Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, January 2, 2023

Hari pertama yang duka

 Selamat tahun baru. Hari ni ke klinik ambil result check darah..Bila masuk jumpa doktor hati pecah seribu...Ulasan dari doktor tu menyedarkan saya yang masa sihat saya dah berlalu. Saya harus redha menghadapi esuk dengan usia tua yang ada keuzurannya. Biasalah dah tua penyakit datang bertamu..Ini bukan bertamu dah ni, ini bermukim.

Maka hari ni 1 Jan 2023 saya mula terpaksa makan ubat. Makan ubat secara wajib sepanjang umur masih ada..Ubat hanya untuk menghalang jadi bertambah buruk. Ikhtiar dan doa sajalah yg mampu saya buat..Untuk kembali sihat seperti zaman muda sah mustahil. Tidak bertambah uzur dah kira terbaik..

Saya ok. Redha. Syukur kerana tahu lebih baik dari tidak tahu..Cuma saya sebagai manusia biasa yg punya kelemahan ni rasa nak luah perasaan sedih. Sedih kerana saya bersendirian hadap semua ni. Nak mengadu pun hanya pada blog. Yang mampu saya buat hanyalah pujuk diri sendiri.

Anak menantu? Mereka adalah org terakhir yg akan saya cerita pasal keuzuran saya. Saya tak nak mereka risau. Saya sentiasa akan pamerkan diri saya yg kuat, sihat, boleh urus segalanya sendiri. Berlakon pun berlakonlah..Demi melihat anak2 bahagia, ceria dan tidakcrisau pasal saya, saya akan terus kunci mulut. Yang terpamer hanyalah senyuman....

Ok, panjang lebar dah saya merapu pagi ni. Subuh belum tiba lagi..rumah senyap sunyi. Semua masih tidur. Setakat ni dulu. Saya nak menangis puas2 supaya bila azan subuh keudara nanti saya dah lega dan dah boleh pamer wajah tanpa masaalah saya kepada anak menantu.

Sekian. Salam subuh.

1 comment:

Warisan Petani said...

Selamat tahun baharu 2023
Semoga dianugerahi keafiatan yang berpanjangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...