Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, November 6, 2010

Surat terbuka buat Pn. Roshanilawaty


Assalamualaikum Puan Rosha,
Apa khabar puan sekeluarga? Tentu seronok bila dapat balik kampung kan. Hati hati jangan di biarkan anak2 bermain hujan, mana tau buatnya demam tak dapat ke sekolah nanti.
Petang tadi Bibik hulurkan satu envelope berisi sebuah novel. Katanya buku tu berada di atas bonet kereta. Sukanya Kak Hani bila dapat ucapan dan sebuah buku dari seorang follower blog yang sangat setia mengikuti setiap tarian jari di keyboard ni. Terima kasih yang tak terhingga dari Kak Hani. Terima kasih, terima kasih, terima kasih Pn Rosha.
Cuma satu yang buat Kak Hani terkilan. Kenapa letak diam2 di atas bonet kereta? Kenapa tak singgah untuk bertemu muka? Kak Hani ni sentiasa mengalu alukan kedatangan kawan2. Tambahan pula kawan yang dah lama Kak Hani kenal di alam cyber ni..Nak jugak berkenalan di alam nyata. Kak Hani amat berharap lain kali kalau berkebetulan balik kampung, singgah lah barang sekejap.
Akhir kata, sampaikan salam Kak Hani buat keluarga, semoga Pn Rosha sekeluarga sentiasa di rahmati Allah dan bahagia selalu.
Wassalam.

Pn Hani.

1 comment:

roshanilawatey said...

Salam Kak Hani,

Saya baru sahaja sampai di Kuantan. Terlebih dahulu, saya mohon maaf kerana tak sempat bertemu dengan Kak Hani.

Saya ke rumah Kak Hani dengan suami sekitar pukul 3 petang semalam. Kebetulannya waktu itu hujan renyai-renyai.... Saya sudah beberapa kali menekan loceng di pintu pagar rumah Kak Hani, dan masuk ke dalam kawasan rumah memberi salam. Mungkin waktu itu Kak Hani dan keluarga sedang berehat... setelah beberapa kali memberi salam dan cuba menjenguk ke ruang belakang... tetapi tak berjawab, jadi suami syorkan kepada saya untuk letakkan sahaja buku itu di atas bonet kereta biru itu...

Insyaallah, kesempatan balik ke KB nanti, saya akan ke rumah Kak Hani... Silapnya saya tak tulis no. telefon pada envelope itu...

Yang penting, hasrat saya untuk hadiahkan buku itu kepada Kak Hani sudah kesampaian... Semoga Kak Hani seronok membaca buku itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...