Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, January 3, 2022

'Payoh Baso' itu saya.

Hai lah Pantai Cahaya Bulan.

Mungkin saya yang jenis berkira.
Bukan bab harga, mahal pun takper.
Janji bersih.
Yes. BERSIH.
Kali ni kena lagi.
PCB nama mu indah tapi kedai makan mu tak seindah itu.
Saya ni saja jer rasa nak cuba, terliur juga tengok pameran makanan di sepanjang pantai tu.
Yang saya pesan sampai ke meja.
Semangkuk kerabu maggi.
Selamber jer dia bawak ke meja dengan memegang mangkuk tu tanpa dulang.
Entah2 tercelup jari dalam maggi.
Loya la pulak.
Mangkuk plastik yang digunakan seperti mangkuk pinggan mainan. Ringan dan kualiti plastik entah sesuai untuk letak makanan manusia ke tidak.
Air kelapa sampai ke meja lebih dulu.
Gelas kelabu kekuningan.
Ada daki air lagi di permukaan gelas.
Apa salahnya guna kaca atau beli gelas baru saja.
Plastik pun tak apa asal nampak putih cerah bersih.
Paling tidak guna gelas pakai buang, pinggan pakai buang.
Terliur tengok goreng gorengan yang tersusun didepan kedai.
Pilihlah beberapa cucuk fishball, crabstick dan yg sewaktu dengan nya.
Tuan kedai goreng semula.
Terkejut tengok minyak.
Hitam pekat.
Bila makanan hinggap di bibir rasa pahit pahit sikit.
Sah kes minyak.
Adakah pegawai dari jab kesihatan tak memantau kedai2 di sini?
Sayang sungguh..pengunjung pantai ramai.
Kalau ditambah baik mesti tambah meriah.
Harga ok la..semangkuk kerabu maggi, beberapa cucuk fishball, air kelapa dan air kelapa float hanya rm26.
Lain kali nak cuba kedai sebelah pulak.
Support kedai melayu kannnnn
Nak niaga kena la ikhlas.
Please lar...cuba ubah.

 Kepada yang kata saya cerewet, betul. Bab kebersihan memang saya cerewet. Ke nak sindir kenapa saya tak makan di restoren 5 bintang saja?
 Ni jawapan nya..Hellooo....awak,
Saya ni gerai tepi jalan pun saya kunjungi, makanan atas kereta tolak  pun saya boleh hadam, makanan yg dijaja di traffik light pun saya beli. Saya tak siasat apa yang saya tak nampak. Tapi kalau dah depan mata saya macam tu..hmm entah lah! Betul kot saya ni ' Payoh baso'.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...