Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, April 29, 2023

Cerita kita

 Dah acap saya mengalah.

Dah berapa kali saya hampir nak tamatkan cerita tapi sambung semula.

Tapi apa yang saya buat tidak merubah keadaan.

Masih macam tu

Dan saya pun masih menjeruk hati.

Kali ni saya harap saya kuat.

Saya dah taknak seksa diri saya hanya untuk jaga hati orang.

Saya dah cukup terhina dah.

Harga diri saya dah di tapak kaki dah.

Cukup cukuplah.

Sabar saya ada had juga.

Sabar bukan sampai jadi bodoh!

Awak buatlah apa awak suka asal jangan libatkan saya lagi.

Hiduplah dgn cara awak jika itu membahagiakan awak.

Tentang saya awak jangan risau, tau la saya nak bahagia cara saya.

Saya tidak bersendiri. Tuhan ada.

Yakin.




Tuesday, April 25, 2023

Tak suka

 Ini yang paling saya tak suka ni.

Sorang demi sorang mula keluar dari sarang.

Rumah kembali sepi.

Hari ni di sini tiada lagi yang pulang beraya kelmarin.

Bilik dah kosong.

Dahctak berebut tandas

Meja makan dah kosong

Ruang keluarga dah sepi.

Benci! Tak suka!

Saya nak tidor saja hari ni.

Nak pejam mata lama lama

Malas nak tengok ruang kosong begini.

Ok, gud nite ( sekarang kul 10 pagi)




Anak2 saudara

Kalau tak raya payah nak bertemu dgn mereka
Setahun sekali mereka tak lupa singgah.
Mereka tak lupa ibu saudara yang dah tua ni.
Terima kasih la anak2 saudaraku.

 Anak saudaraku dah dewasa semuanya
La ni cucu cucu saudara pula yg menjadi penawar hati.
Ramai. Lupa nama.
Dah tu konpius yg mana anak siapa.
Maklumla tok sedara kamu ni dah tua.

Sunday, April 23, 2023

Posing wajib 1st Syawal.

Mula tu semua pun control ayu..

 Dah mula dah
End result jadi macam ni.

Apa apa lah janji kami happy cara kami. Beraya cara kami. 

Saturday, April 22, 2023

Raya raya raya...

Last iftar

 Chef2 import sedang berjuang

Kaum adam membakar sate

Bunga api. Ni anak ke bapak yg nak main ni?

Friday, April 21, 2023

Dugaan menjelang Syawal

 Tengah kalut nak sambut raya tiba tiba bunyi kuat mcm meletup dari dalam tandas. Memang letupan pun. Tile di dinding tandas tu jatuh bertaburan. Tak tau kenapa. Memang wrong timing nih! Dah la rakyat negeri balik penuh rumah nak beraya. Tandas pulak kena buh tanda ' no entry'. Betul la masih ada 3 lagi tandas lain tapi tandas ni adalah tandas yg paling digemari pengunjung. Berebut tandas ni la sokmo nya.

Baiki? Lepas raya baru tukang boleh datang baiki. Habis tu? Hadap jer lahhh...

Astaqfirullahilazim..Saya bukan nak komplen atau tak mensyukuri nikmat Tuhan lainnya..Saya hanya nak share jer...Betul lah, musim raya ni kita kena bersyukur kerana boleh berkumpul anak beranak, boleh masak dan makan. Mampu lagi beli baju baru buat anak cucu. Alhamdullilah. Ni hanya sedikit saja ujian kesabaran buat saya..Saya redha. Semoga Syawal bawa lebih byk rahmat dari allah.

SELAMAT HARI RAYA.



Wednesday, April 19, 2023

Tuhan permudahkanlah!

Tiba tiba tiub PEG Ja tercabut.
Mau tak kalut.
Saya tak tau apa nak buat.

Macam mana nak feeding Ja nanti?
Lapar la Ja.
Call hospital pun dia kata tak boleh pasang mlm ni, kena tunggu pakar esuk nanti
Tu pun kul 10 baru boleh buat.
Pastu what to do?
Ke hulu ke hilir saya gi cari doktor
Entah2 ada solution lain.
Tuhan melihat
Tuhan mendengar.
Tuhan kasihan belas.
Dihadirkan Dr seri buana sekeluarga
Datang rumah lepas terawikh.
Masukkan tiub sementara
Ja dpt kami feeding.
Walau guna alat 'apa ada' saja Ja tidak lapar.
Saya lega
Private nurse Ema pun dah datang utk kerja overtime.
Sian ema, gopoh gapah dtg utk jaga Ja mlm ni.
Siang nanti Ja akan ke hospital.
Tuhan, permudahkanlah urusan Ja nanti
Permudahkanlah urusan saya juga
Esuk lusa dah nak raya Ja...
Ja hold on k
InsyaAllah kita kan baik2 saja kerana
TUHAN ADA.

 

Tuesday, April 18, 2023

27 Ramadhan

 Nurse cuti lagi hari ni

Dah la dekat nak raya

Kerja bersusun perlu dibereskan.

Semua kena hold dulu.

Aiseymann...

Sahur pagi ni..

Tolong habiskan 'Nasi Khomok Kai' yg saya masak utk berbuka semalam..Goreng donut segera tapi tak selera la pulak. Donut ni bakal jadi makanan tong sampah nampaknya.

Benda wajib waktu sahur adalah 'telan ubat'. Pagi ni lebih sikit ubatnya. Rasa tak sedap kepala, berdenyut dari marin. Jadi tambah panadol dan tambah ubat sakit urat juga. Bahu dah macam robot..Sakit sungguh!

Monday, April 17, 2023

Takoooot

 Malam tadi selepas terawikh ada jiran nampak.

Seekor ular masuk dalam kawasan rumah saya.

Allah hu Akhbar.

Bila jiran tu beritau saya begitu, hati saya rasa sangat tak keruan

Takot

Seram

Risau

Jadi macammana?

Nak cari pun tak tau dia menyorok dimana

Nak duk kat luar rumah dah mula takut.

Nak siram pokok rasa tak berani

Nak bagi kucing makan pun kemain hati hati.

Sampai bila begini?

Saya hanya mampu berdoa semoga ular tu dah keluar dengan sendirinya

Tahu masuk tahulah keluar.

Kalau tak?

Huhuhuhuuuu...Jgn masuk dlm rumah dah!

Bau raya

Kalau lampu ni dah mula dinyalakan
Tandanya apa?

 

Menziarahimu

Suami..
Ramadhan sudah dihujung waktu
Syawal bakal menjelma
Sekali lagi kami beraya tanpamu
Tenanglah kau disini
Hati pecah setiap kali aku menghampiri pusaramu
Terasa bagai mau mengajakmu pulang
Aku rindu adanya kamu
Sangat2 rindu.



22 Ramadhan

Mentari di kaki senja
Sambil menunggu waktu berbuka
Ku intai mentari merah menyala

 

Wednesday, April 12, 2023

Menternak lemak

Tau makin berisi
Tau baju byk dah sendat
Tau bahaya untuk kesihatan.
Tapi malas nak usaha utk kurangkan timbangan
Malas nak cairkan lemak
Malas malas malas
Kalau diberi pilihan saya pilih untuk santai.
Duduk diam atas buai
Tenang...
Damai jiwa gitu
Nak panjat treadmill?
Takla.....

 

Tuesday, April 11, 2023

Serupa

Nya nurun la wei...
Sebijik supo abah dia.
Cara senyum cara jale
Cara kecek
Haishhhhh! 

 

Monday, April 10, 2023

Settle

 Masaalah simcard saya dah selesai. Senang cerita tukar nombor baru. Hari ni bermulalah penggunaan nombor baru. Harap2 nombor saya dah beredar di kalangan kenalan dan sanak saudara. Lega. Tak payah duk pikit pasal ni dah!

Hari bi byk masaalah yg selesai.Syukur Alhamdullilah.

2. Si Mahusin pembekal gas yg menghilang tu pun dah di ganti dengan pembekal gas lain. Settle masaalah pasal tong gas perlu di ganti.

3. Kereta pun dah bersih. Berhari hari duk cari tempat cuci kereta. Penuh panjang berbaris semua tempat carwash..Hari ni settle. Nak raya ni semua tempat pun orang ramai kan?

4. Biskut raya utk diagih kepada yg dlm senarai 'ingat' saya dah siap sedia dah..

5. Baju raya yg terlebih labuh dah ada tailor nak tlg baiki. Lega.

Otak yang baru ni tersumbat dah reda...Masaalah baru? Haduhh..ada la tu nanti. Bukan hidup namanya kalau tak ada masaalah. Tak gitu?


Thursday, April 6, 2023

15 Ramadhan.

Hari ni dah pertengahan Ramadhan.
Raya dah menghampiri.
Takut nak raya.
Ya betul.
Tu yang saya rasa
Takut 
Takut di hari raya nanti rindu menyesakkan dada.
Takut sepi menjadi pakaian raya
Takut air mata menjadi hidangan di pagi raya.
Semenjak dia meninggalkan saya,
saya hilang ceria di hari raya.

 Malam semalam sempat intai bulan. Indah tapi seperti bulan saya juga sendirian. Melayan hati sementara menanti azan subuh. 

Tuesday, April 4, 2023

Hati nyala lu lu

 Ya. Terbakar hangus hati.

Tak perlu cakap panjang panjang.

Cukuplah saya katakan yg saya dah muak, dah loya, dah nak termuntah dengan alasan2 yg direka reka itu..

Awak ingat saya ni bodoh? Tak faham2?

Faham sangat.

Enough.

Done.

Sampai disini saja kita. Tak hingin saya rosakkan ketenteraman minda saya dengan cuba bertahan.

Tak perlu. Awak pun bukan siapa2 bagi saya. Tak ada untung apa pun.

Betullah..Dulu arwah suami saya pernah suruh saya berhati hati kerana dia tau siapa awak sebenarnya. Tapi saya tak percaya.

Sekarang saya percaya.

Monday, April 3, 2023

Terima kasih Tuhan

 Masuk ke dapur nak masak.

Bukak dapur gas.

Dush!

Api seperti nak menyambarku.

Rupanya suis dapur gas tak tutup

Agaknya tersentuh dan terbuka tanpa sengaja tadi.

Gas berkumpul bawah tuala yg saya buat tutup dapur.

Bila angkat tuala tu dan ignite, terus jadi api.

Allah hu Akbar

Tuhan pelihara saya.

Nasib baik api tak menyambar diri

Nasib baik saya yg di dapur, kalau anak cucu?

Nasib baik tidak ada kecederaan apa apa

Tidak ada kerugian apa apa.

Takut. Sungguh saya takut.

Mengeletar..hampir luruh jantung.

Terima kasih Tuhan menjagaku.

Saturday, April 1, 2023

Belimbing

Rendam air garam semalaman.
Lepas tu jemur sampai kering.
Sedap
Macam buah asam yg kita beli dlm paket tu.
Cuba la buat.

 

Talian hayat

Bercupak ubat.
Penuh atas meja
Muda2 dulu akat make up takluk meja solek
La ni ubat dan segala jenis minyak urut bersusun di sudut tu
Takper..redha

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...