah nak siap dah.
Hentam saja la labu.
Lepas ni kalau nak buat projek apa2, kena hitam putih, bertulis.
Kena kira kos dan agree kedua pihak.
Jangan dengar godaan tukang2
Jangan
hai la belalang, nasib kau la belalanggg....

Tuesday, March 19, 2019

Kepalsuan

Sebelum merapu panjang lebar, ni nak beritau ni..
Foto yg saya kongsi ni foto yg dah saya edit.
Tu pasal la nampak lain benar dari wajah semulajadi.
Nampak jauh lebih muda..hehehehe
Kan?

Sebenarnya saya x pandai sangat benda2 baru ni
Edit mengedit
Tapi gemar mencuba
Nak edit muka orang lain kang kena saman
Takperlah, edit muka sendiri
Rupa rupa nya
Zaman sekarang segalanya palsu
Segalanya boleh di palsukan
Dalam media sosial boleh lah
Tapi bila di alam nyata, kebenaran terserlah
Yang berparut nyata parut nya
Yang kulit gelap tetap gelap
Yang tua kedut merata rata
Yang mata juling, juling lah sejuling julingnya.
Biarlah
Huduh pun huduh lah
Saya memilih untuk kekal begitu
Kebenaran itu pahit tapi lebih baik dari menipu..
Tua pun tua lah
Saya redha

Jadinya...sekarang ni kalau tengok foto sahaja jangan percaya
Jangan cepat nak nilai
Wajah terakam di edit, di ubah dan dijadikan sempurna.
Singa pun boleh bertukar jadi kucing yg manja.
Topeng semua tu....
Nak tgok yg asli?
Jap saya belanja foto tuan tanah yg asli, yg serba kekurangan.
Cakap la nak cakap apa, takper, saya terima kekurangan saya.
Tak menjadi kudis pun.
Ni dia.....
Hahaha.....
Jangan marahhhh....
Nanti kena jual!

Monday, March 18, 2019

Terima kasih masa.

Buat seorang sahabat yg dulu nya sangat rapat di hati, tetapi amat mengejutkan bila berjumpa semula dan dia seperti seorang yg tak pernah ku kenal. Mungkin kerana dia orang hebat dan aku hanya orang biasa2 saja maka segalanya berubah..Tidak apalah, saya tidak berkecil hati, bukan salah dia, salah masa yg merubah segalanya..

MASA BUKAN HANYA MERUBAH
WAJAH,
MERUBAH USIA,
MASA TURUT MERUBAH
HATI
MERUBAH SEGALANYA.

 AKU MASIH KENAL
WAJAH MU
SENYUM MU
SUARA MU
AKU MASIH INGAT SEGALANYA
TENTANG KAMU.
TIDAK LUPA.

TAPI
AKU SUDAH TIDAK KENAL HATI MU,
BANYAK BENAR KAU BERUBAH.
'KITA' SUDAH JADI SEJARAH.
'KAMU' BUKAN LAGI KAMU 
YG DULU.

KEJAM NYA MASA KERANA
MENJARAKKAN KITA,
MENJADIKAN KITA
SEPERTI ORANG ASING YANG
TIDAK PERNAH BERKONGSI RASA.

TIBALAH JUA MASA
UNTUK AKU
LUPAKAN NAMA ITU, WAJAH ITU DAN
KENANGAN LAMA.
ANGGAPLAH
MASA TIDAK PERNAH TEMUKAN KITA
DAN KITA TIDAK AKAN BERTEMU SEKALI LAGI
SELAMANYA.

Lebih baik begitu kerana hati tidak akan terluka.
Maafkan aku kerana bila usia ku makin tua, aku jadi insan yg cepat terasa.
Terima kasih 'Sang Pelangi senja'
Dan
Selamat tinggal kelmarin.



Sunday, March 17, 2019

Tetiba pungut anak orang buang.

Alahai..
Kes kesian
Dua ketul ni wajah mintak simpati
Walau niat dah tak nak bela kucing baru tapi
kalah pada paksaan hati
Siapa sanggup biarkan mereka berselimutkan kesejukan malam ?
Siapa sanggup tgok mereka tak ada tuan?
Tak apalah, saya bela dulu
Nanti dah besar saya lepaskan.
Kalau dia orang nak duk sini juga boleh aje
.Tengok camna nanti
Nama?
Ok, kerana sementara ni mereka duk temankan saya di dapur,
maka nama mestilah sesuai dgn tempat.
Yang atas tu SUDU
Yang bawah tu GARPU.
Ok tak ?
Mula tu nak letak nama 'pungut' dan 'kutip'
Tapi tak sampai hati.
Zalim sungguh bunyi nya.
Well now Sudu and Garpu, please behave.
Try to adapt
Learn to use the sand as your toilet.
And please stop crying all night.
Bising tul malam tadi.
Ke kau nak tidor di kaki lima kedai sekali lagi?
Cuba la bising lagi kalu brani!


Saturday, March 16, 2019

Penempatan sementara

Nak letak kat mana pokok2 ni?
Mereka perlu matahari
Kerja pengubahsuaian laman belun siap lagi
Sakit mata tengok pokok2 ni bersepah depan rumah
Tadi saya alih pasu2 tu ke sudut depan porch
Demi mendapatkan cahaya direct.
Pokok2 tu sedang berbunga
Kalau duk tempat terlindung taknak keluar bunga nanti.
Sakit urat wei, duk heret pasu2 ni.
Tapi demi pokok2 bunga terpaksa buat juga.
Penempatan sementara saja ni
Siap kawasan baru nanti berpindah randah lagi lah.
Sekali lagi sakit urat 
Sekali lagi peluh lenjun.
Dah minat kannn..
Sabo jer laaaa...


Friday, March 15, 2019

Dia happpy saya happy

Anis happy sungguh tadi
Syukur ya Tuhan.
Bila Anis happy, saya happy.
Abang2 dan kakak2 dia turut happy for her.
Everybody pun happy buat Si bongsu ni.
If only your papa were here.....Al fatihah buat papa.
Well Anis....
You have the right to enjoy your day.
Well done.
Jangan lupa sujud syukur dan solat hajat mohon doa
agar Tuhan permudahkan urusan selanjutnya..
Dalam kepayahan dan duka mummy yg bertimbun,
Tuhan hadiahkan kejayaan ini buat kita.
Mengubat hati kita
Bersyukurlah kerana Tuhan masih memandang kita.
Alhamdullilah.


Thursday, March 14, 2019

Kiriman dari Tuhan

Ni setongkol kasih sayang.
Nama dia Dayyan.
Rambut baru tumbuh semula.
Mata sepet
Berlesung pipit.
Suara dia memecah kesunyian.
Senyum dia menghiburkan.
Dayyan,
Terima kasih kerana hadir di sini
Mengubati hati.
Dayyan senyum memanjang.
Tengok kamera Dayyan terus berhenti senyum.
Alahai Dayyan, payahnya nak capture senyuman kamu!
Dayyan dengar sini grandmummy nak pesan.
Besar nanti senyuman itu akan buat hati gadis2 berbunga bunga.
Ramai lah peminat nanti...
Tapi ingat pesan nih,
Be a good boy ok.
Be a gentleman.
Be nice.
Haduuuuhhhh....Jangan nakal2 tau!
Jangan pecahkan hati anak dara orang, tak baik!
Senyuman awak tu Dayyan dah berjaya buat hati grandmummy tertawan.
Caaaaaaayang Dayyan!

Rangka kenangan


Dulu di sini berdiri sebuah taman
Ruang sarat tumbuhan
Sejuk mata memandang.
Hari ni di sini
Hanya ada kerikil pasir dan debu simen
Kerja2 pengubahsuaian
Lapang tanpa seurat sayang
Di minda belum bercambah idea baru
Belum tau apa susun aturnya nanti
Nak letak apa di mana..
Nak susun bagaimana...
Biarlah masa menentukan nya
Dah siap nanti akan ku cuba susun atur
Sabarlah pasu2 dan pohon2...
menanti tempat mendarat
Menunggu sudut baru untuk bercanda dgn mentari.
Sementara tu...
Kita berhibur dengan suara bahan binaan yg dibuang
dan yg dipasang semula...
Kita bermain dengan debu dan habuk
Lambat lagi ke ni Encik Tukang?

Tuesday, March 12, 2019

Projek paksa rela.

Dah hampir siap renovation di laman rumah saya tu.
Taman mini saya dah jadi sejarah.
Kolam ikan juga hanya ada dlm foto
Wakaf melepas lelah masih ada cuma berubah rupa.
Semua orang yg singgah sini cakap nampak lebih luas.
Lebih lapang..
Memang la betul lebih lapang begini  tapi
dah tak ada hiburan buat saya.
Tak ada dah pokok2 rimbun untuk saya bela dan jaga
Rumput dah bertukar jadi tiles, mana nak cantik?
Biarlah...
Terima saja kesudahan yg begini
Demi peace of mind semua orang.
Nanti betul2 siap, saya share foto.
Sekarang tak leh share...mcm kapal pecah!
Cepat la siap.....
Dah tak sabar nak mengemas.
Rimas mata memandang.

Monday, March 11, 2019

Maaf mak, saya terpaksa menipu

Saya tipu che.
Tipu sunat. Terpaksa.
Che hari2 duk risau takut kehadiran dia menyusahkan saya.
Ala che, relax la...
Pantang dia tengok saya acap keluar masuk rumah,
Mula lah dia cakap
" Sian Nie, penat la che ada duk sini.."
Ada ke macam tu..
Saya ni memang macam ni
Sentiasa nampak kalut, sentiasa nampak byk kerja
Walhal tak pun.
Berbalik pasal saya tipu mak.
Macam ni ceritanya.
Mak nak makan nasi goreng buat breakfast.
Dia suruh saya belikan yg dah siap di jual kat pasar tu.
Takyah masak la nie, che sorang jer, beli jer sebungkus.
Ok, no problem.
Che kat dalam bilik sedang baca quran.
Saya diam2 ke dapur, goreng nasi.
Dah siap saya bungkus eluk2 mcm yg orang jual tu.
Letak atas meja. Settle.
Che masuk untuk makan, berselera che makan.
"Siapa jual nasi goreng ni? Sedap, lauk macam2 ada. Beli kat mana?".
Sambil mengadap sinki saya jawap ringkas
"Kat pasar tu laà, makcik yg biasa jual tu"
Tak nak pandang mata che, takut dosa cakap menipu.
Habis che makan.
"Sedap la, lain kali nak suruh Si Ashraf(Ashraf tu cucu mak yg ada kat umah mak) gi beli.
Aaa...sudahhhh....!
Camna ni?

Sunday, March 10, 2019

Terhibur dgn mereka ni...

Cerita abang ipar saya.
Kakak saya cakap, abg ipar suka bakar sampah.
Pantang turun ke laman rumah, mula lah kumpul daun kering dan bakar.
Masaalah nya dia pelupa.
Lepas bakar sampah di musim panas begini dia lupa nak padamkan.
Merebak lah, terbakar habis pokok2 tanaman.
Sib baik ada org tgok, tlg padamkan.
Kakak marah, bising, perang tak pasal2
Ada sekali tu waktu abang ipar bakar sampah,
kedengaran azan zohor.
Memecut dia ke masjid.
Kalut anak isteri dan jiran tetangga padamkan api.
Nasib baik juga kali ni, x sempat merebak.
Perang lagi la jawap nya..
Kakak saya dah puas larang tapi abang ipar tak nak dengar.
Kalau dia turun ke laman, mesti dia nak mulakan api.
Dengan niat nak bakar sikit jer...
Pastu lupa...
Sekarang ni kalau kakak saya nampak abg ipar turun ke laman,
kakak saya ready dah tadah air...
Anak2 pun ready nak jadi bomba.
Jiran2 pun ready jugak
Semua orang ready.

Dengar cerita dari kakak ni rasa nak tergelak la pulak.
Ada saja benda yg boleh buat mereka perang dunia ke3.
Dah tua2, duk berdua tu mcm2 perangai timbul.
Begitulah cara pasangan lama berkasih sayang.
Bahagia cara tersendiri.
Lucu la abang ipar saya semenjak dia pencen ni.
Hai la abang, dah dah la membakar sampah tu..
Kalau nak cari tajuk nak berperang dgn kakak pun cari lah tajuk lain.
Tajuk kirim benda lain beli benda lain ke..
Tajuk tunggu tempat lain, gi cari tempat lain ke..
Tajuk balik sorang2 dari masjid, bini tertinggal di masjid ke..
Kan tu punca nak perang semua tu...
Ke dah biasa sgt dah semua tajuk diatas tu?

Saturday, March 9, 2019

Hikmah

Bila mak sakit dan ada di rumah ni,
Suasana rumah meriah.
Alhamdullilah.
Tamu dtg ziarah mak turun naik.
Bilik2 yg ada ni penuh berpenghuni.
Malam tadi macam raya,
Kul 12 masih riuh rendah
Makan minum bercerita
Hiburkan mak.
Teman mak.
Saya kul 3 baru lelap.
Terus lena sbb penat.
Lama dah saya ni payah nak lena.
Kadang x tidur sampai pagi.
Hikmah mak ada
Sedap tidur
Bangun subuh tadi segar bugar.
Syukur ya Allah.
Fainnamaal usri yusra
Inna maal usri yusra.
Yakin begitu
Dalam susah ada senang.

Friday, March 8, 2019

Alahai mak


Mak jatuh
Mata mak memang x berapa nampak.
Tersembam.
Tak pasal2 kena x ray.
Sabar mak.
Tuhan uji sikit jer tu.
Redha.

Wednesday, March 6, 2019

Macam ada daya magnet...

Tak kira lah kerajaan mana yg memerintah
Satu jer saya nak pesan.
Tolong...
Tolong lah...
Jangan biarkan kedai 'Mr diy' bukak cawangan banyak sangat.
Daiso pun cukup 1 saja
Kaison pun kena hadkan 
Kedai2 ekonomi jangan sampai merata tempat ada
Seksa tau!
Sangat seksa bagi orang macam saya.
Tengok jer kedai2 barangan hiasan rumah macam ni,
Sudahhhhhh...!
Mulalah penyakit dari muda sampai ke tua melanda.
Penyakit kumpul hiasan murah2
Itu ini semua berkenan
Kalau melintas jer depan kedai2 begini kaki mesti durhaka pada minda
"Nak tengok tengok jer...."
Itu alasan basi, x leh caya!
Tau2 keluar nanti bimbit kiri kanan.
Hai la Pemerintah negeri ku,
Tolong laaa......
Tutup terus la kedai2 begini
Jimat sikit duit saya
Kedai2 hiasan rumah yg mahal2 takper, bukak byk2 pun tak per....
Saya tak terliur pun
Yang menyakitkan hati ni kedai2 yg jual hiasan murah2
Geram tau!
Tadi singgah di kedai mr diy
Tengok poster dinding ni
Rm12.90
Beli
Perlu ke?
Tak pun.
Saja berkenan sbb murah.
Tu dah gantung di dinding.
Cantik tak?
Mestila cantik kannn
Ada tak geng saya kat sini?
Elehhh, tak nak ngaku...

Monday, March 4, 2019

Koyak pulak hati hari ni..ish ish ishh!

Makin berusia makin sensitif.
Sungguh, saya macam tu.
Mudah benar terasa hati, jauh hati.
Cepat benar nak merajuk.
Tau lah tak ada yang nak pujuk pun, tapi tetap menjeruk hati.
Sebenarnya bukan mintak di sanjung di puja puji.
Cukuplah dihargai.
Tua2 ni cepat rasa hina.
Kalau saya tegur orang sekali dua, orang macam tak layan pun boleh buat hati terasa
Walhal dia bukan siapa2 dalam kehidupan saya pun.
Kalau kawan pulak, saya wassup panjang lebar,
Dia hanya jawap 'k'....
Saya tanya itu ini, dia hanya sediakan jawapan paling ringkas.
Tak ke dia nak bertanya khabar dan ambik tau pasal saya ni
Tak ke dia ada rasa ingin tahu?
Kalau yg rapat lagi lah saya cepat nak meletup.
Anak2 contoh nya.
Kalau saya pesan apa2, kalau boleh nak seperti yg di pesan.
Tiba2 balik cakap lupa beli, atau pun beli benda lain..
Payah parking laa
Kedai x bukak laa..
Byk alasan nya..
Terasa.
Memang terasa sbb saya ni sentiasa cuba yg terbaik untuk org2 yg saya syg.
Cuba sehabis daya permudahkan urusan orang
Sentiasa fikir nak gembirakan hati orang.
Sentiasa memberi...
Sekali sekala nak juga menerima
Nak juga rasa ada yg ambik peduli.
Haishhhhh! Apa saja yg saya merepek nih?
Tua tua jangan banyak kerenah.
Orang dari benci jadi meluat.
Dari meluat jadi menyampah.
Tak ada orang sayang itu lebih baik dari ada orang benci.
Mokcik hani, cer jangan pikir lebih2...
Biaq pi la orang sayang ke tidak..
Kita ni hidup bukan nak puaskan hati semua orang.
Cukupla redha Tuhan buat kita.

Sunday, March 3, 2019

Negeri ku rakyat ku...

Apa yg buat saya happy?
Happy bila..
Penuh kereta depan rumah.
Bersusun selipar kasut di tangga
Bilik penuh berpenghuni
Depan tv nak duduk kena booking.
Atas meja makan silih berganti hidangan.
Mesin basuh tak leh rehat
Singki sentiasa basah.
Suara2 memenuhi ruang.
Happy.
Tanda saya happy?
Mulut tak berenti pot pet pot pet.
Kucing dah mula tutup telinga
Saman dikeluarkan setiap jam
Tazkirah pagi petang
Tak Jumaat pun khutbah.
Duk dalam toilet pun masih sempat bagi arahan.
Tu tanda saya happy.
Bukan payah pun nak buat saya happy
Tak perlu beg tangan berjenama
Tak perlu percutian ke hujung dunia
Tak perlu I lab u setiap masa.
Tak perlu begitu...
Cukuplah bila
rakyat jelata yg macam2 peel ada bersama.

Saturday, March 2, 2019

Sudut untuk Si Duri.

Walau pun taman mini saya dah dimusnahkan,
Sudut kaktus saya masih ada.
Cuma berubah tempat.
Kalau dulu di sebelah pintu utama,
sekarang jauh di sebelah sana.
Hati agak terubat bila masih ada kaktus ni
Baru sangat saya mula kumpul kaktus
Sayang kalau nak hapuskan juga.
Lagipun Si Panjang tak suka kaktus.
Tu kata orang, ya ke tidak tak tau.
Harap2 begitu lah..
Saya dah susun semula kaktus2 tu di sudut ni.
This is the best I can do.
Wahai Si Panjang,
Jangan la ganggu aku lagi..
Pergi main jauh jauh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...