Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, November 6, 2010

Surat terbuka buat Pn. Roshanilawaty


Assalamualaikum Puan Rosha,
Apa khabar puan sekeluarga? Tentu seronok bila dapat balik kampung kan. Hati hati jangan di biarkan anak2 bermain hujan, mana tau buatnya demam tak dapat ke sekolah nanti.
Petang tadi Bibik hulurkan satu envelope berisi sebuah novel. Katanya buku tu berada di atas bonet kereta. Sukanya Kak Hani bila dapat ucapan dan sebuah buku dari seorang follower blog yang sangat setia mengikuti setiap tarian jari di keyboard ni. Terima kasih yang tak terhingga dari Kak Hani. Terima kasih, terima kasih, terima kasih Pn Rosha.
Cuma satu yang buat Kak Hani terkilan. Kenapa letak diam2 di atas bonet kereta? Kenapa tak singgah untuk bertemu muka? Kak Hani ni sentiasa mengalu alukan kedatangan kawan2. Tambahan pula kawan yang dah lama Kak Hani kenal di alam cyber ni..Nak jugak berkenalan di alam nyata. Kak Hani amat berharap lain kali kalau berkebetulan balik kampung, singgah lah barang sekejap.
Akhir kata, sampaikan salam Kak Hani buat keluarga, semoga Pn Rosha sekeluarga sentiasa di rahmati Allah dan bahagia selalu.
Wassalam.

Pn Hani.

Rahim lah yang bersalah...

Inilah yang menggoncang iman ku.
Melayang sabar ku.
Bukan tak nak diet, nak..
Tapi godaan 'Nasi berlauk' yg di jual oleh SiRahim nih memang power.
Nasi Dagang kepala ikan Aya.
Nasi berlauk gulai ikan Aya dengan ayam goreng.
Adu..du du du..dududu..........
Baunya saja dah melumpuhkan semangat nak turunkan berat badan.
Otak saya cepat saja hantar isyarat kat hati supaya bedal saja lahhh..
Awak tau, saya sanggup beratur panjang, sabar, tak per..
Nampak gayanya tahun ni tak kurus dah saya ni.
Tahun depan pun belum tentu.
Lain lah kalau SiRahim pencen dari jual nasi ni.
Jam tu baru lah saya dapat berdiet tanpa rintangan.
Hari ni mahkamah menjatuhkan hukuman pada Rahim.
Why? Because I said so!

Friday, November 5, 2010

Kesiannnn....

Kesian sungguh pada mangsa Letusan Gunung merapi.
Kesian juga pada mangsa tsunami di Pulau Mentawai..
Tak lupa juga simpati pada mangsa banjir di Pulau Hainan,Selatan China.
Mangsa pembunuhan ngeri,
mangsa penindasan kaum,
mangsa kebuluran,
mangsa perang,
mangsa penyakit2 kronik,
mangsa segala kemalangan.
Mangsa itu bermaksud mereka berada di tempat itu tanpa rela.
Bukan pilihan mereka untuk hadapi situasi begitu.
Nasib mereka...
Bila saya rasakan nasib tak menyebelahi saya,
sering menghadapi kegagalan demi kegagalan,
sentiasa tak lepas dari ujian dari Tuhan,
saya letak diri saya di tempat mereka..
Apa yang saya hadapi jika dibandingkan dengan apa yang mereka hadapi,
ternyata dugaan saya itu hanyalah di hujung jari saja berbanding mereka.
Nak tukar tempat?
Suka sama suka?
TAK NAK!!!!
Seribu kali tak nak.
Mintak Tuhan jauhkan...

SYUKUR, SYUKUR, SYUKUR...
Saya lebih bernasib baik rupanya.

Thursday, November 4, 2010

Lamanya tak menari..

30 tahun dulu saya...
Seorang penuntut di institiusi perguruan.
Saya seorang ahli kelab kebudayaan, mewakili maktab buat persembahan dan pertandingan.
Saya aktif dan minat sangat dalam seni tari tradisional.
Terutamanya inang/zapin dan tarian melayu lama seperti 'Tarian asyik'.
Semenjak dari sekolah rendah lagi saya memang sentiasa mewakili sekolah.
Bila mula jadi cikgu saya masih lagi mengajar tarian untuk persembahan di hari2 penyampaian hadian atau sukan.
Itu dulu2 lah, sekarang dah tua ni, saya dah tak aktif lagi.
Tapi tak saya nafikan, setiap kali melihat persembahan orang lain,
didalam hati saya terikut2 rentak tarian yang di persembahkan.
Dikepala setiap langkah tersusun kembali..
Saya tahu saya tidak boleh lari dari darah seni yang mengalir dalam diri saya tu.
Kemana tumpahnya kuah kannn...
Kelmarin saya melihat persembahan tarian zapin oleh penuntut2 sebuah sekolah yang berdekatan.
Siapalah juru latihnya?
Kalau 30 tahun dulu...,
saya nak isi borang untuk jadi jurulatih jugak lah.
Sesekali rindu jugak nak melangkah ikut rentak.

Wednesday, November 3, 2010

Bukan saya yg sebenarnya.

Kalau bab 'Kontrol ayu' ni saya tak berapa pandai lah.
Lenguh kaki tangan duk diam terpaku..
Kaku lidah bila terpaksa kunci mulut.
Malam tadi saya iringi hubby ke majlis formal.
Maklumlah, nama pun Anual Dinner, semua yg sepatutnya hdir tu hadir lah.
Saya duduk seratus peratus menjaga adap sopan di meja makan.
Makan pun ambik nama sentuh hidangan saja.
(Ikut hati nak culik mata ikan masak nyonya kegemaran saya tu...)
Mana nak lalu, dalam otak asyik pesan pada diri sendiri 'Mind your table manners dear!'
Pas tu adalah persembahan...
Kalau tak kerana control ayu, sah saya lah orang paling kuat tepuk tangan bila kawan saya keluar menyanyi.
Kalau dengan geng2 sekepala saya siap berdiri..standing applaud lagi u.
Jgn tak tau kadang tu boleh gak 'boo..' orang..
Keluar bagi bunga atau teriak2 usik orang tgah nyanyi.
Dah nama pun kaki bising..
Tapi malam tadi saya tak macam tu awakkk..
Saya tepuk pun stail mak2 datin gitu..tiga batang jari jer.
Senyum sikit2 cukup..Nak gelak2 out of question lah.
Adoii...penat nya cuba jadi orang lain nih!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...