Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, April 21, 2023

Dugaan menjelang Syawal

 Tengah kalut nak sambut raya tiba tiba bunyi kuat mcm meletup dari dalam tandas. Memang letupan pun. Tile di dinding tandas tu jatuh bertaburan. Tak tau kenapa. Memang wrong timing nih! Dah la rakyat negeri balik penuh rumah nak beraya. Tandas pulak kena buh tanda ' no entry'. Betul la masih ada 3 lagi tandas lain tapi tandas ni adalah tandas yg paling digemari pengunjung. Berebut tandas ni la sokmo nya.

Baiki? Lepas raya baru tukang boleh datang baiki. Habis tu? Hadap jer lahhh...

Astaqfirullahilazim..Saya bukan nak komplen atau tak mensyukuri nikmat Tuhan lainnya..Saya hanya nak share jer...Betul lah, musim raya ni kita kena bersyukur kerana boleh berkumpul anak beranak, boleh masak dan makan. Mampu lagi beli baju baru buat anak cucu. Alhamdullilah. Ni hanya sedikit saja ujian kesabaran buat saya..Saya redha. Semoga Syawal bawa lebih byk rahmat dari allah.

SELAMAT HARI RAYA.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...